260 likes | 679 Views
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI. PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA : Peletakan Asas Melangkaui Tahun 2020. KANDUNGAN. Rasional PSPTN Ciri-ciri PSPTN Hala Tuju PSPTN Fasa Transformasi PSPTN Teras Strategik PSPTN Pelaksanaan Pelan Tindakan (2007-2010). RASIONAL PSPTN.
E N D
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI PELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARA : Peletakan Asas Melangkaui Tahun 2020
KANDUNGAN • Rasional PSPTN • Ciri-ciri PSPTN • Hala Tuju PSPTN • Fasa Transformasi PSPTN • Teras Strategik PSPTN • Pelaksanaan Pelan Tindakan (2007-2010)
RASIONAL PSPTN • Aspirasi Malaysia untuk menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa; • Pembangunan modal insan dengan minda kelas pertama; dan • Meletakkan Pengajian Tinggi Negara yang mampu menghadapi cabaran semasa dan hadapan.
CIRI-CIRI PSPTN • Hala tuju yang jelas • Empat (4) Fasa Pembangunan • Sasaran berbentuk kuantitatif • Langkah-langkah transformasi
HALA TUJU PSPTN • Individu : modal insan minda kelas pertama; • Institusi : persekitaran yang kondusif; • Kebangsaan : kegemilangan pengajian tinggi; dan • Antarabangsa : hab kecemerlangan serantau dan antarabangsa.
FASA TRANSFORMASI PSPTN Fasa 1: 2007-2010 Peletakan Asas Fasa 2: 2011-2015 Peningkatan dan Pemerkasaan Fasa 3: 2016-2020 Kecemerlangan Pengajian Tinggi Fasa 4: Melangkaui 2020 Kegemilangan dan Kelestarian
TUJUH TERAS STRATEGIK • Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti; • Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran; • Memperteguhkan Penyelidikan dan Inovasi; • Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi; • Mempergiatkan Pengantarabangsaan; • Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat; dan • Memperkukuhkan Sistem Penyampaian KPT.
T 1: MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN EKUITI • Pendemokrasian pengajian tinggi • 50% kohort 17-23 tahun menyertai pendidikan tertiari • 33% tenaga pekerja berkelayakan tertiari • Kelestarian PTPTN • Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi
T 2: MENAMBAH BAIK KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • MQA/MQF • Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah di industri • Penambahbaikan kurikulum secara berterusan, kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa Inggeris diperluas • Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran • 100,000 PhD atau setaraf.
T 3: MEMPERTEGUHKAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI • Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE : 10,000 tenaga kerja) • 6 buah Universiti Penyelidikan • 20 pusat kecemerlangan bertaraf dunia • Budaya inovasi di kalangan pelajar • 10% hasil penyelidikan dikomersialkan • Mekanisme pembiayaan Penyelidikan dan Inovasi
T 4: MEMPERKASA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI • Satu/dua universiti Apex di kalangan IPT • 3 IPT antara 100 universiti terbaik dan satu antara 50 terbaik di dunia • Kuasa autonomi mengikut KPI • 75% pensyarah berkelayakan PhD • Penarafan IPT mengikut KPI
T 5: MEMPERGIATKAN PENGANTARABANGSAAN • Jaringan kolaborasi dengan IPT luar negara • 10 % enrolmen pelajar antarabangsa • 15 % tenaga pengajar antarabangsa di RUs • Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit • Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS)
T 6: MEMBUDAYAKAN PSH • Pengiktirafan PSH melalui MQF • Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman terdahulu • Peningkatan kadar penyertaan golongan dewasa • Laluan alternatif dan mobiliti program
T 7: MEMPERKUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN KPT • KPT sebagai pemudah cara • Sistem penyampaian terbaik • Keberkesanan pelaksanaan dan pemantauan • KPI - berdasarkan prestasi • Perbelanjaan berhemah • Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA berdasarkan merit
PELAN TINDAKAN HIGH PROFILE PROJECTS(2007-2010) • Apex University • Audit Akademik • Autonomi di Universiti / Governan • PSH • Kepimpinan • Jaminan Kualiti – MQA/MQF
(Samb.) • Penubuhan J/K Pemilih untuk pemilihan N.Canselor • PTPTN • Penggubalan Dasar Kebangsaan Latihan Pelajar dan sangkutan pensyarah di industri • MyBrain15 • R&D • Pengantarabangsaan