1 / 24

TATABAHASA: Bahasa Melayu.

TATABAHASA: Bahasa Melayu. PEMBENTUKAN KATA. TAKRIF KATA : KATA IALAH BUNYI ATAU GABUNGAN BUNYI DALAM SESUATU BAHASA SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS UNTUK MEMBERI MAKSUD ATAU MAKNA TERTENTU. BENTUK KATA. KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA MAJMUK KATA GANDA.

hana
Download Presentation

TATABAHASA: Bahasa Melayu.

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TATABAHASA: Bahasa Melayu.

  2. PEMBENTUKAN KATA TAKRIF KATA: KATA IALAH BUNYI ATAU GABUNGAN BUNYI DALAM SESUATU BAHASA SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS UNTUK MEMBERI MAKSUD ATAU MAKNA TERTENTU

  3. BENTUK KATA • KATA TUNGGAL • KATA TERBITAN • KATA MAJMUK • KATA GANDA

  4. KATA TUNGGAL TAKRIF: “KATA YANG TIDAK MENERIMA IMBUHAN ATAU MENGALAMI PROSES PENGGANDAAN DAN PERANGKAIAN”. CONTOHNYA: • akan, makan, doa, liat, batu. • bestari, sembilu, manfaat, aroma, kelongsong, universiti. • kosmopolitan, sayembara.

  5. 2. KATA TERBITAN PERKATAAN YANG DIBENTUK MELALUI PROSES PENGIMBUHAN • Kata Terbitan Berawalan • Kata Terbitan Berakhiran • Kata Terbitan Berapitan • Kata Terbitan Bersisipan

  6. 3. KATA MAJMUK • KATA MAJMUK IALAH RANGKAIAN DUA KATA DASAR ATAU LEBIH YANG MEMBAWA MAKNA TERTENTU. • KATA MAJMUK DIEJA TERPISAH DAN BERTINDAK SEBAGAI SATU UNIT IAITU TIDAK BOLEH MENERIMA SEBARANG SISIPAN UNSUR LAIN.

  7. 3.1 BENTUK KATA MAJMUK Ä RANGKAI KATA BEBAS (bandar raya, gambar rajah, tengah hari, kapal terbang, terima kasih) Ä ISTILAH KHUSUS ( model linear, garis pusat, lut sinar) Ä KIASAN ATAU SIMPULAN BAHASA (kaki ayam, anak emas, berat mulut)

  8. antarabangsa setiausaha suruhanjaya warganegara tandatangan tanggungjawab beritahu olahraga kakitangan 3.2 KATA MAJMUK YANG MANTAP (DIEJA SEBAGAI SATU KATA)

  9. Kata Majmuk Yang Mantap • Antarabangsa Apek • Bumiputera bawa • Beritahu bakul • Jawatankuasa jual • Kerjasama kuih • Kakitangan karipap • Matahari macam • Olahraga orang • Pesuruhjaya pondan

  10. Suruhanjaya selalu • Sukarela suka • Setiausaha sebut • Tanggungjawab tak • Tandatangan tahu • Warganegara wa

  11. Alat tulis Guru besar Kapal terbang 3.3 PENJAMAKAN KATA MAJMUK i. Menggandakan unsur awal kata Alat-alat tulis Guru-guru besar Kapal-kapal terbang

  12. Betul Semua Menteri Besar Sekumpulan guru besar Persatuan bekas perajurit Salah Semua Menteri-Menteri Besar Sekumpulan guru besar-guru besar Persatuan bekas-bekas perajurit MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (SEMUA, BANYAK, KUMPULAN,BEBERAPA dll)

  13. KATA MAJMUK YANG MENERIMA AWALAN ATAU AKHIRAN SAHAJA YANG DITULIS TERPISAH contoh: campur aduk (dicampur aduk) ambil alih (diambil alih) daya serap (daya serapan) 3.4 PENGIMBUHAN KATA MAJMUK

  14. KATA MAJMUK YANG MENERIMA APITAN (AWALAN DAN AKHIRAN SERENTAK) DIEJA SEBAGAI SATU KATA Contoh: campur aduk (mencampuradukkan) ambil alih (pengambilalihan) daya serap (Kedayaserapan)

  15. 4.0 KATA GANDA • PENGGANDAAN PENUH (rama-rama, besar-besar, jangan-jangan) • PENGGANDAAN SEPARA (lelaki, lelayang, berlari-lari, tolong-menolong, tertanya-tanya) • PENGGANDAAN BERENTAK (lauk-pauk, anak-pinak, kuih-muih, gunung-ganang, simpang-siur, sampah-sarap)

