E N D
PROGRAM SURE SOLAT 2.0 RUKUN QALBI, FIILI DAN QAULI
TAKRIF SOLAT • Pada Bahasa – doa atau doa dengan kebaikan. • Pada istilah syarak – beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan memberi salam mengikut syarat-syarat yang tertentu.
TERJEMAHANNYA: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),
SYARAT WAJIB SOLAT • Islam • Baligh { cukup umur } • ‘Aqil { berakal } • Suci daripada haid dan nifas • Masuk waktu solah
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT • Islam • ‘Aqil { berakal } • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar. • Suci daripada najis pada badan,pakaian dan tempat. • Yakin atau zan( ظن ) masuk waktu. • Mengadap kiblat. • Menurut aurat. • Mengetahui kaifiat solah. • Ketiadaan melakukan perkara-perkara yang membatalkan solah.
BEBERAPA PERKATAAN • Takbiratul Ihram • Membaca surah al-Fatihah • Membaca Tasyahud Akhir • Membaca selawat ke atas Nabi dalam Tasyahud Akhir. • Membaca salam yang pertama
BEBERAPA PERBUATAN SOLAH • Berdiri betul • Ruku’ serta toma’ninah • I’tidal serta toma’ninah • Sujud serta toma’ninah • Duduk antara dua sujud serta toma’ninah • Duduk ketika membaca Tasyahud Akhir
TAKBIRATUL IHRAM • Lafaznya “الله أَكْبَرُ ” . • Sunat mengangkat tangan hingga membetuli di atas bahu.
FAKTA SURAH AL-FATIHAH • 7 ayat. • 25 kalimah • 156 huruf
MEMBACA TASYAHUD AKHIR التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
MEMBACA SELAWAT KE ATAS NABI DALAM TASYAHUD AKHIR اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
MEMBACA SALAM YANG PERTAMA SEKURANG-KURANGNYA: السَّلامُ عَلَيْكُم SALAM YANG SEMPURNA: السَّلامُ عَلَيْكُم وَ رَحْمَةُ الله
BERDIRI BETUL • Wajib berdiri bagi yang upaya. • Hendaklah lurus tulang belakangnya.
RUKU’ & TOMA’NINAH • Ruku’ ialah membongkok ke hadapan. • SEKURANG-KURANGNYA ialah membongkok ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan ke lututnya. • RUKU’ YANG SEMPURNA ialah menyamakan tulang belakang dan lehernya seolah-olah papan yang sekeping serta meluruskan kaki, betis dan paha dan memegang kedua-dua lututnya dengan menjarangkan anak-anak jari.
I’TIDAL SERTA TOMA’NINAH • I’tidal ialah kembali berdiri betul selepas melakukan ruku’. • Keadaannya sama seperti berdiri betul.
SUJUD SERTA TOMA’NINAH • SEKURANG-KURANG sujud ialah bersentuh sebahagian daripada dahi pada tempat solahnya. • Wajib pada setiap raka’at dengan dua kali sujud. • Anggota-anggota sujud ada 7 iaitu:DAHI, DUA TAPAK TANGAN, DUA LUTUT DAN DUA KAKI (wajib mendirikan anak-anak jari kaki)
DUDUK ANTARA 2 SUJUD & TOMA’NINAH • SEKURANG-KURANGNYA perbuatan duduk. • DUDUK YANG SEMPURNA ialah duduk iftirash ( افتراش ), meletakkan dua tangan di atas lutut, meluruskan dan menjarangkan anak-anak jari ke qiblah.
DUDUK KETIKA MEMBACA TASYAHUD AKHIR • SEKURANG-KURANG DUDUK TASYAHUD AKHIR ialah perbuatan duduk. • DUDUK TASYAHUD AKHIR YANG SEMPURNA ialah duduk tawarruk (تورك)
SYARAT-SYARAT KEISTIMEWAAN SOLAH • Kehadiran hati dalam solah. • Memahami bacaan-bacaan solah. • Membesarkan Allah dalam solah. • Merasakan kehebatan Allah dalam solah. • Penuh harapan. • Perasaan malu.