390 likes | 711 Views
AKIDAH 1 (3). Beriman dengan Malaikat. Dikemaskini oleh: Siti Fairuz Ramlan. Beriman Kepada Malaikat. Definasi: Malaikat kata jama’ dari malak- satu jisim yang lembut yang bercahaya, yang mampu datang dalam berbagai bentuk yang baik
E N D
Beriman dengan Malaikat Dikemaskini oleh: Siti Fairuz Ramlan
BerimanKepadaMalaikat • Definasi: Malaikat kata jama’ dari malak- satu jisim yang lembut yang bercahaya, yang mampu datang dalam berbagai bentuk yang baik • Sifat: Taat dan patuh dan mustahil membuat dosa, tiada taklif • Tempat tinggal:Kebanyakannya langit, sebahagiannya di bumi • Para nabi dan rasul kadangkala melihat susuk asal mereka • Malaikat dikhabarkan mempunyai kepak
BerimanKepadaMalaikat • Makhluk nurani • Tidak mempunyai hawa nafsu • Tidak berjantina-sesiapa yang mensabitkan jantina malaikat dikira fasiq • Tidak dapat dilihat manusia • Diciptakan hanya untuk ta’at serta melaksanakan perintah Allah • Hukum beriman : wajib • Sebahagian dari perkara sam’iyyat
BerimanKepadaMalaikat • Antara tugas para Malaikat kepada penduduk bumi: • Menurunkan rahmat melalui hujan • menyampaikan wahyu kepada para nabi • mencabut nyawa manusia apabila tiba masa • Firman Allah : “Sesungguhnya ada malaikat yang menjaga dan mengawasi kamu.Mereka adalah makhluk yang mulia.Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan” (al-Infitaar:10-12)
Sebahagiankisahsyubhatmengenai MALAIKAT • Kisah penciptaan nabi Adam-ketika Allah S.W.T berfirman mengenai penciptaan manusia di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 • Kisah Harut dan Marut di dalam Surah al-Baqarah ayat 102
Hakikat Kejadian Malaikat • Hanya Allah S.W.T • Yang Maha Mengetahui Hakikat sebenar kejadian Malaikat • Bilangan mereka tidak terkira
KeutamaanManusiaMelebihiMalaikat • 1. Allah mengurniakan Ilmu Pengetahuan kpd Manusia. • 2. Manusia diberi keistimewaan utk mengenal, mengetahui dan mengkaji bermacam2 perkara. • 3- Allah memerintahkan malaikat supaya memberi penghormatan kepada Manusia 4- SifatKetaatanMalaikatadalahsuatupemberian yang sucioleh Allah S.W.T. SedangkanManusiaharusberusahamelawankehendaknafsu, godaansyaitanuntukmembersihkanjiwadalammelakukanketaatankepada Allah S.W.T.
TABIAT MALAIKAT • 1- Berbakti kpd Allah, Tunduk dan Patuh pada kekuasaan-NYA. • 2- Melaksanakan Semua Perintah Allah S.W.T • 3- Mengatur hal-ihwal alam semester mengikut kehendak dan Iradah Allah S.W.T
TAFAWUT MALAIKAT • Terdapat TAFAWUT dalam Penciptaan Malaikat. • TAFAWUT :Berbeza dari segi Kedudukan , Pangkat dan sebagainya. PEKERJAAN MALAIKAT • 1- DI ALAM ROH • 2- DI ALAM DUNIA
1- DI ALAM ROH • 1- Bertasbih serta patuh dan tunduk sepenuhnya kepada Allah S.W.T • 2- Memikul ‘Arasy Allah S.W.T • 3- Memberi salam kpd penghuni Syurga. • 4- Menyiksa para Penghuni Neraka • 5- Bertugas untuk menyampaikan wahyu
DI ALAM DUNIA • Malaikat itu mempunyai pekerjaan dalam mengatur Alam Semesta , SEPERTI : • 1- Mengirimkan angin dan udara • 2- Mengiringi awan dan cuaca • 3- Menurunkan hujan • 4- Mendoakan orang-orang mu’min.
