630 likes | 4.43k Views
LARAS BAHASA. PENGENALAN. Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Perbezaan Laras Bahasa. Mengapakah laras bahasa digunakan?. Terdapatnya:
E N D
PENGENALAN Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.
Mengapakah laras bahasa digunakan? Terdapatnya: • Ciri-ciri keperihalan - Situasi Luaran - Situasi Persekitaran • Ciri-ciri linguistik - Aspek Bunyi - Aspek Perkataan - Aspek Ayat
Situasi Luaran • maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. • merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.
Situasi Persekitaran • cara penyampaian • perhubungan sosial dan peribadi • bahan • fungsi sosial
Ciri-ciri Linguistik • Aspek Bunyi • Aspek Perkataan • Aspek Ayat
JENIS-JENIS LARAS BAHASA • Laras Bahasa Biasa • Laras Bahasa Iklan / Perniagaan • Laras Bahasa Sains • Laras Bahasa Media Massa • Laras Bahasa Rencana • Larasa Bahasa Undang-Undang • Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Sukan • Laras Bahasa Sastera / Kreatif • Laras Bahasa Ekonomi • Laras Bahasa Akademik
Laras Bahasa Biasa • Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu • Penggunaan dalam perbualan harian • Tiada istilah khusus • Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat • Kata pinjaman tidak banyak digunakan • Tidak terdapat istilah teknikal • Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja • Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan • Untuk menyampaikan maklumat berkesan • Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan • Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) • Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif • Penggunaan bahasa retorik • Tidak mementingkan tatabahasa • Guna pernyataan tertentu
Laras Bahasa Sains • Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan • Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta • Istilah sains dan teknikal adalah banyak • Ada istilah pinjaman • Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif • Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi
Laras Bahasa Media Massa • Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca • Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung • Tiada istilah teknikal dan khusus
Laras Bahasa Rencana • Bersifat umum • Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu • Gaya bahasa mudah difahami • Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci
Laras Bahasa Undang-Undang • Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) • Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris • Makna kosa kata berdasarkan intepretasi • Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan • Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat • Tiada graf atau gambar • Binaan ayat adalah panjang
Laras Bahasa Agama • Membincangkan isu agama • Ada istilah pinjaman • Terdapat petikan • Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran
Laras Bahasa Sukan • Menyampaikan maklumat kegiatan sukan • Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas • Ada istilah aktiviti sukan • Kosa kata mudah difahami
Laras Bahasa Sastera / Kreatif • Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman • Ada istilah khusus tentang sastera • Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) • Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat • Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola • Bernada puitis dan bersifat komunikatif
Laras Bahasa Ekonomi • Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi • Ada istilah teknikal ekonomi • Tidak mengutamakan struktur ayat • Gaya bahasa formal • Maklumat jelas dan eksplisit • Fakta berdasarkan bukti data dan statistik
Laras Bahasa Akademik • Bersifat ilmiah, formal dan objektif • Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) • Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi • Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) • Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian • Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk • Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks SEKIAN