460 likes | 1.32k Views
Yok kita belajar tentang PANTUN. !. Penceramah: Cikgu Samsiah Binte Mohamad. Dewan Kuliah 1 Maktab Rendah Tampines. Apa itu PANTUN ?. Sejenis ‘ perumpamaan ’ atau ‘ peribahasa ’ Puisi lama yang terdiri daripada 4 baris dalam setiap rangkap. HMMM…. Syair Gurindam Seloka
E N D
Yok kita belajar tentangPANTUN ! Penceramah: Cikgu Samsiah Binte Mohamad Dewan Kuliah 1 Maktab Rendah Tampines
Apa itu PANTUN? • Sejenis ‘perumpamaan’ atau ‘peribahasa’ • Puisi lama yang terdiri daripada 4 baris dalam setiap rangkap HMMM…
Syair Gurindam Seloka Teromba Talibun PANTUN Sajak Puisi Lama Puisi Baru
Apa itu PANTUN? • Hak milik asliorang Melayu • Tidak dipengaruhi mana-mana jenis puisi bangsa lain
Syair Puisi bangsa Arab & Parsi Diperkenalkan kepada orang Melayu ketika Islam datang ke Tanah Melayu Pantun Puisi orang Melayu Tidak dipengaruhi mana-mana pihak Syair & Pantun
Asal Usul Pantun • Ikan belanak 1 dijadikan hadiah untuk pasangan yang baru mendapat zuriat Menjadi lambang/ simbol pengucapan • Daun ribu-ribu2 digunakan untuk memberitahu bahawa pasangan itu akan dapat banyak wang/harta Nota: 1 Sejenis ikan laut 2 Sejenis tumbuhan, selada
Penggunaan pantun Dahulu Sekarang • Tidak lagi • Jarang lagi • Hanya segelintir • Jarang didengar (kecuali dalam drama) • Kurang diamalkan • Perbualan harian • Bersuka ria; • Berteka-teki & lirik lagu • Majlis perkahwinan • Memulakan & menutup majlis
Penggunaan pantun • Nenek moyang Buta Huruf • Secara lisan Mengapa Lisan?
Rentak dan Irama • (Video orang melafazkan pantun) – dondang sayang baba nyonya
Pembinaan Pantun • Pantun = Sesuatu yang teratur/tersusun • Setiap rangkap = 2,4,6,8,10 baris Ikan kurau ikan kerisi, Bertiga dengan ikan parang; Kalau pandai berbasa-basi, Ke mana pergi dihormat orang. 1 rangkap 4 baris Quatrain
Pembinaan Pantun • Satu baris 4 atau 5 perkataan Ikan kurau ikan kerisi 4 perkataan
Pembinaan Pantun • 8 – 10 suku kata Ikan kurau ikan kerisi 9 suku kata
Pembinaan Pantun Latihan Sila lihat AKTIVITI 1
MARI KITA KIRA SUKU KATA Sudah dapat batang gaharu, = __________ Batang cendana diketepikan ; = __________ Sudah dapat teman yang baru, = __________ Kawan lama jangan lupakan. = __________ 9 10 9 9
MARI KITA KIRA SUKU KATA Singapura dilanggar todak, =____________ Todak datang dari Jawa; =____________ Hidup kalau beradat tidak, =____________ Ibarat patung tanpa jiwa. =____________ 9 8 9 9
Pembinaan Pantun Ikan kurau ikan kerisi, Bertiga dengan ikan parang; Kalau pandai berbasa-basi, Ke mana pergi dihormat orang.
Pembinaan Pantun Ikan kurau ikan kerisi, Bertiga dengan ikan parang; Kalau pandai berbasa-basi, Ke mana pergi dihormat orang. PEMBAYANG MAKSUD
Pembinaan Pantun Latihan Sila lihat AKTIVITI 2
MARI KENAL PASTI Pembayang & Maksud Ayam sabung jangan dikasi, Kalau dikasi jadi mudarat; Pembayang Diamnya ubi diam berisi, Diamnya besi lelama berkarat. Maksud
MARI KENAL PASTI Pembayang & Maksud Ikan parang ikan tenggiri, Tiga dengan ikan ketoka; Pembayang Kalau pandai membawa diri, Ke mana pergi orang suka. Maksud
Pembinaan Pantun • Pantun 2 kerat : KARMINA Pembayang Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut senang hati. Maksud
Pembinaan Pantun • Skema RIMA (rhyme) • Ditulis sebagai.. ………….a ………….b ………….a ………….b
Pembinaan Pantun Ikan kurau ikan kerisi, Bertiga dengan ikan parang; Kalau pandai berbasa-basi, Ke mana pergi dihormat orang. a b a b
Pembinaan Pantun Bila langkah sauh dibongkar Dayung terkipas, meriam terbakar Kalau peluru tidak bertukar Kalau kasih tidak sebentar a a a a
Pembinaan Pantun Latihan Sila lihat AKTIVITI 3
DI MANA RIMANYA?Mari kita bulatkan rimanya Pisang lilin dibawa mudik, ( ) Akan makanan anak buaya; ( ) Biar miskin asalkan cerdik, ( ) Terlawan juga si orang kaya . ( ) a b a b
DI MANA RIMANYA?Mari kita bulatkan rimanya Yang karat mata cangkul, ( ) Yang garang mata anjing; ( ) Yang berat sama dipikul, ( ) Yang ringan sama dijinjing. ( ) a b a b
Pantun Berkait Rangkap 1 :Baris 1 Batu belah batu bertangkup Baris 2 Kucing kurus menggaru papan Baris 3 Kuasa Allah siapa tahu Baris 4 Kurus badan kerana tak makan Baris 1 Kucing kurus menggaru papan Baris 2 Papan digaru kayu mati Baris 3 Kurus badan kerana tak makan Baris 4 Kurus kerana menahan hati Baris 1 Papan digaru kayu mati Baris 2 Tutuh jenalu dibunga Cina Baris 3 Kurus kerana menahan hati Baris 4 Makan tak lalu tidur tak lena Rangkap 2 : Rangkap 3 :
Jenis-Jenis Pantun Pantun pusaka Tidak boleh diubahsuai
Pantun Pusaka Asam jawa pokok di hutan, Dibawa orang tanam ke desa; Selagi nyawa dikandung badan, Tidaklah hamba berputus asa.
Pembinaan Pantun • Dalam mencipta pantun: • Tentukan JENIS pantun • MAKSUD • Pembayangyang MENARIK • Unsur alam & keindahan • Pilih perkataan/frasa yang menarik
Pelestarian Pantun Pertandingan berbalas pantun Perkhemahan pantun Pantun dalam lagu
Fungsi Pantun • Hiburan • Pendidikan • Luahan perasaan
TAMAT Terima kasih
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.