590 likes | 956 Views
PENDIDIKAN ISLAM. TINGKATAN 5. IBADAT. PERKAHWINAN. NUSYUZ. FASAKH. KHULUK. ZIHAR. LI’AN. SOALAN. Masalah Dan Cara Penyelesaian Keluarga. DEFINISI. MAHRAM YANG MENYEBABKAN JATUHNYA ZIHAR. RUKUN. ZIHAR. KAFARAH. Bahasa. Menzahir atau menyerupai. Istilah.
E N D
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 IBADAT PERKAHWINAN
NUSYUZ FASAKH KHULUK ZIHAR LI’AN SOALAN Masalah Dan Cara Penyelesaian Keluarga
DEFINISI MAHRAM YANG MENYEBABKAN JATUHNYA ZIHAR RUKUN ZIHAR KAFARAH
Bahasa Menzahir atau menyerupai Istilah Suami menyerupakan isterinya dengan ibunya. Seperti kata suami kepada isterinya :”Engkau ini dengan aku serupa dengan emak aku”, atau “dada engkau serupa dengan dada ibuku”, atau “Punggung engkau serupa dengan punggung ibuku” dan sebagainya
Apabila suami berkata demikian kepada isterinya, haramlah bagi suami berstubuh dengan isterinya, wajiblah suami membayar kafarah jika dia ingin kembali bersama dan bersetubuh dengan isterinya. Zihar bukanlah ucapan talak tetapi merupakan ucapan mungkar yang ditegah, serta mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh allah S.W.T sebab itu dikenakan kafarah atau denda.
RUKUN ZIHAR Suami yang sah Isteri yang sah Orang yang diziharkan dengan isterinya itu (mahram suami) Lafaz zihar sama ada secara terang-terangan atau sindiran, melalui tulisan atau bahasa isyarat kepada orang bisu dengan syarat isyarat itu boleh difahami
MUHRAM DENGAN SUAMI YANG MELIBATKAN ZIHAR Secara nasab atau keturunan Muhram berambil-ambilan Muhram secara Ridha’(susuan) Ibu mertua
KAFARAH Memerdekakan seorang hamba mukmin Jika tidak mampu Berpuasa dua bulan berturut-turut atau berterusan Memberi sedekah makanan utama sesebuah negeri kepada enam puluh orang miskin
DALIL DEFINISI PERBUATAN YANG DIKIRA NUSYUZ CARA MENGATASI NUSYUZ AKIBAT PERBUATAN NUSYUZ KAEDAH BAGI MENANGANI PERBUATAN NUSYUZ
Bahasa : Derhaka atau ingkar DEFINISI Istilah : Isteri yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan hak dan tanggungjawab kepada suaminya seperti yang dituntut oleh syarak.
Mengikut Mazhab Syafie… • Isteri hanya akan mendapat nafkah setelah dia bersedia untuk menyerahkan diri kepada suaminya. • Sekiranya isteri membuat sesuatu yang menunjukkan keingkaran terhadap suami atau berlakunya nusyuz, maka gugurlah haknya untuk mendapat nafkah.
Sabda Rasulullah s.a.w.. Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bersabda : ‘Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia menolak, sehingga suami marah, maka para malaikat akan melaknatnya hingga subuh.
PERBUATAN-PERBUATAN YANG DIKIRA NUSYUZ • Keluar rumah tanpa izin suami tanpa tujuan mustahak atau ke tempat yang tidak diizinkan oleh suami. • Tidak melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti uzur. • Pergi ke suatu tempat yang jauh selama beberapa hari tanpa izin suami. • Tidak mengikut larangan suami yang munasabah seperti melarang seseorang yang tidak disukai suami memasuki rumahnya. • Ingkar perintah suami (perintah yang berlandaskan syarak)
AKIBAT DARIPADA PERBUATAN NUSYUZ • Isteri kehilangan hak sebagai isteri • Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah isterinya. • Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suami. • Isteri tidak berhak membuat apa-apa tuntutan daripada suaminya.
KAEDAH BAGI MENANGANI PERBUATAN NUSYUZ • Suami hendaklah menasihati isteri dan menerangkan kesalahan yang telah dilakukan oleh isterinya dengan baik. • Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah mengasingkan diri daripada isterinya tidak melebihi 3 hari. • Jika kaedah pertama dan kedua tidak membawa perubahan kepada isteri, suami boleh memukulnya dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk mencederakannya.
CARA MEMUKUL YANG DIHARUSKAN • Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya. • Tidak memukul di bahagian–bahagian yang sensitif. • Memukul bertujuan untuk mengajar dan menginsafinya. • Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.
