1 / 11

Iman Kepada Nabi Dan Rasul

Iman Kepada Nabi Dan Rasul. Kita percaya dan yakin bahawasanya Allah telah mengutus para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada umat agar menyembah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-laranganNya. Firman Allah s.w.t:

edric
Download Presentation

Iman Kepada Nabi Dan Rasul

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ImanKepadaNabi Dan Rasul Kita percaya dan yakin bahawasanya Allah telah mengutus para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada umat agar menyembah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-laranganNya. Firman Allah s.w.t: “Sungguh telah Kami utus Rasul kepada setiap umat agar mereka beribadah kepada Allah dan menjauhkan diri dari Thaghuth (syaitan/kejahatan)” (Al-Nahl:36)

  2. MaknaNabi Dan Rasul Nabi: Dari segi bahasa: pemberi khabar Rasul: Dari segi bahasa: utusan Dari segi istilah bagi nabi dan rasul: Seorang insan yang diutus Allah s.w.t untuk menyampaikan hukum dan syariat. Ahli Sunnah:Semua rasul adalah nabi dan tidak semua nabi adalah rasul

  3. PerbezaanAntaraNabi Dan Rasul Perbezaan antara Nabi dan Rasul: Nabi: Setiap nabi Diturunkan pada setiap kaum yang tersendiri dan mengikut syariat rasul yang terdahulu Rasul: Diberikan syariat yang sesuai dengan keadaan kaumnya, dan sebahagian diberikan kitab. Ciri-ciri: Lelaki yang sempurna rupa dan akhlak Asal usul yang mulia Terpelihara dari keaiban rupa dan peribadi Bilangan nabi: 124 000 Bilangan rasul: 313

  4. Bukti nama-nama Nabi dan Rasul yang terdapat 25 nama itu disebutkan di dalam Al-Quran dan diceritakan kisah-kisah mereka bersama umat masing-masing. Firman Allah s.w.t: “Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang utusan sebelum kamu,sebahagian telah Kami kisahkan kepadamu dan sebahagian tidak Kami kisahkan kepadamu” (Al-Mukminin:78)

  5. UlulA’zmi Dikalangan para rasul terdapat 5 orang rasul yang mendapat darjat ulul a’zmi (terulung).Mereka teguh dan tabah dalam mengharungi cubaan dan rintangan-rintangan dari kaum masing-masing ketika menyampaikan dakwah. Mereka ialah: 1- Nabi Muhammad s.a.w 2-Nabi Ibrahim a.s 3-Nabi Musa a.s 4-Nabi Isa a.s 5-Nabi Nuh a.s

  6. Firman Allah s.w.t: “Allah telah menetapkan agama kepadamu sekalian apa yang telah diwasiatkannya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,Musa dan Isa iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah” (Al-Syura:13)

  7. SifatWajib Para Nabi Dan Rasul As-Sidq: Bercakap benar Al-Fathonah:Bijak, tajam akal & pandai At-Tabligh:menyampaikan wahyu Al-Amanah-Al-’Ismah: terpelihara dari melakukan dosa kecil dan besar

  8. SifatMustahil Para Nabi Dan Rasul Al-kazb:pembohong Al-kitman:menyimpan/ tidak menyebarkan wahyu Al-khiyanah:pengkhianat/melakukan dosa Al-baladah-tidak tajam akal dan tidak bijak

  9. SifatHarus Para Nabi Dan Rasul Sifat-sifat kemanusiaan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya. Diharuskan mereka sakit tetapi yang tidak memudaratkan. Diharuskan terjadinya lupa atau leka pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan Allah s.w.t. Tidak diharuskan untuk mereka mimpi yang berasal dari mainan syaitan.

  10. SunnahRasulSebagaiContohTeladan Sunnah Rasul yang menyeliputi percakapan,perbuatan dan keperibadian seharusnya diikuti oleh umat jika inginkan kebahagian hakiki menurut Islam. Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat serta selalu banyak berzikir (ingat) kepada Allah” (Al-Ahzab:21)

  11. Contoh-ContohSunnah Para Rasul Pertama: Segera bertaubat dan menyesal jika membuat kesalahan. Contoh: Nabi Adam a.s ketika termakan bual khuldi yang dilarang oleh Allah s.w.t. Kedua: Para rasul sangat sabar dalam berdakwah walaupun mereka dimusuhi,ditentang dan diejek atau didustakan. Ketiga: Suka memaafkan kesalahan orang yang bersalah. Keempat: Selalu bersyukur terhadap nikmat Allah s.w.t. Contoh: Nabi Muhammad s.a.w sentiasa beribadah. Kelima: Menguasai hawa nafsu. Contoh: Nabi Yusuf tidak menuruti hawa nafsunya terhadap apa-apa yang menggiurkan walaupun tidak ada orang lain yang mengetahui. Keenam: Berakhlak mulia terhadap siapa sahaja.

More Related