210 likes | 422 Views
P.1 Penyiasatan Sosial (1). Langkah-langkah & soalan berkaitan : 1.Motivasi – Apakah isu yg hendak disiasat? - Kenapa perlu siasat isu itu? 2.Explorasi – Apa perasaan kita terhadap isu tersebut ?
E N D
P.1 Penyiasatan Sosial (1) Langkah-langkah & soalan berkaitan : 1.Motivasi – Apakah isu yg hendak disiasat? - Kenapa perlu siasat isu itu? 2.Explorasi – Apa perasaan kita terhadap isu tersebut ? 3.Identifikasi – Bagaimana kita boleh dapat maklumat berkaitan isu tersebut ? Sumber untuk dapat maklumat?
Penyiasatan Sosial (2) 4.Mengumpul data – B/m dapat data? 5.Menganalisis data – B/m dapat kita susun data, cari perkaitan? 6.Membuat rumusan – Apa rumusan dapat kita buat? Apa bukti utk sokong rumusan? 7.Mengambil tindakan – Apa tindakan seterusnya berdasarkan rumusan kita? 8.Membuat refleksi – Apa perasaan kita berkaitan isu tersebut sekarang?
P.4 Analisis Nilai (1) Anda seorang guru wanita yang baru bertugas di sebuah sekolah luar bandar. Anda perlu bergantung kepada kenderaan awam untuk pergi ke sekolah. Kadang-kadang anda lewat ke sekolah kerana bas tidak menepati masa. Seorang pemuda yang tinggal berdekatan perlu juga melalui kawasan sekolah anda dalam perjalanannya ke tempat kerjanya.
Analisis Nilai (2) Beliau mencadang anda menumpang keretanya. Anda berada dalam dilema, bimbang akan disalahtafsir oleh masyarakat & tanggapan buruk sekolah disebabkan kelewatan anda. Apakan tindakan yang patut anda lakukan berdasarkan pendekatan analisis nilai?
Strategi Analisis Nilai (3) Dilema ----- Alternatif-alternatif ----- Akibat dari kesan ------Bukti ----- Penilaian ----- Keputusan Contoh lain : Remaja perlu buat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu mengikut kawan ke cybercafe.
P.5 Pendekatan penyayang (1) Wilson & Lickona: 3 domain kendiri moral Prinsip autonomi, Prinsip keadilan, Prinsip kepedulian Socrates – “to know the good is to do the good” dicabar oleh Aristotle. Pandangan Joel Kupperman (Abd.Rahman Md Aroff & Chang)
Pendekatan penyayang (2) Contoh emosi moral : Rasa malu (shame) Rasa bersalah (guilt) Rasa kasihan Empati Rasa gembira apabila ada keadilan Rasa marah apabila kesalahan moral berlaku
P.6 Penjelasan nilai (VC) 1 • Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda mendapat peluang utk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yg paling anda minati. Anda perlu membuat satu keputusan yg muktamad dalam pemilihan tersebut.
Penjelasan nilai (VC) 2 • 1. Memilih : IPT di bandar sdn IPT di bandar lain tetapi dalam negara IPT di luar negara • Menghargai Alternatif -------------- Kesan ----------- Rumusan IPT di bandar sdn IPT di bandar lain tetapi dalam negara IPT di luar negara • Mengambil tindakan
P.8 Dilema Heinz Di Eropah terdapat seorang wanita yang hampir mati kerana terkena sejenis barah. Ada sejenis ubat (radium) yang boleh menyelamatkan nyawanya tetapi kos membuat ubat itu adalah sangat tinggi. Oleh itu ahli farmasi yang membuat itu mengenakan harga sepuluh ganda kos bagi membuatnya. Kos membuat ubat itu adalah RM200 tetapi ahli farmasi itu mengenakan RM2,000. Suami wanita itu, Heinz, cuba meminjam wang daripada kawan-kawannya tetapi hanya berjaya mengumpulkan RM1,000. Dia meminta ahli farmasi itu untuk mengurangkan harga ubat itu atau membenarkannya bayar RM1,000. Ahli farmasi itu tidak setuju. Heinz berputus asa lalu mencuri ubat untuk isterinya. Patutkan Heinz membuat begitu? Kenapa? (Kohlberg, 1980)