Beriman dengan para Nabi dan Rasul
BerimanKepadarasul • Nabi: Dari segi bahasa: pemberi khabar • Rasul: Dari segi bahasa: Utusan • Dari segi istilah bagi nabi dan rasul: • Seorang insan yang diutus ALLAH S.W.T utk menyampaikan hukum dan syariat • Mu’tazilah: Nabi dan Rasul adalah serupa. • Ahlu Sunnah: Semua rasul adalah nabi dan tidak semua nabi adalah rasul
BerimanKepadarasul • Perbezaan antara Nabi dan Rasul: • Nabi: Setiap nabi Diturunkan pada setiap kaum yang tersendiri dan mengikut syariat rasul yang terdahulu • Rasul: Diberikan syariat yang sesuai dengan keadaan kaumnya, dan sebahagian diberikan kitab. • Ciri-ciri: Lelaki yang sempurna rupa dan akhlak • Asal usul yang mulia • Terpelihara dari keaiban rupa dan peribadi • Bilangan nabi: 124 000 • Bilangan rasul: 313
BerimanKepadarasul • Firman Allah : “dan tidak ada sesuatu kaum pun melainkan telah diutuskan dari kalangan mereka seorang Rasul” (Faatir :24) “dan bagi setiap kaum itu Nabi” (ar-Ra’d :7) • Jumlah Nabi-nabi yang wajib diimani yang disebut dalam Quran hanya 25 rasul • Hukum beriman : wajib
BerimanKepadarasul • Dari 25 rasul terdapat lima yang digelar ulul azmi:- Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa & Nabi Muhammad S.A.W • Dari kedua-dua anak Nabi Ibrahim, turunlah 2 bangsa yang dominan di muka bumi. • Nabi Ishak:- Bani Israil • Nabi Ismail:- Bangsa Arab
BerimanKepadanabi • Beberapa nama nabi yang bukan rasul: • Nabi Syiith A.S • Nabi Syam’un A.S • Nabi Samuel A.S • Nabi Daniel A.S • Nabi Khidr A.S • Nabi Sya’yan bin Amsiya A.S • Nabi Armiya bin Halqiya A.S
Sifat-sifatwajib • As-Sidq: Bercakap benar • Al-Fathonah:Bijak, tajam akal & pandai • At-Tabligh:menyampaikan wahyu • Al-Amanah-Al-’Ismah: terpelihara dari melakukan dosa kecil dan besar
Kisah-kisah yang meragukan tentang para Nabi 1)Kisah Nabi Adam ketika isterinya hamil 2)Kisah Nabi Adam ketika termakan buah Khuldi 3)Kisah Nabi Ibrahim ketika bertanya tentang hari kebangkitan 4)Kisah Nabi Yusuf ketika digoda oleh ibu tirinya 5)Kisah Nabi Ibrahim sebelum dilantik menjadi Nabi 6)Kisah Nabi Ibrahim ketika diajak kaumnya berpesta
Sifat-sifat Mustahil bagi para nabi • Al-kazb:pembohong • Al-kitman:menyimpan/ tidak menyebarkan wahyu • Al-khiyanah:pengkhianat/melakukan dosa • Al-baladah-tidak tajam akal dan tidak bijak
Sifat-sifat harus bagi Para Nabi • Sifat-sifat kemanusiaan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya • Diharuskan mereka sakit tetapi yang tidak memudaratkan • Diharuskan terjadinya lupa atau leka pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan ALLAH S.W.T cth kisah Nabi Yusha’ dengan Nabi Musa. • Tidak diharuskan utk mereka mimpi yang berasal dari mainan syaitan
Beriman dengan Qada' dan Qadar
Pengertiantakdir • Pengetahuan Allah tentang apa yang akan berlaku sesuai dengan ketetapan yang diaturkanNya • Allah mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku di alam ini • Tiada yang berlaku tanpa keizinan Allah • Setiap sesuatu diikat dengan sebab dan musabbab • Takdir ditulis 50,000 tahun sebelum diciptakan alam ini
Definasi Qada’ & Qadar • Qada’ dari segi bahasa:hukum, penciptaan, penetapan • Dari segi Istilah:kehendak Allah S.W.T yang azali yang berkaitan dengan semua makhluk sama ada baik atau buruk samada yang sedang berlaku atau akan datang • Qadar dari segi bahasa: perlaksanaan, hukum, puncak sesuatu perkara, kemampuan • Dari segi Istilah:perlaksanaan kehendak Allah S.W.T di alam hakiki atas kadar tertentu dan dengan cara tertentu
