1 / 24

PELAJARAN HADITH

MAKANAN YANG BAIK. PELAJARAN HADITH. MAKSUD HADIS. MAKSUD HADITH.

danno
Download Presentation

PELAJARAN HADITH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MAKANAN YANG BAIK PELAJARAN HADITH

  2. MAKSUD HADIS

  3. MAKSUD HADITH Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya. ~ Hadith Riwayat Muslim

  4. TUNTUTAN PRIHATIN KEPADA MEMILIH MAKANAN , MINUMAN DAN PAKAIAN • Makanan,minuman dan pakaian merupakan sebahagian daripada keperluan hidup manusia untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada Allah. • Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai zat iaitu karbohidrat, protein dan vitamin.

  5. Pegambilan makanan yang seimbang membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri dari serangan penyakit. • Makanan mestilah halal dan diperolehi melalui sumber yang halal. • Islam mewajibkan umatnya mencari rezeki yang halal melalui pekerjaan yang halal dan dibenarkan oleh Islam.

  6. HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK • Makanan dan minuman memberi kesan kepada pembinaan fizikal dan mental seseorang. Oleh itu kita perlu memilih makanan dan minuman yang berkhasiat. • Hikmah menjauhkan makanan dan minuman yang haram ialah :

  7. CIRI-CIRI MAKANAN YANG BAIK • HALAL • BERKHASIAT • SUCI DAN BERSIH • TIDAK MEMUDARATKAN

  8. HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK Memelihara Kewarasan Akal Fikiran Menjaga Kesihatan Tubuh Badan Menjaga Maruah Diri Dimakbulkan Doa Mendapat Pahala Menjauhkan Diri Daripada Azab Allah

  9. HUBUNGAN MAKANAN , MINUMAN , PAKAIAN DENGAN DOA DAN IBADAT • Makanan, minuman dan pakaian mempunyai kaitan yang rapat dengan doa dan ibadat kita • Doa dan ibadat kita tidak akan dimakbulkan Allah jika makanan, minuman dan pakaian kita adalah haram dan dari sumber yang haram

  10. Setiap makanan dan minuman yang haram akan menjadi darah daging . Ia memberi kesan kepada jiwa dan akhlak kita. • Apabila makanan kita halal , maka jiwa kita akan menjadi baik dan sebaliknya jika makanan kita haram , maka hidup kita tidak akan diberkati Allah.

  11. GUNAKANLAH PRODUK YANG HALAL

  12. Makanan yang haram adalah makanan yang telah diharamkan dalam Islam seperti khinzir , binatang halal yang tidak disembelih, arak dan sebagainya. Sumber yang haram pula ialah cara kita mendapatkan makanan tersebut seperti melalui pekerjaan yang haram, mencuri, rasuah dan sebagainya.

  13. HARAM !!

  14. CIRI PAKAIAN WANITA ISLAM • Pakaian yang menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan • Tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan • Tidak nipis / jarang hingga menampakkan warna kulit tubuh • Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki • Tidak berhias secara keterlaluan sehingga menarik perhatian lelaki

  15. RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram namun dalam keadaan darurat umat Islam diharuskan makan dan minum yang haram.

  16. Syarat diharuskan makan makanan Atau minuman yang haram Hanya terdapat makanan atau minuman Yang haram sahaja Makan atau minum sekadar untuk Menyelamatkan nyawa sahaja Makan atau minum bukan untuk Atau sehingga kenyang

  17. HIKMAH RUKHSAH MAKAN DAN MINUM YANG HARAM DALAM KEADAAN DARURAT • Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga • Memberi kelonggaran ketika darurat kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa. • Menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

  18. PENGAJARAN HADITH • Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat. • Kita wajib menghindarkan diri daripada makanan dan minuman yang haram dan yang meragukan. • Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram. • Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat , bersih dan kemas.

More Related