390 likes | 953 Views
BAB 9. MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA. PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918). a)Huraikan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama pada 1914-1918. Nasionalisme- Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
E N D
BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918) a)Huraikan sebab-sebab berlakunya Perang Dunia Pertama pada 1914-1918. Nasionalisme- Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah. Negara - Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar. Jajahan - Kuasa-kuasa besar berlumba-lumaba mendapatkan tanah jajahan. Bukti - Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing. Pakatan - Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Ekonomi - Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi. Ferdinand - Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia. Serbia - Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Perancis - Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain. Britain - Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman. Amerika - Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.
b)Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama? • Beraja - Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah. • Versailles- Termerainya Perjanjian Versailles. • Negara - Terbentuknya beberapa buah negara baru di Eropah. • Liga - Pembentukan Liga Bangsa. • Inflasi - Inflasi dan pengangguran. • Hutang - Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang . • Pasaran - Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. • Nyawa - Kehilangan nyawa yang banyak.
PERANG DUNIA KEDUA (1942-194) a) Kesan-kesan daripada Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah mengakibatkan berlakunya Perang Dunia Kedua(1939-1945). Jelaskan. • Versailles - Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama. • Kecewa - Pemimpin Jerman kecewa dengan Perjanjian Versailles kerana kehilangan tanah jajahannya,terpaksa membayar pampasan yang tinggi dan diarahkan mengurangkan saiz tenteranya. • Ingkar - Adolf Hitler mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera yang besar. • Meleset - Kemelesetan ekonomi dunia. • Enggan - Amerika enggan menyediakan pinjaman kepada Jerman. • Hutang - Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan. • Tentera - Negara-negara eropah yang mengurangkan peruntukan ketenteraan memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan ketenteraan. • Alih - Jerman menjalankan perluasan kuasa untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah ekonomi. • Politik - Perubahan politik di Eropah dan Asia. • Komunis - Pihak komunis berjaya mengalahkan pihak lawan dalam Perang Saudara Rusia. • USSR - Lenin mengukuhkan ideologi komunis dengan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). • Itali - Itali menjajah Habsyah dan menceroboh Perancis. • Jepun - Jepun ingin membebaskan negara di Timur daripada penjajahan Barat dengan menguasai negara-negara itu.
b)Sebutkan kesan-kesan langsung akibat Perang Dunia Kedua. • Jerman - Negara Jerman terbahagi kepeda Jerman Barat dan Jerman Timur. • Runtuh - Runtuhnya sistem imperialisme Barat. • Merdeka – Kemerdekaan tanah jajahan daripada kuasa –kuasa besar Eropah. • Ekonomi – Negara baru terpaksa menangani masalah akibat warisan ekonomi penjajah. • PBB - Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggantikan Liga Bangsa. • Korban - Jumlah korban nyawa yang tinggi. • Sedar - Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kedamaian. • Blok - kemunculan blok dunia. • Dingin - Berlakunya perang dingin.
KEMUNCULAN BLOK DUNIA DAN PERANG DINGIN.a) Apakah maksud blok dunia? • Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk menjaga kepentingan ahli. • Blok ini tampil dalam dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.
b)Nyatakan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan blok dunia. • Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. • Persaingan kuasa antara blok kapitalis dan blok komunis. • Kedua-dua blok ingin membuktikan kekuatan masing-masing. • Berusaha menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
c)Mengapakah berlakunya Perang Dingin? • Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. • Persaingan antara blok kapitalis yang di ketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang di ketuai oleh Soviet Union. • Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. • Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia. • Mahu memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia.
d)Nyatakan kesan-kesan perang dingin terhadap perkembagan dunia. • Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union. • Pembentukan blok kapitalis dan blok komnis. • Penubuhan pakatan NATO,WARSAW dan SEATO. • Berlakunya perlumbaan senjata. • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri. • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau.
DASAR LUAR MALAYSIA.a) Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia melalui dasar luarnya? • Selamat – Menjamin keselamatan rakyat dan negara. • Pelihara – Memelihara kepentingan nasional. • Daulat - Mengekalkan kedaulatan negara. • Maju - Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi. • Aman - Mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. • Global - Menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.
b)Huraikan faktor-faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia. • Faktor sejarah. • Melaka – Hubungan perdagangan dengan China,Arab Saudi,Siam dan negeri di Kepulauan Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. • Rumpun – Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu. • Komanwel- Menyertai pertubuhan Komanwel untuk meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara Komanwel. • komunis – Mengamalkan dasar pro-Barat kerana ancaman komunis. 2.Faktor ekonomi. • Bebas – Mengamalkan pasaran bebas. • Maju - Menjalin hubungan dengan negara lain untuk memajukan ekonomi. • Pengeluar – Malaysia negara pengeluar utama bijih timah dan getah. • Modal - Mengharap pasarandan modal dari Amerika dan Britain. • Pelaburan - Menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea. • Pasaran - Meningakatkan pasaran barangan Malaysia dan mengadakan pelaburan di Negara Membangun dan Negara Islam.
