150 likes | 479 Views
KULIAH 5. SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR. INSTITUSI YANG DIPERTUAN AGONG Jawatannya diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia Kedudukannya dinyatakan dalam Perkara 32: Ketua utama Negara
E N D
KULIAH 5 SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
INSTITUSI YANG DIPERTUAN AGONG • Jawatannya diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia • Kedudukannya dinyatakan dalam Perkara 32: • Ketua utama Negara • Tidak boleh didakwa dimana-mana Mahkamah kecuali Mahkamah Khas • Kuasa memerintah terletak pada YDPA, Per 40, tetapi Baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri yang dilantik oleh YDPA • Realiti: kuasa memerintah dijalankan oleh Jemaah Menteri.
Perkara-Perkara yang tidak boleh dibuat oleh YDPA: • Memegang jawatan bergaji • Masuk campur dalam perniagaan • Menerima gaji dari negerinya yang dibayar sebagai raja bagi negerinya • Keluar negara selama tempoh lebih dari 15 hari kecuali dengan kebenaran Majlis Raja-Raja atau untuk membuat lawatan rasmi ke negara lain.
YDPA tidak boleh menjalankan tugas-tugas negerinya kecuali Per 34: • Sebagai ketua agama Islam dalam negerinya • Perkara berkaitan dengan pindaan Perlembagaan negerinya • Melantik pemangku Raja & anggota-anggota Majlis Pemangku Raja. • Raja Permaisuri Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan dibawah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.
Pemilihan YDPA • Dibuat oleh MRR • Dibuat oleh 9 raja-raja sahaja • Sekurang-kurangnya 5 mesti menyokong perlantikan • Yang DiPertua Negeri (Melaka, PP, Sabah & Sarawak) tidak terlibat • Pemilihan adalah mengikut kekananan (seniority), mengambil giliran • Menyandang jawatan selama 5 tahun • Hanya layak dipilih kecuali tidak layak Jadual 3, Bhg. I, s1 dan s2: • Tidak cukup umur • Menolak jawatan tersebut • Didapati tidak alyak menjalankan tugasnya – masalah kesihatan (mental atau fizikal) • Sekiranya menolak atau tidak layak nama negerinya diletakkan dihujung senarai. • Pemecatan??????
Pemecatan • Baginda boleh meletak jawatan • Baginda boleh dipecat – oleh MRR • Sekurang-kurangnya 5 ahli MRR mesti menyokong pemecatan tersebut • Bilakah YDPA boleh dipecat??????
Peranan-Peranan YDPA • YDPA mengetuai 3 badan utama Kerajaan • Badan Perundangan • Undang-undang Persekutuan digubal oleh Parlimen (DN & DR) • Selepas kedua-dua dewan meluluskan sesuatu rang undang-undang ia mesti diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari (Per 66(4)) • Sekiranya tidak diperkenankan dalam masa 30 hari? • Sekiranya tidak dipersetujui oleh YDPA?
Badan Eksekutif • Mempunyai kuasa membuat perlantikan PM, Kabinet, Setiausaha DN dan DR dll. • Badan Kehakiman • Kuasa melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan Peguam Negara. • Kuasa mengampun kesalahan diturunkan oleh: • Mahkamah tentera • Mahkamah Jenayah: WPKL dan WP Labuan • Mahkamah Syariah: WPKL, WPL, Melaka, PP, Sabah & Sarawak • Perlaksanaan kuasa pengampunan tidak boleh dipersoalkan atau disemak (no judicial review)
Peranan-peranan lain • Mengisytiharkan Darurat (Per 50): • Bila Baginda berpuas hati bahawa keselamatan/kehidupan ekonomi/ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagain adalah terancam • Darurat boleh diisytiharkan walaupun sesuatu kejadian itu belum berlaku. • Mesti menerima dan melaksanakan tugas atas nasihat Kabinet • Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan • Ketua Agama Islam • Memelihara keistimewaan Masyarakat Melayu (Per 153)
Kuasa-Kuasa YDPA yang dijalankan mengikut budi-bicara Baginda: • Perlantikan PM (terhad kerana mengikut tradisi) • Menolak/menangguhkan pembubaran parlimen yang diminta oleh PM • Memanggil Raja-Raja supaya bersidang untuk membincangkan hak keutamaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja dan apa-apa tindakan yang akan diambil dalam persidangan Majlis itu.
Immuniti / kekebalan YDPA • Dalam kapasiti rasmi sahaja. • Kerajaan Malaysia masih boleh didakwa di mahkamah biasa • Selepas pindaan Perlembagaan dalam tahun1993, raja-raja hilang immuniti dalam kapasiti peribadi • Raja-raja boleh didakwa tetapi di Mahkamah Khas sahaja. • Tiada prosiding yang boleh dimulakan terhadap raja-raja tanpa izin dari Peguam Negara
MAJLIS RAJA-RAJA • Badan rasmi yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam susunan hierarki Kerajaan Persekutuan • Dianggotai oleh 9 sultan/raja dan 4 YDPN/gabenor • Setiausaha MRR ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja • Persidangan • Tiga hingga empat kali setahun, mesyuarat khas boleh dipanggil oleh YDPA atau 3 orang raja-raja • Setiap persidangan berlangsung selama 3 hari • Hari kedua: YDPA diiringi oleh PM, raja-raja diiringi oleh menteri besar/ketua menteri masing-masing. • Tujuan: memberi nasihat kepada MRR berkenaan polisi-polisi negara dan dasar-dasar kerajaan dan membincangkan secara terbuka – persidangan dijalankan secara tertutup
Kuasa budi bicara MRR • Memilih / memecat YDPA • Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan • Mempersetujui atau tidak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu negeri/ menyentuh keistimewaan/kedudukan/kemuliaan/kebesaran raja-raja dan perkara-perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. • Mempersetujui atau tidak apa-apa amalan, perbuatan/upacara agama Islam meliputi seluruh semenanjung. • Melantik dua (daripada lima) hakim untuk mendengar perbicaraan dalam Mahkamah Khas. • Memberi pengampunan sekiranya ahli keluarga Di-Raja didapati bersalah.
TIMBALAN YANG DIPERTUAN AGONG • Menjalan tugas YDPA apabila jawatan tersebut dikosongkan (cth. Sakit, tiada dalam Persekutuan) • Perlantikan: • Dipilih dalam persidangan MRR • Dilantik dari kalangan raja yang kedua dalam senarai terkanan (jika menolak namanya masih di atas dalam senarai) • Menyandang jawatan selama 5 tahun (mengikut YDPA)