900 likes | 2.32k Views
ERTI KEMERDEKAAN. Us Hj. Abdul Ghani Samsudin. Allah berfirman dalam Surah al-A’raf 156-157:.
E N D
ERTI KEMERDEKAAN Us Hj. Abdul Ghani Samsudin
Allah berfirman dalam Surah al-A’raf 156-157: • وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَـذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَـا إِلَيْكَ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاء وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَـاةَ وَالَّذِينَ هُم بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ • الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُم بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالأَغْلاَلَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُواْ بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُواْ النُّورَ الَّذِيَ أُنزِلَ مَعَهُ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: • "Dan takdirkanlah untuk Kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku hadapkan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, manakala rahmatKu meliputi serba segala; kelak akan Ku peruntukkan kepada orang-orang yang bertaqwa, orang yang mengeluarkan zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
Maksudnya lagi : • Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah ; Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada dalam simpanan mereka. Nabi tersebut menyuruh mereka melakukan segala perkara yang baik. Sebaliknya melarang mereka melakukan perkara yang keji. Ia juga menghalalkan untuk mereka segala yang baik, di samping mengharamkan kepada mereka segala yang buruk;
Sambungan maksud: • Nabi juga melepaskan mereka dari kekangan beban dan belenggu yang merantai hidup dan mecekik leher mereka. Oleh itu orang-orang yang beriman kepada Rasul, di samping memuliakan, dan menolongnya, serta mengikuti nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Islam Memusuhi Penjajahan • Penjajahan bermaksud: • Pemaksaan, dominasi politik, ketenteraan, budaya dan ekonomi atas negeri-negeri yang dikalahkan untuk kemudian dieksploitasi
Belenggu Belenggu • Belenggu Kufur dan Syirik • Kejahilan dan Kebutaan • Maksiat dan kefasiqan • Penjajahan Mental dan Pemikiran • Pejajahan ekonomi • Penjajahan Ketenteraan • Penjajahan Politik
Kongkongan • Akta Drakonian dan ISA • Sistem Kehakiman Yang Bobrok • Perundangan Yang Zalim • Media Sebaran Am yang Tidak Adil Seimbang dan Tidak Beretika • Sistem Pemerintahan yang Undemocratic
Penyalahgunaan Jentera Negara • Institusi Kepolisian Yang Menjadi Milik Parti dan Bukan Rakyat • Institusi Kehakiman Yang Terbelenggu • Institusi Pilihanraya atau SPR yang Bertugas Memenangkan Parti yang Memerintah Sahaja. • Institusi Pendidikan Yang Gagal Melindungi Jatidiri Umat dan Keperibadian Islam
Pengertian Kemerdekaan • Kemerdekaan - dari satu sudut - boleh difahami sebagai bebas dari perhambaan, keterikatan, lepas dari dikenakan tuntutan, tidak bergantung nasib kepada orang, bangsa atau negara lain. Merdeka juga bermakna bebas dari belenggu kelemahan peribadi dan keruntuhan moral, penyakit dan kemiskinan yang membingkai dan menghalang manusia dari mencapai darjat kemanusiaannya yang sejati. Dalam konteks negara; kemerdekaan bermaksud terlepas dari penjajahan, sama ada penjajahan politik, ketenteraan, ekonomi, budaya, informasi dan sebagainya.
Allah SWT berfirman dalam Surah al Maidah ayat: 89: • لاَ يُؤَاخِذُكُمُ اللّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَـكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ الأَيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُواْ أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: • “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah yang kamu sengajakan (dengan bersungguh-sungguh). Maka kaffarahnya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang (biasa) kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba (yang beriman). Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan kaffarah tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah kaffarah penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Peliharalah sumpah kamu (jangan melanggarnya). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) mudah-mudahan kamu bersyukur.” (al-Mai’dah, 5: 89)
Allah berfirman dalam surah Al Imran ayat :35 • إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ • “(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku bernazar kepadaMu (untuk menjadikan) anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 35).
Dalam Surah al Mujadalah ayat :3 • وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِن نِّسَائِهِمْ ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِّن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا ذَلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ • “Dan orang-orang yang "menziharkan" isterinya, kemudian mereka menarik balik apa yang mereka ucapkan (tentang zihar itu), maka hendaklah (suami wanita berkenaan) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) berseketiduran. Demikianlah, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). (Ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya terhadap apa jua yang kamu lakukan.” (Mujadalah, 58: 3).
Menurut al Khayyat • “Kemerdekaan bermakna kebebasan manusia dari perhambaan manusia lain, atau kebebasan bangsa dari perbudakan bangsa lain. Sejajar dengan firman Allah: • يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: • “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan puak, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu, (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat, 49: 13).