CARA MENGATASI NUSYUZ • Suami dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik. • Suami memberi didikan agama kepada isteri. • Suami dan isteri hendaklah saling memahami dan bekerjasama untuk mengatasi masalah. • Suami dan isteri mengamalkan sikap tolak ansur dalam semua perkara.
DEFINISI SEBAB-SEBAB TUNTUTAN FASAKH TUJUAN FASAKH FASAKH CARA PERLAKSANAAN FASAKH
Bahasa : Rosak atau putus DEFINISI Istilah : Pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan oleh syarak. Misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi kerana suami tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya.
Fasakh tidak mengurangkan bilangan talaknya. • Fasakh juga boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan pada pihak isteri.
SEBAB-SEBAB ISTERI BOLEH TUNTUT FASAKH • Gila berkekalan atau sekejap. • Penyakit kusta. • Penyakit sopak. • Penyakit yang menghalang mereka bersetubuh. • Suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isteri. • Suami yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan isteri terlalu lama tanpa khabar berita.
PERLAKSANAAN FASAKH • Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh. • Membuat aduan kepada kadi agar membatalkan perkahwinan mereka. • Sekiranya terbukti aduan tersebut benar, pihak kadi boleh membatalkan perkahwinan mereka. • Pembatalan perkahwinan dengan fasakh tidak boleh rujuk kembali kecuali akad nikah semula.
TUJUAN FASAKH Memelihara hak-hak wanita Mengelak bahaya kemudaratan yang bakal menimpanya Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah
LIAN DEFINISI JENIS LIAN DALIL LI'AN KESAN SUMPAHAN SUAMI KESAN SUMPAHAN ISTERI
DEFINISI LI'AN BAHASA Kutukan ISTILAH Persumpahan suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya manakala isteri pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut.
LI'AN SUAMI JENIS-JENIS LI'AN LI'AN ISTERI
LI'AN SUAMI • Suami menuduh isteri berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi. Isteri aku telah berlaku curang terhadap aku dan dia telah melakukan zina…
Jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi boleh disabitkan sebagai tuduhan zina dengan hukuman 80 kali sebatan.
Sebagai ganti empat orang saksi, • suami boleh bersumpah dihadapan hakim • di atas mimbar masjid dihadapan orang ramai, • sekurang-kurangnya empat orang. • Jika isterinya mengandung, suaminya tidak mengaku kandungan itu anaknya, maka ditambah lagi • sumpahnya:”Dan anak yang di dalam kandunganya itu • adalah anak zina,bukannya anak daripada saya”. ”Saya bersaksi dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya isteri saya (namakan isterinya..) telah berzina dengan lelaki bernama (nama lelaki berkenaan..) dan anak yang dikandungkannya ketika ini adalah anak zina,bukannya anak saya.Dengan nama Allah saya mengaku bahawa segala tuuhan saya ini adalah benar belaka”.
Ucapan sumpahan itu hendaklah diulang sebanyak empat kali sebagai ganti empat orang saksi untuk melepaskan diri daripada membuat tuduhan zina atau qazaf. • Kali kelima ditambah dengan sumpahannya, • ”Atas diri saya laknat dan kemurkaan Allah, • sekiranya tuduhan saya ini dusta.” • Dengan lian ini tertalaklah isterinya selama-lamanya.
LI'AN ISTERI • Isteri bersumpah dengan menolak semua tuduhan zina ke atas dirinya. • Sumpahan isteri.”Saya bersaksi dengan nama Allah, • bahawa sesungguhnya suami saya (namakan suaminya) • adalah berdusta membuat tuduhan zina terhadap diri saya. “ Dengan nama Allah saya bersumpah sesungguhnya tuduhan suami saya (nama suami) yang mengatakan saya telah melakukan zina adalah palsu belaka”
Ucapan sumpahan itu hendaklah diulang sebanyak empat kali sebagai ganti untuk melepaskan diri dari sabitan zina,iaitu rejam sampai mati. • Kali kelima ditambah dengan dengan sumpahanya:”Atas diri saya laknat dan kemurkaan Allah jika benar tuduhan zina terhadap diri saya itu”. • Dengan lian ini,maka terpisahlah isteri dengan suaminya buat selama-lamanya….
