530 likes | 4.65k Views
BRITAIN. PERANCIS. BELANDA. SEPANYOL. PORTUGIS. Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914. CHINA. VIETNAM. BURMA. LAOS. THAILAND. FILIPINA. KEMBOJA. SABAH. TANAH MELAYU. SARAWAK. PETUNJUK:. INDONESIA. TIMOR-TIMUR. KESAN IMPERIALISME.
E N D
BRITAIN PERANCIS BELANDA SEPANYOL PORTUGIS Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914 CHINA VIETNAM BURMA LAOS THAILAND FILIPINA KEMBOJA SABAH TANAH MELAYU SARAWAK PETUNJUK: INDONESIA TIMOR-TIMUR
KESAN IMPERIALISME
MAKSUD IMPERIALISME • Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya untuk kepentingan tertentu • Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom • Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia
Imperialisme Barat di Asia Tenggara • Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat • 1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor Laste • Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina • Belanda menjajah Indonesia • British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan Brunei • Peranchis menjajah IndoChina • Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja. • Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi & politik tanah jajahan. • Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat
Faktor-faktor imperialisme Barat • Geografi • Revolusi Perindustrian • Sistem perhubungan dan pengangkutan • Persaingan kuasa-kuasa Barat • Beban Orang Putih
Geografi • Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India • Menjamin pasaran yang lebih luas • Tanah yang subur • Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah, • Thailand- bijih timah dan kayu jati • Burma- kayu jati • Filipina- tebu dan kelapa
Revolusi Perindustrian • Menyebabkan dasar imperialisme berubah. • Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai barang dagangan mewah • Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang kilang dikeluarkan secara besar-besaran • Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan pasaran baru • Kesannya imperialisme Barat pesat di China, India dan Asia Tenggara.
Sistem perhubungan dan pengangkutan • Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut • Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat • Pembukaan Terusan Suez 1869 yang menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur • Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos
Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat • Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan urusan perniagaan menjadi lebih mudah • Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat
Persaingan kuasa-kuasa Barat • Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan • Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima • Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.
Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun • Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun • Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia • British & Belanda – beban kulit putih • Peranchis – tugas sebarkan tamadun • Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.
TERUSAN SUEZ
Perubahan Sistem Politik Asia Tenggara • Sebelum kehadiran barat – pemerintahan beraja. • Selepas kedatangan barat- digantikan dengan sistem birokrasi Barat.
Filipina Sebelum penjajahan • Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang diperintah oleh golongan Datu. • Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam. Selepas penjajahan • Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan • Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat pusat • Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
Barangay disatukan menjadi encomienda yang ditadbir oleh encomiendaro • Tugas encomiedaro: • Menjaga keamanan • Mengutip cukai • Mengkristiankan penduduk barangay • Penyatuan barangay menjejaskan kuasa Datu • Sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga
Indonesia Sebelum penjajahan • Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan Bantam • Diperintah oleh raja dan pembesar • Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar daerah Selepas penjajahan(Belanda) • Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan diperkenalkan • Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda
Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda • Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. • Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-undang • Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.
Burma Sebelum penjajahan • Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung • Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw] • Pegawai kerajaan [wun] • Ketua Bandar [myothugyi] • Pegawai diraja[Ahmudan] • Pembesar tradisional [Athi] • Raja penaung sami Buddha
Selepas penjajahan • Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma dikuasai oleh British • Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan pembesar dihapuskan • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi • Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional • Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran [Myo-ok]
Undang-undang Barat diperkenalkan • Pengaruh golongan agama merosot • Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus • Majlis Perundangan ditubuhkan • Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.
Indochina Sebelum penjajahan • Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan. • Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja berkuasa mutlak • Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China
Selepas penjajahan (Perancis) • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor general yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris. • Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan/jajahan • Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General • Leftenan General dibantu oleh • Residen Wilayah • Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagai Union Indochinoise (1887)
Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja • Laos menyertainya pada tahun 1904 • Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan oleh Parlimen Perancis. • Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga
Tanah Melayu • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan • Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan institusi raja di Melaka • Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus terhapus • Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan • Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen
Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat • Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS • Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Thailand • Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn • Dasar Raja Mongkut: • Melantik 80 penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai tempatan • Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain
Raja Chulalongkorn • Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian) • Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian perbendaharaan negara • Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak. • Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja. • Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.
Rumusan • Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik yang diperkenalkan oleh imperialis Barat terhadap negara yang dijajah menjadi faktor kejayaan mereka menguasai ekonomi tanah jajahan untuk kepentingan mereka. • Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi peranannya berkurangan. • Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan raja dan pembesar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.