360 likes | 801 Views
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN KPD PEGAWAI PERKHID. AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI.
E N D
KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN KPD PEGAWAI PERKHID. AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI Pek.Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 dikeluarkan bertujuan utk menetapkan kadar dan syarat bagi seseorang pegawai menuntut elaun,kemudahan dan bayaran semasa bertugas rasmi mengikut Perintah Am Bab ‘B’ Tafsiran; “Gred” Gred Gaji mengikut SSM mengikut Pek.Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2002.
Ibu Pejabat • Tempat biasa seseorang pegawai lapor diri. • 25km –jalan raya • 16km jalan tanah yg boleh dilalui kenderaan bermotor • 8km jalan basikal atau sungai
Tugas Rasmi Bermakna tugas yg berkaitan dgn tugas di pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan. Ketua Jabatan bertanggungjawab utk menentu dan mengesahkan jalan serta pengangkutan yg hendak digunakan oleh seseorang pegawai yg menjalankan tugas rasmi
Bertugas Rasmi Didalam Negeri • Seseorang pegawai yg dikehendaki menjalankan tugas rasmi diluar Ibu Pejabatnya –layak menuntut elaun,kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan syarat spt; • Elaun Makan • Elaun Harian • Bayaran Sewa Hotel • Elaun Lojing • Elaun Perjalanan Kenderaan • Elaun Basikal
Elaun Makan • Diberikan kpd seseorang pegawai yg menjalankan tugas-tugas rasminya diluar Ibu Pejabatnya bagi tempoh 24jam dan dikira dari waktu ia bertolak. • Boleh dibayar utk masa bertugas kurang dari 3 bulan termasuk hari kelepasan am dan mingguan. • Tidak boleh dibayar kalau lebih dari 3 bulan.
…sambungan • Tidak layak dituntut jika kemudahan tersebut disediakan oleh pihak penganjur atau Kerajaan. • Jika sebahagian saja kemudahan tersebut disediakan,pegawai hanya layak menuntut sebahagian makanan yg tidak disediakan.
Kadar sebahagian kemudahan makan yg tidak disediakan • a) sarapan pagi – 20% • b) makan tengah hari - 40% • c) makan malam - 40% dan • Sekiranya pihak penganjur menyediakan kemudahan berbentuk wang maka pegawai layak menuntut perbezaannya.
Kadar Elaun Makan Mengikut Gred (Sem.Malaysia)-Rasmi / Kursus
Elaun Harian Adalah separuh dari Elaun Makan dituntut oleh seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasminya melebihi 8jam tapi kurang dari 24jam
Bayaran Sewa Hotel Pegawai yang menjalankan tugas diluar Ibu Pejabatnya layak menuntut Bayaran Sewa Hotel(BSH) yang disokong oleh resit mengikut had maksimumnya atau Elaun Lojing mengikut kadar yang ditentukan
Bayaran Sewa Hotel • Tuntutan hendaklah berpatutan dan munasabah. • Tidak boleh dibayar utk masa bertugas melebihi 3 bulan express termasuk HKA dan mingguan. • Layak tuntut service charge keatas BSH. • Tidak layak dituntut jika kemudahan-kemudahan ini disediakan oleh Kerajaan /Penganjur.
Elaun Perjalanan Kenderaan • Seseorang pegawai yg menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi sama ada didalam atau diluar Ibu Pejabat adalah layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan. • Walaubagaimana pun Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab utk menentukan cara pengangkutan yang hendak digunakan itu.
Jarak perjalanan bertugas rasmi bagi tiap-tiap satu bulan • Kelas • A B C D E • (sen/km) • 500 km pertama 70 60 50 45 40 • 501-1,000km 65 55 45 40 35 • 1,001-1,700 km 55 50 40 35 30 • 1.701 dan seterusnya 50 45 35 30 25
Elaun Basikal • Seseorang pegawai yg menggunakan basikal sendiri bagi menjalankan tugas rasmi adalah layak menuntut Elaun Basikal mengikut kadar berikut; • – melebihi 10hari bagi bulan itu – RM70.00 - kurang 10hari bagi bulan itu – 0.20 sen/ km
Tambang Pengangkutan Awam • Seseorang pegawai yg tidak menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam spt; • Teksi/Kereta Sewa/Bas/Motobot/Jenis Pengangkutan Lain dalam kategori ini. • Kereta Api/Motobot dan Jenis Pengangkutan Lain dalam kategori ini . GredKelas 27 dan ke atas Kelas Satu 1-26 Kelas Dua
Belanja Pelbagai • Seseorang pegawai sama ada bertugas diluar atau didalam Ibu Pejabat adalah layak menuntut Belanja Pelbagai spt berikut; • Bayaran telefon.telegram,bayaran pos dan bayaran faks atas urusan rasmi; • Belanja dobi yg disokong dgn resit apabila pegawai menginap diluar Ibu Pejabat tidak kurang dari 3 malam.
Belanja Pelbagai bayaran cukai lapangan terbang; bayaran Excess Baggage utk barang-barang rasmi yang disokong dgn resit dan Bayaran letak kereta,tol, dan tambang feri yang disokong dengan resit
ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN KERANA MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN • Seseorang pegawai atau pesara yang diundang dan menghadiri Istiadat Pengurniaan utk menerima Pingat atau Darjah Kebesaran Persekutuan atau Negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah menjalankan tugas rasmi. • Bagi pesara tuntutan hendaklah dikemukakan kpd JPM dan kadarnya adalah mengikut gred jawatan yg akhir sebelum bersara.
TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA • layak menuntut tambang perjalanan bagi diri dan keluarganya dari rumah kediaman ke tempat ianya diarahkan bertugas mengikut kelayakan tambang perjalanan yg layak diperolehi setelah memegang jawatan yg ditawarkan. • Keluarga bermaksud,jika pegawai lelaki adalah isteri dan anak-anaknya begitu juga sebaliknya. • Anak-anak tanggungan dibawah 21 tahun.
Senarai Semak Bagi Penyediaan Tuntutan Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan • Penyataan Tuntutan Perjalanan - Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru - Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji - Mesti diisi dgn lengkap - Tandatangan Ketua Unit - Surat Arahan Rasmi / Pertukaran / Penempatan - Resit , Bil -bil , Tol (hendaklah digamkan pd kertas A4 mengikut tarikh - Kenderaan sendiri – Kepunyaan org lain – surat kebenaran diperlukan.
Tuntutan Perpindahan; Perpindahan Masuk / keluar Kuarters – Atas arahan Ketua Jabatan – layak membuat tuntutan. Perpindahan Keluar / masuk kuarters MESTILAH dimaklumkan pada Bahagian Kewangan utk urusan potongan gaji. Berpindah masuk dari kuarters / rumah sewa ke rumah atas Pinjaman Perumahan – layak dgn syarat; - Salinan surat Nikah / Kad Pengenalan - Surat kelulusan Bhg Kew/Pin.Perumahan K’jaan - Surat Masuk / Keluar Kuarters
Senarai Semak Bagi Penyediaan Daftar Bayaran Tuntutan EKLWBB dan Elaun Lebih Masa • Penyataan Tuntutan - Satu salinan buku akaun simpanan-bagi staff baru - Mesti diisi dgn lengkap – Butiran Tugas. - Tandatangan Ketua Unit - Hendaklah menggunakan satu akaun dgn bayaran gaji - Dikira menggunakan kaedah 24jam. - 12.00pm = 00.00pm , 01.00(am) = (13.00pm) - 1.15 =13.25pm@ 01.25am - 1.30 =13.50pm@ 01.50am - 1.45 =13.75pm@ 01.75am - Kelulusan dari Ketua Jab.Bagi ELM >⅓ gaji.
Serba sedikit Berkaitan Dengan Tuntutan Perjalanan / Pertukaran / Perpindahan / ELM • Dicetak dgn komputer. • Borang hendaklah dihantar ke pejabat pada atau sebelum 5hb bulan yang dituntut tersebut. • Tuntutan mileage tidak boleh dtuntut menggunakan borang yang sama untuk bulan yang berlainan dan tidak boleh diasingkan aktiviti yang berlainan dgn menggunakan borang berasingan. • Tuntutan yang tidak lengkap akan dikuiri • Jangan di staplekan Tuntutan ELM/EKLWBB bersama dengan tuntutan Perjalanan – asingkan.
Elaun Lebih Masa • Mengikut peraturan di dalam SSB, semua staf sokongan (Kumpulan B Ke Bawah) adalah layak untuk menuntut elaun lebih masa dengan syarat kerja-kerja yang dilakukan hendaklah dengan arahan daripada Ketua Jabatan.
D. Formula Kiraan • Gaji Pokok x 12313 x 8= Jumlah Elaun Lebih Masa Atau Gaji x 12 2504
E. Borang tuntutan yang tidak lengkap diisi akan dikembalikan kepada staf untuk pembetulan Adalah menjadi tanggungjawab staf untuk memastikan bahawa borang tuntutan telah diisi dengan betul dan lengkap. Borang tuntutan yang tidak lengkap diisi akan dikembalikan kepada kakitangan untuk pembetulan dan ini akan menyebabkan tuntutan staf dibayar lewat.
Masa di dalam perjalanan ke tempat bertugas di luar ibu pejabat dan waktu balik daripada tempat bertugas ke ibu pejabat adalah tidak boleh dialmbilkira untuk tuntutan elaun lebih masa. Walau bagaimanapun pengecualian diberi kepada para pemandu.Sekiranya cuti hari kelepasan am jatuh pada hari minggu, maka cuti umum tersebut hendaklah ditunda kepada hari keesokanya. Staf yang diarah bertugas diluar kawasan ibu pejabat adalah layak menuntut elaun lebih masa disamping menuntut lain-lain elaun.
TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI… Disediakan oleh: Sabricherus kkpdb 21/6/2008