Tingkat/Tahap Prakonvensional Individu yang beroperasi di peringkat ini menilai sesuatu tingkat laku sebagai betul atau salah berdasarkan sama ada dia dipuji atau didenda akibat tingkah laku itu oleh pihak yang berkenaan. Misalnya, kanak-kanak di peringkat ini akan menganggap tingkah laku mencuri Heinz adalah salah kerana dia akan ditangkap oleh polis (Morrill, 1980) Peringkat 1 : Orientasi dendaan dan kepatuhan
Tingkat/Tahap Prakonvensional Individu di peringkat ini egosentrik dan bertingkah laku hanya untuk memenuhi keseronokan diri dan mengelakkan diri daripada ketidakselesaan. Berdasarkan juga dilema Heinz, kanak-kanak di peringkat ini akan anggap mencuri itu salah kerana Heinz akan ditangkap oleh polis. Penjaraan dan perpisahan dengan ahli keluarga akan membawa penderitaan kepadanya. Peringkat 2 : Orientasi Hedonistik/ Instrumental Relativis
Tingkat/Tahap Konvensional Tujuan utama individu yang beroperasi pada peringkat ini adalah untuk memperoleh penerimaan orang lain. Individu di peringkat ini akan menganggap tingkah laku mencuri Heinz sebagai betul jika kawan-kawan dan jiran-jirannya memujinya kerana mencuri untuk menyelamatkan nyawa isterinya. Peringkat 3 : Orientasi “Good boy – nice girl” / Persetujuan antara individu
Tingkat/Tahap Konvensional Individu di peringkat ini percaya bahawa adalah salah melanggar undang-undang dan peraturan. Oleh itu, mencuri itu adalah salah kerana undang-undang dan peraturan melarang tingkah laku mencuri ini. Peringkat 4 : Orientasi Undang-undang dan peraturan
Tingkat/Tahap Poskonvensional Individu melihat peraturan sosial dan moral sebagai hasil persetujuan masyarakat secara adil. Berdasarkan ini, maka mencuri adalah salah kerana peraturan sosial dan moral yang melarang mencuri adalah akibat persetujuan ramai berdasarkan prinsip utilitarianisme yang mengutamakan kebaikan untuk bilangan orang yang paling ramai. (Morrill 1980) Peringkat 5 : Orientasi kontrak sosial
Tingkat/Tahap Poskonvensional Individu di peringkat ini tahu membezakan tuntutan undang-undang dan prinsip moral. Prinsip etika sejagat menyanjung tinggi nilai nyawa dan nyawa adalah suci dan terunggul. Nilai hidup begitu suci maka tingkah laku mencuri Heinz untuk menyelamatkan nyawa isteri adalah tingkah laku moral. Melanggar peraturan untuk menyelamatkan nyawa adalah boleh diterima dari segi moral. (Morrill 1980) Peringkat 6 : Orientasi prinsip etika sejagat
P.9 Komponen Refleksi Mengingat & merenung kembali Menganalisis & menilai kesan (kelebihan & kekurangan) Memikirkan cara membaiki keadaan Merancang tindakan susulan (penambahbaikan)
Jenis-jenis Refleksi Donald Schon “The Reflective Practioner” 1983 Reflection in action (Refleksi semasa tindakan) Refleksi on action (Refleksi ke atas tindakan) Refleksi about action (Refleksi untuk tindakan)
Peringkat Refleksi(Van Manen) 1 Peringkat Teknikal Peringkat Praktikal/Inkuiri Peringkat Moral dan Etika Peringkat Teknikal Tidak anggap amalan itu sebagai bermasalah Menumpu perhatian terhadap aplikasi pengetahuan bagi tujuan mencapai matlamat kerja
Peringkat Refleksi(Van Manen) 2 Peringkat Praktikal / Inkuiri Segala tindakan & amalan dianggap bermasalah & perlu penjelasan Setiap amalan dilihat sebagai mempunyai perkaiatan dengan nilai-nilai tertentu Peringkat Moral dan Etika Peringkat ini melihat setiap tindakan dari segi moral Soal yang ditimbul ialah setakatmana setiap amalan membawa kepada pencapaian nilai kepedulian, keadilan & keperluan-keperluan manusia
Proses Refleksi Pengalaman Mengimbas kembali Perspektif baru