3.Faktor Politik. Demokrasi – Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Berhak - Berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri. Kedaulatan – Menekankan pemeliharaan kedaulatan negara lain. Palestin - Menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Piagam - Berpegang kepada piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang memelihara keamanan dunia. Sokong - Menyokong resolusi PBB bagi mengekalkan keamanan dunia. 4. Faktor Geografi. Strategik - Kedudukan yang strategik. Sempadan – Bersempadan dengan kebanyakkan negara di rantau ini. Laluan - Perairannya menjadi laluan pedagang. Kesan - Keselamatan negara serantau memberi kesan kepada Malaysia. 5. Demografi. Islam – Menjalin hubunga diplomatikdengan negara Islam. Israel – Tidak mengadakan hubungan dengan israel yang menindas rakyat Palestin. Afrika – Tidak mengadakan hubungan dengan Afrika Selatan yang mengamalkan dasar Aparthied.
DASAR LUAR MALAYSIA /TAHAP PERTAMA.a) Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama. • Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara. • Keperluan bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel. • Konfrantasi denganIndonesia. • Terputusnya hubungan dengan Filipina. • Keluarnya Singapura daripada Malaysia. • Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi. • Malaysia adalah blok sterling. • Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah. • Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia.
b)Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia kearah memupuk hubungan luar dengan negara jiran pada tahun 1960-an? • Menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) bersama Thailand dan Filipina pada tahun 1961. • Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia. • Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
c)Nyatakan sebab-sebab Malaysia bergantung kepada Britain pada mula-mula negara mencapai kemerdekaan. • Malaysia merupakan anggota blok sterling. • Malaysia masih memberi tumpuan kepada bijih timah dan getah. • Mengharapkan permintaan bahan mentah daripada Britain. • Pelabur Britain menguasai perladangan dan perindustrian di Malaysia.
d)Sebutkan usaha-usaha yang dilaksanakan untuk mengurangkan penggantungan negara kepada Britain. • Mengamalkan pasaran bebas. • Membina rangkaian perdagangan dengan negara Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat. • Mencari pasaran baru di negara lain.
DASAR LUAR MALAYSIA/TAHAP KEDUA.a) Apakah bentuk dasar luar Malaysia pada tahap kedua? • Dasar Berkecuali. • Berbaik-baik dengan semua negara.
b)Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik dengan semua negara menjelang tahun 1970-an. • Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris –Tanah Melayu) • Kurangnya pengaruh Britain di Timur. • Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China.
c)Nyatakan usaha-usaha yang dijalankan oleh Malaysia dalam mencapai matlamat dasar berkecuali. • Mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali bersama-sama dengan anggota ASEAN. • Menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis. • Menjalin hubungan persahabatan dengan semua negara. • Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. • Mengatasi masalah pelarian Vietnam di Malaysia.
d)Mengapakah penggubalan dasar luar Malaysia pada tahap kedua lebih kepada dasar berkecuali. • Berbaik dengan semua negara. • AMDA kurang memainkan peranannya. • Kurangnya pengaruh Britain di Timur. • Pergolakan di Vietnam melibatkan Amerika Syarikat dan China. • Perisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). • Menjalin hubungan dengan negara berfahaman komunis. • Menjalin hubungan dengan Vietnam untuk mengatasi masalah pelarian Vietnam di negara ini.
DASAR LUARMALAYSIA /TAHAP KETIGA.a)Apakah bentuk hubungan luar yang dilaksanakan oleh Malaysia pada tahap ketiga? • Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua. • Memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi. • Penekanan kepada isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan di kalangan Negara Membangun.
b)Berikan usaha-usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia pada tahap ketiga. • Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN. • Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur. • Mempertingkatkan hubungan duahala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan,Carribean dan Pasifik Selatan. • Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri. • Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak. • Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.
c)Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan dasar luar Malaysia pada tahap ketiga lebih kepada dasar bermatlamatkan kepentingan ekonomi. • Kepentingan ekonomi berkaitan perdagangan,pelaburan,pembangunan di kalangan negara membangun. • Menekankan kerjasama ekonomi dengan negara ASEAN. • Dasar Pandangan ke Timur pada 1982 menjadikan Jepun dan Korea sebagai model. • Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara Afrika,Amerika Syarikat, Carribean dan Pasifik Selatan melalui perjanjian perdagangan. • Hubungan politikdan perdagangan dengan negara Dunia ketiga.
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA.a)Apakah faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota komanwel. • Pertahanan – Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekatperjuangan Parti Komunis Malaya. • Bantuan - Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain ,Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi. • Kerjasama – Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel. • CHOGM - Mesyuarat COGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama. • Anjur - Menganjur mesyuarat CHOGM. • Langkawi - Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran. • Aparteid - Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid. • Cukai - Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah. • Colombo - Rancagan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. • Sukan - Berjaya menganjurkan Suakan Komanwel 1998.
b)Huraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). • Bantu - Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. • Congo - Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo. • Namibia – Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan. • Iran - Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq. • Kampuchea – Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea. • Bosnia - Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia. • Aparteid – Menentang dasar aparteid. • Antartika – Menyarankan agar benua antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara. • Bank - Menjadi ahli Bank Dunia. • Dadah - Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah. • Majlis - Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB. • Razali - Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB. • Myanmar - Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar . • Palestin - Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.
