500 likes | 850 Views
MINGGU 13. SEMANTIK. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat: > merumuskan makna semantik
E N D
MINGGU 13 SEMANTIK
HASIL PEMELAJARAN • Pelajar dapat: > merumuskan makna semantik > mengenal pasti jenis makna, iaitu makna rujukan dan bukan rujukan, denotatif dan konotatif, konseptual, asosiatif, stilistik, afektif, kolokatif, kata, istilah, idiom, peribahasa, dan relasi makna
SEMANTIK • Ujaran mempunyai pelbagai tafsiran, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung • Secara mudah, semantikdianggap sebagai kajian tentang makna • Mengikut tafsiran luas, semantikialah kajian sintaksis, proposisi dan pragmatik (kajian lakuan linguistik) • Mengikut tafsiran sempit, semantik ialah kajian tentang teori referensi (denotatif, ekstensi), dan teori makna (konotasi, intensi)
RUJUKAN • Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk • Rujukan ditambah dengan kata atau istilah yang sesuai. Misalnya gabungan fonem: / k /, / b /, / c /, / d /, / g /, / h /, / n /, / m /, / r /, / t /, / s /, / w /, / y /, / i /, / a /, / e /, / o /, / u / akan menerbitkan bunyi yang bermakna. [ kertas ], [ bangku ], [ wanita ], [ rumah ], [ bangunan ], [ cahaya ], [ budak ] • kertas: bahan tipis yang diperbuat daripada kayu • bangku: papan panjang yang berkaki (tempat duduk) • wanita: perempuan dewasa • cahaya: benda terang yang memancar daripada matahari, bulan… • rumah: binaan untuk tempat tinggal • budak: anak, kanak-kanak • bangunan: sesuatu yang didirikan, seperti rumah, gedung, menara…
LAMBANG Merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan. Kata rumah diberi lambang: Kata wanita diberi lambang: Kata harimau diberi lambang:
LAMBANG • Berikut ialah hubungan antara rujukan, kata, makna dan lambang rujukankata (benda / konsep) (ujaran) Lambangmakna (tulisan) (tafsiran)
LAMBANG • Rajah itu merumuskan: rujukan benda / konsep sesuatu yang dirujuk kata unsur bahasa yang merujuk bentuk ujaran makna tafsiran bagi benda atau konsep (citra mental) • Hubungan antara benda dengan makna secara langsung • Hubungan antara bendadengan kata, kata dengan makna, maknadengan lambang, dan lambang dengan bendasecara tidak langsung
JENIS MAKNA • Secara umum, jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan, makna konteks, makna lugas dan kias, dan makna umum dan khusus • Makna leksikal ialah makna yang dimiliki atau yang ada pada perkataan dengan tidak mengambil kira konteks, iaitu makna sebenar Contoh: perdu = kelompok pokok, rumpun percik = titik air yang berserak-serak di sana-sini malakut = alam atau tempat malaikat atau roh jerat = tali pencerut untuk menangkap satwa lugas = tentang yang perlu sahaja
JENIS MAKNA • Makna ketatabahasaan wujud melalui proses gramatis seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan atau satuan bahasa (frasa, ayat). Contoh: maksud = tujuan, hajat, kehendak, niat bermaksud = bertujuan, berhajat, berniat, berkehendak = mengandung erti • Kata padi ayam makan dirangkaikan menjadi ayam makan padi. Rangkaian ini mewujudkan makna baharu, iaitu yang melakukan perbuatan: ayam, yang dilakukan: makan, dan yang dikenai perbuatan: padi ayam: binatang yang termasuk unggas, dan biasa diternak orang makan: memasukkan sesuatu ke dalam mulut, mengunyah dan menelan padi: tumbuhan yang menghasilkan beras
JENIS MAKNA • Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan lingkungan peristiwa. Contoh: * Rambut di kepalanya sudah putih * Sultan ialah kepala negeri * Kepala surat itu sudah pudar * Kepala lututnya masih kuat * Kepala kainnya sudah tidak kemas
MAKNA LUGAS DAN MAKNA KIAS • Makna lugas ialah makna yang sebenarnya, dan makna kias ialah bukan makna sebenarnya. Contoh: > orang itu membeli sampul surat di kedai 1Malaysia (makna lugas) > Dia enggan menerima sampul surat daripada orang yang dibantunya (makna kias)
