160 likes | 357 Views
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN NEGERI MELAKA AUDITORIUM SERI NEGERI AYER KEROH MELAKA 1 JAMADILAKHIR 1426 8 JULAI 2005 SURAH AL-BAQARAH 197 – 202. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
E N D
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN NEGERI MELAKA AUDITORIUM SERI NEGERI AYER KEROH MELAKA 1 JAMADILAKHIR 1426 8 JULAI 2005 SURAH AL-BAQARAH 197 – 202
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
[197] (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).
[198] Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'arilharam (di Muzdalifah) dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayat kepadamu dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
[199] Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[200] Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
[201] Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.
[202] Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN SERI NEGERI, AYER KEROH, MELAKA 1 JULAI 2005 / 24 JAMADILAWWAL 1426 Pengajaran ayat 197-202, Surah Al-Baqarah :- • Ibadat Haji dikenali dikalangan orang arab jahiliah sejak zaman Nabi Ibrahim dan Ismail dan Islam telah memperakukan amalan ini setelah dibatalkan segala macam amalan syirik dan mungkar yang terdapat didalamnya dan menambah sebahagian amalan-amalan haji. • Allah SWT telah mewajibkan amalan haji ke atas orang Islam tahun yang ke enam hijrah dengan firmannya dalam ayat 97 surah Ali Imran yang bermaksud ”Dan diperintahkan ke atas manusia menunaikan haji ke baitullah bagi sesiapa yang mampu”. Orang Islam telah menunaikan ibadah haji yang pertama pada tahun sembilan hijrah diketuai oleh Abu Bakar RA, kemudian Nabi pula menunaikan ibadah haji pada tahun berikutnya. Di dalam tahun itu saiyidina Abu Bakar telah membuatkan pengumuman kepada orang musyrik yang melakukan haji. Janganlah ada orang musyrik yang melakukan tawaf selepas tahun ini. • Adapun mengenai tempat haiwan qurban disebabkan halangan-halangan yang berlaku para ulama` berselesih pendapat mengenainya. Jumhur ulama` berpendapat bahawa penyembelihan dilakukan ditempat terjadinya halangan, baik tanah itu tanah haram ataupun tanah halal. • Antara hikmahnya ialah ibadah yang dilakukan bertujuan untuk menghampiri diri kepada Allah SWT dan memohon ganjaran yang berlipat kali ganda yang disediakan oleh Allah SWT dihari akhirat kelak. Ia juga melatih diri tidak terpesong oleh fitnah hartabenda atau kemewahan dunia. Sebaliknya melatih diri hidup sederhana dan hidup secara zuhud. Dengan demikian ia berjaya memperjuangkan nilai-nilai rohaniah yang mulia pada diri individu muslim.
Allah SWT mensyariatkan kepada orang yang berihram untuk mengerjakan ibadat haji akan larangan-larangan yang perlu dipatuhi. Antaranya ada yang ditetapkan oleh nas Al-Quran dan ada juga ang ditetapkan oleh sunah Rasulluah SAW. Larangan-larangan dalam masa berihram adalah :- 1. Bersetubuh atau apa sahaja perbuatan yang boleh menaikkan nafsu yang boleh membawa kearah persetubuhan seperti bercium, menyetuh badan dengan rasa syawat, mengeluarkan perkataan dan ucapan yang tidak senonoh dengan isteri dan mempunyai hubungan dengan masalah persetubuhan atau perbuatan-perbuatan pendahuluannya. 2. Melakukan perbuatan-perbuatan buruk dan mengerjakan maksiat yang dapat mengeluarkan seseorang dari ketaatan kepada Allah SWT. 3. Bertengkar dan berkelahi dengan orang lain. 4. Diharamkan memakai wangian sama ada pada badan atau pada pakaian. 5. Dilarang memakai pakaian berjahit bagi lelaki. 6. Diharamkan mengerat kuku. 7. Diharamkan memotong atau mencukur rambut atau bulu badan dan memakai minyak rambut. 8. Dilarang menutup kepalanya kecuali kerana hajat yang dibolehkan tetapi wajib membayar dam. 9. Diharamkan perempuan menutup muka dan dua tapak tangannya. 10. Dilarang memburu dan membunuh binatang yang liar di daratan dan halal dimakan. • Hendaklah kita sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT sebaik-baiknya dimana sahaja kita berada terutama sekali ketika mengerjakan haji atau umrah.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين, الصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعليآله وصحبه أجمعين. اللهم ارحمنا بالقرأن, واجعله لنا اماما ونورا وهدىورحمة, اللهم ذكرنا منهما نسينا وعلمنا منهما جهلنا وارزقنا تلاوته آنآء الليل وأطراف النهار, واجعله لنا حجة يا رب العالمين. Ya Allah, Rahmatilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai pembimbing, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, peringatkan kami apa yang kami lupa daripadanya, berilah kami pengetahuan terhadap apa yang kami tidak tahu, dan permudahkan kami untuk membacanya sepanjang malam dan siang, dan jadiknlah ia sebagai hujjah bagi kami. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين
CERAMAH AGAMA AUDITORIUM SERI NEGERI 24 JAMADILAWAL 14261 JULAI 2005PENCERAMAH;USTAZ ABDUL RAHIM BIN KHALIQ MAAHAD TAHFIZ ANJUNG BATUTAJUK CERAMAH;AKHLAK