NEGARA-NEGARA SELATAN.a)Apakah Negara Selatan? • Dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga. • Mempunyai persamaan dari segi latar belakang ekonomi. • Pernah dijajah oleh kuasa Barat.
b)Senaraikan ciri-ciri Negara Selatan. • Pernah dijajah oleh kuasa Barat. • Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. • Tidak mempunyai kepakaran. • Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap. • Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil. • Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju. • Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan.
c)Berikan matlamat penubuhan Negara-Negara Selatan. • Mengatasi harga eksport bahan mentah. • Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dikalangan negara anggota. • Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.
d)Senaraikan peranan Malaysia dalam Negara-Negara Selatan. • Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan. • Menubuhkan kumpulan 15. • Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990. • Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi. • Menubuhkan Pusat Pertukaran DataPlaburan Perdagangan dan Teknonogi Selatan di Kuala Lumpur. • Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global. • Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
CABARAN MASA DEPAN.a)Apakah cabaran globalisasi yang terpaksa dihadapi oleh Malaysia? • Sempadan - Dunia tanpa sempadan. • Komunikasi – Proses komunikasi manusia antara sebuah negara dengan sebuah negara lain berlaku dengan pantas. • ICT - Kepentingan ICT. • Kekayaan - Pengukuran kekayaan negara berdasarkan teknologi dan industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. • Sumber - Modal intelek dan pekerja yang berpengetahuan menjadi sumber paling berharga. • Masyarakat – Mewujudkan K-masyarakat.
b)Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi. • ICT - Menyediakan frasarana ICT. • Promosi – Mempromosikan penggunaan ICT. • MSC - Melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiara digital. • Peruntukan – Memperuntukkan belanjawan sebanyak RM 5.2 bilion bagi projek berasaskan ICT. • Agih - mengagihkan RM 1 bilion daripada peruntukkan itu untuk program luar bandar. • Penyelidikan – Menyediakan peruntukan kepada penyelidik dan pembangunan penciptaan baru dan pendaftaran paten. • Galak - Menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru. • Wawasan - Menubuhkan sekolah wawasan bagi meningkatkan daya saing. • Bestari - Sekolah bestari dilengkapkan dengan frasarana teknologi maklumat. • Kurikulum - Kurikulum diubahsuai dan di bentuk semula agar melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis.
a)Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) • Merujuk kepada kaedah serta peralatan yang membolehkan komunikasi berlaku dengan pantas , mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan.
b)Nyatakan langkah-langkah yang diusahakanoleh Malaysia bagi memenuhi kepentingan ICT. • Menyediakan frasarana bagi merebut peluang dan faedah daripada ICT. • Mempromosikan penggunaan ICT. • Merancang pembinaan frasarana ICT untuk pembangunan jangka panjang. • Melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia.
c)Apakah tujuan kerajaan melancarkan projek Koridor Raya Multimedia. • Memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat. • Memulakan e–pendidikan,pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital. • Menggalakkan perkembangan ICT. • Menggalakkan penggunaan ICT secara positif. • Pelaksanaan ekonomi berlandaskan k-ekonomi berjalan lancar. • Membangunkan ekonomi negara. • Meletakkan Malaysia dalam posisi yang lebih baik pada era globalisasi. • Melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
d)Mengapakah kemajuan dan kekayaan sesebuah negara pada era globalisasi diukur berdasarkan k-ekonomi? • K-ekonomi mampu meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan. • Mewujudkan industri berasaskan ilmu pengetahuan. • K-ekonomi menjana keuntungan dan kemajuan perniagaan. • Membka peluang pekerjaan. • Mewujudkan perkongsian pintar. • K-ekonomi menghasilkan modal intelek. • Melahirkan semangat dan daya saing yang tinggi.
a)Apakah maksd k-ekonomi? • Ekonomi berlandaskan pengetahuan. • Merujuk kepada keupayaan seseorang menggunakan ilmu pengetahuan bagi mencipta satu nilai baru yang dapat membawa kemajuan.
b)Senaraikan syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan k-ekonomi. • Modal intelek. • Pekerja berpengetahuan. • Semangat dan daya saing yang tinggi. • Industri yang berasaskan ilmu pengetahuan. • Inovasi. • Penyelidikan dan pembangunan.
c)Nyatakan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan kearah mewujudkan k-masyarakat. • Penubuhan sekolah wawasan untuk memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing. • Mewujudkan sekolah bestari yang dilengkapi dengan frasarana teknologi maklumat. • Mengubahsuaikan kurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan analitis.
d)Apakah matlamat karajaan berusaha mewujudkan k-masyarakat. • Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi. • Tenaga kerja yang bermotivasi tinggi. • Berkemahiran tinggi. • Dapat menyahut cabaran globalisasi. • Mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.