170 likes | 538 Views
TAKLIMAT KURSUS KEMAHIRAN ARAS TINGGI (KBAT) DALAM TALIAN (KKDT) APRIL 2014. PENGENALAN. Semua guru akan mengikuti kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui program i-THINK (LADAP, PLC)
E N D
TAKLIMAT KURSUS KEMAHIRAN ARAS TINGGI (KBAT) DALAM TALIAN (KKDT) APRIL 2014
PENGENALAN • Semua guru akan mengikuti kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui program i-THINK (LADAP, PLC) • Program i-THINK telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 di 10 buah sekolah dan dikuti 1,048 buah sekolah pada tahun 2013.
Guru di 1,058 buah sekolah tersebut mengikuti kursus latihan pendedahan Program i-THINK secara bersemuka. • Tahun 2014, semua guru di sekolah yang belum menerima pendedahan Program i-THINK akan mengikuti Kursus KBAT secara dalam talian (KKDT) menggunakan aplikasi Kursus i-THINK dalam Talian (KiDT)
KiDT akan dilaksanakan secara berfasa iaitu: • Fasa rintis: April hingga Jun 2014 • Fasa 2: Julai hingga Sep 2014 • KiDT mengandungi 25 modul yang perlu diikuti selama 16 jam dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kursus. • Capaian kepada aplikasi KiDT boleh dibuat melalui pelbagai peranti seperti komputer meja, komputer riba dan telefon pintar.
TUJUAN RINTIS KKDT • Diadakan untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi KiDT oleh guru sekolah rintis. • Mendapatkan maklum balas untuk membuat penambahbaikan KiDT
Pihak sekolah boleh mengikuti KKDT menggunakan aplikasi KiDT dalam dua kaedah berikut: • Secara Formal • Secara Tidak Formal
Kursus Secara Formal Kursus dilaksanakan selepas waktu persekolahan supaya tidak mengganggu sesi PdP murid. Sesuaikan jadual kursus ini dalam Jadual Waktu Makmal Komputer. Pastikan kemudahan komputer dan akses internet berfungsi supaya kursus dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Secara Tidak Formal Guru boleh mengikuti kursus ini pada bila-bila masa dan tempat yang dirasakan sesuai melalui pelbagai peranti.
RINTIS APLIKASI KURSUS i-THINK DALAM TALIAN (KiDT) Tarikh pelaksanaan: 21 April hingga 1 Julai 2014 (3 bulan) Bilangan sekolah : 1,000 sekolah Pemilihan sekolah: Sekolah yang menawarkan diri menyertai rintis secara sukarela. Sekolah yang telah dikenalpasti oleh BTP dan JPN
TINDAKAN JPN/PPD Mengadakan taklimat Rintis KKDT kepada Pengetua/Guru Besar dan Penyelaras Program KBAT mulai 14 April 2014. Memantau pelaksanaan rintis KKDT menggunakan aplikasi KiDT. Menghantar laporan status pelaksanaan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada akhir Mei dan Jun.
TINDAKAN SEKOLAH • Membentuk Pasukan Pemandu (PP) yang diketuai oleh Guru Besar dan Pengetua. • PP terdiri daripada 5 atau lebih orang guru bergantung pada saiz sekolah, boleh dilantik dalam kalangan Guru Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Guru Mata Pelajaran. • Pasukan ini boleh dianggotai oleh guru yang terlibat dengan inisiatif KBAT (cth. KBAT Sains, KBAT Sejarah)
PerananPasukanPemandu: • Merancangdanmelaksanakan program membudayaan KBAT: • menjadi mentor kepadarakan mentor • mengendalikan program pengenalankepada • semuamuriddanibubapa • mengendalikandanmemberilatihankepada guru melaluiKursusDalaman • Merancangdanmenghasilkanbahanedaranuntukpromosi KBAT • Membantupentadbirmemantaupelaksanaan KBAT
2. Menyediakan pelan tindakan melaksanakan KKDT (bila tarikh mula). • 3. Pelan tindakan dihantar kepada PPD dan JPN seminggu selepas menghadiri taklimat • Guru mengikuti KiDT seperti yang dijadualkan. Pada masa yang sama guru boleh mengaplikasikan peta pemikiran dan penyoalan kepada murid.
5. Guru perlu memperkenalkan Peta Pemikiran dan teknik penyoalan aras tinggi sebelum mengaplikasikannya dalam PdP. • 6. Sebarang maklum balas mengenai aplikasi KiDT bagi tujuan penambahan baikan boleh dibuat melalui pautan Sokongan • 7. Masalah teknikal diajukan melalui pautan Bantuan
Peringatan: Guru diminta tidak menunggu saat akhir bagi melengkapkan kesemua modul untuk mengelakkan daripada masalah capaian dan kesesakan talian