1 / 17

PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN

PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN. LINGUISTIK TERAPAN SECARA UMUM. Linguistik terapan– salah satu bidang baru yang kajian penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. Antara disiplin dalam linguistik terapan - integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan.

demeter
Download Presentation

PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGENALAN KEPADA ILMU LINGUISTIK TERAPAN

  2. LINGUISTIK TERAPAN SECARA UMUM • Linguistik terapan– salah satu bidang baru yang kajian penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. • Antara disiplin dalam linguistik terapan - integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan. • Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum – sifat asas mana-mana bahasa manusia.

  3. KONSEP LINGUISTIK TERAPAN • Kamus Linguistik(1997), penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik, dan terjemahan. • Arbak Othman (1986), menjelaskan bahawa linguistik gunaan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.

  4. Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2005), ilmu linguistik terapan digunakan untuk mengkaji bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, mengkaji kaedah mengajar bahasa, menguji kemahiran bahasa, membentuk bahan mengajar, mencari satu sistem yang baik untuk mengajar kanak-kanak membaca unsur-unsur linguistik khususnya bidang fonetik, fonemik dan digunakan juga untuk menolong mengatasi masalah gagap di kalangan sesetengah penutur khasnya kanak-kanak.

  5. Abdullah Hassan (2005), Linguistik terapanmerujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, linguistik terapan memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menullis buku-buku teks. • Geoffrey Finch (2005), the study of language teaching. You will sometimes find that stylistics and comparative linguistics are treated as sub-brunches of applied linguistics)

  6. LINGUISTIK TERAPAN SECARA UMUM • Linguistik terapan– salah satu bidang baru yang kajian penting tentang sifat-sifat: kemanusiaan. • Antara disiplin dalam linguistik terapan - integrasi sains, sains sosial, dan kemanusiaan. • Bukan mengkaji pelbagai bahasa tetapi mengkaji bahasa secara umum – sifat asas mana-mana bahasa manusia.

  7. Linguistik terapan – kajian tentang bahasa secara lebih praktikal, berkaitan dengan masalah-masalah sebenar seperti: • pengajaran dan pembelajaran bahasa asing sebagai bahasa kedua, • polisi dan perancangan bahasa, • penilaian program bahasa

  8. Bidang linguistik terapan mencakupi disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti antropologi, pendidikan, linguistik, psikologi & sosiologi. • Bukan sekadar ‘menerap linguistik’ - linguistik terapan menjana penyelidikan dan teorinya yang tersendiri.

  9. Pakar dalam bidang linguistik terapan dan linguistik mempunyai organisasi profesional dan identiti mereka yang tersendiri. • Terdapat perkaitan antara ahli linguistik terapan dan ahli linguistik.

  10. BIDANG LINGUISTIK TERAPAN Linguistik terapan merangkumi subbidang berikut: • Fonetik Terapan, • Perancangan Bahasa, • Pembinaan Bahasa, • Pengajaran Bahasa, • Penterjemahan, • Grafonomi atau Ortografi, • Grafologi, • Leksikografi, • Mekanolinguistik, • Medikolinguistik, • Sosiolinguistik Terapan (Pragmatik), • Leksikostatistik

  11. Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak. • Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa. • Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati. • Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.

  12. Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk kepentingan pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. • Grafonomi: Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai ilmu ejaan. • Grafologi: Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. • Leksikologi: Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.

  13. Mekanolinguistik: Mempelajari bahasa yang digunakan dalam penyusunan program mekanik. • Medikolinguistik: Mempelajari bahasa untuk diterapkan dalam pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan perasaan yang serius, • Sosiolinguistik Terapan: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan mengambil kira situasi, maksud, status penutur. • Leksikostatistik: Ilmu yang mempelajari usia kata sejak dini kewujudannya dengan menggunakan rumus statistik. Penting untuk menentukan bahasainduk/proto.

  14. PERSOALAN-PERSOALAN DALAM LINGUISTIK TERAPAN 1. Bagaimanakah cara terbaik mengajar dan belajar bahasa boleh dilakukan? 2.Bagaimanakah bahasa mempunyai hubungan dengan budaya dan masyarakat (sebagai contoh apakah hubungan antara identiti, bahasa dan budaya)?

  15. 3.Apakah masalah-masalah yang akan timbul semasa kegagalan berbahasa? – fizikal, psikologi. 4. Bagaimanakah bahasa digunakan dalam bidang pendidikan (seperti belajar membaca, belajar menulis atau membaca, menulis, bertutur untuk tujuan akademik?

  16. PERSOALAN-PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH AHLI LINGUISTIK 1. Bagaimanakah struktur linguistik dikatakan mempunyai perkaitan dengan apa yang dituturkan, dan bagaimana ini dikaitkan dengan makna yang disampaikan? 2. Bagaimana kanak-kanak boleh menguasai bahasa dengan cepat, walaupun jumlah ayat-ayat kelihatan seolah-olah tidak dapat dikira?

  17. 3. Bagaimanakah bahasa manusia berbeza daripada sistem komunikasi binatang? 4. Bagaimanakah bahasa boleh berubah mengikut peredaran masa?

More Related