310 likes | 1.58k Views
PEMODELAN PROSES DAN KITAR HAYAT . BAB 2. 1. Maksud pemodelan 2. Pemodelan proses-proses perisian 3. Peralatan dan teknik-teknik pemodelan proses 4. CASE sebagai alatan perisian. Kandungan. PROSES.
E N D
1. Maksud pemodelan2. Pemodelan proses-proses perisian3. Peralatan dan teknik-teknik pemodelan proses 4. CASE sebagai alatan perisian Kandungan
PROSES • Satu siri langkah-langkah yang melibatkan aktiviti, kekangan dan sumber-sumber yang akan menghasilkan output yang diingini • Proses pembangunan perisian juga disebut sebagai kitar hayat perisian (software life cycle).
Proses mempunyai 7 kriteria: • Menerangkan tentang aktiviti-aktiviti proses utama • Proses menggunakan sumber yang berkaitan dengan kekangan • Mempunyai subproses yang berkaitan. • Aktiviti untuk proses mempunyai kriteria masuk dan keluar • Aktiviti dikendalikan dalam jujukan • Mempunyai satu set prinsip yang menerangkan matlamat setiap aktiviti • Kekangan atau kawalan boleh dikenakan terhadap aktiviti, sumber atau produk.
Sambungan.. • Proses yang melibatkan pembuatan sesuatu produk – kitar hayat • Proses pembangunan perisian– kitar hayat perisian
Alasan untuk memodelkan proses • Untuk membentuk pemahaman keseluruhan. • Untuk mengesan ketidakonsistenan, pengulangan, dan pengabaian (omissions). • Untuk mendapat dan menilai aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mencapai matlamat proses-proses. • Untuk menjana proses-proses umum untuk situasi tertentu di mana ianya digunakan.
Fasa Pembangunan Perisian • Analisa keperluan dan definisi • Rekabentuk sistem • Rekabentuk program • Perlaksanaan program • Pengujian unit • Pengujian integrasi • Pengujian sistem • Penghantaran sistem • Penyelenggaraan PROSES
Model-Model Proses Perisian Tujuan: • Mewujudkan pemahaman yang sama terhadap aktiviti, sumber dan kekangan • Membantu mencari ketakkonsistenan , lewahan (redundancy) di dalam proses • Model sepatutnya mencerminkan matlamat pembangunan • Setiap proses mestilah disesuaikan untuk situasi khusus di mana ia akan digunakan
Contoh model-model proses • Model Air Terjun • Model Air Terjun Dengan Prototaip • Model V • Model Prototaip • Model ‘Spesifikasi Operasian’ • Model Transformasi • Model Pembangunan Berfasa : ‘Penokokan dan iterasian’ • Model Spiral
Analisa Keperluan Model Air Terjun R/bentuk Sistem R/bentuk Program Pengkodan Ujian Unit & Integrasi Ujian Sistem Ujian Penerimaan Operasi & Penyelenggaran
Model Air Terjun (samb) Kelebihan: • Mudah dterangkan kepada pelanggan yang tidak biasa dengan pembangunan perisian • Model ini boleh memberikan pembangun perisian pandangan tahap-tinggi semasa proses pembangunan • Kebanyakan model lain adalah ubahsuai dari model air terjun
Model Air Terjun (samb) Kekurangan: • Tidak menggambarkan cara kod dihasilkan – kecuali sesuatu perisian itu sudah benar-benar difahami • Tidak menyediakan panduan untuk mengendalikan sebarang perubahan yang berlaku pada produk dan aktiviti • Gagal untuk mengganggap perisian sebagai satu proses penyelesaian masalah – model air terjun adalah hasil dari proses pembangunan perkakasan
Analisa Keperluan Penilaian R/bentuk Sistem Pengesahan R/bentuk Program Model Air Terjun dengan Prototaip Pengkodan Ujian Unit & Integrasi Ujian Sistem Pemprototaipan Ujian Penerimaan Operasi & Penyelenggaran
Model Air Terjun dengan Prototaip (samb) • Pemprototaipan –produk yang dibangunkan separuh yang membenarkan pelanggan dan pembangun untuk memeriksa/menilai sebahagian dari aspek sistem yang dicadangkan. • Penilaian– memastikan sistem telah melaksanakan semua keperluan • Pengesahan – memastikan setiap fungsi berjalan dengan betul
Operasi & Penyelenggaran Model V Menilai keperluan Analisa Keperluan Ujian Penerimaan R/bentuk Sistem Ujian Sistem Mengesahkan R/Bentuk R/bentuk Program Ujian Unit & Integrasi Pengkodan
Model V (samb) • Merupakan variasi model air terjun yang menunjukkan bagaimana aktiviti pengujian yang dijalankan berkait dengan analisa dan rekabentuk. • Pengujian unit dan integrasi merujuk kepada ketepatan program & mengesahkan r/bentuk program • Ujian penerimaan adalah untuk menilai keperluan sistem dengan menghubungkaitkan aktiviti pengujian dengan setiap spesifikasi elemen
Model Prototaip Senarai Ulangkaji Senarai Ulangkaji Senarai Ulangkaji Keperluan Prototaip R/Bentuk Prototaip Sistem Prototaip Ujian Keperluan Sistem Sistem dihantar
Model Prototaip (samb) • Membenarkan semua atau sebahagian daripada sistem dibina dengan cepat untuk memahami isu-isu yang timbul – supaya pembangun, pengguna dan pelanggan mempunyai pemahaman yang sama Kekurangan: • Disiapkan dalam keadaaan tergesa-gesa – tiada siapa mempertimbangkan kualiti perisian dan penyelenggaraan jangka panjang. • OS atau program yang tidak sesuai mungkin digunakan untuk mendapatkan hasil yang cepat
Model ‘Spesifikasi Operasian’ Execute & Revise Operational Specification (problem-oriented) Transformed Specification (implementation- Oriented) Test Keperluan sistem Sistem dihantar
Model ‘Spesifikasi Operasian’ (samb) • Keperluan sistem dinilai atau dilaksanakan mengikut kelakuan (behavior) sistem iaitu implikasi sistem boleh dinilai sebelum bermulanya rekabentuk. • Membenarkan fungsian sistem dan rekabentuk digabungkan – berbeza dengan Model Air Terjun.
