1 / 25

PEMULIHAN JUVANA

FEM 4123. PEMULIHAN JUVANA. INSTITUSI PEMULIHAN. Di hujung kurun ke 18, keluarga dianggap sebagai faktor utama devian. Ekoran anggapan tersebut, satu idea timbul – keluarga yang terurus dan ‘well-adjusted’ dijadikan model institusi pemulihan untuk kanak-kanak. Sambungan.

vidal
Download Presentation

PEMULIHAN JUVANA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FEM 4123 PEMULIHAN JUVANA

  2. INSTITUSI PEMULIHAN Di hujung kurun ke 18, keluarga dianggap sebagai faktor utama devian. Ekoran anggapan tersebut, satu idea timbul – keluarga yang terurus dan ‘well-adjusted’ dijadikan model institusi pemulihan untuk kanak-kanak.

  3. Sambungan Bermula di pertengahan kurun ke 19 institusi pemulihan direka khusus untuk membawa kehidupan keluarga, peraturan dan disiplin dalam kehidupan juvana di institusi. Institusi menjadi rumah, rakan sebaya yang ditahan sebagai ahli keluarga dan staf institusi sebagai ibu dan bapa.

  4. PEMULIHAN JUVANA Pemulihan juvana melalui modifikasi tingkah laku merupakan objektif utama institusi pemulihan. Pelbagai kaedah dan teknik baru diperkenalkan bagi menyekat berkembangnya tingkah laku anti sosial yang boleh membawa kepada masalah perundangan.

  5. sambungan Kaedah ‘merawat’ juvana termasuklah; Modaliti menolong seperti kaunseling dan bimbingan (individu atau kelompok). Pendekatan agama dan akhlak. Program kemahiran komunikasi dan interaksi samada inter atau intrapersonal. Program pendidikan dan kemahiran vokasional. Program rekreasi.

  6. sambungan Tujuan program yang pelbagai ini adalah untuk mengubah juvana menjadi well-adjusted individu, produktif dan berguna kepada masyarakat. Hasil kajian Lipsey (1992), mendapati program modifikasi tingkah laku yang bertujuan memberi kemahiran skil hubungan interpersonal, kawalan diri dan pencapaian di sekolah sebagai program yang paling berjaya memulihkan juvana.

  7. sambungan Kajiannya juga mendapati program bercorak psikologikal seperti kaunseling individu, kelompok atau keluarga menunjukkan kesan positif yang sederhana. Manakala program yang mempunyai pendekatan kejutan (scared straight programs) mempunyai kesan negatif di mana juvana yang melalui program ini didapati kembali semula terlibat dengan tingkah laku delinkuen.

  8. sambungan Masalah paling ketara dalam usaha memulihkan juvana adalah kekurangan staf yang terlatih untuk mengendalikan program. Limitasi peruntukan kewangan juga menjadi masalah dalam perancangan program pemulihan yang baru. Menahan juvana dalam institusi melibatkan kos yang tinggi dan ini menjadi kekangan kepada penambahan staf.

  9. Teknik Pemulihan Individu Kaunseling individu – pendekatan pemulihan paling biasa. Bukan bertujuan mengubah personaliti juvana tetapi cuba membantu juvana memahami dan menyelesaikan masalah penyesuaian mereka. Perunding kadang-kadang tiada kelayakan profesional.

  10. sambungan Psikoterapi – teknik psikoanalitik Freud. Kaunseling profesional berstruktur yang memerlukan analisis mendalam mengenai pengalaman alam kanak-kanak juvana. Ahli terapi berkelayakan cuba membantu juvana menyelesaikan konflik dan membuat penyesuaian positif dengan cara mengubah pola tingkah laku negatif yang dipelajari sewaktu di alam kanak-kanak.

  11. sambungan Walaupun kedua-dua teknik ini paling biasa digunakan di kebanyakan institusi pemulihan, keberkesanannya lebih tinggi jika digunakan bersama teknik lain. Terapi realiti – dipelopori oleh William Glasser pada tahun 70an. Bentuk kaunseling yang memfokuskan kepada tingkah laku semasa dan menekankan bahawa juvana bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya.

  12. sambungan Modifikasi tingkah laku - satu teknikberdasarkan teori pembelajaran yang percaya bahawa tingkah laku boleh diubah melalui sistem ganjaran dan hukuman. Secara umumnya, program pemulihan individu akan lebih berjaya jika 3 teknik di atas digabungkan.

