280 likes | 1.42k Views
PANGKALAN DATA. Kuliah 1 : Konsep Asas. 1.1 Nilai Data & Maklumat. Data – fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian atau yang seumpamanya. 2 jenis data – Kuantitatif dan Kualitatif Data yang bermakna (setelah dianalisa dan disintesis) menjadi Maklumat.
E N D
PANGKALAN DATA Kuliah 1 : Konsep Asas
1.1 Nilai Data & Maklumat • Data – fakta mengenai sesuatu benda, orang, entiti, kejadian atau yang seumpamanya. • 2 jenis data – Kuantitatif dan Kualitatif • Data yang bermakna (setelah dianalisa dan disintesis) menjadi Maklumat. • Maklumat – data yang telah diproses dan disusun atur ke dalam bentuk yang boleh digunakan untuk membuat keputusan.
1.1.2 Kendalian Data Maklumat Data Kendalian Data Fakta yang diproses, punya bentuk dan corak Menukar Data Kepada Maklumat
1.1.2.1 Jenis-jenis kendalian data • Pengesahan • Pengisihan • Pengkelasan • Pencarian • Pengiraan • Peringkasan • Kendalian asas yang lain – Penyimpanan, Perekodan & Dapatan Semula
1.1.3 Ciri-ciri Data • Ciri-ciri maklumat yang berguna : • Ketepatan – sejauh mana maklumat bebas dari kesalahan • Kesempurnaan – tidak kekurangan data –data tertentu • Berwibawa – boleh dipercayai, ada sifat keaslian (authenticity) dan berautoriti (authority). • Tidak Basi – pastikan maklumat masih baru dan berguna.
1.2 Pangkalan Data • Pangkalan data – himpunan data yang banyak yang disimpan di suatu tempat simpanan data (biasanya berkait dan boleh dihubung). • Data yang tidak teratur dan tidak diurus dengan cekap menyebabkan kos penyelenggaraan yang tinggi. • Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) : untuk pengurusan maklumat organisasi
Komponen Sistem Pangkalan Data Aplikasi Pangkalan Data Pangkalan Data DBMS
1.3 Contoh-Contoh Sistem Pangkalan Data • Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang • Sistem Pinjaman Buku Perpustakaan • Sistem Pangkalan Data Pesakit
1.4 Sistem Pangkalan Data Terpusat • Komputer Pusat (Telepemprosesan) – untuk organisasi yang besar yang mempunyai pangkalan data bersepadu yang boleh dicapai oleh ramai pengguna serempak. • Contohnya : Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang • Komputer pusat (kerangka utama) mestilah menyokong beratus urusniaga sesaat • DBMS mesti berupaya menyokong pandangan data yang berbeza
1.4 Sistem Pangkalan Data Terpusat • Senibina Komputer Pusat Pengguna Jauh Pangkalan Data Komputer Kerangka Utama Pengguna Tempatan
1.4 Sistem Pangkalan Data Terpusat • Senibina Pelanggan – Pelayan • DBMS didalam komputer pelayan • Mempunyai keupayaan pemprosesan yang tinggi (bertindak sebagai backend) • Bersambung kepada komputer pelanggan (yang bertindak sebagai frontend) • Sesuai untuk kumpulan kerja yang kecil dan sederhana • Contohnya Sistem Pangkalan Data Perpustakaan, Sistem Pembayaran Yuran Pelajar, Sistem Inventori
1.4 Sistem Pangkalan Data Terpusat • Pangkalan Data Peribadi • Direka untuk seorang pengguna pada satu masa • Boleh diperluas kepada senibina pelayan-pelanggan dengan pengubahsuaian tertentu • Mudah dibangunkan dan ramah pengguna - pengguna boleh bangunkan sendiri sistem yang mereka ingini • Tidak menyokong capaian serempak • Contohnya Sistem Inventori, Sistem Cuti
1.4 Sistem Pangkalan Data Terpusat • Pangkalan Data Multimedia Pada Internet • Senibina hampir dengan pelayan-pelanggan tetapi tidak terhad kepada rangkaian setempat • Pangkalan Data dan DBMS diletak pada satu pelayan -> boleh dicapai oleh pengguna Internet (pelanggan) • Menyimpan data seperti imej, video, suara – tidak terhad kepada teks sahaja
1.5 Sistem Pangkalan Data Teragih • Sebuah pangkalan data logikal yang diagihkan kepada beberapa komputer pada lokasi berlainan tetapi bekerja secara sepadu • Banyak persamaan dengan senibina pelayan-pelanggan – perbezaan jelas dari segi bilangan DBMS • Contohnya syarikat insurans multinasional
1.4 Sistem Pangkalan Data Teragih PD PD PD Pelayan PD PD Pelayan PD
1.6 Pemprosesan Data Bit Bait HIERARKI DATA Bidang Rekod Fail
1.6.1 Sistem Pemprosesan Manual • Data disimpan di dalam kabinet fail – terdiri dari himpunan rekod-rekod • Contoh – rekod pesakit yg disusun mengikut nombor kad pengenalan • Kekurangan – rekod sukar diubah, memakan masa mencari rekod
1.6.2 Sistem Pemprosesan Fail • Rekod-rekod disimpan dalam fail elektronik yang berasingan • Lebih cepat berbanding sistem manual • Kekurangan: 1) Perulangan data * Lewahan Data (redundancy) * Ketakselarasan Data * Kawalan Data yang lemah
1.6.2 Sistem Pemprosesan Fail • Sambungan… • 2) Pengasingan Data - tidak dapat menentukan samada data yang disimpan dalam satu fail mempunyai hubungan logikal dengan data di dalam fail lain • 3) Kebersandaran Format Data • 4) Ketakserasian Fail • 5) Kesukaran mewakilkan data organisasi
1.6.3 Sistem Pangkalan Data • Dibangunkan untuk mengatasi kelemahan sistem fail • Kelebihan berbanding sistem fail: 1) Perulangan data yang terkawal - Mengurangkan lewahan data - Keselarasan data terjamin - Kewibawaan data bertambah 2) Kesepaduan Data -Memudahkan kawalan terhadap data -Perkongsian Data -Capaian data lebih cepat -Pertambahan maklumat
Sambungan…. • 3)Kebebasan format data • 4)Perwakilan data organisasi • 5)Tatacara keselamatan lebih baik • 6) Menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serempak • 7)Tatacara bersandar dan pemulihan yang lebih baik
1.6.4 Kelemahan Sistem Pangkalan Data • Kos DBMS adalah tinggi • Penambahan kos perkakasan • Kos penukaran • Saiz dan kerumitan DBMS • Prestasi mungkin menurun • Risiko kegagalan tinggi
1.7 Perkembangan Sistem Pangkalan Data • 1960an – produk berasaskan struktur hierarki ( dikenali sebagai IMS – Information Management System) dihasilkan oleh IBM • Pertengahan 1960an – IDS (Integrated Data Store) yang merintis jalan kepada pangkalan data berasas kepada struktur rangkaian -> diperkenal oleh syarikat General Electric
Sambungan.. • 1971 - CODASYL menubuhkan jawatankuasa petugas (DBTG) bagi merangka piawaian untuk Bahasa Takrifan Data (DDL) dan Bahasa Pengolahan Data (DML) • 1970 – E.F. Codd menghasilkan kertas penyelidikan bagi model baru PD berasaskan teori algebra hubungan -> IBM menyusul dengan ‘Sistem R’ dan menghasilkan model hubungan • 1976 – Model Perhubungan Entiti (Chen) • 1980an – Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) sebagai piawai bagi PD hubungan – DBMS mula berkembang pesat