Dorongan Kebebasan • Allah berfirman lagi mengajak manusia membebaskan dirinya dari perhambaan individu kepada individu lain, di samping menyeru mengikut kebenaran yang ditunjukkan kepada mereka dan tidak mengikut orang yang tidak menyeru kepada kebenaran.
‘Umar Ibnu al-Khattab berkata: • Bilakah anda (dibenarkan) memperhamba orang lain padahal ibubapa mereka telah melahirkan mereka dalam (status) merdeka?.[1] • Al-Khayyat, Dr. Abdul Aziz Izzat (1999): Al-Nizam al-Siyasi Fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Salam, h. 43.
Al-Imam al-Qusyairi menyebutkan bahawa kebebasan ialah: • أن لا يكون العبد تحت رق المخلوقات ولا يجري عليه سلطان المكونات، وعلامة صحته سقوط التمييز عن قبله بين الاشياء • “Apabila seseorang itu bebas dari perhambaan kepada makhluk, terlepas dari kongkongan mana-mana entiti…”.
Ibnu ‘Arabi menegaskan makna yang agak berbeza, iaitu: • عبودية محققة لله فلا يكون عبداً لغير الله الذي خلقه ليعبده فوفى بما خلق له فقيل نعم العبد انّه أواب؛ أي رجع إلى العبودية التي خلق لها لأنه خلق محتاجاً إلى كل ما في الوجود
Maksudnya • Perhambaan yang jitu dan sebenarnya (ialah) perhambaan kepada Allah (semata-mata), iaitu apabila seseorang itu tidak menjadi hamba kepada selain Allah. Sebaliknya, menjadi hamba Allah yang menciptanya untuk tujuan penyembahan kepadaNya; di samping menyempurnakan tuntutan penciptaannya. Bak kata orang: hamba Allah yang terbaik ialah yang segera pulang ke hadhratNya. Dengan lain-lain perkataan, kembali kepada ubudiah yang ia dicipta untuk itu. Ini adalah kerana pada hakikatnya dia adalah makhluk yang dicipta dalam kaadaan memerlukan kepada segala sesuatu yang wujud (di alam ini).
Ayatullah Muhammad Baqir al-Sadr berpendapat: • إنّ الحرية في المفهوم الاسلامي ثورة، وهي ليست ثورة على الأغلال والقيود بشكلها الظاهري فحسب، بل على جذورها النفسية والفكرية، وبهذا كفل الإسلام للانسان أرقى وأسمى أشكال الحرية التي ذاقها على مرّ التاريخ
TONGGAK KEBEBASAN dan Kemerdekaan • 1) Konsep ‘Ubudiah Kepada Allah • 2) Asas Mencari Keredhaan Allah • 3) Rasa Tanggungjawab Yang Tinggi • Kepada Allah
Pengertian Kebebasan Kini • Bebas dalam pengertian sekarang merangkumi kebebasan dari intimidasi, dari paksaan dalam segala bentuk, bebas menyatakan pendapat, sama ada secara lisan dan bertulis, bebas berkumpul, berpersatuan dan sebagainya. Konsep kebebasan berkait rapat dengan konsep hak asasi manusia, kebebasan mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan, hak mendapat pembangunan, perlaksanaan demokrasi kemanusiaan yang murni dan segala yang berkaitan dengannya.
Fokas Ceramah • Perbincangan tentang kemerdekaan dalam maksud kebebasan barangkali lebih menjurus dan berkait dengan maksud tajuk di atas. Ini kerana memperincikan pelbagai bentuk kebebasan yang sah dan diperlukan oleh manusia moden hari ini dalam kehidupan mereka; di samping perlaksanaan kuasa rakyat melalui kaedah shura atau demokrasi yang sebenar adalah lebih penting untuk meningkatkan lagi mutu kefahaman dan amalan hidup berpolitik dan bernegara. Dari situ akan terserlah pula pola pengisian dan agenda untuk memperkasa kebebasan dan kemerdekaan.
17 Jenis Kebebasan • Kebebasan Beragama. • Kebebasan Diri. • Kebebasan Berfikir. • Kebebasan Bersuara. • Kebebasan Media. • Kebebasan Berpolitik.
17 Jenis Kebebasan • Kebebasan Mencalonkan Diri Sebagai Wakil Rakyat. • Kebebasan Berhimpun dan Berpersatuan. • Kebebasan Ekonomi. • Kebebasan Bekerja dan Menukar Kerjaya. • Kebebasan Berkeluarga. • Kebebasan Bergerak.