  13. Teknik Pemulihan Kelompok Lebih ekonomikal berbanding teknik individu kerana sesi kaunseling secara berkelompok. Individu mendapat sokongan dari ahli kelompok yang mempunyai pengalaman yang sama. Kelemahan – individu mendapat kurang perhatian dan kadang-kadang perlukan kaedah pemulihan tersendiri.

  14. Program Pendidikan, Vokasional dan Rekreasi Program tambahan kepada pendekatan kaunseling. Program pendidikan dan vokasional memberi kemahiran yang perlu kepada juvana untuk menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat apabila dibebaskan. Program reakreasi membantu mengurangkan keganasan di kalangan juvana – minda dan badan yang sihat menjadikan juvana lebih rasional.

  15. PENDEKATAN PERKHIDMATANINSTITUSI DI MALAYSIA Pendekatan ini digunakan untuk pemulihan juvana yang mengalami masalah akhlak. Objektif: supaya mereka dapat hidup berdikari, memajukan diri, memperbaiki tingkah laku, meningkatkan kemampuan dan kebolehan mereka. Kemasukan : melalui perintah mahkamah

  16. ASRAMA AKHLAK Seksyen 61-64 AKK 2001 Institusi tahanan sementara dan pemulihan bagi juvana tidak terkawal yang berumur 10 tahun ke atas. Objektif: beri perlindungan, jagaan dan bimbingan bagi juvana dalam tahanan sementara, juvana yang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti dan juvana dalam Perintah Percubaan Akhlak.

  17. sambungan Bentuk perkhidmatan : penjagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, akademik, pendidikan agama/moral, latihan vokasional dan riadah. Tempoh tahanan bagi juvana dalam tahanan sementara -sehingga perintah dilkeluarkan. Ada 10 buah asrama akhlak di seluruh Malaysia.

  18. sambungan Tempoh tahanan bagi juvana yang menunggu pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti –tidak lebih 2 minggu. Tempoh tahanan bagi juvana dalam Perintah Percubaan Akhlak –tidak melebihi 12 bulan.

  19. SENARAI ASRAMA AKHLAK Asrama Pokok Sena, Pokok Sena, Kedah Asrama Sentosa, Sentul, KL Asrama Paya Terubung. Pulau Pinang Asrama Bukit Baru, Bukit Baru, Melaka Asrama Subang Jaya, Selangor Asrama Bukit Senyum, Johor Bahru Asrama Bahagia, Kg Pandan, KL Asrama Silibin, Ipoh, Perak Asrama Dato’ Keramat, KL Asrama Rusila, Kuala Terengganu, T’ganu

  20. SEKOLAH TUNAS BAKTI Seksyen 65–72 AKK 2001 Sekolah pemulihan akhlak yang diluluskan. Untuk tahanan dan pemulihan bagi juvana terlibat dengan jenayah dan juvana tidak terkawal yang berumur 10 tahun ke atas.

  21. sambungan Objektif: mendidik juvana membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh serta melengkapkan diri dengan ketrampilan yang membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat. Ada 8 buah STB di seluruh Malaysia.

  22. sambungan Bentuk perkhidmatan: penjagaan dan perlindungan, kaunseling dan bimbingan, akademik, pendidikan agama/moral, latihan vokasional dan riadah. Tempoh pemulihan : 3 tahun tetapi pembebasan boleh lebih awal jika prestasi kemajuan juvana baik dan dapat kelulusan daripada Lembaga Pelawat.

  23. SENARAI SEKOLAH TUNAS BAKTI STB Bt 6 ¼, Jalan Sungai Besi, KL STB (P) Jerantut, Pahang STB Jalan Tupai, Taiping Perak STB Km 1, Jalan Datuk Mohd Musa, Kuching, Sarawak STB Sungai Lereh, Melaka STB Bt 7 ½ Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah STB (L) Jerantut, Pahang STB Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang

  24. SEKOLAH HENRY GURNEY Seksyen 73–75 AKK 2001 Sekolah pemulihan untuk juvana berumur14 tahun ke atas. Kesalahan:apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara, tidak terkawal, kesalahan serius dan tidak sesuai dipulihkan di sekolah yang diluluskan.

  25. sambungan • Tempoh tahanan:3 tahun dari tarikh perintah. Pembebasan awal boleh dilakukan jika lembaga Pelawat meluluskan demikian. • Tahanan sah sehingga juvana berumur 21.

More Related