1 / 7

Kontraktor Bina Rumah IBS

http://www.binarumahibs.com<br>Interlocking brick house contractor in Malaysia. Using latest technology in creating earth or interlocking brick. Kontraktor pembinaan menggunakan bata interlock. Bina rumah mampu milik atas tanah sendiri dengan menggunakan bata interlock.<br>

bradmeltoe
Download Presentation

Kontraktor Bina Rumah IBS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BINA RUMAH IBS BINA RUMAH IBS Perkhidmatan Membina Rumah Menggunakan Bata IBS / Bata Interlock Earth Brick / Interlocking Brick House Building Service www.binarumahibs.com Biz Impulse Marketing (002247487-W) 45, Jalan 2/1, Taman Sri Jaromas, 42600 Jenjarom, Selangor

  2. Pengenalan Kami merupakan kontraktor yang menyediakan perkhidmatan membina rumah dengan menggunakan sistem bata IBS / Bata Interlock di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan. Apa itu Bata Interlock? Bata interlock merupakan bata yang direka khas supaya ia mudah digunakan dalam pembinaan. Tidak seperti bata biasa, yang perlu diikat dengan simen, bata interlock hanya perlu disusun seperti menyusun kepingan lego sahaja. Setelah berpuas hati dengan susunan, barulah konkrit dicurah ke dalam lorong yang disediakan khas pada permukaan bata. Apa Kelebihan Bata Interlock? Kelebihan utama bata interlock: 1.Bata yang lebih kuat berbanding bata simen dan bata merah Bata interlock adalah lebih padat, kuat, dan berat daripada bata yang biasa digunakan. Dalam ujian tekanan dan mampatan, biasanya bata interlock akan mendahului sehingga 2-5x ganda lebih kuat. Mengikut konsep pembinaan, bata simen sudah memadai untuk membina rumah yang kuat, dan menggunakan bata yang lebih kuat dari bata simen seperti bata tanah liat dan bata interlock adalah tidak perlu. Walau bagaimanapun, ada keadaaan yang menunjukkan kelebihan menggunakan bata yang lebih kuat. Seperti bila berlakunya banjir, tsunami, gempa bumi, atau kemalangan. Banyak kejadian yang berlaku menunjukkan rumah yang dibina dengan bata interlock biasanya lebih tahan. 2.Rumah yang lebih sejuk Jisim suhu satu bahan menunjukkan kebolehan menyerap haba sesuatu bahan. Seperti yang kita tahu, ramai yang menggunakan bata merah/bata tanah liat berbanding bata simen disebabkan ia akan menahan haba dari luar rumah daripada memasuki rumah, menyebabkan rumah akan terasa lebih sejuk. Konsep yang sama juga digunakan di tempat yang sejuk seperti di kawasan salji. Tanah liat digunakan untuk membina rumah, supaya suhu sejuk dari luar tidak mampu memasuki rumah, dan menyebabkan suhu rumah terasa lebih panas dari luar rumah. Bata interlock merupakan bata yang dikenakan mampatan yang sangat kuat. Isipadu dan jisim suhunya lebih tinggi, walaupun bila dibandingkan dengan bata merah dan konkrit. Menyebabkan rumah yang dibina menjadi lebih sejuk.

  3. 3.Tempoh pembinaan yang lebih cepat Pembinaan rumah menggunakan bata interlock biasanya lebih pantas. Ini akan menyebabkan kos tenaga buruh dapat dijimatkan. Bilangan pekerja yang diperlukan juga lebih sedikit dari biasa. Biasanya, untuk menyiapkan rumah 800 kaki persegi, hanya 3 orang perkerja sahaja yang diperlukan untuk menyiapkan rumah dalam tempoh 5-8 minggu. Berbanding dengan pembinaan rumah menggunakan kaedah biasa, yang biasanya mengambil masa 8-12 minggu, bergantung kepada kecekapan kontraktor dan kemahiran tukang yang dipilih. 4.Rumah lebih cantik Dalam pembinaan rumah menggunakan bata interlock, tiada istilah rumah senget /dinding senget yang boleh berlaku pada pembinaan bata biasa. Penggunaan bata interlock memudahkan tukang membuat rumah tersebut Menyebabkan dinding yang dibina dengan bata interlock biasanya lurus dan sekata. secara lurus. Seseorang itu boleh memilih untuk: -Mengecat seperti cat biasa setelah mengenakan simen nipis. Simen yang digunakan tidak perlu tebal seperti kebiasaan, kerana dindingnya sudah pun lurus. -Membiarkan begitu sahaja. Ini merupakan pilihan ramai, disebabkan hasilnya yang cukup memuaskan, tanpa mengeluarkan sebarang kos tambahan -Mengecat terus atas bata tanpa menggunakan simen. Biasanya menggunakan bata coklat gelap atau putih. -Varnish/Shallec, untuk menjadikan permukaan lebih berkilat -Memasang mosaic. Dinding yang lurus memudahkan pemasangan tile dan mengurangkan kecacatan apabila memasang tile. Bergantung kepada kreativiti dan pilihan seseorang, rumah boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.