17 Jenis Kebebasan • Kebebasan Untuk Mendapat Penghakiman Yang Adil. • Kebebasan Belajar dan Mengajar. • Kebebasan Dari Maksiat dan Penderhakaan (Fisq atau Fusuq). • Kebebasan Dari Pencemaran Persekitaran. • Kebebasan Dari Penindasan Negara Kuasa Besar.[1] • Lihat Abdul Ghani Samsudin (2006), “Konsep Kebebasan Dari Perspektif Islam” dalam Tinta dan Minda AGS: Mengenai Islam, Ulama dan Umara, Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication, hh. 115-134.
Penjelasan Tambahan • Senarai kebebasan ini mungkin belum sempurna dan boleh ditambah lagi dengan kebebasan untuk mendapat rawatan, kebebasan para tahanan dari diseksa dengan tujuan mendapatkan pengakuan, kebebasan berdakwah baik di dalam mahupun di luar masjid dan sebagainya. Pendek kata, selagi manusia terus hidup membangunkan tamadun yang tinggi senarai tersebut akan terus bertambah dan lebih terperinci serta menyeluruh.
Batasan Umum kebebasan • 1) Mengguna dan mengamalkan kebebasan dengan niat yang benar, tulus dan sihat .Mengamalkan kebebasan untuk menegakkan kebenaran, menegur kebatilan demi Allah dan kepentingan rakyat. • 2) Tidak digunakan untuk riak, bermegah, mencaci dan menghina orang lain di khalayak ramai secara yang bertentangan dengan syara’.
Batasan Umum Kebebasan • 3) Menjaga akidah dan batasan syariah. Tidak dibenarkan mencaci akidah dan asas-asas agama Islam,merendahkan martabat Rasul dan sunnahnya atas dasar kebebasan bersuara dan sebagainya. • 4) Mengamalkan kebebasan dalam batas nilai dan norma akhlak Islam
5 Instrumen yang menjamin kebebasan • Kebebasan Politik (Political Freedoms) • Kemudahan Ekonomi (Economic Facilities) • Peluang Sosial (Social Opportunities) • Jaminan Ketelusan (Transparency Guarantees) • Perlindungan Keselamatan (Protective Security)[1] • Amartya Sen's Ethics of Substantial Freedom, by Dr. Jan Garrett: http://www.wku.edu/~jan.garrett/ethics/senethic.htm
Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia • Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan dalam mengklasifikasikan jenis kebebasan: • Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia yang ditampilkan oleh beberapa NGO mengandungi pernyataan tentang kebebasan berpersatuan, berhimpun secara aman dan sebagainya. Meskipun kita mempunyai beberapa pengamatan yang berbeda dalam hal tertentu, namun umumnya ia mengandungi sumbangan yang positif dalam menjelaskan maksud kebebasan yang diperlukan.[1] • Lihat SUARAM (1994), Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia, Kuala Lumpur: Vinlin Press.
Halangan Kebebasan • Belenggu-belenggu yang merantai kebebasan rakyat di Malaysia - umpamanya - selain dari akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), AUKU, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, antara lain ialah: • Ketiadaan Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas, berwibawa dan kompeten. • Daftar pemilih yang yang sarat dengan pengundi hantu, mengelirukan dan belum disahkan. • Penyalahgunaan kuasa yang terus membudaya dan menjadi wabak yang sukar dibendung. • Kongkongan terhadap kebebasan berhimpun dan penyebaran maklumat dari kalangan oposisi.
Halangan Kebebasan • Amalan rasuah yang berleluasa, beli undi, kekerasan dan peras-ugut. • Kuasa kehakiman yang tidak bebas sehingga boleh diperas-ugut oleh kuasa eksekutif serta mudah dibeli. • Ketidakberkesanan usaha menambahbaikkan amalan dan imej pasukan PDRM. • Ketidaktegasan pemerintah dalam memerangi rasuah yang melibatkan kerugian berbilion ringgit. • Kelemahan dalam melaksanakan tindakan hukuman yang telah diperuntukkan dalam akta dan undang-undang yang sedia ada.
Tunduk membuta tuli dan menjadi perkakas kepada kuasa penjajah baru yang mengganasi umat dan negara umat Islam atas dakwaan memerangi pengganas. • Sistem pendidikan Islam yang tidak berjaya menyekat gejala berleluasanya kemurtadan dan sikap memandang remeh kepada agama dan syiar agama di kalangan umat Islam. • Tidak melaksanakan dasar dan sistem pemerintahan Islam; sebaliknya mengamalkan dasar pemerintahan sekular dan dasar herot serta slogan yang tidak pernah dibawa oleh Rasulullah s.a.w
Mengamalkan dasar perjuangan politik yang memperalatkan nama bangsa; di samping derhaka terhadap agama serta memerangi pengaruh Islam atas dakwaan ianya meluaskan pengaruh parti Islam. • Pengurusan kerajaan yang lemah serta tidak telus dan sebagainya. • Pindaan terhadap undang-undang prosedur jenayah untuk memungkinkan tindakan kezaliman ke atas oposisi dan rakyat
Situasi Kebebasan atau Kemerdekaan yang Tenat • Dari perkembangan mutakhir yang dapat kita ikuti, jelaslah bahawa kebebasan dan demokrasi serta hak-hak rakyat yang asasi dalam keadaan tenat dan memerlukan pemulihan serta pembelaan. Apakah bentuk pembelaan, pemulihan atau pengisian yang boleh dilakukan oleh para alim ulama atau pelbagai organisasi dakwah yang ada?
