320 likes | 768 Views
Tasawwur Islam 1. Kekeliruan Terhadap Tasawwur Islam Minggu 4 & 5. Salah Faham Terhadap Islam. Perbincangan:
E N D
Tasawwur Islam 1 Kekeliruan Terhadap Tasawwur Islam Minggu 4 & 5
Salah Faham Terhadap Islam Perbincangan: Terdapat anggapan-anggapan salah dan kadang kala begitu liar yang disuarakan oleh orang-orang bukan Islam; sama ada dari masyarakat Barat mahupun yang lain, bahkan dari kalangan umat Islam sendiri. Bincangkan beberapa isu tersebut seperti yang dibangkitkan dan dicanangkan kepada dunia.
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kekeliruan Terhadap Islam Faktor terjadinya demikian berpunca dari dua sudut: Pertama: Faktor Luaran Iaitu perencanaan jahat para musuh Islam dengan cara kekuatan serangan pemikiran ( الْغَزْوَةُ الْفِكْرِيَّةُ ). Ia disokong oleh gerakan orientalis serta tulisan-tulisannya yang mengelirukan. “Akan datang suatu masa, dalam waktu dekat, bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti orang rakus yang berkerumun untuk berebut hidangan makanan yang ada di sekitar mereka”. Salah seorang shahabat bertanya: “Apakah karena kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit?” Rasulullah menjawab: “Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat banyak jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan. Allah telah mencabut rasa takut kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menancapkan di dalam hati kalian ‘wahn’”. Seorang shahabat Rasulullah bertanya: “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan ‘wahn’ itu?” Dijawab oleh Rasulullah s.a.w: “Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati”. (At Tarikh Al Kabir, Imam Bukhari; Tartib Musnad Imam Ahmad, XXIV/31-32; “Sunan Abu Daud”,
Kedua: Faktor Dalaman Seperti kejahilan umat Islam sendiri terhadap agamanya, sikap taqlid buta, pemerintah umat Islam yang mengabaikan tanggungjawabnya, serta adanya ulama jahat ( الْعُلَمَاءُ السُّوْءُ ) yang pentingkan dunia telah menambahkan lagi kekeliruan tersebut. Dari Al-Ahwas bin Hakim dari bapanya dia meriwayatkan: Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kejahatan. Beliau bersabda: “Jangan kamu tanya kepada ku tentang kejahatan. Tanyalah aku tentang kebaikan”. Diulangkannya tiga kali. Kemudian beliau sabda: “Melainkan sesungguhnya sejahat-jahat kejahatan ialah kejahatan para ulamanya. Dan sebagus kebaikan ialah kebaikan ulama”. Riwayat Al-Darami
Pertama: Pengaruh Luar yang Merosakkan Kehidupan Muslim Terdapat banyak pengaruh-pengaruh luar dari pelbagai aspek yang telah menjejas kehidupan Muslim. 2 aspek yang paling utama ialah: (1) Ideologi (2) Sosial atau Gaya Hidup
Penularan Ideologi-Ideologi Asing • Pelbagai ideologi asing dari Barat telah ditularkan kepada dunia secara umum. Masyarakat dunia yang melihat Barat sebagai kononnya simbol kemodenan & kemajuan tanpa menapis terus mengadapt ideologi-ideologi mereka walaupun terbukti tidak efektif, seperti kapitalisme & sosialisme yang kini sudah lapuk ditelan zaman. • Pada hari ini, antara ideologi yang semakin popular disebarkan kepada dunia ialah: • Sekularisme • Hedonisme • Liberalisme / Rasionalisme
Gaya Hidup Barat • Kesan daripada 3 ideologi tadi ialah budaya-budaya berikut: • Materialisme • Konsumerisme • Liberalisme / Rasionalisme – atas namaHak Asasi Manusia • Dehumanisasi “Survival of the fittest”
Ideologi dan gaya hidup Barat tersebar melalui 2 aspek utama:- Penjajahan Pendidikan Globalisasi Media Massa
Penjajah apabila menguasai tanah-tanah jajahannya, perkara pertama yang dipinda ialah sistem pendidikan di mana sistem yang selari dengan visi dan misi mereka akan dikuatkuasakan ke atas penduduk di tanah jajahan tersebut. • Anak-anak tanah jajahan juga dihantar ke negara asal penjajah untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Minda mereka dijajah dan disuntik perasaan kagum pada Barat dengan dakwaan kononya lebih akademik dan terbuka, sedangkan Islam adalah kolot atau konservatif, jumud dan tidak bebas.
Globalisasi pula merupakan satu lagi fenomena yang tidak dapat dielakkan hari ini. Dunia menjadi semakin kecil atau dikenali juga dengan “global village”. • Dengan globalisasi, kemajuan Sains & Teknologi Barat telah dibawa ke seluruh pelusuk dunia. • Bukan itu sahaja, nilai-nilai dan gaya hidup Barat turut sama di“eksport”; kaedah yang paling berkesan lagi efektif adalah melalui media massa.
