420 likes | 1.92k Views
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA. PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN FUNGSI UTAMA KERAJAAN KOMPONEN UTAMA. PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN DI MALAYSIA. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. Sultan mendapat khidmat daripada Bendahara, Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
E N D
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA • PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN • FUNGSI UTAMA KERAJAAN • KOMPONEN UTAMA
PROSES PEMBENTUKAN KERAJAAN DI MALAYSIA • Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15. • Sultan mendapat khidmat daripada Bendahara, Bendahari, Temenggung dan Laksamana. • Penjajah British datang pada abad ke-17 dan memperkenalkan pentadbiran Inggeris. • Kemerdekaan – pentadbiran secara Barat masih dipakai tetapi banyak perubahan.
TEORI PENGASINGAN KUASA • Montesqeu: • dalam sesebuah negara, pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. • 3 bentuk pemerintahan utama: • Badan Eksekutif (Pentadbiran) • Badan Legislatif (Perundangan) • Badan Judisiari (Kehakiman)
BADAN EKSEKUTIF • YANG DIPERTUAN AGONG • JEMAAH MENTERI/KABINET • KEMENTERIAN • PERKHIDMATAN AWAM • SURUHANJAYA-SURUHANJAYA
YANG DIPERTUAN AGONG • Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. • Peranan utama: • Segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda tetapi mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menter atau PM. • Mempunyai kuasa budi bicara tetap dikehendaki mengikut kebiasaan peraturan Demokrasi Berparlimen. • Melantik Jemaah Menteri atas nasihat PM. • Mempersetujui atau tidak membubarkan Parlimen.
JEMAAH MENTERI / KABINET • Dimulakan oleh sistem Ahli (1951-1955). • Kabinet moden pra-merdeka ditubuhkan selepas Pilihanraya 1955 oleh TAR. • Jemaah Menteri – badan tertinggi. • PM menjadi Ketua Jemaah Menteri. • Ahli-ahli Jemaah Menteri mesti bertanggungjawab di atas keputusanJM.PM lantik Setiausahauntuk membantu PM. • PM - Pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri. • PM –Ketua Pentadbir Utama Negara. • PM - Perkenalkan dan menjalankan dasar. • PM – Pegawai Diplomat Utama Negara.
KEMENTERIAN • Agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan. • Terdapat 26 kementerian – boleh ditambah atau dikurangkan. • Ketua Setiausaha (KSU) – ketua pentadbir • Ketua Setiausaha Negara – ketua perkhidmatan awam Persekutuan
PERKHIDMATAN AWAM • Angkatan Bersenjata • Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman • Angkatan Polis • Perkhidmatan Kereta api • Perkhidmatan Awam Bersama • Perkhidmatan Awam Negeri • Perkhidmtan Pendidikan
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) • Raja/Sultan melantik Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ketua Menteri/Menteri Besar • Raja/Sultan melantik antara 4-8 ADUN sebagai EXCO. • EXCO sama seperti Kabinet Persekutuan. • EXCO memberi nasihat kepada Sultan. • Ex-officio dilantik dari: • Setiausaha Kerajaan Negeri • Penasihat Kewangan Negeri • Pegawai Kewangan Negeri
MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) • Raja boleh melantik bukan bumiputera menjadi Menteri Besar/Ketua Menteri. • Majlis bertanggungjawab secara kolektif kepada DUN. • KM/MB letak jawatan jika: • tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. • Raja/Sultan membubarkan Dewan. • Ahli MMK tidak boleh mengambil bahagian dalam perdagangan, perniagaan atau profesion uang ada kaitan dengan jabatan-jabatan tertentu.
DEWAN UNDANGAN NEGERI • Satu dewan sahaja. • Mendengar, membahas dan menggubal rang undang-undang negeri (ADUN shj) . • Undang-undang negeri dikenali sebagai enakmen. • Anggota terdiri daripada Sultan, ADUN dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.
PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI • DI SARAWAK • Bahagian – ditadbir oleh Residen. • Daerah – Pegawai Daerah. • Daerah Kecil – Pegawai Anak Negeri. • Kampung- Penghulu. • DI SABAH: • Daerah – Pegawai Daerah (dibantu Ketua Anak Negeri). • Kampung – Ketua Kampung (dibantu orang tua).
HILANG KELAYAKAN ADUN APABILA: • Diisytiharkan tidak sempurna akal. • Seorang bankrap. • Memegang jawatan berpendapatan. • Tidak menghantar penyata perbelanjaan p/r. • Dihukum penjara 1 tahun / denda RM2000. • Kehilangan kelayakan di bawah mana-mana undang-undang. • Memperolehi kewarganegaraan negeri asing.
PUNCA UNDANG-UNDANG • Undang-undang bertulis: • perlembagaan • perundangan Persekutuan dan Negeri. • Keputusan2 Mahkamah. • Undang-undang Inggeris. • Undang-undang Islam. • Undang-undang Adat.
