220 likes | 1.96k Views
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN & PILIHANRAYA. DEMOKRASI BERPARLIMEN. Demokrasi ialah pemerintahan oleh seluruh rakyat atau pemerintah oleh orang yang dipilih secara adil dan telus oleh rakyat. DEFINISI. TOKOH-TOKOH. DEMOS Rakyat. DEMOKRASI?.
E N D
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN & PILIHANRAYA
DEMOKRASI BERPARLIMEN Demokrasi ialah pemerintahan oleh seluruh rakyat atau pemerintah oleh orang yang dipilih secara adil dan telus oleh rakyat
DEFINISI TOKOH-TOKOH DEMOS Rakyat DEMOKRASI? Socrates, Plato, Aristotle & Pericles KRATOS Pemerintahan Diasaskan oleh kerajaan Greek purba AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA • Mengamalkan sistem ini sejak merdeka hingga kini • Pemerintahan menggunakan suara rakyat dalam • menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan • Mekanisme penting adalah sistem pilihanraya yang dijalankan • 5 tahun sekali oleh SPR • Kerajaan yang dipilih oleh rakyat perlu menjaga dan menghargai • mandat yang diberikan oleh rakyat dengan baik
PILIHANRAYA RAJA BERPERLEMBAGAAN CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN PARTI-PARTI POLITIK PARLIMEN PERLEMBAGAAN KEBEBASAN ASASI
Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya yang dianggotai oleh seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli terkandung di dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Anggota-anggota Suruhanjaya dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pada melantik Ahli-ahli Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong “hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam”. TENTANG SPR 1969 1978
TENTANG SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, tanggungjawab untuk mengadakan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Semasa menunaikan tanggungjawabnya, Suruhanjaya Pilihan Raya, selaku badan bebas, tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalammengendalikan pilihan raya. 1959 1964
MISI MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA BERPELUANG UNTUK MEMILIH WAKIL-WAKIL MEREKA BAGI MEMBENTUK KERAJAAN DAN MEMELIHARA HAK INI MELALUI PILIHAN RAYA YANG BEBAS SERTA ADIL. OBJEKTIF MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA MELALUI PILIHAN RAYA YANG ADIL, CEKAP DAN TELUS MOTTO 'CEKAP DAN TELUS'
Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian pilihanraya Parlimen dan Negeri Menjalankan pilihanraya Umum ke DR dan DUN FUNGSI-FUNGSI UTAMA SPR Menjalan pilihanraya kecil Sekiranya berlaku kekosongan
SENARAI PARTI POLITIK BERDAFTAR DENGAN SPR 1. Barisan Nasional 2. Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) 3. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) 4. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP): Sarawak National Party (SNAP) 5. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) : United Sarawak Native Inheritance Party (PBB) 6. Parti Progresif Penduduk (PPP) : People’s Progressive Party (PPP) 7. Parti Perpaduan Rakyat Sarawak : Sarawak United People’s Party 8. Parti Islam Se Malaysia (PAS) : Islamic Party Of Malaysia (PAS) 9. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) : Malaysian Indian Muslim Congress Party 10. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia : Malaysian Workers Party 11. Parti Rakyat Malaysia (PRM) : Malaysian People’s Party 12. Parti Tindakan Demokratik : Democratic Action Party (DAP) 13. Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) : United Pasok Nunukragang National Organization (PASOK)
14. Parti Bersatu Sabah (PBS) : Sabah United Party 15. Parti Kongres Penyatuan Masyarakat : Community Coalition Congress Party 16. Parti Liberal Demokratik-Sabah : Liberal Democratic Party-Sabah 17. Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) : Federation Sabah People Front Party (BERSEKUTU) 18. Parti Keadilan Rakyat: People's Justice Party 19. Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) : United Sabah People Force Democratic Party (SETIA) 20. Parti Maju Sabah (PMS) : Sabah Progressive Party 21. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) : State Reform Party (STAR) 22. Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO): United Pasok Momogun Kadazandusun Organisation (UPKO) 23. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) : Malaysian People Justice Force Party (AKIM) 24. Parti Demokratik Malaysia (MDP) : Malaysian Democratic Party (MDP) 25. Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (AMIPF): All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF) 26. Parti Punjabi Malaysia (PPM) :Malaysian Punjabi Party 27. Parti Demokratik Progresif Sarawak :Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)
TEMPOH PILIHANRAYA Pilihanraya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Pilihanraya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.
SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi Penamaan calon Menyiapkan manifesto Kempen pilihanraya Tempat mengundi Tempat mengira undi Pegawai Pilihan Raya kawasan Mengumumkan Keputusan pilihanraya SPR memberitahu tempat mengundi dan tempat mengira undi Diberi kertas mengundi Memangkah calon yg dipilih Kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi PROSES PILIHANRAYA DI MALAYSIA
SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ? Warganegara Malaysia; Sudah mencapai umur 21 tahun; Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan Tidak hilang kelayakan. HILANG KELAYAKAN Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia: 1. Pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau 2. Sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau 3. Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau 4. Telah memperoleh kerakyatan asing.
CALON PILIHANRAYA Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut: warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding. HILANG KELAYAKAN • Seseorang calon hilang kelayakan jika dia: • Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau didapati seorang bankrap • 2. Memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau telah didapati • bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan • Dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda • tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau • 5. Telah memperoleh kewarganegaraan asing.