Media massa adalah alat /sarana yang penting bagi dunia untuk menyebar-luaskan berita, analisis, komentar, material pendidikan dan banyak lagi termasuklah budaya dan hiburan. • Hakikat media massa hari ini dikuasai oleh Barat memudahkan lagi penularan cara pemikiran, budaya dan gaya hidup mereka ke seluruh dunia. • Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi penontonnya lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tanpa kawalan. • Tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat kurangnya kawalan telah menyumbang kepada kerendahan budi dan kerosakan adab.
Tasawwur terhadap Agama: Dunia Barat vs Dunia Islam Barat: Berpendapat agama (nasrani) dan authority agama (churches, popes) bertanggung-jawab dalam menyebabkan masyarakat mundur ke belakang & tidak maju ke hadapan. Islam: Hakikatnya, kedatangan Islam ke Tanah Arab membebaskan manusia dari belenggu Jahiliyyah dan memartabatkan kedudukan manusia seterusnya membawa pembangunan bagi masyarakat Arab pada waktu itu.
Malah, jika dikaji kedatangan Islam ke pulauan Melayu atau daerah Nusantara sendiri telah membebaskan kita dari perhambaan kepada Raja, dari kepercayaan yang karut atau mitos dan dari kejumudan berfikir. • Semasa Zaman Kegemilangan Islam pada Zaman Abbasiyyah, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal (ilmu fardhu ‘ain), serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
Barat: Berpendapat bahawa untuk mencapai kemajuan, agama harus dipisahkan dari urusan negara, bahkan dari kehidupan seharian. Agama tidak lain hanyalah merupakan ritual; hanya satu aspek kecil dalam kehidupan manusia. Islam: Islam sebagai agama yang syumul (holistik) lengkap menetapkan panduan bagi manusia dalam semua aspek hidup. Jika dipisahkan agama dari kehidupan seharian, maka tunggulah kehancuran umat Islam.
Era evolusi Barat (Eropah): Zaman Gelap (Dark Age) Zaman Pencerahan (Enlightenment) Zaman Kebangkitan (Renaissance) Kemodenan Soalan:Kemodenan = Kemajuan & Kejayaan??
Jatuh-bangun Islam Puncak Kegemilangan Islam (Zaman Rasulullah di Madinah hingga Zaman Kerajaan Uthmaniyyah) Zaman Jahilyyah Dimanakah Umat Islam hari Ini???
Kesimpulannya… • Barat melalui suatu evolusi yang menurut mereka membawa kemajuan bila agama di tolak ke tepi. • Islam pula menghadapi jatuh-bangun di mana, jika kita susuri sejarah, kita dapat melihat pembangunan yang terhebat berlaku bila agama didaulatkan, manakala kejatuhan apabila agama kurang dipraktikkan. • Jadi, apabila Barat adopt sekularisme, adakah patut kita umat Islam meniru satu lagi fahaman & budaya mereka yang keliru???
Ideologi & budaya Barat sebenarnya merupakan satu ancaman yang amat merbahaya yang telah menyerang umat Islam dari segi gaya hidup dan pola pemikiran.
Perbincangan Renungkan cara pemikiran & gaya hidup kebanyakan Muslim Singapura hari ini dan beri contoh-contoh yang menandakan pengaruh luar telah berjaya menyusup masuk ke dalam kehidupan kita.
Kedua: Faktor Dalaman yang Merosakkan Kehidupan Muslim Disamping pengaruh luaran, terdapat beberapa faktor dalaman yang memberi kesan terhadap kelemahan Umat Islam hari ini – antara yang utama: (1) “Ulama’ Suu’” – “Ulama” yang tidak baik (2) “Muslim” Liberal (3) Lemahnya budaya ilmu di kalangan umat Islam
(1) Ulama’ Suu’ عَنِ اْلأَحْوَصِ بْنِ حَكِيْمٍ عَنْ أَبِيْهِ قَالَ : سَأَلَ رَجُلُ نِ النَّبِيَّ (ص) عَنِ الشَّرِّ . فَقَالَ : لاَ تَسْأَلُوْنِيْ عَنِ الشَّرِّ . وَاسْأَلُوْنِيْ عَنِ الْخَيْرِ . يَقُولُهَا ثَلاَثًا . ثُمَّ قَالَ ( صلى ) : إلاَّ أنَّ شَرَّ الشَّرَّ شِرَارُ الْعُلَمَاءِ . وَأَنَّ خَيْرَ الْخَيْرِ خِيَارُ الْعُلََمَاءِ . رواهُ الدّارَمِيّ . Dari Al-Ahwas bin Hakim dari bapanya dia meriwayatkan: Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kejahatan. Beliau bersabda: “Jangan kamu tanya kepada ku tentang kejahatan. Tanyalah aku tentang kebaikan”. Diulangkannya tiga kali. Kemudian beliau sabda: “Melainkan sesungguhnya sejahat-jahat kejahatan ialah kejahatan para ulamanya. Dan sebaik-baik kebaikan ialah kebaikan ulama”. Riwayat Al-Darami (( وَيلٌ لأُمَّتِي مِن عُلمَاءٍ سُـوءٍ ))
Dalam hadis-hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda: وَيلٌ لأُمَّتِي مِن عُلمَاءٍ سُـوءٍ “Binasalah umatku kerana ulama’ yang jahat” Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Ulama’ itu adalah kepercayaan Rasul selama dia itu tidak bercampur dengan Sulthan (penguasa) dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia. Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan memasuki urusan duniawi, maka sungguh-sungguh dia itu adalah khianat kepada Rasul. Maka hati-hatilah terhadap mereka”.