  4. Kelemahan Bata Interlock 1.Memerlukan Kemahiran Pakar Menyusun bata interlock memang tidak sukar. Bahkan sesiapaa sahaja boleh membuatnya. Namun, kemahiran yang paling penting adalah pada proses perancangan supaya tidak boleh berlaku kesilapan sewaktu pembinaan. Ini kerana, pada pembinaan konvensional, sebarang kesilapan adalah senang untuk dibaiki. Boleh pecahkan, plaster, dan tampal semula pada bahagian yang berlaku kesilapan. Namun, apabila menggunakan bata interlock, kesilapan struktur memerlukan sebahagian daripada dinding dipotong, malah boleh menyebabkan keseluruhan struktur dibuat semula dari awal. Kepakaran lain dalam bidang reka bentuk turut diperlukan. Persoalan seperti bagaimana ingin menyusun bata supaya kuat dan cantik pada masa yang sama perlu ditentukan awal-awal sebelum pembinaan. Sekiranya anda ingin rumah kos rendah tanpa sebarang susunan, kemahiran ini tidak diperlukan. Tapi sekiranya anda mempunyai idea untuk mengecat dinding, tiang, menggunakan bata yang berbeza warna dan lain-lain idea kreatif lain, kontraktor dan arkitek yang cekap adalah perlu. 2.Harga bata yang mahal Harga pasaran sebiji bata interlock adalah RM1.60-RM1.70 sebiji, tidak termasuk GST. Ia jauh lebih mahal berbanding bata merah yang berharga RM0.40 sebiji dan bata simen yang berharga RM0.27 sebiji. Sekiranya diikutkan harga bata sahaja, kelihatan kos pembinaan mesti lebih mahal daripada biasa. Namun, ia tidak begitu. Penggunaan bata interlock boleh menjimatkan penggunaan simen sebanyak 30% dan kos buruh sehinggga 50%, menyebabkan kos keseluruhan pembinaan satu bangunan adalah hampir sama seperti pembinan menggunakan bata biasa. Jadual berikut boleh digunakan sebagai contoh perbandingan menggunakan bata interlock dan bata biasa. Kos Bahan Kos Buruh Jumlah Tempoh siap Bata BIasa RM50,000 RM50,000 RM100,000 2-3 bulan Bata Interlock RM70,000 RM30,000 RM100,000 1-2 bulan

  5. Perkhidmatan Kami Mencari perkhidmatan membina rumah menggunakan bata interlock memang sudah di Malaysia, kerana tidak ramai kontraktor yang menawarkannya. Tetapi kami di Biz Impulse Marketing, menyediakan perkhidmatan tersebut. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan: -Membina rumah baru -Ubahsuai rumah lama -Membina binaan kecil seperti pagar, gazebo, dan beranda -Maintenance rumah -Mengecat, mencantikkan atau membaikpulih binaan -Membuat perabot / kabinet / tabletop Mengapa Pilih Kami? 1.Tenaga Pakar Disebabkan bata interlock sangat tidak bertoleransi kepada kesilapan. Kemahiran daripada mereka yang pakar adalah perlu. Kami menggunakan khidmat pakar yang berkemahiran dalam bidang seni bina, pembinaan dan juga kejuruteraan. Kerjasama dari pihak-pihak ini mampu meminimakan risiko sewaktu merancang dan menjalan projek. 2.Building Information Modeling (BIM) Ini antara kelebihan yang kami ada berbanding kontraktor lain, iaitu simulasi pembinaan sebelum satu-satu projek dijalankan. Dengan BIM, simulasi pembinaan rumah secara 3D boleh dijalankan. Pelanggan dapat melihat sendiri secara maya, contoh projek yang mereka inginkan. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mengubah suai rumah mereka mengikut kehendak mereka. Menggunakan BIM, kesilapan dan ubahsuai sewaktu pembinaan sebenar dapat diminimakan. BIM memungkinkan kami untuk mengira jumlah bahan binaan yang diperlukan secara tepat. Berapa biji bata, berapa beg simen, berapa keping tiles, mosaic dan lain-lain, dapat disimulasi. Dengan BIM juga, sekiranya berlaku kerosakan pada bangunan pada masa akan datang, proses baik pulih amat mudah kerana segala maklumat seperti lokasi paip, wayar, beam ada di dalam BIM. Hanya setelah pelanggan berpuas hati, baru kami akan meneruskan projek pembinaan sebenar. Contoh perbandingan apabila menggunakan BIM dan tanpa menggunakan BIM Risiko Kesilapan Proses Membaik Pulih Potensi Terlebih Bajet Tempoh siap Dengan BIM Minimum Senang Minimum 1-2 bulan Tanpa BIM Sederhana Sederhana Sederhana 2-3 bulan