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 1) Menampilkan kefahaman yang betul tentang erti kemerdekaan dan kebebasan dalam kerangka pemikiran Islam atau nilai-nilai Asia, sehingga tidak wujud pengertian dan persepsi yang bercanggah dengan tren sosiobudaya serantau. Dengan demikian, tiada mana-mana golongan rakyat yang boleh menjadi alat kuasa besar untuk memungkinkan penjajahan pemikiran, budaya, politik dan ekonomi yang mengancam kemerdekaan serta kebebasan negara
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 2) Menampilkan suatu Indeks Pembangunan Insan Muslim dan Nusantara yang lebih sesuai dengan situasi dan kondisi umat di rantau ini. Di samping meningkatkan pembangunan kemanusiaan yang menyeluruh baik dari segi ruhani, jasmani, mental, budaya, akhlak, ilmu, teknologi, kesedaran politik, ekonomi, disiplin dan daya pertahanan
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 3) Meneguh dan memantapkan jatidiri umat dan rupabangsa rakyat Malaysia selaras dengan nilai-nilai murni agama Islam dan nilai Asia dalam batas yang tidak bercanggah dengan agama rasmi negara.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 4) Menyatukan umat dalam suatu kerangka perjuangan yang selaras, menjadikan para alim ulama dan pertubuhan mereka sedunia, serantau dan peringkat nasional sebagai rujukan utama yang menyelesaikan pertikaian hukum fiqh atau pemikiran sosio-politik dan sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 5) Menampilkan wacana dan perspektif Islam yang murni dalam berbagai lapangan dengan cara yang menarik, selaras dengan tuntutan zaman dengan menggunakan berbagai teknik terkini untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian cara Islam tanpa menampilkan “bid’ah” baru; sama ada yang bernama Islam Progresif, mahupun Liberal dan Hadhari.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 6) Membina pelbagai wahana informasi Islam terkini, baik media cetak, elektronik, TV, Web TV, radio, Web Radio, blog, akhbar online dan sebagainya. Musuh umat dan negara telah membina prasarana informasi yang melangkaui benua dan sejagat untuk menyebarkan dakyah mereka dan memurtadkan umat Islam; maka sudah tiba masanya untuk badan-badan dakwah Islam, Persatuan Ulama Malaysia, SHURA dan pertubuhan lain seperti JIM, ABIM dan lain-lain bersatu membangunkan rangkaian media Islam yang boleh menandingi cabaran media global masa kini
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 7)Merangka pelbagai agenda bagi membangun dan memperkasa kaum muslimat dan wanita Malaysia amnya dalam berbagai bidang serta dalam kerangka pemikiran Islam, agar mereka tidak dihanyutkan oleh aliran sesat di kalangan pergerakan wanita kini, sama ada yang bersifat tempatan mahupun global.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 8) Menghidupkan kecenderungan amr makruf dan nahi munkar dalam diri umat untuk menentang segala gugatan yang berkaitan dengan berleluasanya pemikiran sesat, maksiat, gejala murtad, rasuah, penipuan, penentangan terhadap Sunnah Rasul dan sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 9) Membangun pusat-pusat kajian strategik untuk menangai permasalan penting seperti hak asasi manusia, budaya politik berasaskan prinsip syura dan amalan demokratik yang murni, keganasan negara, imperialisme baru, penyeksaan orang tahanan, kaedah menangani krisis, hak wanita, kanak-kanak dan sebagainya dari perspektif Islam.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 10) Menggilap dan mengukuhkan keupayaan syariat Islam untuk menyelesaikan kemelut masyarakat; baik sosial, budaya, ekonomi dan politik masa kini. Mempertahankan kewibawaan tafsiran syariat berbanding tafsiran sekular atau universalisme ala Barat yang mempunyai tren yang tersendiri dalam mendefinisikan makna kebebasan, keadilan, pembangunan, terrorisme dan sebagainya.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MENGISI KEMERDEKAAN • 11) Memastikan urusan syariat diselesaikan oleh para alim ulama yang muktabar atau institusi Islam yang berrtanggungjawab; bukan oleh pihak mahkamah atau hakim bukan Islam atau berfaham sekular atau mana-mana badan perunding antara agama yang bermuslihat.