190 likes | 463 Views
MINGGU 10. Fonetik dan Fonologi. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik. TATARAN LINGUISTIK. FONOLOGI. FON ( bunyi ) + LOGI ( ilmu ).
E N D
MINGGU 10 Fonetik dan Fonologi
HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat: > merumuskan maksud fonologi > mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal dan diftong > menghuraikan bahagian fonetik
TATARANLINGUISTIK FONOLOGI FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu ) Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisisdan membicarakanbunyi bahasa FONETIK FONEMIK
FONETIK Mempelajari bunyi bahasa dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu sama ada pembeda makna atau tidak Fonetik Artikulasi Mempelajari bagaimana mekanisme artikulasi alat tutur manusia digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa dan bagaimana bunyi itu diklasifikasi Fonetik Akustik Mempelajari bunyi bahasa sebagai peristiwa fizikal atau fenomena alam. Bunyi itu diselidiki frekuensi getaran dan intensitinya Fonetik Auditori Mempelajari bagaimana mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh telinga kita
ALAT UJARAN Daerah Artikulasi boleh digerakkan Titik Artikulasi Tidak boleh digerakkan CARA BUNYI DIHASILKAN • Udara dari paru-paru dihembuskan keluar • 2. Bahagian alat ujaran digerakkan • 3. Pita suara digetarkan atau tidak digetarkan
BUNYI BAHASA KONSONAN VOKAL Arus udara melalui rongga mulut mengalami sekatan Arus udara melalui rongga mulut tanpa sekatan Kawasan artikulasi Cara artikulasi Kedudukan lidah Bahagian lidah yang terlibat Keadaan bibir
KAWASAN ARTIKULASI LABIAL ( BIBIR) Bunyi terhasil apabila bibir digerakkan. Apabila bibir dirapatkan terhasillah bunyi [p, b, m], iaitu bunyi bilabial (dua bibir) Bunyi labiodental (bibir gigi) [f, v] terhasil apabila gigi atas menyentuh bibir bawah INTERDENTAL (GIGI) Bunyi terhasil apabila lidah diletakkan antara dua bibir. Contohnya bunyi , iaitu bunyi pinjaman bahasa Arab θ
ALVEOLAR (GIGI GUSI) Hujung lidah dinaikkan ke kawasan antara gigi dengan gusi akan menghasilkan bunyi [t, d, n, s, z] PALATAL (LELANGIT KERAS) Depan lidah yang diangkat ke kawasan lelangit keras akan menghasilkan bunyi [ž , š]. Bunyi [ž] tiada dalam BM VELAR Belakang lidah yang diangkat menyentuh lelangit lembut akan menghasilkan bunyi [k, g, ŋ]
CARA ARTIKULASI HENTIAN DAN LETUPAN Hentian terjadi apabila udara yang melalui rongga mulut disekat sepenuhnya di tempat tertentu. Antara bunyi hentian ialah [p, b, t, d, k, g, m, n, ŋ] Sebahagian bunyi itu juga merupakan bunyi letupan kerana udara yang disekat itu dilepaskan serta merta. Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k, g]. Bunyi [m, n, ŋ] ialah bunyi hentian sepenuhnya [ p, b, m ] = hentian bilabial [ t, d, n ] = hentian alveolar [ k, g, ŋ ] = hentian velar [ m, n, ŋ ] = hentian sengau
FRIKATIF / GESERAN Udara dihalang dengan cara penyempitan rongga mulut, dan ini menyebabkan udara itu bergeser. Contohnya [ s, z, f, v, θ, x ] [ f, v ] = frikatif labiodental [ s, z ] = frikatif alveolar [ θ ] = frikatif interdental [ s ] = frikatif palatal [ x ] = frikatif velar AFRIKAT / LETUSAN Gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian dengan bunyi frikatif Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya dilepaskan secara menggeserkannya. Bunyi ini juga dinamakan bunyi letusan.Misalnya [ č, ] = bunyi afrikat alveolar
NASAL Bunyi yang dikeluarkan melalui hidung kerana disekat pada titik artikulasi seperti bilabial, alveolar dan velar. Antara bunyi nasal ialah [ m, n, ŋ , n ] BERSUARA / TIDAK BERSUARA Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak bersuara Contohnya ialah : [ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara [ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara
VOKAL KEDUDUKAN LIDAH Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan lelangit VOKAL SEMPIT Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya. Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ] VOKAL SEPARUH SEMPIT Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ e, o ]
VOKAL SEPARUH LUAS Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi akan menghasilkan bunyi [ ε, د ] [ b ε k ε ŋ ] [ د r a ŋ ] VOKAL LUAS Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]
BAHAGIAN LIDAH DEPAN TENGAH BELAKANG [ ә ] [ u ] sempit [ o ] separuh sempit [ د ] separuh luas [ b ] luas [ i ] sempit [ e ] separuh sempit [ ε ] separuh luas [ a ] luas KEADAAN BIBIR BUNDAR NEUTRAL HAMPAR
Belakang Depan Tengah i u Sempit o e Separuh sempit ә Separuh luas ε د ь Luas a CARTA VOKAL
DIFTONG Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan Contoh : [ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi * capai, hairan [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi * kacau, kalau [ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi * baloi, kaloi [ el ] -------- age [ eldz] [ әu ] -------- home [ hәum ] [ eә ] -------- hair [ heә ]
TRANSKRIPSI • Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan • satu sistem tanda graf • Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics • Association ( IPA ) • Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk • mewakili pertuturan sebenarnya • Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik • dan trankripsi ejaan Contoh : tulisan Saya belajar di UPM [ sayә bәlaja di yu pi εm ]
KESIMPULAN • Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan membicarakan bunyi bahasa • Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori • Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang tidak boleh digerak-gerakkan • Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan artikulasi • Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah yang terlibat, dan keadaan bibir • Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan
KATA BIJAK PANDAI • UNTUK MENGGAPAI CITA-CITA, KITA BUKAN SAHAJA MESTI BERTINDAK, TETAPI JUGA MESTI BERMIMPI. KITA BUKAN SAHAJA PERLU MERANCANG, TETAPI JUGA PERLU MEYAKINI