420 likes | 985 Views
AL-QURAN DAN SAINS (IQEU 3101) MATAHARI: KAJIAN TERHADAP SURAH YAASIN AYAT 38. DISEDIAKAN OLEH: NOR HANIS HAMIRUDIN IEH 020007 SITI SALMIAH ABDUL HAMID IEH 020067 . P.
E N D
AL-QURAN DAN SAINS(IQEU 3101)MATAHARI:KAJIAN TERHADAP SURAH YAASIN AYAT 38 DISEDIAKAN OLEH: NOR HANIS HAMIRUDIN IEH 020007 SITI SALMIAH ABDUL HAMID IEH 020067
P • Allah s.w.t telah menyebut perkataan al-syams (matahari) dalam al-Quran sebanyak 43 kali.Bahkan terdapat satu surah yang bernama al-syams dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Syams (91): ayat 1, وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا Maksudnya: Demi matahari dan cahayanya di pagi hari.
Antara ayat al-Quran yang menyebut perkataan AL-SYAMS ialah: 1. Surah Ibrahim (14): ayat 33 وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ {33} Maksudnya: Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.
2. Surah al-Baqarah (2): ayat 258 أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَآجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رِبِّهِ أَنْ آتَاهُ اللّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِـي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِـي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ {258}
Maksudnya: Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (258)
3. Surah al-An’am (6): ayat 96 فَالِقُ الإِصْبَاحِ وَجَعَلَ اللَّيْلَ سَكَنًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ حُسْبَانًا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ {96} Maksudnya: Allah jualah yang membelah cahaya Subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
4. Surah Fatir (35): ayat 13 يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ {13} Maksudnya: Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
5. Surah al-Ra’d (13): ayat 2 اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى يُدَبِّرُ الأَمْرَ يُفَصِّلُ الآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاء رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ {2} Maksudnya: Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
6. Surah al-Anbiya’ (21): ayat 33 وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ {33} Maksudnya: Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
7. Surah al-Nahl (16): ayat 12 وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالْنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالْنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ {12} Maksudnya: Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya).
8. Surah Yunus: ayat 5 Firman Allah Taala yang bermaksud : “Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.”
9. 9. Surah Yaasin (36): ayat 40 Firman Allah Taala yang bermaksud : “Dengan ketentuan yang demikian Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
10. Surah Yaasin (36): ayat 38 وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ {38} Maksudnya: Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Ayat 38 surah Yasin menjelaskan peredaran matahari di orbitnya ke tempat yang telah ditetapkan merupakan tanda kekuasaan Allah s.w.t yang maha berkuasa pada setiap sesuatu. Ahli tafsir mentafsirkan perkataanالمستقر kepada dua iaitu yang pertama tempat (makani) dan kedua masa (zamani). Pendapat pertama menyatakan matahari beredar di tempatnya iaitu di bawah ‘Arasy yang mana bumi mengelilingi matahari. Manakala, pendapat kedua menyatakan matahari akan terus beredar ke tempatnya hingga tibanya hari kiamat. (Dr.Wahbah Zuhaili, Tafsir al-Munir, hlm 15)
Hamka dalam tafsirnya, Tafsir al-Azhar menyatakan ayat 38 surah Yasin ini telah dibuktikan oleh ahli falak iaitu matahari beredar sekitar dirinya. (halaman 39) Pada permulaan penyelidikan, manusia menganggap bahawa matahari adalah statik dan bumi yang mengelilinginya. Kemajuan penyelidikan menunjukkan bahawa matahari juga beredar di orbitnya, tidak pernah membelok dari jalannya dalam kepantasan 12 mil satu detik menurut ahli falak. Hal ini membuktikan sifat Allah yang maha berkuasa (al-’Aziz) terhadap makhluknya dan hanya Allah mengetahui (al-’Alim) ke mana arah tujuan matahari dalam peredarannya
Matahari adalah sumber tenaga kepada kehidupan di bumi. • Kewujudannya merupakan anugerah Allah swt untuk melengkapkan bumi bagi menampung kehidupan manusia. • Oleh itu, suatu masa dahulu matahari dianggap sebagai satu sumber kekuatan sehingga mendorong segolongan manusia menyembahnya. • Pemerhatian dan percubaan untuk menyelesaikan misteri beberapa fenomena matahari serta tenaga yang ada padanya merupakan antara aktiviti astronomi yang terawal.
Secara ketaranya, Matahari merupakan jisim yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. • Dalam sistem koordinat geosentrik, matahari disifatkan beredar pada satah ekliptiknya pada arah timur. Ini adalah kesan daripada bumi yang bergerak mengelilingi matahari. • Oleh kerana putaran bumi berlaku pada sudut 23.5 darjah daripada paksi tegaknya maka satah ekliptik juga condong pada sudut tersebut. • Pergerakan ini memberi kesan terhadap perubahan musim di bumi setiap tahun.
MATAHARI • Matahari ialah pusat sistem suria. • Merupakan objek yang paling besar dalam sistem suria. • Objek-objek lain dalam sistem suria didapati beredar mengelilingi matahari. • Matahari merupakan jisim yang mengeluarkan tenaga dalam bentuk haba dan cahaya. • Penghasilan tenaga ini berlaku akibat peanggaran nukleus hidrogen antara satu sama lain melalui proses yang dinamakan lakuran termonukleus. • Proses yang berlaku ini juga mewujudkan beberapa lapisan matahari.
