1.01k likes | 1.82k Views
TOPIK 4. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA By: Ir. Ahmad Rasdan Ismail 013-3942463. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA. AHMAD RASDAN ISMAIL. REKA BENTUK TEMPAT KERJA. Terdapat hubungan yang tinggi antara keselesaan pekerja dengan produktiviti.
E N D
TOPIK 4 REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA By:Ir. Ahmad Rasdan Ismail013-3942463 REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
REKA BENTUK TEMPAT KERJA • Terdapat hubungan yang tinggi antara keselesaan pekerja dengan produktiviti. • Majikan harus tahu ketidakselesaan akibat kerja berdiri terlalu lama contohnya, akan meletakkan tekanan fizikal kepada pekerja yang mana ini tidak akan meninggikan produktiviti syarikat. • Keletihan akan mengakibatkan penurunan prestasi kerja kerana mereka bekerja dalam reka bentuk tempat kerja yang tidak sesuai dan kebarangkalian tinggi untuk mendapat kecederaan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
REKA BENTUK TEMPAT KERJA • Matlamat ergonomik bukan semata-mata untuk mengurangkan tenaga kerja tetapi lebih kepada memaksimumkan produktiviti pekerja tanpa memudaratkan pekerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DAN RUANG KERJA • Ruang kerja • kawasan tiga dimensi yang mengelilingi pekerja. • didefinasikan sebagai titik paling jauh (outmost point) yang boleh dicapai oleh anggota tubuh pekerja serta alat kawalan, peralatan atau lain-lain peralatan yang digunakan oleh pekerja. • Tempat kerja • Contohnya, seperti stesen pemasangan, pejabat, kilang, kenderaan atau apa saja kawasan di mana kerja dilakukan. • Kesesuaian spesifikasi rekaan tempat kerja dengan fizikal pekerja dan keperluan pekerjaan adalah amat penting dan mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti, kualiti, keselamatan, kesihatan dan keselesaan pekerja itu sendiri. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
FAKTOR REKAAN TEMPAT KERJA • Tempat kerja perlu direka bentuk dengan baik agar para pekerja dapat menjalankan tugas mereka dengan berkesan. • Terdapat dua faktor rekaan tempat kerja; • Perbezaan saiz manusia dalam kalangan pekerja. • Pemahaman populasi pekerja itu sebagai contoh, budaya, pendidikan, latihan, kemahiran, tingkah laku, kebolehan fizikal dan mental. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP REKAAN STESEN KERJA • Prinsip am reka bentuk stesen kerja individu adalah untuk menyediakan lokasi yang selamat dan optimum di mana kerja dapat dijalankan dengan baik. • Prinsip rekaan stesen kerja; • Apakah yang pekerja perlu lihat semasa bekerja? • bahagian tempat kerja mesti dilihat oleh pekerja, bilangan, jenis dan lokasi kawalan yang mesti digunakan oleh pekerja dan jenis tindakan yang diperlukan untuk menjalankan peralatan tersebut • keperluan untuk komunikasi visual dan memantau aktiviti pekerja lain serta keperluan untuk memantau aktiviti, interaksi antara pekerja lain. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP REKAAN STESEN KERJA • Apakah yang pekerja perlu dengar? • Keperluan untuk komunikasi secara verbal semasa bekerja, isyarat yang boleh didengar oleh pekerja, dan keperluan mendengar operasi peralatan mekanikal yang digunakan. • Apakah tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja? • Pereka perlu menentukan pergerakan dan tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja sama ada tugas tersebut memerlukan aktiviti mengangkat, membawa dan menyusun barang dan jenis peralatan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. • Apakah urutan aktiviti kerja? • Para pereka perlu memahami cara/kaedah dan urutan tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP REKAAN STESEN KERJA • Apakah kelegaan ruang yang diperlukan? • Pereka mesti menentukan dan menyediakan ruang yang diperlukan oleh pekerja dalam menjalankan kerja dengan berkesan dan selamat dengan mengambil kira saiz pekerja yang akan menjalankan tugas di tempat kerja itu dan ruangan untuk pakaian dan pergerakan mereka. • Apakah ruang simpanan yang perlu? • Pereka perlu membuat perkiraan ruang untuk menyimpan bahan mentah, bahan dalam proses dan barangan siap juga peralatan dan lain-lain keperluan kerja yang mesti digunakan dan disimpan di tempat kerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Terdapat tiga faktor berikut di mana dua yang pertama adalah amat penting dalam rekaan tempat kerja: • Data antropometrik • Cara kerja • Corak perangai pekerja REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Secara amnya, rekaan tempat kerja mesti memenuhi kriteria berikut: • Penjimatan. • Meningkat keberkesanan pekerja. • Mengekalkan postur pekerja dengan baik. • Mengurangkan kelesuan. • Meminimumkan risiko kesihatan dan keselamatan contohnya tekanan pada sistem tulang rangka. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Rekaan tempat kerja seharusnya berdasarkan dimensi dan kebolehan pekerja secara ergonomik. • Bagaimanapun, adalah tidak praktikal untuk menentukan spesifikasi rekaan untuk semua ruang kerja atau stesen kerja kerana ukuran mereka ini bergantung kepada ciri fizikal penggunanya dan cara penggunaannya. • Prinsip ergonomik dan penilaian kerja (penilaian pergerakan dan kerja) patut digunakan sebagai panduan am untuk rekaan tempat kerja/ruang kerja. • Pereka mesti menerapkan prinsip berikut; REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Ruang kerja mesti direka untuk sejumlah bilangan pekerja. Maka, semua ukuran mesti ditentukan berdasarkan data antropometrik. • Ruang kerja mesti mempunyai ruang yang cukup untuk kepala, badan, tangan, lutut dan kaki pengguna. Bilangan individu yang ramai akan menentukan jumlah ruang yang perlu. • Membongkok atau postur yang tidak neutral patut dielakkan. • Membengkokkan badan ke bahagian tepi, contohnya, adalah lebih bahaya dari dibengkokkan ke hadapan. • Membuat capaian secara melampau sama ada di depan atau di tepi patut dielakkan. Semakin jauh siku dari bahagian badan semakin cepat kelesuan akan wujud dan juga akan mengurangkan kejituan dan kemahiran penggunaan tangan dan lengan. Mengangkat tangan secara melampau akan menyebabkan kelesuan pada bahagian bahu. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Utamakan kerja secara duduk lebih dari berdiri. Kerja yang berpanjangan dalam satu posisi perlu dihindarkan sama ada duduk atau berdiri. Dengan ini, sebahagian pergerakan mestilah selari dengan kerja dan tempat kerja mesti senang untuk mengubah postur. Kaedah ini akan mengurangkan ketidakselesaan dan kelesuan. • Pergerakan tangan mesti dalam keadaan yang betul atau simetri. • Lokasi lapangan kerja mesti dalam jarak yang baik dari pandangan pekerja. • Semua peralatan dan barangan yang diperlukan oleh pekerja patut ditempatkan secara teratur. Peralatan dan barangan mesti sentiasa di tempat yang sama kerana ia menjimatkan masa dan tidak perlu mencari. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Peralatan perlu diletakkan dengan baik supaya ia dapat mudah diambil. Sebagai contoh, pemutar skru berkuasa yang selalu digunakan secara berulangan boleh digantung menggunakan spring di atas meja kerja. Dalam keadaan ini, pekerja tidak perlu mengangkat kepala mereka untuk melihat peralatan itu, mereka hanya perlu menggenggam dan menarik ke bawah ke posisi yang diperlukan. • Semua peralatan dan barangan mesti ditempatkan dalam jarak yang selesa untuk dicapai. la akan menimbulkan kelesuan jika pekerja perlu berulangan . mengubah posisi untuk mencapai secara melampau melangkaui kawasan capaian maksimum, atau kerja melampaui kawasan kerja yang biasa. Semua aktiviti mesti dijalankan dalam kawasan capaian maksima. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Aktiviti kerja melampaui jarak maksimum adalah tidak diperlukan. • Sebagai peraturan am, pemutar skru, peralatan , barangan dan bahan mesti diatur di kawasan tempat kerja di mana kerja yang dilakukan dengan kerap boleh dibuat dengan membengkokkan siku dan berhampiran dengan badan. • Kerja tangan boleh diangkat dengan menggunakan bantuan alat sokongan di bawah siku, lengan atau pergelangan tangan. • Gunakan alas getah untuk menutup tepi yang tajam atau sudut tajam pad a meja atau bangku kerja yang mungkin tersentuh oleh pekerja. • Pemusingan badan perlu dielakkan, pemusingan ini akan lebih bahaya jika menjalankan kerja-kerja mengangkat. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