KESAN SUMPAHAN SUAMI Suami terlepas dari hukuman sebat sebanyak 80 kali Putus nasab anak yang dikandung oleh isteri dengan tuduhan tersebut Suami dan isteri terpisah selama-lamanya Allah akan melaknat dan kutukan ke atas suami jika berdusta Isteri boleh disabitkan kesalahan zina dan dikenakan hukuman rejam sampai mati
KESAN SUMPAHAN ISTERI Isteri terlepas dari hukuman rejam sampai mati Isteri terpisah selama-lamanya dengan suaminya Allah akan melaknat dan kutukan terhadap isteri jika suaminya benar Putus nasab bagi anak yang dikandung dengan sebab penafian tersebut
DALIL BERKAITAN LI'AN Hukuman lian ini berdasarkan firman ALLAH dalam surah An-Nur ayat 6-7 yang bermaksud : ‘’ Orang yang menuduh isterinya berzina, tetapi mereka tidak mempunyai saksi-saksi, selain diri sendiri, maka saksinya empat kali bersumpah dengan nama ALLAH , bahawa dia adalah orang yang benar. Dan yang kelima, bahawa laknat ALLAH atas dirinya jika adalah ia dari orang yang dusta“.
KHULUK DEFINISI HUKUM PENJELASAN TUJUAN
DEFINISI KHULUK Perpisahan antara suami dengan isteri melalui tebus talak samada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk Perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri sekiranya suami enggan melafazkan cerai tetapi bersetuju sekiranya dia dibayar,maka suami hendaklah menceraikan isterinya dengn jumlah atau harta yang telah ditentukan.
HUKUM KHULUK Hukum khuluk adalah harus. Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu idah. Dalilnya Berdasarkan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229 ولا يحل لكم ان تأخذوا مماءا تيتموهن شيئاإلاأن يخافاألايقيماحدودالله فإن خفتم ألا يقيما حدودالله فلا جناح عليهما فيما افتدت به. Maksudnya ‘‘ Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan ALLAH S.W.T . Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan ALLAH maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan”.
PENJELASAN TENTANG KHULUK • Bayaran tebus talak adalah atas persetujuan pasangan yang hendak bercerai Contoh lafaz khuluk suami kepada isteri Saya menerima dan akan membayar semuanya! Saya akan ceraikan kamu dengan syarat kamu bayar kepada saya sepuluh ribu ringgit • Maka jatuhlah talak dengan khuluk tersebut dan isteri wajib beriddah • Bayaran khuluk juga boleh dilaksanakan dengan barang-barang yang bernilai seperti kereta,rumah dan lain-lain • Apabila berlaku khuluk,suami isteri tidak boleh kembali kecuali dengan akad nikah semula
TUJUAN KHULUK Memelihara hak wanita Menolak kemudaratan yang menimpanya Memberi keadilan kepada wanita yang cukur umurnya Melalui keputusan mahkamah
SOALAN PILIH JAWAPAN YANG BETUL. Selamat Mencuba!!!!!
SOALAN 1 Perpisahan antara suami dengan isteri dikehendakki membayar sesuatu sebagai ganti penceraian dipanggil…. A Zihar B Fasakh C Khuluk D Li’an
SOALAN 2 Perpisahan antara suami dengan isteri atas sebab sesuatu sifat yang dibenarkan oleh syarak dipanggil? A Zihar B Khuluk C Fasakh D Li’an
SOALAN 3 Suami yang menyerupai isterinya dengan ibunya, kakaknya atau mana-mana mahramnya ialah… A Talak B Zihar C Nusyuz D Khuluk
SOALAN 4 Persumpahan suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya Manakala isteri pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut ialah.. A Zihar B Li”an C Khazaf D Nusyuz
SOALAN 5 Berikut merupakan sebab-sebab seorang isteri dianggap Nusyuz kecuali ? A Tidak mengikut kehendak suami tanpa alasan yang munasabah B Pergi kesuatu tempat yang jauh sehingga terpaksa Meninggalkan rumah beberapa hari tanpa izin suaminya C Menurut kehendak suaminya selagi tidak bertentangan dengan syarak D Ingkar larangan suaminya yang munasabah seperti membenar sesorang yang tidak disukai memasuki rumahnya
TAHNIAH...!!!! Jawapan anda betul.. Perpisahan antara suami dengan isteri dikehendakki membayar sesuatu sebagai ganti penceraian dipanggil…. KHULUK
TAHNIAH...!!!! Jawapan anda betul.. Perpisahan antara suami dengan isteri atas sebab sesuatu sifat yang dibenarkan oleh syarak dipanggil? FASAKH
TAHNIAH...!!!! Jawapan anda betul.. Suami yang menyerupai isterinya dengan ibunya,kakaknya atau mana-mana mahramnya ialah… ZIHAR
TAHNIAH...!!!! Jawapan anda betul.. Persumpahan suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya Manakala isteri pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut ialah.. LI’AN