20 likes | 169 Views
Bengkel Seni Tari 2007. Tarikh : 16 Jan – 13 Mac 2007 (setiap selasa) Tempat : Bilik Gym, Dewan Serbaguna P8 Masa : 8.00 – 10.00 malam. Penyertaan 30 orang sahaja. Yuran : RM 10/sebulan Pendaftaran : RM5.00. Modul : Tarian Inang Tarian Zapin Tarian Joget.
E N D
Bengkel Seni Tari 2007 • Tarikh : 16 Jan – 13 Mac 2007 (setiap selasa) • Tempat : Bilik Gym, Dewan Serbaguna P8 • Masa : 8.00 – 10.00 malam Penyertaan 30 orang sahaja Yuran : RM 10/sebulan Pendaftaran : RM5.00 Modul : Tarian Inang Tarian Zapin Tarian Joget Maklumat Lanjut/Pendaftaran: Bah. Perkhidmatan Komuniti : 03-8887 7159 (Rozimah), 03-8887 8030 (AmirulKhairi)
Bagi merakyatkan seni tari dikalangan warga Putrajaya, Perbadanan Putrajaya akan mengadakan bengkel seni tari bagi tahun 2007. Melalui tarian pelbagai mesej warisan bangsa dapat diterapkan dan dijiwai dengan tujuan untuk memupuk masyarakat harmoni yang dapat kita banggakan. Buat permulaan, 3 modul seni tari akan diperkenalkan iaitu: Tarian Joget, Inang dan Zapin KE ARAH MERAKYATKAN SENI TARI DI PUTRAJAYA Tarian Inang Tarian Inang adalah versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Mak Inang yang ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Butiran Peserta : Nama : ________________________ Alamat : __________________________________________________________________________________________ No.Tel/Hp: ________________________ Perakuan peserta Saya dengan ini bersetuju mengikuti Bengkel Seni Tari 2007 dengan bayaran Pendaftaran RM5.00. Yang benar. ____________________ Tarikh : ____________ Tarian Zapin Tarian Zapin popular di Johor. Tarian ini bersifat edukatif dan menghibur. Sering digunakan sebagai media penyampaian mesej melalui syair di dalamnya. Tarian ini diperkenalkan oleh pedagang-pedagang dari Timur Tengah seawal abad ke 14. Zapin biasanya dipersembahkan secara berpasangan dan diiringi alat muzik tradisional seperti gambus, akordian , biola, marwas (bongos), rebana dan dok. Terdapat banyak jenis zapin di Johor berdasarkan daerah yang dicirikan dengan variasi gaya dan pergerakan tarian seperti Zapin Melayu Johor, Zapin Pulau, Zapin Tenglu 1, Zapin Tenglu 2, Zapin Lenga , Zapin Pekajang, Zapin Arab, Zapin Jambi dan Zapin Singapura . Tarian Joget Joget merupakan tarian popular terutama di festival kesenian, upacara perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Ia adalah tarian kacukan Portugis yang dibawa ke Melaka sejak zaman perdagangan rempah. Joget dipersembahkan oleh beberapa pasangan penari dengan pergerakkan kaki dan tangan yang lincah. Ini berikutan tempo lagu joget yang selalunya laju. Di Melaka, joget dikenali sebagai Chakunchak.