391 likes | 2.41k Views
MALAYAN UNION. Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa
E N D
MALAYAN UNION • Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka • Sebelum ini British menerima : 1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu sebagai budaya Tanah Melayu
Sokongan terhadap Dato Onn amat kuat dalam usaha menentang Malayan Union
SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION • Persediaan membentuk kerajaan sendiri • Melahirkan pentadbiran yang licin • Menjimatkan kos pentadbiran • Membentuk bangsa Malayan Union • Mengawal kuasa poilitik orang Melayu
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 • Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat di satukan • Seorang gabenor British dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan Union • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946(sambungan) • Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip “Jus Soli” menjadi asas kerakyatan Malayan Union • Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja • Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
Reaksi Terhadap Malayan Union Sebab penentangan oleh orang Melayu 1.Membantah tindakan Sir Harold MacMichel mengugut Raja-Raja Melayu 2.Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri 3.Terdapa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan 4.Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union 5.Pemberian kerakyatan yang longgar 6.Bimbang kehilangan warisan yang dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka
Sokongan kepada Malayan Union • Penyokong Malayan Union antaranya orang dagang dan Melayu radikal. • Melayu radikal ialah kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. Mereka mendokong Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. Kebanyakan mereka berasal daripada Indonesia. • Malayan Union juga disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ingin menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar. • Mereka menyokong konsep republik seperti di Indonesia dan seterusnya konsep Melayu Raya dilaksanakan. • Malayan Union juga disokong API pimpinan Ahmad Boestamam, AWAS dan BATAS.
Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union • Akhbar-akhbar Melayu menyatakan bantahan secara berterusan • Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai • Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula • Dato’ Onn menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization(UMO) • Mengadakan Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman
Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union( sambungan) • Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) • Mengadakan Kongres Melayu kedua untuk membantah pengisytiharan Malayan Union • Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar • Raja-raja melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan