901 likes | 2.37k Views
CUTI. PENDAHULUAN. Cuti penting kepada setiap pekerja setelah penat bekerja untuk sesuatu tempoh tertentu. Cuti dapat merehatkan badan dan dalam masa yang sama dapat membenarkan pekerja bersama-sama keluarga. Setiap pekerja adalah layak untuk memperolehi sejumlah cuti minimum.
E N D
PENDAHULUAN • Cuti penting kepada setiap pekerja setelah penat bekerja untuk sesuatu tempoh tertentu. • Cuti dapat merehatkan badan dan dalam masa yang sama dapat membenarkan pekerja bersama-sama keluarga. • Setiap pekerja adalah layak untuk memperolehi sejumlah cuti minimum. CUTI
JENIS-JENIS CUTI • Cuti Rehat Mingguan • Cuti Kelepasan Am • Cuti Tahunan • Cuti Sakit • Cuti Bersalin CUTI
CUTI REHAT MINGGUAN • Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan dan majikan juga berhak memberi seseorang pekerja lebih daripada satu hari cuti rehat dalam seminggu, hari kedua daripada hari-hari tersebut akan dianggap sebagai hari rehat (seksyen 59(1), Akta Kerja 1955) CUTI
“Apabila pihak majikan menetapkan sesuatu hari (Jumaat) sebagai hari cuti, ia tidak boleh digantikan.” (Segamat Veneer and Plywood Sdn Bhd and Timber Employees Union (Award 123 of 1982) • “Pekerja syif, 30 jam berterusan dikira sebagai satu hari cuti.”(seksyen 59(1A), Akta Kerja 1955) CUTI
Cuti mingguan tidak terpakai kepada pekerja sedang a)cuti bersalin b)mendapat cuti sakit c) mengalami hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (seksyen 59(1), Akta Kerja 1955) CUTI
Bagi pekerja yang tidak mempunyai hari cuti mingguan yang tetap seseorang majikan dikehendaki menyediakan suatu jadual giliran memberitahu setiap pekerja tentang hari cuti rehatnya pada awal setiap bulan. Walaubagaimanapun satu notis hendaklah dipamirkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tempat pekerjaan sekiranya hari yang sama dalam setiap minggu dipilih sebagai hari cuti rehat untuk semua pekerja. (seksyen 59(2), Akta Kerja 1955) CUTI
Satu kesalahan jika gagal menperuntukkan jadual giliran (seksyen 59(4), Akta Kerja 1955) • “Niat penggubal undang-undang mewajibkan majikan menetapkan jadual giliran.” (Sundram v. Veemah [1972] 1 MLJ 83) CUTI
Bekerja Pada Hari Cuti Rehat Mingguan • di mana pekerja berkhidmat dalam pekerjaan yang perlu dijalankan terus-menerus dalam 2 syif atau lebih. • jika berlaku kemalangan di tempat kerjanya, samada berlaku atau di jangka berlaku • di mana kerja yang dilakukan oleh pekerja itu adalah mustahak bagi kehidupan masyarakat • di mana kerja yang dilakukan oleh pekerja CUTI
itu adalah mustahak bagi pertahanan atau keselamatan Malaysia. • di mana terdapat kerja segera perlu dilakukan kepada jentera dan kilang • di mana terdapat suatu gangguan kerja diluar dugaan • di mana kerja perlu dilakukan didalam mana-mana kegiatan perusahaan yang penting kepada ekonomi Malaysia atau CUTI
di mana kerja perlu dilakukan dalam mana-mana perkhidmatan perlu seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (seksyen 60(1) & 60A (2)(a)-(f), Akta Kerja 1955) • Perkhidmatan perlu ertinya, “mana-mana perkhidmatan yang ditetapkan dalam Jadual.”(seksyen 2, Akta Perhubungan Perusahaan 1967) CUTI
Bayaran Kerja Pada Hari Cuti Rehat Mingguan • Pekerja bergaji hari atau mengikut kiraan jam: Jika bekerja kurang daripada 1/2 waktu biasa kerja biasa = 1 X kadar gaji biasa Jika bekerja melebihi 1/2 daripada waktu kerja biasa = 2 X kadar gaji biasa CUTI
Pekerja bergaji bulan: Jika bekerja kurang 1/2 waktu kerja biasa = 1/2 X kadar gaji hari biasa Jika bekerja melebihi 1/2 waktu kerja biasa = 1 X kadar gaji hari biasa CUTI
Pekerja bergaji mengikut upah: Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated) = 2 X kadar upah biasa • Kadar bayaran kerja lebih masa yang dilakukan pada hari cuti rehat ialah 2 kali kadar gaji sejam atau 2 kali kadar upah. CUTI
CUTI KELEPASAN AM • Setiap pekerja berhak mendapat 10 hari cuti kelepasan am bagi setiap tahun kalendar yang dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu. • 10 hari yang tersebut mestilah termasuk empat hari yang berikut: • Hari Kebangsaan • Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong CUTI
Hari Keputeraan Sultan, Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan • Hari Pekerja • Jika sesuatu cuti kelepasan am jatuh pada hari cuti rehat mingguan, hari kerja berikutnya bagi seseorang pekerja hendaklah digantikan sebagai hari kelepasan am bergaji. (seksyen 60D(1), Akta Kerja 1955) CUTI
Baki 6 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan dan hari-hari tersebut ke kemudiannya hanya boleh ditukar ganti dengan persetujuan pekerja. Majikan mesti mempamirkan satu notis di tempat pekerjaan menyatakan 6 hari yang dipilih tersebut sebelum bermulanya setiap tahun kalendar yang berkenaan.(seksyen 60D(1A), Akta Kerja 1955) CUTI
“a) hak pekerja mendapat 10 hari cuti setahun b) 4 hari yang ditetapkan adalah mandotari c) 6 hari lagi boleh ditukar ganti berdasarkan persetujuan pekerja d) kewajipan kepada majikan mempamerkan notis 6 hari cuti.” (National Union of Cinema and Places of Amusement Workers and Seri Intan Theatre (Award 168 of 1981)) CUTI
Ganti cuti kelepasan am jika pekerja: i) diberi cuti sakit ii) mengambil cuti tahunan iii) menjalani tempoh hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952, atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. (Seksyen 60D(1B), Akta Kerja 1955) Ganti cuti kelepasan am yang lain jika pekerja: diberi cuti sakit mengambil cuti tahunan CUTI
Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja pada hari kerja sebelum atau selepas cuti kelepasan am tanpa mendapat kebenaran daripada majikannya terlebih dahulu tidak berhak mendapat gaji bagi cuti kelepasan am kecuali ia mempunyai alasan yang munasabah. (seksyen 60D(2), Akta Kerja 1955) CUTI
Bayaran Kerja Pada Hari Cuti Kelepasan Am • Pekerja bergaji bulan, mingguan, harian, atau mengikut jam 2 hari kadar gaji biasa (tambahan kepada gaji cuti kelepasan am). (seksyen 60D(3)(a)(i), Akta Kerja 1955) CUTI
Pekerja bergaji mengikut upah (piece rated) 2 kali ganda kadar upah biasa (seksyen 60D(3)(a)(ii), Akta Kerja 1955) • Kerja Lebih masa (Overtime) 3 kali ganda kadar gaji sejam. (seksyen 60D(3)(aa), Akta Kerja 1955 CUTI
Kerja lebih masa (Overtime) bagi pekerja bergaji mengikut kadar upah (piece rated) 3 kali ganda kadar upah biasa (seksyen 60D(3)(aaa), Akta Kerja 1955) CUTI
Bayaran Kerja Pada Hari Cuti Kelepasan Am + Rehat Mingguan • “Kadar bayaran adalah kadar bayaran cuti rehat mingguan. Untuk mendapat kadar bayaran cuti kelepasan am, pekerja hendaklah bekerja pada hari ganti cuti rehat mingguan (keesokan harinya).” (Malayan Commercial Banks Association and National Union of Bank Employee (Award 123 of 184)) CUTI
Elaun Perjalanan • Elaun perjalanan hendaklah diberikan kepada pekerja yang bekerja pada hari cuti kelepasan am jika sekiranya terdapat syarat tersebut di dalam perjanjian kontrak perkhidmatan. (seksyen 60D(3)(b), Akta Kerja 1955) CUTI
Bayaran Kerja Pada Hari Cuti Kelepasan Am Yang Separuh Hari • Bayaran kadar upah biasa yang kena dibayar hendaklah kadar upah hari bekerja penuh. (seksyen 60D(4), Akta Kerja 1955) CUTI
CUTI TAHUNAN • Seseorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan minimum berasaskan tempoh perkhidmatannya i) kurang 2 tahun - 8 hari setahun ii) 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 12 hari setahun iii) 5 tahun atau lebih - 16 hari setahun iv) kurang daripada 12 bulan – ikut nisbah langsung dengan bilangan bulan dicukupkan.(seksyen 60E(1) Akta Kerja 1955) CUTI
Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah melebihi daripada 10 peratus daripada hari bekerja sepanjang l2 bulan perkhidmatan secara berterusan, tidak berhak mendapat cuti tahunan bagi tempoh tersebut. (seksyen 60E(1) Akta Kerja 1955) CUTI
“Pihak syarikat tidak berhak memaksa pekerja mengambil cuti tahunannya.” (Dunlop Malaysian Industries Bhd and Dunlop Industries Employees Union (Award 76/1982)) • “Arahan bercuti adalah bertentangan dengan seksyen 60E AK.” (Armstrong Cycle Parts Sdn Bhd and Transport Equipment & Allied Industries Employees Union (Award 6/1982)) CUTI
Apabila seseorang pekerja yang sedang mengambil cuti tahunan kemudiannya berhak mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut hendaklah dianggap sebagai belum diambil. (seksyen 60E(1B), Akta Kerja 1955) CUTI
Seseorang pekerja hendaklah mengambil cuti tahunannya tidak lewat daripada 12 bulan selepas berakhirnya 12 bulan perkhidmatan berterusan, jika tidak cutinya akan luput. Jika atas permintaan majikannya ia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunan tersebut ia hendaklah dibayar gaji ganti cuti tahunan. (seksyen 60E(2), Akta Kerja 1955) CUTI
Kadarnya adalah kadar upah biasa. Pekerja gaji bulanan dianggap telah menerima gaji cuti tahunannya jika ia dibayar gaji bulanan dengan penuh dalam bulan berkenaan. (seksyen 60E(3), Akta Kerja 1955) CUTI
CUTI SAKIT • Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit minimum jika tidak dihospitalisasi i) kurang 2 tahun - 14 hari setahun ii) 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 18 hari setahun iii) 5 tahun atau lebih - 22 hari setahun (seksyen 60F(1)(aa), Akta Kerja 1955) CUTI
“Cuti sakit untuk pekerja yang sakit. Jika tidak ia adalah satu penyalahgunaan cuti.” (Plaza Hotel and National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers (Award 250 of 1983)) • “Cuti sakit tidak boleh di jual beli atau ditukar seperti cuti tahunan.” (Yodoshi Malleable Sdn Bhd and Metal Industry Employees Union (Award 142 of 1985)) CUTI
Seseorang pekerja berhak mendapat 60 hari cuti sakit secara agreget jika ia perlu dimasukkan ke hospital. Jika pekerja mengambil cuti sakit, haknya ke atas 60 hari tersebut akan dikurangkan mengikut hari cuti sakit biasa yang diambil. (seksyen 60F(1)(bb), Akta Kerja 1955) CUTI
Contoh:A telah mengambil 14 hari cuti sakit biasa. Oleh itu haknya untuk cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital adalah kelayakan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 60 hari ditolak jumlah cuti sakit biasa yang diambil = 14 hari. Baki cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 46 hari CUTI
Jika seseorang pekerja telah dimasukkan ke hospital selama 60 hari dalam satu tahun kalendar, beliau tidak lagi berhak kepada cuti sakit biasa. CUTI
“Pekerja boleh mendapat 60 hari cuti sakit tanpa dimasukkan ke hospital.” (United Oriental Assurance Sdn Bhd and National Union of Commercial Workers (Award 18 of 1986)) CUTI
Pemberian cuti sakit hanya boleh dibuat oleh a) pengamal perubatan yang berdaftar dengan majikan b) mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar atau pegawai perubatan • c) doktor pergigian (seksyen 60F(1)(a)(b) & 60F(1A), Akta Kerja 1955) CUTI
Jika seseorang pekerja mengambil cuti sakit tanpa pengesahan doktor, atau disahkan oleh seorang doktor tetapi ia gagal memberitahu majikan dalam tempoh 48 jam beliau mula bercuti, beliau dianggap sebagai tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan yang munasabah. (seksyen 60F(2)(a)(b), Akta Kerja 1955) CUTI
Seseorang pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh ia menerima i) elaun bersalin ii) pampasan kerana hilang upaya di bawah Akta pampasan Pekerja, 1952 iii) apa-apa bayaran berkala disebabkan hilangupaya sementara dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. (seksyen 60F(4), Akta Kerja 1955) CUTI
CUTI BERSALIN • Bersalin bermakna melahirkan anak yang hidup atau mati yang berlaku selepas sekurang-kurangnya 28 minggu hamil.(seksyen 2(1), Akta Kerja 1955) • Setiap pekerja wanita layak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang daripada 60 hari berturut-turut dan elaun bersalin bagi setiap kali bersalin. (seksyen 37(1)(a), Akta Kerja 1955) CUTI
Setiap pekerja wanita layak mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu dalam tempoh 30 hari sebelum bersalin atau lewat daripada hari berikutnya selepas ia bersalin. (seksyen 37(1)(b), Akta Kerja 1955) • Sekiranya seseorang pekerja wanita mengambil cuti lebih daripada 30 hari sebelum ia bersalin, maka ia tidak layak untuk mengambil elaun bersalin untuk tempoh lebih daripada 30 hari. (seksyen 37(1)(bb), Akta Kerja 1955) CUTI
Elaun Bersalin • Setiap pekerja wanita hanya layak mendapat elaun bersalin sekiranya pada ketika bersalin i) ia diambil bekerja oleh majikan pada bila-bila masa dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin dan ii) telah bekerja dengan seseorang majikan tidak kurang daripada 90 hari dalam tempoh 9 bulan sebelum ia bersalin. (seksyen 37(2)(a), Akta Kerja 1955) CUTI
Pekerja wanita tidak layak mendapat elaun bersalin jika pada ketika bersalin ia telah mempunyai 5 orang anak atau lebih anak yang masih hidup. (seksyen 37(1)(c), Akta Kerja 1955) • Anak bermaksud anak-anak kandung. (seksyen 37(1)(d), Akta Kerja 1955) CUTI
Pekerja yang dibayar upah bulanan dikira telah menerima elaun bersalin jika beliau terus menerima upah bulanannya. (seksyen 37(2)(c), Akta Kerja 1955) CUTI
Notis Bersalin Untuk Bayaran Elaun Bersalin • Setiap pekerja wanita yang akan meninggalkan pekerjaannnya dan mengetahui yang ia akan bersalin dalam masa 4 bulan lagi hendaklah memberitahu majikannya tentang kehamilannya sebelum meninggalkan pekerjaan itu. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya ia tidak berhak mendapat elaun bersalin. (seksyen 40(1), Akta Kerja 1955) CUTI
Bagi pekerja-pekerja wanita yang sedang bekerja, ia hendaklah memberitahu majikannya masa dan tarikh ia dijangka memulakan cuti bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum ia dijangka bersalin. Sekiranya ia gagal memberitahu majikannya, pembayaran elaun bersalin kepadanya boleh ditahan sehingga ia memaklumkan majikan sewajarnya. (seksyen 40(2), Akta Kerja 1955) CUTI
Notis dari pekerja kepada majikan boleh diberi secara lisan atau bertulis dan notis tersebut boleh diberi kepada penyelia atau mana-mana orang yang dilantik oleh majikan bagi tujuan tersebut. (seksyen 40(2), Akta Kerja 1955) CUTI
Kegagalan memberitahu majikan akan tarikh jangkaan bersalin tidak menyekat kelayakannya untuk mendapat elaun bersalin sekiranya kegagalan itu disebabkan oleh kesilapan pekerja atau lain-lain sebab yang malahan majikan diikehendaki membayar elaun bersalin walaupun tidak ada notis diberikan kepadanya sekiranya majikan tidak prejudis terhadap kegagalan pemberian notis tersebut. (seksyen 40(6), Akta Kerja 1955) CUTI