KUASA 2 MAHKAMAH • Mentafsir perlembagaan negeri. • Mentafsir sesuatu undang-undang. • Mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan atau Negeri. • Mengisytihar sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah dari segi undang-undang.
KEBEBASAN MAHKAMAH • Tidak boleh dipecat sebelum 65 tahun kecuali: • kelakuannya tidak baik. • Tidak berupaya (uzur). • Tribunal terdiri 5 org atau lebih dari Malaysia atau negara Komanwel. • Saraan diperuntukkan dibayar kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan. • Saraat Hakim dan syarat2 lain tidak boleh diubah. • Kelakuan Hakim tidak boleh dibincangkan dalam Dewan kecuali 1/4 ahli Dewan.
MAHKAMAH PERSEKUTUAN • Selesikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. • Sahkan undang2 oleh Parlimen dan DUN. • Mendengar kes2 rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. • Meliputi kes sivil dan kes jenayah. • Kes sivil yang nilai tuntutannya RM 250000 ke atas
MAHKAMAH RAYUAN • Membincangkan kes rayuan jenayah. • Bicarakan kes sivil nilainya RM250,000 ke atas. • Bicarakan kes jenayah dari Mahkamah Tinggi.
MAHKAMAH TINGGI • Bicarakan apa sahaja kesalahan warganegara dan pelancong asing. • Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. • Kes sivil melibatkan hal penjagaan kanak2 serta orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan dan perceraian agi bukan muslim serta kemuflisan. • Dengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah bernilai RM25000 ke atas. • Beri nasihat kepada mahkamah2 rendah tentang tatacara dan proseding di mahkamah dan soal2 perlembagaan.
MAHKAMAH SESYEN • Bicarakan kes jenayah dan sivil. • Kes sivil bernilai RM25000 ke atas. • Bicarakan apa juga kesalahan jenayah kecuali menjatuhkan hukuman mati. • Jalankan siasatan awal sebeum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. • Kenakan hukuman maksima 5 tahun penjara, denda RM1000,12 kali sebatan atau kedua2nya sekali.
MAHKAMAH JUVANA • Bincangkan kes2 jenayah bagi umur 10-18 tahun. • Kanak2 bersalah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga umur 21 tahun. • Perbicaraan dijalankan secara tertutup.
MAHKAMAH MAJISTRET KELAS 1 • Bincangkan kes2 jenayah dan sivil. • Kes jenayah libatkan hukuman penjara dan hukuman denda. • Hukuman maksimum - 5 tahun penjara, denda RM10000, sebatan 12 kali atau ketiga2nya. • Kes sivil libatkan RM12000 ke atas setahun.
MAHKAMAH MAJISTRET KELAS II • Kes jenayah - hukuman maksimum dijatuhkan tidak melebihi 3 bulan penjara dan denda RM250 atau kedua2nya sekali. • Ks sivil - nilai kes tuntutan RM3000 ke atas.
MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL • Bicarakan kes tuntutuan sivil bernilai RM3000 ke atas.
MAHKAMAH PENGHULU • Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. • Dikendalikan oleh Penghulu sesuatu Mukim. • Kes sivil - tuntutan nilai RM50 ke bawah. • Kes jenayah - denda sebanyak RM25 ke bawah. • Rayuan terhadap mahkamah penghulu boleh dibuat di Mahkamah Majistret.
MAHKAMAH TENTERA • Kendalikan kes tingkah laku tentera. • Tidak bicarakan kes sivil dan jenayah. • Kesalahan yang dibicarakan: • tidak patuh pada arahan pihak berkuasa, • tidak menjalankan tugas, • mengabaikan tugas. • Jatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati. • Pesalah boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
MAHKAMAH KHAS RAJA2 • Bicarakan kesalahan Dipertuan Agung dan Sultan dalam kes sivil dan kes jenayah yang dilakukan dalam persekutuan. • Tindakan akan dikenakan terhadap Agung atau Sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.
MAHKAMAH SYARIAH • Untuk mengadili umat Islam. • Bicarakan kes2 sivil dan jenayah. • Kes sivil - nafkah dan tanggungan, perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahaagian harta. • Kes jenayah - berjudi, zina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan, minum minuman keras, tidak zakat dan fitrah. • Kesalahan besar dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
MAHKAMAH ADAT • Bicarakan kes2 pelanggaran adat oleh suku2 kaum di Sabah dan Sarawak. • Contoh: • adat perkahwinan, • undang-undang adat, • adat-adat keagamaan dll.
KESIMPULAN • Dalam konteks negara Malaysia mengamalkan konsep Pengasingan Kuasa, pada dasarnya tidak dipraktikkan sepenuhnya. • Ini kerana di antara tiga badan tersebut adalah berkaitan di antara satu sama lain. • Undang-undang dibuat oleh badan pemerintah seperti Yang di Pertuan Agong dan Menteri-menteri. • Ahli Parlimen yang berfungsi sebagai penggubal undang2 juga dilantik mengetuai kementerian2 tertentu untuk menjalankan kuasa pemerintahan.