Ciri-ciri Fizikal Matahari • Jarak ke Bumi = 1 AU @ 1.5 x 108 • Jejari = 7 x 108 • Jisim = 2 x 1010 • diameter = 1.4 x 10^6 km (~ 100 kali saiz bumi) • isipadu = 1 juta kali isipadu bumi • berputar pada paksinya = lebih laju pada bahagian khatulistiwa dan perlahan pada bahagian kutub.
Komposisi Kimia Matahari • Mengandungi : = 75% Hidrogen = 24% Helium = 1% lain-lain
Lapisan Matahari Lapisan atmosfera matahari : • Fotosfera • Kromosfera • Zon peralihan • Korona • Angin suria
Lapisan dalam matahari : • Teras : tempat tenaga dijanakan melaui lakuran nukleus. Suhu adalah 15 juta K dan berketumpatan tinggi. • Zon Sinaran : kawasan di mana tenaga dibawa ke permukaan dalam bentuk foton. • Zon perolakan : kawasan di mana tenaga dibawa melalui kaedah perolakan.
Fotosfera • Permukaan matahari yang kelihatan seperti lapisan awan yang cerah Aktiviti yang berlaku di fotosfera : Granulasi Tompok matahari/sunspot Prominence Filamen Flares/suar Spikul
Kromosfera • Bahagian paling bawah dalam atmosfera matahari dan kawasan paling sejuk pada matahari. Zon Peralihan • kawasan di mana suhu meningkat dengan memdadak dari 50000 K – 500000 K.
Korona • Boleh dilihat apabila berlakunya gerhana matahari penuh. • Merupakan bahagian paling luar pada atmosfera matahari. • Sangat sukar dilihat kerana merupakan gas yang sangat nipis. • Suhu melebihi 1 juta K iaitu kawasan yang paling panas dalam atmosfera matahari. • Kawasan yang melebur sehingga berjuta-juta km daripada lapisan fotosfera.
Angin suria • Aliran terus menerus zarah bercas proton atau neutron yang keluar dari matahari dengan kelajuan yang tinggi. • Berpunca dari korona matahari yang berkembang dalam ruang angkasa lebih jauh dari yang dapat dilihat dengan mata kasar. • Korona bergerak keluar dari matahari kedalam ruang angkasa untuk menghasilkan angin suria. • Terhambur dari matahari dengan halaju 400km/s. • Zarah-zarah ini terlaju laju sehingga tidak dapat ditarik oleh tarikan graviti. • Angin suria bergerak sejauh 100 AU, lebih jauh dari orbit Pluto.
Matahari aktif • Aktiviti-aktiviti apabila matahari aktif : • Granulasi • Tompok matahari • Bilangan tompok matahari akan berubah • Prominence • Suar suria/solar flare
GRANULASI • Permukaan gas yang menggelegak dan meruap-ruap disebabkan sel-sel perolakan arus gas panas yang berputar.
TOMPOK MATAHARI • Kawasan hitam yang wujud di fotosfera matahari akibat suhu permukaannya menjadi rendah. • Tidak wujud secara solo tetapi berpasangan atau berkumpulan. • jangka hayat hanya beberapa minggu sahaja.
PROMINENCE • Pancuran gas yang sebahagian besarnya Hidrogen. • pancuran gas ini boleh membentuk seperti awan/awan-awan gas pada bahagian atas kromosfera atau di dalam bahagian korona. • Kelihatan pada atas kromosfera atau korona dalam matahari. • Mempunyai ketumpatan yang tinggi dan suhunya rendah daripada persekitarannya.
SUAR SURIA/SOLAR FLARE • Pencerahan secara tiba-tiba dan seketika di kawasan kecil kromosfera atas atau korona dalam matahari.
Kelihatan seperti lidah api yang menjulang dan meletus di permukaan matahari. • Suar suria yang tipikal boleh bertahan 5-10 minit dan mengeluarkan tenaga yang banyak menyamai bom hidrogen. • Suar suria yang besar boleh bertahan beberapa jam dan boleh mengeluarkan tenaga yang banyak dan mencukupi. • Suar suria juga memberi kesan kepada bumi iaitu fenomena aorora pada kawasan yang berhampiran kutub bumi.serangan yang tiba-tiba memberi kesan kepda medan magnet bumi.
KESIMPULAN • Kejadian matahari merupakan antara tanda kekuasaan Allah swt dan kebenaran al-Quran • Al-Quran telah menjelaskan peredaran matahari lebih 1400 tahun dahulu sebelum ditemui oleh ahli astronomi • Sebagai hamba-Nya, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat matahari kurniaan Allah yang menjadikan alam ini bercahaya pada waktu siang.
KOLEKSI GAMBAR KORONA SPIKUL TOMPOK MATAHARI PROMINENCE
SENARAI RUJUKAN • Al-Quran al-Karim • Wahbah Zuhaili. Tafsir al-Munir. Damsyik. Darul Fikr. • Hamka. (1988). Tafsir al-Azhar. Jakarta. Pustaka Panjimas. • Baharrudin Zainal (2004). Ilmu Falak. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. • Fix, John D (2004). Astronomy: journey to the cosmic frontier. 3rd ed. Mc Graw Hill. • Perpustakaan Negara Malaysia (1995). Glosari astronomi: bahasa Inggeris-huraian-bahasa Melayu-bahasa Inggeris. Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://en.wikipedia.org/wiki/Sun • http://www.solarviews.com/eng/sun.htm • http://lep694.gsfc.nasa.gov/lepedu/sun.gif • http://www.solarview.com/raw/sun/sundiag.jpg