Ciri-Ciri Ulama’ Suu’ • Terlalu konservatif dan taksub, rigid dan jumud • Kuat berpegang kepada pendapat-pendapat tradisi – walaupun masalah itu bersifat khilafiyyah • Memperbesarkan masalah furu’ sementara yang usul diremeh-temehkan • Saling menyalahkan dan mengkufurkan antara satu sama lain
Mempelajari dan mendalami ilmu agama demi status, kuasa dan pengaruh • Mengkhianati agama dengan berkompromi untuk menyesuaikannya mengikut keadaan sosial, politik dan arus kemodenan • Menyingkirkan daripada Islam perkara-perkara yang menjadi asas kepada ajarannya • Menokok tambah ajaran-ajaran yang bukan dari Islam • Tidak menghormati serta memperlekehkan pendapat Ulama’ assalafussoleh
(2) Ciri-Ciri Pemikiran Muslim Liberal • Rasionalisme – Akal fikiran secara maksimum mampu menemukan kebenaran yang hakiki • Pluralisme – Semua agama sama; semuanya menuju jalan kebenaran • Menonjolkan Isu Hak Asasi Manusia Dan Kebebasan Individu • Menghina Ulama’ dan meremeh-temehkan pendapat mereka • Menggunakan falsafah liberal Barat dalam semua perkara termasuk agama, lantas memberikan tafsiran yang mengelirukan tentang Islam
Antara dakwaan Muslim Liberal… • Islam bukan satu-satunya agama yang benar. Umat Islam tidak boleh memonopoli syurga. Allah bukan Tuhan milik kaum Muslimin sahaja. • Sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur’an “bermasalah”. Ia perlu ditafsirkan semula mengikut konteks masa kini, dan sebahagiannya perlu dimansukhkan. • Islam adalah agama yang didominasikan oleh kaum lelaki. Kerana itu hak wanita Islam tidak terbela dalam Islam.
(3) Lemahnya budaya ilmu di kalangan umat Islam • Selepas kejatuhan sistem khilafah (Islamic caliphate) dalam Islam, dengan tamatnya Khilafah Uthmaniyyah, wilayah-wilayah Islam bepecah kepada negara-negara tersendiri dan tidak lagi bersatu. • Serentak dengan itu jugalah, budaya ilmu di kalangan umat Islam mulai lemah. Tiada lagi lahirnya tokoh-tokoh pemikir di kalangan umat Islam ataupun ahli-ahli pengkaji.
Para Ulama’ pada waktu itu juga tidak tersebar pengaruhnya. Masing-masing menjaga hal-ehwal agama di wilayah masing-masing. • Pada masa yang sama, dunia Barat giat menjalankan kajian-kajian ilmiah dan penyelidikan yang pada awalnya diusahakan oleh tokoh-tokoh pemikir Islam sendiri.
Melalui penjajahan, sistem pendidikan di negara-negara Islam diubah mengikut acuan Barat. • Umat Islam sendiri, pada masa yang sama, lalai terhadap tuntutan Ilmu Fardhu ‘Ain dan terpengaruh dengan kejayaan Barat yang maju dalam bidang Ilmu Fardhu Kifayah.
Hasilnya, bila umat Islam sendiri jahil dalam Ilmu Fardhu ‘Ain, banyak kekurangan dan salah faham terhadap agama sendiri yang terjadi. • Pada masa yang sama, dalam bidang ilmu fardhu kifayah juga umat Islam turut ketinggalan. Inilah punca kemunduran umat Islam hari ini.
Perbincangan (1) Berdasarkan apa yang telah kamu pelajari, lakarkan rumusan bagi faktor-faktor yang menyebabkan kekeliruan terhadap tasawwur Islam. (2) Setelah menyedari pengaruh-pengaruh luaran dan juga dalaman yang memerangi Umat Islam, bincangkan bagaimana kita dapat membina sistem ketahanan diri dari ancaman-ancaman tersebut.