  6. Ka mi menawarkan pakej BIM kepada projek yang kami jalankan: 1.BIM Asas Maklumat lengkap binaan sekiranya siap seperti: -Reka bentuk rumah, pintu, tingkap -Kedudukan dan bil bata, beam, bumbung -Kedudukan komponen elektrik dan paip -Rupa bentuk tile, permukaan lantai, dinding dll Harga: -RM1 / kaki persegi bagi pelanggan luar. Percuma bagi mereka yang mengambil pakej membina rumah dengan kami 2.BIM Terperinci Maklumat terperinci binaan yang diambil pada setiap progres seperti: -Foundation : Bilangan dan lokasi besi, saiz konkrit, saiz tapak -Dinding: Bilangan dan lokasi besi, wayar, paip dalam dinding -Beam: Bilangan dan lokasi, dimensi dan struktur beam -Maklumat lengkap binaan sekiranya siap Harga: -RM5/kaki persegi. Untuk kebanyakan projek kecil, seperti projek membina rumah kediamaan, biasanya BIM Asas sudah memadai. Berapa Kos Bina Rumah Kami? Harga yang kami tawarkan adalah seperti berikut: 1.Pakej Bajet – RM110 per kaki persegi Bangunan lengkap yang sedia diduduki. Rumah kos rendah. Jenis Dinding Kemasan Dinding Jenis Bumbung Jenis Siling Kemasan Lantai Kelengkapan Bata Interlock Tiada kemasan/Cat Metal Deck + Insulation Siling 2x4 / Siling Plaster Simen licin Peralatan asas seperti lampu, kipas, singki dan tandas Tingkap Aluminium/Tingkap Kayu Tingkap

  7. 2.Pakej Biasa – RM120 per kaki persegi Bangunan lengkap yang sedia diduduki. Rumah kos rendah, namun mempunyai kemasan yang lebih menarik Jenis Dinding Kemasan Dinding Jenis Bumbung Jenis Siling Kemasan Lantai Kelengkapan Bata Interlock Tiada kemasan/Cat Metal Deck + Insulation / Atap Genting Siling 2x4 / Siling Plaster Tile Peralatan asas seperti lampu, kipas, singki dan tandas 3. Pakej Mewah – RM145 per kaki persegi Bangunan lengkap yang lengkap dengan kelengkapan seperti kabinet dan tabletop Jenis Dinding Kemasan Dinding Jenis Bumbung Jenis Siling Kemasan Lantai Kelengkapan Bata Interlock Tiada kemasan/Cat Metal Deck + Insulation / Atap Genting Siling 2x4 / Siling Plaster Tile Mewah Peralatan asas seperti lampu, kipas, singki dan tandas berjenama Beserta perabot, kabinet, dan tabletop Bagaimana Ingin Menggunakan Perkhidmatan Kami? Anda boleh layari www.binarumahibs.com untuk pergi ke laman web kami atau isikan borang di sini. Kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. Maklumkan kami mengenai projek rumah idaman anda, dan kami sedia berikan khidmat nasihat untuk anda capai impian anda memiliki rumah sendiri. Disediakan oleh, Ahmad Farhan, Pengurus, Biz Impulse Marketing.

More Related