100 likes | 294 Views
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN NEGERI MELAKA AUDITORIUM SERI NEGERI AYER KEROH MELAKA 23 MUHARRAM 1426 4 MAC 2005 SURAH AL-BAQARAH 94-101. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
E N D
PROGRAM PENGHAYATAN AL-QURAN NEGERI MELAKA AUDITORIUM SERI NEGERI AYER KEROH MELAKA 23 MUHARRAM 1426 4 MAC 2005 SURAH AL-BAQARAH 94-101
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam
Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar.
Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.
Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.
Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): Ambillah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya). Mereka menjawab: Kami dengar dan kami menderhaka. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman.
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين, الصلاة والسلام علي سيدنا محمد وعليآله وصحبه أجمعين. اللهم ارحمنا بالقرأن, واجعله لنا اماما ونورا وهدىورحمة, اللهم ذكرنا منهما نسينا وعلمنا منهما جهلنا وارزقنا تلاوته آنآء الليل وأطراف النهار, واجعله لنا حجة يا رب العالمين. Ya Allah, Rahmatilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah Al-Quran sebagai pembimbing, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, peringatkan kami apa yang kami lupa daripadanya, berilah kami pengetahuan terhadap apa yang kami tidak tahu, dan permudahkan kami untuk membacanya sepanjang malam dan siang, dan jadiknlah ia sebagai hujjah bagi kami. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين, والحمد لله رب العالمين