320 likes | 695 Views
MINGGU 1. PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA:. LINGUISTIK SEBAGAI ILMU. (PENGERTIAN, TEORI, CIRI, KRITERIA DAN TAHAP). HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian linguistik > teori linguistik > ciri linguistik > kriteria ilmu linguistik
E N D
MINGGU 1 PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA: LINGUISTIK SEBAGAI ILMU (PENGERTIAN, TEORI, CIRI, KRITERIA DAN TAHAP)
HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian linguistik > teori linguistik > ciri linguistik > kriteria ilmu linguistik > tahap perkembangan linguistik
PENGERTIAN LINGUISTIK Kajiantentangbahasamanusia Kajiantentangbahasamanusiaitudilakukandengancarailmiah Hipotesis, pemerhatian, penelitiandanpenganalisisandibuatsecaraempirisdanterkawal Berteraskanapa-apa yang dapatdilihat, mengetepikanandaian yang bersifatmujarad Bersifatobjektif, danhasilnyadapatdiujikesahandankebolehpercayaannya Strukturbahasa, penguasaanbahasadanhubunganbahasadenganbentukkomunikasi lain Ujaranmanusia yang meliputikesatuanbahasa, hakikatbahasa, strukturbahasa, danperubahanbahasa
LINGUISTIK: PENGERTIAN LUAS > Segala yang membicarakan soal bahasa > Tidak mengambil kira pendekatan yang digunakan dan tujuannya > Termasuk juga linguistik terapan (gunaan), dan > Hasil kerja penelitian dan hasil teoritis
LINGUISTIK: PENGERTIAN SEMPIT • Hasil penelitian dan teoritis • Kajian tentang subsistem bahasa (leksikon, gramatikal, dan fonologi) • Termasuk semantik dan pragmatik (hubungan struktur bahasa dan sistem dengan konteksnya) leksikon = kosa kata, gramatikal = sesuai dengan tatabahasa, fonologi = bunyi bahasa dan fungsinya
Linguistik merupakan ilmu yang memperlakukan bahasa sebagai bahasa Contoh: Ilmu Fizikal objeknya peristiwa alam Ilmu Perubatan objeknya pelbagai penyakit dan cara pengubatan Ilmu Sosiologiobjeknya gejala sosial dalam masyarakat
Linguistik berasal daripada bahasa Latin lingua yang bermaksud bahasa. Terdapat tiga istilah penting dalam konteks ini, iaitu: langue: Bahasa tertentu seperti bahasa Melayu,bahasa Hindi, bahasa Arab, bahasa Jepun… langage:Ujaran secara umum, dan bersifat mujarad. Manusia ada bahasa, binatang tidak parole: Bahasa dalam kewujudan yang nyata, yang berupa ujaran
Selain linguistik, terdapat juga ilmu lain yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian kesusasteraan: Wadah seni, pengungkapan karya seni, penciptaan keindahan sosiologi: Alat interaksi sosial untuk perkembangan masyarakat manusia psikologi: Proses mental dan pemikiran fizikal: Fenomena alam
Bahasa sebagai sistem bukan sahaja bersifat sistematik tetapi juga bersifatsistemis. Sistematik bermaksud berasaskan sistem atau menurut sistem Sistemis bermaksud bahasa terdiri daripada subsistem seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Dalam BM, kata linguistikbukan sahaja bermaksud ilmu tentang bahasa, tetapi juga bermaksud bahasa itu sendiri
RUMUSAN PENGERTIAN LINGUISTIK • Ilmu pengetahuan yang objeknya bahasa lisan dan tulisan • Mempunyai ciri: sistematik, rasional, empiris, pemerian struktur, pembahagian dan aturan bahasa • Ciri tersebutlah yang dikatakan ilmiah • Linguistik ialah kajian bahasa secara ilmiah • Linguistik dapat dianggap sebagai sains • Sains ialah pengetahuan yang disusun dalam satu sistem yang berteraskan pengamatan, kajian dan pengalaman untuk menentukan hakikat dan prinsip tentang perkara yang dikaji • Sifat keilmiahan linguistik memenuhi tiga syarat, iaitu keeksplisitan, kesistematisan, dan keobjektifan
KEEKSPLISITAN • Pernyataan jelas tentang kriteria yang mendasari suatu penelitian • Penyusunan peristilahan dengan jelas dan tekal • Definisi istilah tiada pertentangan antara satu istilah dengan istilah yang lain
KESISTEMATISAN • Penyusunan tatacara standard yang digunakan dalam sesuatu penelitian • Permulaan analisis dengan melihat pelbagai aspek daripada data dan menghubungkannya dengan aspek yang lain • Penentuan kerangka deskriptif untuk menyesuaikannya dengan data yang ditemukan, dan kerangka deskriptif itu akan terus dimurnikan • Pengujian yang ketat terhadap hipotesis dengan mengawal terhadap segala kemungkinan
