370 likes | 1.86k Views
DPIA TASAWWUR ISLAM 2. FALSAFAH MUNAKAHAT. Topik Pengajaran:. Pengertian kahwin/nikah Tuntutan berkahwin berdasarkan dalil Konsep kekeluargaan Kepentingan & Hikmah perkahwinan Tanggungjawab suami, isteri, ibu bapa & anak-anak Pembubaran perkahwinan (perceraian).
E N D
DPIATASAWWUR ISLAM 2 FALSAFAH MUNAKAHAT
Topik Pengajaran: • Pengertian kahwin/nikah • Tuntutan berkahwin berdasarkan dalil • Konsep kekeluargaan • Kepentingan & Hikmah perkahwinan • Tanggungjawab suami, isteri, ibu bapa & anak-anak • Pembubaran perkahwinan (perceraian)
Makna Perkahwinan/pernikahan • Nikah dr segi bahasa: Kumpul /cantum Firman Allah swt yg bermaksud: “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Yaasin: 36)
Makna Perkahwinan/pernikahan • Nikah dr segi syarak: ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad yg sah utk hidup bersama, tolong menolong dan menunaikan hak masing-masing dgn cara yang halal
Falsafah Munakahat • Falsafah Munakahat ialah: • Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.
Tuntunan Berkahwin • Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. • Firman Allah swt yg bermaksud: • 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)
Tuntunan Berkahwin • Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah saw: • “Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya”. (H.R.Bukhari & Muslim)
Mengapa Berkahwin ? Apakah Kepentingan/hikmah perkahwinan?
Hikmah Perkahwinan menerusi ayat al-Quran • Firman Allah swt yg bermaksud: • “Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. “ (ar-Ruum:21)
Hikmah perkahwinan secara umum • Memelihara nasab/keturunan manusia • Menyelamatkan manusia dari maksiat/keruntuhan moral • Membentuk kerjasama dan sikap bertanggungjawab • Menyelamatkan manusia dari pelbagai penyakit berbahaya • Melahirkan ketenangan rohani kpd manusia
Kepentingan/hikmah Perkahwinan kpd individu • Memberi ketenangan & kebahagiaan dlm hidup • Membentuk sikap tanggungjawab kpd pasangan • Dapat hidup berkeluarga dan melahirkan zuriat • Dapat melaksanakan tuntutan agama krn perkahwinan adalah sunnah • Dpt membentuk peribadi yg luhur
Kepentingan/hikmah Perkahwinan kpd masyarakat • Melahirkan masyarakat yg bertanggungjawab • Mewujudkan masyarakat yg maju dan aman • Membentuk ikatan persaudaraan yg kukuh dlm masyarakat • Mengelak dr berlaku kekacauan/huru hara dlm masyarakat
Konsep Keluarga Islam Membentuk keluarga bererti… Membentuk Masyarakat
Konsep Keluarga • Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. • Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan negara yang baik
Konsep Keluarga • Masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi. • Penyusunan yg rapi berkaitan kehidupan hanya terdapat dlm syariat Islam • Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan, bebas tanpa perkahwinan dan undang-undang akan membentuk masyarakat yg tidak tersusun dan bermasalah.
Prinsip Pembentukan Keluarga Islam • Dalam menyusun keluarga yang tenteram dan sejahtera, Islam berpandu kepada dua prinsip. • 1. Didikan yang mengukuhkan kesedaran beragama (di dalamnya disuburkan perasaan taat kepada Allah, tidak menganiaya sesama manusia, belas kasihan, bertimbang rasa dan lain-lain) • 2. Undang-undang dan peraturan yang menentukan kewajipan, hubungan antara suami isteri, kewaiipan terhadap anak-anak, nafkah, peraturan jika berlaku perselisihan/penceraian dan sebagainya.
Kebaikan pembentukan keluarga Islam yg utuh • Orang yg berkeluarga dpt: • mengatur kehidupan yg lbh baik • memupuk kerjasama dan tanggungjawab • Mengembangkan dakwah Islam • Memupuk perasaan kasih sayang
Punca Keutuhan Ahli keluarga Melaksanakan tanggungjawab dgn baik Mengamalkan perintah agama & menjauhi larangannya Hormat-menghormati & berkasih sayang Rajin berusaha dan berbelanja mengikut kemampuan Punca Keruntuhan Tanggungjawab tidak dilaksanakan dgn baik Kurang pendidikan dan penghayatan Islam Tiada tolak ansur dan enggan menyelesaikan masalah secara bersama Malas berusaha untuk keperluan keluarga Punca keutuhan & keruntuhan kekeluargaan
Kebaikan perkahwinan dari segi pembentukan Tanggungjawab • TanggungjawabSuami • TanggungjawabIsteri • TanggungjawabIbuBapa • TanggungjawabAnak
Tanggungjawab Suami: • Memberi mahar & nafkah • Memberi layanan yg baik kpd isteri • Memberi didikan yang sempurna kpd isteri • Memberi keizinan pd keperluan isteri • Menghormati kedua iba bapa kedua2 belah pihak • Berlaku adil jika berpoligami
Tanggungjawab Isteri • Taat perintah suami • Memberi layanan yg baik kpd suami • Tetap dirumah kecuali diizinkan keluar • Menjaga harta suami dgn amanah • Menjaga maruah diri dan suami
Tanggungjawab Ibu Bapa • Mengekalkan kerukunan & kebahagiaan keluarga • Memelihara dan mendidik anak2 dgn pendidikan yg baik & sempurna • Memberi layanan yang sama/adil kpd anak2
Tanggungjawab Anak: • Menghormati & mematuhi nasihat ibu bapa • Manjaga maruah ibu bapa & keluarga • Menunaikan tuntutan agama dgn sempurna • Menjaga keperluan ibu bapa terutama ketika mereka telah tua atau tlh uzur • Mendoakan ibu bapa
Pembubaran Perkahwinan (perceraian): Melalui beberapa cara: 1) Talak: perpisahan antara suami & isteri disebabkan ikatan perkahwinan telah dibatalkan dgn menggunakan lafaz cerai atau talak
Pembubaran Perkahwinan (perceraian): 2) Fasakh: pembatalan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yg tidak dipenuhi pada masa akad nikah atau adanya perkara-perkara yg timbul dalam rumah tangga yg menyalahi syarat akad. * melalui penelitian & penetapan kadhi.
Pembubaran Perkahwinan (perceraian): 3) Khulu’ : Perceraian secara tebus talak. Iaitu isteri perlu membayar ganti rugi atau memulangkan mahar dan segala yg diterima dgn kadar yg telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Soalan perbincangan: Apakah implikasi/kesan perceraian kepada suami, isteri dan anak-anak?