  16. AKRONIM AKRONIM TERBENTUK DENGAN MENGGABUNGKAN HURUF AWAL SUKU KATA ATAU GABUNGAN HURUF AWAL DAN SUKU KATA DARIPADA SATU RANGKAI KATA DAN DITULIS SERTA DILAFAZKAN SEPERTI KATA YANG WAJAR

  17. KAEDAH PENULISAN AKRONIM GABUNGAN HURUF AWAL RANGKAI KATA NAMA KHAS YANG DISINGKATKAN SERTA DITULIS DENGAN HURUF BESAR. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) GABUNGAN HURUF AWAL/SUKU KATA PERTAMA BAGI RANGKAI KATA NAMA AM SERTA DITULIS DENGAN HURUF KECIL. tabika (taman bimbimgan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek) GABUNGAN HURUF AWAL DAN/ATAU SUKU KATA PERTAMA BAGI NAMA KHAS SERTA DITULIS DENGAN HURUF KECIL YANG DIMULAI DENGAN HURUF BESAR. Bernama (Berita Nasional Malaysia) Intan (Institut Tadbiran Awam Negara) Petronas (Petroleum Nasional)

  18. GOLONGAN KATA • KATA NAMA • KATA KERJA • KATA ADJEKTIF • KATA TUGAS

  19. GOLONGAN KATA NAMA • KATA NAMA KHAS (KN yang merujuk sesuatu benda khusus, ejaannya berpangkal dengan huruf besar. KNK ada dua jenis,iaitu KNK hidup manusia [Ali] dan bukan manusia [Si Belang] dan KNK tidak hidup seperti [Seberang Prai]) • KATA NAMA AM (Kata yang merujuk benda-benda/perkara yang umum sifatnya. KNA ada dua jenis, iaitu KNA Abstrak [mimpi, roh,perhimpunan] dan KNA Konkrit [tangan, kasut, pen]) • KATA GANTI NAMA (Merujuk KGN tunjuk seperti [itu dan ini]dan KGN Diri Tanya seperti [siapa,apa, mana] dan KGN Diri Orang seperti [saya, aku, kita, kami, anda, kamu, engkau, saudara, ia, dia, beliau, mereka, nya])

  20. GOLONGAN KATA KERJA i. Kata Kerja Transitif (KK yang menerima objek. KKT ada dua jenis, iaitu KKT Aktif seperti [makan, menulis, membeli, menggunakan, mendiami, memperhangat] dan KKT Pasif seperti [dimakan, kumakan, kaumakan, dibeli, kaubeli, kamu beli,digunakan, kugunakan, kaugunakan, didiami, kaudiami, kudiami, diperhangat, saya perhangat]) ii. Kata Kerja Tidak transitif (KK yang tidak diikuti objek. KKTT ada dua jenis, iaitu KKTT Tak Berpelengkap seperti [bangun, datang, menangis, berjalan, tumbang, pulang, berkeliaran, berkibaran, terpegun, menguning, melancong, membesar, terduduk, meninggi, menjerit] dan KKTT Berpelengkap seperti [tinggal, menjadi, beransur, berbuat, berbantalkan, ada])

  21. GOLONGAN KATA ADJEKTIF KA ialah kata yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. KA menerangkan rupa, sifat atau keadaan sesuatu. Contohnya: berani, pandai, nipis, lembut, kecil, lazat, segar, cetek, geram, nakal, kuning, sayang, lambat, segera, rindu, tinggi, bundar, tegas, jauh, nyaris

  22. GOLONGAN KATA TUGAS KT ialah kata yang boleh bersifat pelbagai jenis iaitu sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pemeri ataupun tugas-tugas lain. Contohnya: Kata hubung (dan, atau, tetapi) Kata seru (wah, amboi, aduh, ah) Kata tanya (bagaimana, siapa, bila, berapa, apa) Kata perintah (sila, tolong, harap) Kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan) Kata bantu (akan, pernah, sudah)

  23. Kata penguat (amat, sangat, sungguh, sekali, paling, nian, benar) • Kata penegas (juga, lah, tah, pun) • Kata nafi (tidak, bukan) • Kata pemeri (ialah, adalah) • Kata sendi nama (di, dari, untuk, dalam) • Kata pembenar (ya, benar, betul) • Kata bilangan (dua, tiga, sembilan, segala, masing-masing) • Kata arah (atas, situ, bawah, dalam) • Kata pembenda (yang, -nya) • Kata penekan (-nya)

  24. Soalan atau Pertanyaan ? ? ! ? ! Oh! Ooh!!! ? ? ? ?

More Related