KEOBJEKTIFAN • Sikap terbuka dalam analisis • Sikap kritis dengan mencurigai setiap hipotesis hingga dapat dibuktikan secara berpada • Berhati-hati terhadap dugaan yang tidak berdasar • Berusaha untuk menggunakan tatacara standard yang telah ditentukan hipotesis = anggapan dasar yang perlu dibuktikan
TEORI LINGUISTIK • Teori digunakan dalam limamatra (dimensi), iaitu: > struktur yang terjadi daripada konsep yang bertalian. Semuanya tertumpu pada pengamatan dan andaian dalam ilmu yang berkaitan > proses penyelidikan yang berasaskan logika, bukannya eksperimen > prinsip yang berkait dengan praktis ilmiah dalam menemukan kebenaran ilmu > perangkat kaedah atau prinsip untuk pengkajian masalah ilmiah dalam dunia kecendekiaan > gagasan, penjelasan atau pemikiran tentang sebab terjadinya sesuatu fenomena
Teori linguistik dikenali sebagai Induk Linguistik kerana melaluinya terpancar wawasan liku-liku bahasa yang digunakan dalam linguistik terapan • Teori linguistik amat bermanfaat untuk membuat deskripsi, klasifikasi dan penjelasan terhadap peristiwa bahasa dini dan kini • Teori linguistik juga merangkumi fakta di luar data yang dikaji. Oleh itu, istilah generatifyang bermaksud jangkauan ramalan masa hadapan sering digunakan • Terdapat dua kategori teori linguistik, iaitu Teori kurang mujarad (low level theory) dan Teori Mujarad (high level theory)
Teori kurang mujarad merupakan ringkasan data, dan banyak mengungkapkan tatacara penemuan • Teori mujarad tidak dibina daripada data semata-mata, diperoleh daripada penalaran logik, bergantung pada intuisi berasaskan kerangka rujukan tertentu, dan memerlukan verifikasi dalam menangani data yang dikaji • Teori linguistik merupakan sistem yang semakin mujarad sehingga menghasilkan penjelasan, ramalan, rekonstruksi, interpretasi, evaluasi fenomena bahasa, dan rumusan kaedah atau hukum bahasa • Teori linguistik didasarkan pada kerangka rujukan yang bersifat implisit, dan dalam pengungkapan teori, wujud unsur gerakan, aliran, trend, dan paradigma intuisi: kemampuan mengetahui atau memahami sesuatu tanpa difikirkan atau dipelajari; bisikan/gerak hati paradigma: kerangka berfikir
TEORI LINGUISTIK • Teori linguistik ialah subdisiplin linguistik yang membahas bahasa dan ilmu bahasa dari sudut pandangan teori tertentu. Contohnya: > Teori Tradisional > Teori Struktural > Teori Transformasional > Teori Konteks > Teori Tagmemik
TEORI TRADISIONAL • Teori yang berdasarkan analisis makna • Tidak memperlihatkan hierarki bahasa sehingga batas antara satuan tidak jelas • Analisis bahasa dilihat dari pandangan falsafah, terutama dalam bidang makna • Perubahan kata, golongan kata kurang diperhatikan
TEORI STRUKTURAL • Penamaan pendekatan kebahasaan yang dilakukan oleh L. Bloomfield – (Bloomfieldisme) • Bahasa dilihat dari sudut strukturnya, terutama struktur luar. Makna ditentukan oleh struktur • Klasifikasi kata didasarkan pada bentuk dan lingkungan, iaitu kata bersifat terbuka dan tertutup • Teori ini bersifat antimentalis dan mempertahankan behaviorisme, iaitu bahasa bukanlah hasil proses batin, tetapi hasil proses di luar manusia S R
TEORI TRANSFORMASIONAL • Manusia menggunakan bahasa yang tercermin dalam ayat, yang terdiri daripada sejumlah elemen dasar dan struktur • Setiap ayat mengandung struktur luaran (apa yang didengar / dilihat) dan struktur dalaman (abstraksi daripada yang dilihat / didengar) • Manusia memiliki kompetens (competence) (pengetahuan bahasa) dan performans (performance) (perlakuan / penggunaan bahasa) • Kemampuan bahasa bergantung pada tingkat pendidikan, pengalaman dan leksikon yang dikuasai
TEORI KONTEKS • Untuk memahami ujaran, perlu diperhatikan konteks situasi • Berasaskan konteks situasi, aspek linguistik dan bukan linguistik dapat dikenal pasti • Inti teori ini ialah: > makna tidak terdapat pada unsur lepas dalam bentuk kata, tetapi terpadu pada ujaran secara tuntas > makna tidak boleh ditafsirkan secara kata dan acuan, atau secara kata, acuan dan tafsiran, tetapi makna merupakan satu fungsi yang terpadu dalam ujaran yang dipengaruhi oleh situasi
TEORI TAGMEMIK • Teori ini telah dipelopori oleh Kenneth Lee Pike • Teori ini menekankan proses penemuan yang tidak bersifat mekanis tetapi berisi elemen intuisi (gerak hati) • Setiap proses penemuan dibawahi oleh analisis bahagian analogi, subtitusi dan peluasan • Unit terkecil yang berfungsi dalam ujaran disebut tagmeme yang bermakna arrangement. Setiap tagmeme dapat mengisi slot dalam suatu kontruksi
CIRI KEILMUAN LINGUISTIK • Rapi, teratur baik dan tertib • Mantap, tidak berobah dan stabil • Ekonomis, jimat, tidak mubazir dan tidak berlebihan • Mudah, tidak sukar, gampang, dan senang • Tuntas dan berguna berasaskan teori yang tersusun • Eksplisit, tiada makna ganda, disusun dan dirumuskan secara tuntas • Sistematik, berperaturan, berpola dan generalisasi utuh, kesatuan tunggal dan senada • Objektif, pemerian sifat, hakikat, keadaan seadanya, kewujudan hakiki bebas daripada pertimbangan peribadi
PROSES PENGKAJIAN BAHASA HIPOTESIS PENDEKATAN INDUKTIF PENDEKATAN DEDUKTIF pemerhatian andaian teori kajian saintifik kajian saintifik andaian teori pemerhatian TEORI terkenal abad ke-20 popular kini
PUSARAN PENGKAJIAN BAHASA HIPOTESIS UJIAN/DATA DATA TEORI
LINGUISTIK SEBAGAI ILMU • Pengetahuan dapat dianggap ilmu jika memenuhi kriteria berikut: a. Pengetahuan itu mestilah teratur dan sistematik b. Pengetahuan itu bersifat progresif, dan semakin tinggi kualitinya c. Pengetahuan itu mempunyai autonomi, iaitu bersifat bebas d. Pengetahuan itu mempunyai objek e. Pengetahuan itu diperoleh melalui keterangan
LINGUISTIK SEBAGAI ILMU • Pancaindera manusia berfungsi untuk menanggap peristiwa kehidupan sehari-hari, dan kemudiannya dikomunikasikan secara verbal atau nonverbal • Semua proses penanggapan dan komunikasi dilakukan dengan efisien melalui bahasa • Berfikir itu juga berbahasa. Tiada kegiatan manusia tanpa bahasa • Ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai pengetahuan biasa dan asas tentang bahasa. Dalam erti kata, kita dapat mengujarkan bahasa, dimengertikan oleh orang lain dan kita juga mengerti orang lain yang berbahasa seperti kita • Berasaskan kriteria itu, linguistik dapat dianggap sebagai ilmu pengetahuan, dan satu disiplin yang berautonomi, serta mempunyai objek. Objek linguistik ialah bahasa manusia
TAHAP PERKEMBANGAN LINGUISTIK • Tahap spekulasi: Kesimpulan dibuat tanpa bukti empiris dan tatacara tertentu. Contoh – asal kejadian bumi dan bahasa… • Tahap pemerhatian dan klasifikasi: Penggolongan segala fakta bahasa dengan teliti tanpa teori tertentu • Tahap perumusan teori: Pemahaman masalah dasar/persoalan berasaskan data, dirumuskan hipotesis dan tatacara pengujian hipotesis • Linguistik yang mengalami ketiga-tiga tahap itu dianggap ilmiah • Linguistik mementingkan data empiris dalam penelitiannya. Data boleh dianalisis dengan cara induktifatau deduktif. • Linguistik berusaha menemukan pendekatan dan kaedah hakiki bahasa yang diteliti. Oleh itu, linguistik dikenali sebagai ilmu nomotetik, dan tidak terhenti pada satu titik kesimpulan
KESIMPULAN • Linguistik dapat diberikan pengertian secara luas dan secara sempit • Linguistik ialah disiplin ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian • Teori linguistik terdiri daripada dua kategori, iaitu teori kurang mujarad dan teori mujarad • Sebagai ilmu, linguistik mempunyai ciri tertib, mantap, ekonomis, mudah, tuntas, eksplisit, sistematik dan objektif • Linguistik sebagai ilmu memenuhi kriteria sistematik, berkualiti, bebas dan mempunyai objek • Linguistik berkembang dalam tiga tahap, iaitu tahap spekulasi, tahap pemerhatian dan klasifikasi, dan tahap perumusan teori
KATA BIJAK PANDAI • KEBAHAGIAAN TIDAK BERGANTUNG PADA SIAPA ANDA, DAN APA YANG ANDA MILIKI, MELAINKAN BERGANTUNG PADA APA YANG ANDA FIKIRKAN