Ertiberimankepadatakdir • Beriman bahawa apa yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku dan sebaliknya eg. Rezki, kehidupan, keluarga dan sebagainya. • Tidak bergerak atau diam sesuatu melainkan dengan kehendak Allah • Allah redha kepada hambaNya yang taat dan tidak suka kepada hambaNya yang kafir dan fasiq • Allah tidak menyuruh hambaNya berbuat kejahatan tetapi hambaNya yang melakukan perbuatannya sendiri
Pembahagiantakdir • Takdir dibahagikan kepada dua: baik dan buruk • Nisbah baik dan buruk bergantung pada manusia jika berkaitan dengan perbuatan hamba yang boleh diusaha. • Allah memberikan takdir yang baik dan buruk pada manusia berdasarkan hikmahNYA utk kebaikan hamba. • Terdapat juga rezki yang baik dan buruk dan urusan pencarian rezki diberikan pada manusia dengan tujuan untuk menguji hamba
Ketentuanqadarbaikdanburuk • Qadar baik ialah yang bermanfaat • Qadar buruk ialah yang memudaratkan • Qadar baik dan buruk datangnya dari Allah • Meyakini ilmu Allah yang Maha Bijaksana • Segala yang dijadikan Allah ada hikmahnya • Manusia jahil untuk mengetahui hikmah Allah dalam penentuan qadar • Manusia berfikir dan memanfaatkan qadar yang baik
Kesanberimankepadaqadar • Berusaha untuk mengenali qadar yang baik dan memanfaatkannya • Yakin segala sesuatu yang terjadi ada hikmahnya • Tidak berputus asa apabila ditimpa musibah • Tidak sombong apabila mendapat kesenangan • Hukum beriman : wajib
Hakikatkebebasanperbuatanmanusia • Manusia diberi kebebasan oleh Allah memilih berbuat baik atau buruk • Manusia dibekali dengan akal untuk berfikir • Manusia dipertanggungjawabkan akan perbuatan mereka di dunia • Manusia diganjari jika memilih yang baik dan disiksa jika memilih yang buruk
Pendapat-pendapat lain berkaitan dgn Qada’ dan Qadar • Mu’tazailah: Qada’ dan Qadar adalah serupa • Al-Qadiriah al-Ula: Ilmu Allah tidak mendahului kewujudan makhluk kecuali selepas terjadinya lalu mensabitkan kejahilan bagi ALLAH S.W.T • Al-Jabariyah: Qada’ & Qadar ialah kehendak dan perlaksanaannya pada makhluk dan mereka tiada pilihan kecuali mengikut segala aturanNYA.
Kepentinganberimankepadaallah • Kewajipan pertama manusia ialah mengenali Allah (ma’rifatullah) dan beriman kepadaNya • Tanpa mengenali Allah : • Manusia akan hidup seperti haiwan • Manusia akan membuat kerosakan dan maksiat • Takut mati dan cintakan dunia • Diharamkan dari mendapat keredaan Allah
Kepentinganberimankepadarasul • Tanpa beriman kepada Rasul : • Terkeluar dari Islam • Diharamkan dari mendapat hidayah Allah • Diharamkan dari mendapat nikmat syurga • Akan ditimpa fitnah di dunia dan akhirat
Hikmahkewujudanmanusia • Hikmah tersebut tidak akan diketahui kecuali melalui ajaran Rasul • Firman Allah : “dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan dunia serta makan minum sebagaimana binatang makan minum dan neraka lah tempat tinggal mereka” (Muhammad :12)
Mencarituhanitufitrah • Siapakah pencipta kita? • Apakah perkara yang dapat meraih keredaanNya? • Apakah perkara yang menyebabkan kemurkaanNya?
*IFC dan kesannya pada masyarakat Islam *Sisters in Islam dan kesannya pada masyarakat Islam *Islam Liberal dan kesannya pada masyarakat Islam *Kisah para Nabi dalam al-Quran