290 likes | 1.82k Views
Unit 2:PERLEMBAGAAN MALAYSIA & PERUNTUKAN. TAKRIF PERLEMBAGAAN. undang-undang tertinggi di Malaysia kumpulan kaedah undang-undang ( Rules of Law )
E N D
TAKRIF PERLEMBAGAAN • undang-undang tertinggi di Malaysia • kumpulan kaedah undang-undang (Rules of Law) • Per.160 (2) - PP mentafsir segala undang-undang meliputi undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia, adat atau kelaziman yg mempunyai kuatkuasa undang-undang • dokumen yg mengawal sistem kerajaan • Mengandungi 183 perkara
Prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”. Def. Perlembagaan K.Ramanathan
BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Tidak Bertulis Dikumpul dan disusun dalam bentuk surat dan diasaskan pada satu dokumen yang bersifat konvensional Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah berdasarkan kepada sejarah dan mudah untuk dipinda
Wujud pemerintahan yang adil Elak salah guna kuasa Kawal pergerakan kerajaan & rakyat Menjamin kesinambungan Negara bangsa Mekanisme penyelesaian masalah TUJUAN PERLEMBAGAAN Jamin keamanan & kestabilan negara
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Malaysia sebuah Persekutuan Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen Agama Islam Agama rasmi Ketertinggian Perlembagaan Kebebasan Undang-undang Pengasingan kuasa
PERKARA 5: KEBEBASAN DIRI • Tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucut kebebasan dirinya melainkan melalui kuatkuasa undang-undang • Jika seseorang itu ditangkap, dia hendaklah diberitahu seberapa segera sebab dia ditangkap dan dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilihnya sendiri PERKARA 6: KEABDIAN & KERJA PAKSA • Tidak seorang pun boleh ditahan sebagai abdi dan kerja paksa. • Namun, undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan untuk mengadakan perkhidmatan kerahan untuk maksud negara • Perkara ini juga memperuntukkan kerja-kerja yang berkaitan dengan hukuman penjara tidak dikira sebagai kerja paksa PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 7: PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YG BERKUATKUASA KEBELAKANGAN & PERBICARAAN BERULANG • Tidak ada seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perkara yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang • Seseorang yang dibebaskan tidak boleh dibicarakan sekali lagi atas kesalahan yang sama kecuali atas perintah mahkamah
PERKARA 8: KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG • Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama • Seseorang warganegara tidak boleh dibezakan atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir PERKARA 9: LARANGAN BUANG NEGERI & KEBEBASAN BERGERAK • Tidak ada pun seseorang warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. • Undang-undang boleh menyekat kebebasan ini dengan tujuan ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 10: KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN • Semua warganegara berhak untuk bercakap, dan mengeluarkan buah fikiran. • Parlimen boleh mengenakan sekatan yang difikirkan perlu demi menjaga keselamatan persekutuan dan mana-mana bahagiannya untuk ketenteraman awam dan segala perbuatan yang boleh menimbulkan MPW1133/2133 PENGAJIAN MALAYSIA SHARLIANA
SAMBUNGAN……. • Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan yang difikirkan perlu untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam • Seseorang itu boleh didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri jika didapati mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak keistimewaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kuota bagi orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu PERKARA 11: KEBEBASAN BERAGAMA • Setiap individu berhak untuk mengambangkan agamanya tetapi undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam • Sabah & Sarawak, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. PERUNTUKAN UTAMA
PERKARA 12: HAK MENGENAI PELAJARAN • Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan • Tidak terdapat perbezaan semata kerana agama, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 13: HAK TERHADAP HARTA • Tidak seorang pun yang boleh dilucutkan hartanya, kecuali menurut undang-undang. • Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi
PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 152 BAHASA • Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi negara • Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu • Jika seseorang cuba menggunakan isu bahasa di khalayak ramai, ia boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 • Bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan dan bebas untuk dipelajari tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak
PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 3 AGAMA ISLAM • Memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan tetapi Perlembagaan Persekutuan juga boleh memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri dengan cara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan. • Raja/ Sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak • Majlis Raja-raja juga bertindak secara bersama dalam menentukan hal-hal mengenai agama Islam di Persekutuan
PERUNTUKAN UTAMA PERKARA 14 -22 KEWARGANEGARAAN • Seseorang itu boleh mendapat kewarganegaraan melalui 4 cara • Secara kuatkuasa undang-undang • Secara pendaftaran/ permohonan • Secara masukan/ naturalisasi • Secara percantuman wilayah
KEWARGANEGARAAN SECARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG • Individu yang dilahirkan sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan menjadi warganegara secara automatik • Warganegara Persekutuan 1957 • memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran atau naturalisasi • Lahir antara 31 Ogos 1957-Oktober 1962 • Ibu bapa warganegara atau pemastatutin tetap • Lahir di luar Persekutuan pada atau selepas kemerdekaan • Bapa warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan. Kelahirannya didaftarkan dengan Pejabat Konsul Persekutuan
KEWARGANEGARAAN SECARA KUATKUASA UNDANG-UNDANG • Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang ditetapkan • Lahir di Malaysia • Ibu atau ayahnya seorang warganegara atau pemastatutin • Lahir di luar Malaysia • Bapanya seorang warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan. • Dalam tempoh setahun selepas kelahirannya, kelahirannya perlu didaftar di Pejabat Konsul Persekutuan
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN • Isteri dan anak warganegara • Masih berkahwin dengan warganegara bermula pada bulan Oktober 1962 • Bermastautin di Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di Persekutuan • Berkelakuan baik • Seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun • Didaftar oleh ibu bapa atau penjaga jika salah satu pihak tersebut merupakan warganegara • Dilahirkan sebelum bulan Oktober 1962 • Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN • Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dan lahir di Persekutuan sebelum Hari Merdeka • Membuktikan pemastautin di Persekutuan selama lima daripada tujuh tahun sebelum permohonan • Berniat menjadi pemastautin tetap • Memiliki pengetahuan bahasa Melayu mudah • Berkelakuan mudah • Seseorang yang berumur 18 tahun dan bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia • Bermastatutin di Malaysia sebelum Hari Malaysia • Selepas Hari Malaysia, bermastautin di Persekutuan selama 7 daripada 10 tahun sebelum permohonan
KEWARGANEGARAAN SECARA MASUKAN • Individu atau warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas dan berminat untuk menjadi warganegara Malaysia boleh memohon kewarganegaraan ini. • Syaratnya adalah seperti berikut: • Individu tersebut telah menetap di Persekutuan Malaysia 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan • Berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan Malaysia • Tingkah laku baik • Berpengetahuan di dalam bahasa Melayu KEWARGANEGARAAN SECARA PERCANTUMAN WILAYAH • Satu cara termudah untuk menjadi warganegara Persekutuan. • Contohnya, penduduk Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat taraf kewarganegaraan apabila ketiga-tiga wilayah ini menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 MPW1133/2133 PENGAJIAN MALAYSIA SHARLIANA
HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA • Perkara 153- YDPA mempunyai tanggungjawab utk menjamin kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. • YDPA menjalankan tugas ini dgn mendapat nasihat drp Kabinet • Cth keistimewaan org Melayu: 1. Biasiswa 2. Skim Amanah Saham Bumiputera 3. Jawatan dlm perkhidmatan awam 4. Pemberian permit, lesen dll