PRINSIP ERGONOMIK UNTUK REKAAN TEMPATKERJA • Kombinasi regangan dan mengangkat atau menempatkan barang pada satu jarak yang mana akan meningkatkan beban pada bahagian belakang perlu dielakkan. • Pencangkuk (hook) atau peralatan yang sama mesti digunakan untuk menarik objek sedekat yang boleh ke badan sebelum mengangkatnya. • Mengangkat barangan yang berat atau besar di atas paras bahu patut dielakkan. Objek ini boleh menjana beban yang besar pada bahagian bawah belakang. • Pembengkokan pergelangan tangan dalam kerja-kerja berulangan patut dielakkan. Sebagai contoh, bekas makanan boleh dibuka jika pembuka tin digunakan, tangan akan ditetapkan pada lengan tangan. Adalah amat penting mengelakkan pembengkokan pergelangan tangan bila menggunakan tenaga yang besar. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Persediaan • Semua maklumat yang berkaitan dengan kerja yang akan dijalankan di tempat kerja, semua kebolehan dan hadnya akan dinilai. • Jenis fungsi kerja (tasks). • Perhubungan manusia dan mesin. • Keperluan tempat kerja dan hadnya. • Keadaan persekitaran kerja. • Ciri dan keperluan peralatan yang diguna di tempat kerja. • Kebolehan dan keterangan berkaitan populasi pekerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Kenai pasti semua rekaan alternatif yang bersesuaian • Informasi yang didapati akan dikumpulkan untuk mendapatkan semua rekaan alternatif yang sesuai di mana kombinasi komponen yang berkesan akan memenuhi had rekaan. • Ciri-ciri fungsi (tujuan rekaan tersebut diperlukan). • Kesesuaian ciri fungsi dengan had rekaan. • Kebolehgunaan rekaan alternatif pada keadaan yang diharapkan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Pemilihan rekaan alternatif yang terbaik • Semua alternatif yang diperolehi dibandingkan untuk memilih alternatif yang terbaik. • Kriteria yang digunakan untuk perbandingan dan pemilihan alternatif yang terbaik mesti melibatkan: • Ekonomi pengeluaran. • Kecekapan operasi. • Mudah penyelenggaraan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Pemeriksaan alternatif yang terpilih • Rekaan yang terpilih patut dinilai secara eksperimen untuk memastikan objektif rekaan telah dicapai dan hadnya diterima. • Membuat mock up dan penilaian keseluruhan tempat kerja mungkin diperlukan untuk memastikan semua rekaan adalah bersesuaian dan semua masalah diselesaikan. • Perlu diperhatikan bahawa masalah rekaan tempat kerja bukan hanya dimensinya sahaja, ianya juga termasuk keselamatan, persekitaran, psikologi dan lain-lain masalah. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA • Adalah amat penting bagi jurutera pereka menggunakannya data antropometri. • Sebagai contohnya, pekerja yang rendah yang ditugaskan ke tempat pemasangan di tempat yang tinggi boleh menyebabkan masalah muskuloskeletal pada bahagian atas badan pekerja (bahu, siku, pergelangan tangan dan sebagainya) akibat dari posisi yang tidak selamat semasa bekerja. • Begitu juga sebaliknya jika pekerja tinggi dan tempat kerjanya rendah akan mengakibatkan kesakitan bahagian bawah seperti sakit belakang akibat terpaksa membongkok. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA • Pengubahsuaian tempat kerja bukan suatu yang mudah dan ia melibatkan kos yang tinggi. • Dalam kes ini, memilih orang yang bersesuaian adalah lebih mudah dan ini bertentangan dengan matlamat ergonomik iaitu menyesuaikan kerja pada pekerja. • Dua kaedah am untuk memperbaiki keberkesanan tempat kerja; • Pengubahsuaian (redesign) tempat kerja (konsep menyesuaikan tempat kerja kepada manusia). • Memilih pekerja yang sesuai untuk kerja itu (menyesuaikan manusia dengan tugasnya). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA • Tiga kriteria asas rekaan untuk mengukuhkan dimensi (ukuran) tempat kerja untuk situasi tertentu iaitu; Rekaan untuk yang ekstrem • Jarak capaian direka untuk individu yang kecil dan ruang kelegaan direka untuk individu yang besar. • Contohnya, jika mereka yang rendah boleh meneapai butang kawalan, maka yang tinggi juga boleh mencapainya tanpa ada masalah. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Rekaan untuk yang purata • Kebanyakan komponen dalam operasi pemasangan direka untuk pekerja yang saiz purata. • Kriteria ini boleh diguna pakai untuk tempat kerja yang tidak boleh diubah. • Konsep rekaan untuk pekerja yang bersaiz purata akan menghasilkan kesesuaian sebilangan keeil pekerja sahaja bukan untuk majoriti populasi pekerja. • Contohnya, bila ketinggian kerusi direka untuk mereka bersaiz purata ini, ia mungkin terlalu tinggi untuk yang rendah sebanyak 50% dan terlalu rendah untuk yang tinggi sebanyak 50%. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
DATA ANTROPOMETRI DALAM MEREKA STESEN KERJA Menyediakan pemboleh laras/ubah. • Akan dapat menyesuaikan ramai tenaga kerja. Kekurangannya adalah kos rekaan dan pengeluaran, kos senggaraan, masa pengubahan dan kesesuaian. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Tempat kerja secara duduk; • Semua benda yang diperlukan dalam menjalankan kitaran kerja dengan mudah dikawal semasa duduk. • Kerja yang dibuat tidak memerlukan capaian lebih dari maksimum (untuk populasi Amerika Syarikat 40 em (16 in) atau tinggi dari 15em (6 in)) di atas permukaan kerja. • Kerja tidak memerlukan tenaga yang banyak seperti mengangkat barang yang lebih 4.5 kg (10 Ib). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Kerja melibatkan penulisan dan pemasangan ringan dalam sebahagian masa kerja. • Kerja memerlukan penelitian atau pergerakan yang halus juga memerlukan kestabilan. • Kerja melibatkan operasi kawalan kaki yang mana dijalankan dengan lebih mudah dan selamat semasa duduk dan mengekalkan postur yang baik. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Tempat kerja secara berdiri; • Tempat kerja tidak mempunyai ruangan kaki dan lutut untuk kerja secara duduk. • Kerja yang melibatkan pengendalian barangan yang beratnya melebihi 4.5 kg. • Kerja yang memerlukan capaian tinggi, rendah dan berlebihan secara kerap. • Kerja yang memerlukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat secara kerap. • Kerja yang memerlukan regangan dan tunduk seperti pembungkusan barangan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Tempat kerja duduk dan berdiri; • Kerja yang memerlukan secara kerap capaian melebihi 41cm (16in) ke hadapan atau lebih 15cm (6 in) di atas permukaan kerja. • Kerja mengandungi pelbagai kerja yang mana ianya sebahagian lebih baik secara duduk dan sebahagian lagi secara berdiri. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Kerja yang berpanjangan pada posisi yang sama, sama ada berdiri atau duduk akan mengakibatkan ketidakselesaan. • Duduk yang berpanjangan tanpa ada ruang pengubahsuaian akan mengakibatkan kesan kepada lengkungan spinal yang mana boleh mengganggu sistem penghadaman dan pernafasan. • Postur ini juga akan mengurangkan kekuatan bahagian abdomen. • Masalah ini akan menjadi serius jika cara duduk yang salah atau rekaan kerusi yang tidak sempurna. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Dalam kerja secara berdiri yang berpanjangan akan mengakibatkan pekerja akan cuba mengimbangi diri dan akan menyebabkan bebanan statik pada otot-otot (terutama kaki dan belakang). • Postur ini juga boleh menyebabkan darah berkumpul pada bahagian yang bawah badan. • Duduk yang berpanjangan berkemungkinan mempunyai risiko yang sama dengan kerja secara berdiri berpanjangan. • Sebagai contoh kerja secara duduk berpanjangan dengan pelbagai masalah postur adalah ketika duduk di panel visual (komputer atau automatik panel). REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Kelebihan kerja secara duduk dari kerja secara berdiri; • Menghindar berat badan pada kaki. • Kebolehan mencegah postur badan yang tidak natural. • Penggunaan tenaga yang kurang kerana kurang aktiviti otot untuk mengekalkan postur. Ini membantu mengurangkan keletihan. • Kurang penerimaan tekanan pada sistem kardiovaskular. • Menyediakan kestabilan yang tinggi untuk kerja-kerja memerlukan penelitian yang jitu. • Kebolehan mengendalikan alat kawalan kaki dengan mudah, tepat dan selamat dan dalam masa yang sarna mengekalkan postur kerja yang baik. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Berdasarkan keadaan ini, terdapat perbezaan pendapat antara kaedah jurutera dengan ahli ergonomik. • Sebagai contoh, jurutera menganggap berdiri dan pengendalian pada jarak yang dekat sebagai satu pergerakan yang tidak berkesan manakala ahli ergonomik percaya pergerakan akan menjadi berkesan jika ianya dapat mengelakkan kelesuan oleh postur yang statik. • Dari pandangan psikologi dan ortopedik, rekaan yang baik membenarkan para pekerja menggilirkan antara duduk dan berdiri bila mereka memerlukannya. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Untuk kerja yang memerlukan duduk yang berpanjangan, ahli ergonomik perlu menyediakan tempat kerja/kerusi yang mudah ubah agar pekerja boleh mengubahnya secara kerap mengikut keselesaan mereka. • Jika ianya tidak dapat disediakan, operator boleh mencuba untuk pelbagai postur badan untuk mengelakkan tekanan postur statik. • Jika ianya disediakan pula, para penyelia mesti memastikan pekerja tahu untuk menggunakannya dan menyediakan panduan terhadap postur yang betul. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Cadangan untuk Stesen Kerja secara Duduk • Adalah tidak sesuai untuk menentukan spesifikasi rekaan kerja secara duduk yang universal sedangkan ukurannya berbeza berdasarkan jenis tempat duduk (tempat duduk juruterbang, kerusi murid sekolah, bangku kerja di kilang) yang mana ianya berkait langsung dengan persekitaran kerja yang berbeza saiz, bentuk dan bahannya. • Dengan kata lain terdapat kerusi pelbagai guna digunakan di pejabat, rumah dan kenderaan awam. • Rekaan tempat duduk kereta sepatutnya dapat menyesuaikan kuantiti yang besar dalam populasi manusia. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Cadangan dan panduan yang diikuti akan memberi satu nilai yang spesifik untuk ukuran tempat kerja dan julat kebolehubahsuaian. • Bagaimanapun, setepat mana pun analisis, stesen kerja patut direka untuk membolehkan pekerja mengubahnya dengan kerap dan mudah. • Perubahan postur amat penting dan berkesan untuk setiap stesen kerja. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Cadangan untuk Postur Duduk • Kerusi yang direka secara ergonomik adalah satu perkara yang penting dalam sesebuah tempat kerja. • lanya akan mempengaruhi kesan postur dan jumlah tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan posisi dan jumlah tekanan pada tulang belakang. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Tempat kerja secara duduk mesti direka di mana penggunanya duduk dengan postur yang betul seperti berikut; • Lengan atas dan kaki bahagian bawah dalam keadaan tegak. • Lengan bawah dan paha melintang. • Tapak kaki terletak di atas lantai. • Tempat sokongan belakang kerusi ke dalam bentuk lengkungan lumbar tulang belakang. • Berat bahagian atas badan sama rata diagihkan pada permukaan punggung dan paha. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Prinsip umum untuk mereka bentuk stesen kerja secara duduk; • Apa sahaja yang diperlukan oleh pekerja semasa menjalankan kerjanya mesti boleh diambil dan mudah dikawal dalam keadaan duduk. • Rekaan stesen kerja secara duduk, tidak memerlukan tangan bekerja lebih dari had maksimum ketinggian dari permukaan kerja. • Menyediakan bantuan mekanikal atau hapuskan keperluan yang memerlukan tenaga yang berlebihan. Pekerja tidak harus mengendalikan objek berat lebih dari 4.5 kg (101b) secara manual. • Menyediakan kerusi yang ergonomik. Kerusi boleh digunakan untuk menyokong tulang belakang secara tegak dan dapat mengelakkan kesakitan sakit belakang dan tengkuk. • Hapuskan kerja mengangkat secara manual dari lantai. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Cadangan Pemilihan/Rekaan Tempat Duduk • Kerusi mesti stabil dan boleh diubah sepenuhnya dari keadaan duduk.Kerusi beroda tidak digalakkan pada lantai sesebuah tempat di mana wujudnya risiko terjatuh. • Jika pergerakan diperlukan (untuk pekerja pejabat) roda mesti dipasang kepada kerusi. Tidak sesuai untuk lantai yang licin kerana sukar untuk mengekalkan posisi yang ada. • Jika roda digunakan, kerusi ini harus mempunyai lima penyokong untuk mengelakkannya tumbang. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Kerusi mesti mempunyai penyokong belakang yang berlapik dan ianya boleh dilaraskan turun dan naik dan depan-belakang dan tepi hadapan untuk menyokong lumbar sepenuhnya. • Ketinggian kerusi mesti boleh dilaraskan. Berat badan akan diagihkan ke punggung bukan kepada paha yang kekal pada posisi melintang. Pemakaian kasut juga dibenarkan. • Panjang alas duduk mesti berpadanan. • Mesti terdapat ruang yang cukup antara bahagian depan kerusi dengan bahagian belakang lutut. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Bahagian depan kerusi mesti dalam bentuk lengkungan dan ianya memberi ruang yang cukup untuk paha dan dapat mengelakkan pengurangan perkitaran darah. • Tempat duduk mestilah sedikit menurun ke belakang (1-5°) untuk mengelakkan kesan tolakan kerusi tersebut. • Sudut antara penyandar dan tempat duduk sepatutnya 100°. • Tempat duduk dan penyandar mesti dibuat daripada fabrik yang boleh mengawal pengedaran udara dan boleh tahan tekanan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Pemilihan fabrik juga hendaklah daripada jenis yang tidak licin dan ketebalan kerusi yang tidak melebihi 2 inci. • Pusingan bahagian abdomen mesti dielakkan, jika perlu pastikan kerusi tersebut boleh dipusingkan. • Jika ketinggian tempat duduk tersebut tidak boleh diubah pastikan tempat letak kaki disediakan untuk melegakan tekanan pada bahagian paha. • Jika alat meletak kaki digunakan pastikan ianya mempunyai sudut yang menghadap pengguna. Mesti menyokong kedua-dua tapak kaki dengan permukaannya dari jenis bahan tahan gelincir. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Penyokong tangan perlu diadakan jika kerja memerlukan tangan berada jauh dari badan. • Penyokong tangan ini perlu diletakkan pelapik yang bersesuaian. • Penyokong kepala pula diperlukan jika kerja memerlukan kepala pengguna diletakkan di hadapan atau belakang dalam waktu yang lama. • Dalam mendapat postur kerja yang baik, ianya perlu mempunyai permukaan kerja yang boleh laras. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Cadangan Rekaan Meja Kerja • Ketinggian sesuatu meja kerja selalunya ditetapkan pada ketinggian siku pengguna. • Ketinggian yang tidak sesuai akan menyebabkan kelesuan dan mengurangkan keberkesanan kerja. • Lebar dan panjang meja bergantung kepada jenis kerja yang dijalankan. • Berikut adalah ukuran yang kritikal dalam mereka bentuk meja kerja: REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Berikut adalah ukuran yang kritikal dalam mereka bentuk meja kerja: • Ketinggian kerja • Panjang kerja • Lebar kerja • Ketinggian ruang lutut • Kelebaran ruang lutut • Kepanjangan ruang lutut • Ruang tapak kaki REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Panduan Ergonomik Untuk Kerja Berdiri • Adalah perlu untuk menyediakan tempat kerja secara berdiri di mana pekerja dapat menjalankan kerja dengan duduk atau berdiri. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI Cadangan untuk Postur Berdiri • Berdiri secara tetap untuk satu jangka waktu yang lama perlu dielakkan. la akan menyebabkan bengkak pada bahagian bawah kaki serta tekanan pada sendi dan belakang. • Jika meja kerja yang boleh laras tidak dapat disediakan, meja kerja perlu mengikut ukuran pekerja yang paling tinggi kerana pekerja yang rendah boleh menggunakan bantuan sesuatu yang boleh mereka berdiri pada ketinggian yang diperlukan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
TEMPAT KERJA DUDUK, BERDIRI DAN DUDUK BERDIRI • Jika kerja itu memerlukan kerja penelitian dan jitu maka meja kerja perlu dilaraskan di mana pekerja boleh melihat dengan jelas tanpa menjejaskan postur neutral pekerja itu. • Jika memerlukan kerja yang menggunakan tangan dengan kerap dan aktif, gunakan meja kerja yang lebih rendah. • Meja kerja yang terlalu tinggi akan menyebabkan pekerja itu men gang kat bahunya dan mengakibatkan kesakitan pada otot bahu. • Jika kerja berdiri dalam waktu yang panjang tidak dapat dielakkan, pelapik atau pelapik getah pad a lantai mesti disediakan untuk mengurangkan kelesuan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL
MASALAH-MASALAH DAN PENYELESAIANNYA Menyediakan Laluan Yang Mudah • Menyediakan ruang kerja yang sesuai. • Menyediakan dan membesarkan saiz bukaan. • Menghapuskan halangan dan hadangan antara pekerja dan bahan yang perlu dalam kerja. • Susun semula komponen stesen kerja, contohnya peralatan, alatan dan penutup. • Mengalihkan semua objek yang akan menghalang pandangan. REKA BENTUK TEMPAT KERJA DAN PERALATAN KERJA AHMAD RASDAN ISMAIL