160 likes | 576 Views
STRUKTUR ASAS DAN CIRI-CIRI SISTEM PENGOPERASIAN. UNIT 2 :. PENGENALAN. Sumber bahan-bahan fizikal O.S : Pemproses Ingatan Utama Storan sekunder Peranti i/o Perkhidmatan yang diberikan oleh O.S : Antaramuka Pengguna Keselamatan data
E N D
PENGENALAN • Sumber bahan-bahan fizikal O.S : • Pemproses • Ingatan Utama • Storan sekunder • Peranti i/o • Perkhidmatan yang diberikan oleh O.S : • Antaramuka Pengguna • Keselamatan data Kesimpulan : O.S Program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel)
STRUKTUR SISTEM PENGOPERASIAN PROGRAM APLIKASI SISTEM PROGRAM Antaramuka Pengguna Panggilan Sistem PENGURUSAN PROSES PENGURUSAN INGATAN KAWALAN I/O PENGURUSAN FAIL CPU INGATAN UTAMA PERANTI I/O STORAN SEKUNDER
STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN • PERKAKASAN • PERISIAN
STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN • PERKAKASAN • Dari segi fizikal, satu sistem komputer terdiri daripada : • Unit Pemprosesan Pusat • Ingatan Utama • Peranti Input/Output (Periferal) • Tanpa O.S, pengguna akan menghadapi masalah dalam mengendalikan semua perkakasan
STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN • PERISIAN • Perisian Penggunaan : Membentuk & membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan • Perisian Sistem : Kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan. - Contoh : Pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN • SERENTAK • PERKONGSIAN • STORAN JANGKA PANJANG
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN • SERENTAK - O.S dapat laksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak/selari (cth : Operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan) - Ini bermakna Beberapa program pengguna dapat dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN • PERKONGSIAN - Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak, maka sumber-sumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut : • Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem Kelebihan * Penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna * Kos berkurang * Manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN • PERKONGSIAN • Kongsi aturcara dan rutin Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin (contohnya rutin isihan) penyusunan dikongsi penggunaannya. • Kongsi data Fail yang mempunyai pangkalan data boleh dikongsi. Ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN • STORAN JANGKA PANJANG - Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. - Perkara yang perlu dipertimbangkan : * Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah * Perlindungan dari gangguan * Perlindungan dari kegagalan sistem
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN • KEBERKESANAN • KEBOLEHPERCAYAAN • MUDAH DISELENGGARAKAN • SAIZ KECIL
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN • KEBERKESANAN (cekap & tepat) - Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat - Kriteria cekap dan berkesan diukur mengikut : * Masa purata di antara kerja-kerja * Masa pemproses pusat yang terbuang * Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok * Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda * Penggunaan sumber-sumber sistem komputer
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN • KEBOLEHPERCAYAAN - Satu perisian yang boleh dipercayai adalah perisian yang dapat memberikan khidmat yang memuaskan hati pengguna. - Disebabkan O.S akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, O.S tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN • MUDAH DISELENGGARA - Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa samada : * bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada * mengubahsuai bagi mengikut perubahan spesifikasi * bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain - Semua perkara-perkara tersebut disebut Penyelenggaraan Perisian
CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN • SAIZ KECIL - O.S akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan - Jadi, O.S akan sentiasa berada di dalam ingatan utama dan mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. - Oleh itu, satu O.S seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan