820 likes | 4.45k Views
BAHASA MELAYU. Tahun : 3 Wawasan Tajuk : Kata Adjektif (Kata Sifat) Disediakan oleh : Muhammad Yusri bin Yusof (Komputer Dalam Pendidikan). Maksud Kata Adjektif. Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama.
E N D
BAHASA MELAYU • Tahun : 3 Wawasan • Tajuk : Kata Adjektif (Kata Sifat) • Disediakan oleh : • Muhammad Yusri bin Yusof • (Komputer Dalam Pendidikan)
Maksud Kata Adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.
Jenis – Jenis Kata Adjektif • Kata Adjektif Bentuk • Kata Adjektif Perasaan • Kata Adjektif Warna • Kata Adjektif Ukuran • Kata Adjektif Jarak • Kata Adjektif Waktu • Kata Adjektif Sifatan/Keadaan • Kata Adjektif Pancaindera • Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Keadaan Contohnya; Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar Contoh ayat; • Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung. • Semua murid berdiri tegak semasa lagu “Negaraku” dimainkan. • Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan sempurna jadinya.
Kata Adjektif Warna Contohnya; • Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga. Contoh ayat; • Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih. • Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit buaya. • Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian seragam berwarna biru.
Kata Adjektif Ukuran Contohnya; Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah. Contoh ayat; • Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman. • Dia menjolok buah itu dengan galah panjang. • Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.
Kata Adjektif Bentuk Contohnya; Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong Contoh ayat; • Meja makan itu berbentuk empat segi bujur. • Perut Hasan semakin buncit kerana sudah lama tidak bersenam. • Lukis garis lurus untuk menyambung kedua – dua titik itu.
Kata Adjektif Jarak Contohnya; Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah Contoh ayat: • Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumahnya. • Rumah yang hampir sekali dengan masjid ialah rumah rumah Ali. • Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya.
Kata Adjektif Waktu Contohnya; Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat Contoh ayat; • Mereka memakai baju baru ke majlis hari jadi itu. • Encik Murad suka mendengar lagu – lagu lama nyanyian P.Ramlee. • Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera.
Kata Adjektif Perasaan Contohnya; Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang Contoh ayat; • Encik Lim sangat kecewa dengan keputusan PMR anaknya. • Dia rindu akan anaknya yang sedang belajar di luar negara. • Orang itu sesat jalan kerana segan hendak bertanya.
Kata Adjektif Cara Contohnya; Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan Contoh ayat; • Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat. • Bot laju itu direka khas untuk pertandingan. • Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa amatlah diharapkan.
Kata Adjektif Pancaindera Contohnya; Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan Contoh ayat; • Sabrina tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu. • Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati. • Bau busuk dari kilang itu mengganggu penduduk kampung.
Latihan Arahan : Isi tempat kosong dalam ayat – ayat di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai. • Kedengaran suara jeritan ________ meminta tolong. • Seorang wanita tua berjalan ________ hendak menaiki bas. • Kotak itu terlalu ________ untuk diangkat oleh murid – murid.
4. Bau bunga telur itu ________ benar. 5. Murid – murid berdiri ________ menyanyi lagu “Negaraku”. 6. Percakapan ________ sahaja akan dipercayai. 7. Rasa ________ duduk menunggu di sini. 8. Tutur kata ________ budak itu menarik sesiapa yang mendengarnya. 9. Lelaki ________ itu ialah Ustaz Jefri. 10. Suara ________ penyanyi itu memukau semua penonton.
11. Gadis ________ yang mengiklankan sabun dalam televisyen itu ialah kakak saya. 12. Aziz gagal dalam peperiksaan kerana ________ belajar. 13. Emak berasa ________ kerana kurang sihat. 14. Cikgu Yusri memuji Awang kerana dia membuat kerja dengan ________. 15. Kucing itu menjilat pinggan itu sampai ________. 16. Doktor telah menasihati Faridah supaya tidak mengambil makanan yang _______ kerana dia mengidap penyakit diabetes.
17. Sazali dan abangnya menjalankan perniagaan secara ________ sahaja. 18. “Rasa sup itu ________ kerana emak terlupa membubuh garam,” kata Siti kepada ibunya. --Selamat Mencuba --