Model Transformasi Rekod Pembangunan Formal Bandingkan Dengan keperluan Ujian Spesifikasi Normal Transformasi N Transformasi 2 Keperluan Sistem Transformasi 1 Sistem yang dihasilkan
Model Transformasi (samb) • Cuba untuk mengurangkan kesilapan dengan menghapuskan beberapa langkah-langkah pembangunan major • Contoh transformasi: # mengubah cara data dipersembahkan # memilih algoritma # ‘optimizing’ # ‘compiling’ • Spesifikasi Formal ditunjukkan dengan tepat supaya transformasi boleh berjalan
Model Pembangunan Berfasa :‘Penokokan dan Iterasian’ Pembangunan Sistem Pembina Build Release 1 Build Release 1 Build Release 1 Masa Use Release 1 Use Release 1 Use Release 1 Pengguna Pengeluaran Sistem
Model Pembangunan Berfasa :‘Penokokan dan Iterasian’ (samb) • Mengurangkan kitar masa – tahun di antara dokumen keperluan ditulis dan masa sistem dihasilkan • Sistem dihasilkan mengikut pecahan, membolehkan pengguna boleh menggunakan sistem yang telah siap dengan beberapa sistem lain yang sedang dalam proses binaan
Peralatan Dan Teknik Pemodelan Proses • Kenapa perlu guna teknik-teknik dan peralatan:- • Untuk menghasilkan perisian yang bebas ralat dan mengeluarkan input yang salah. • Untuk menghasilkan perisian yang memenuhi permintaan pengguna. • Untuk menghasilkan sistem yang lebih cekap dan pantas. • Untuk menghasilkan perisian yang mudah difahami dan dibuat pengubahsuaian. • Untuk menghasilkan perisian yang didokumentasi dengan baik untuk memudahkan penyelenggaraan • Untuk menghasilkan perisian yang mudah digunakan oleh pengguna. • Untuk menghasilkan perisian yang dihantar (disiapkan) pada masa yang ditetapkan. • Untuk menghasilkan perisian yang tidak mahal/membazir.
Teknik • Teknik digunakan untuk membentuk aktiviti-aktiviti pembangunan perisian spesifik • Teknik-teknik yang biasa digunakan seperti:- • Model Konseptual • Model Entiti-Hubungan • Normalization • Rajah Aliran Data (DFD) • Pokok keputusan dan Jadual keputusan • Spesifikasi proses/English berstruktur • Rajah Struktur • Objek Orientasi • dll • Setiap teknik di atas mungkin digunakan pada fasa-fasa tertentu dalam kitar hayat pembangunan perisian.
Peralatan • Peralatan akan membantu memudahkan proses pembangunan sistem dengan mengautomatikan sesetengah proses. • Ia juga mengurangkan masa dan kos yang diperlukan untuk membangunkan sistem. • Ia juga meningkatkan kualiti sistem yang dibangunkan. • Contoh peralatan yang biasa digunakan:- • Peralatan pengurusan projek - cth boleh melukis carta Gantt dan PERT. • Sistem pengurusan pangkalan data - cth Microsoft Access, Fox Pro dan Orecle dapat membantu organisasi mengurus maklumat dalam bentuk lebih tersesun dan flaksibel. • Kamus Data - Juga dipanggil ‘repository data’ membantu bagi mengurus penyimpanan data atau maklumat. • Peralatan melukis - cth Visio Professional boleh membantu melukis ERD dan DFD. • Peralatan CASE - cth sistem Architect, Rational Rose dan Visible Analyst membantu dalam banyak cara (akan dibincangkan pada kuliah akan datang)