MAKNA UMUM DAN MAKNA KHUSUS • Makna umum ialah makna kata yang lebih luas, merangkumi makna kata lain yang menjadi ‘bawahannya’. Contohnya kata bunga yang merangkumi melati., mawar, tanjung… Bunga ialah kata umum, dan melati, mawar, tanjung…ialah kata khusus • Kata umum dan kata khusus juga bergantung pada pembandingnya. Kata burung menjadi kata khusus jika dibandingkan dengan kata unggas, kerana kerana kata unggas merangkumi burung, ayam, itik, angsa… Jika dibandingkan dengan kata merpati, puyuh, bangau, kenari…, kata burung menjadi kata umum
MAKNA RUJUKAN DAN MAKNA BUKAN RUJUKAN • Makna rujukan ialah makna yang ada rujukan atau acuannya. Misalnya kata rumah, hujan dan lukisan ialah kata yang bermakna rujukan kerana wujud acuannya di dunia nyata • Makna bukan rujukan ialah makna yang tidak mempunyai rujukan seperti dan, atau, di samping, kerana… • Terdapat sejumlah kata yang dinamakan deiktik, iaitu acuannya tidak menetap pada satu maujud, tetapi bergantung pada konteks. Contohnya: • Kata ganti nama: dia, saya, kami, kita, beliau… • Kata menyatakan ruang: di sini, di sana… • Kata menyatakan waktu: kini, dini, esok, nanti… • Kata tunjuk: ini, itu
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF • Makna denotatifialah makna asli, asal, atau makna sebenarnya. Oleh itu, makna denotatif sama dengan makna leksikal. Contoh: babi = satwa menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam gerombolan = kumpulan, kelompok atau kawanan perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui kerusi = tempat duduk bersandar kerusi/kursi = kedudukan atau jabatan hujan = titik-titik air yang jatuh dari langit hujan = rahmat atau rezerki kerana dengan hujan tanaman menjadi subur
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF • Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Contoh: babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah gerombolan= kawanan perusuh atau penjahat perempuan = unsur negatif • makna konotatif boleh berupa positif atau negatif. Misalnya hujan bagi petani positif, tetapi hujan bagi penjual air, negatif. Babi bagi orang Cina positif, bagi orang Melayu negatif. Perempuan dalam ayat perempuan itu ibu saya, positif, tetapi dalam ayat memang dasar perempuan!, negatif
MAKNA DENOTATIF DAN MAKNA KONOTATIF • Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Begitu juga dengan kata perempuan, mengancam, kurus, rombongan, dan wanita. Contoh: > Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan! > Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak! > Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering > Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan… > Wanita korporat / Wanita penggoda
MAKNA KONSEPTUAL • Makna konseptual ialah makna yang dimiliki oleh leksikon yang terlepas daripada apa-apa konteks atau asosiasi. Contoh: inayat: pertolongan, bantuan, pemberian Tuhan kukuh: kuat terpancang pada tempatnya logika: pengetahuan tentang kaedah berfikir nafsu: keinginan hati yang kuat gelombang: ombak panjang yang bergulung-gulung andal: dapat dipercayai andika: kehormatan tertinggi yang diberikan atau dimiliki oleh raja atau penguasa yang tidak beragama Islam • Oleh itu, makna konseptual samalah juga dengan makna leksikal, makna denotatif atau makna rujukan
MAKNA ASOSIATIF • Makna asosiatif ialah makna yang dimiliki oleh leksikon akibat wujudnya hubungan leksikon itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Contoh: melati: tumbuhan perdu suku rubiaceace, sering ditanam di halaman rumah, warna bunganya putih berbentuk bintang, terletak pada tandan kecil, berbau sangat harum, sering digunakan dalam pelbagai upacara adat seperti perkahwinan, juga pada waktu kematian - Sesuatu yang suci / kesucian putih: warna dasar yang serupa dengan warna kapas - bersih, suci dan murni merah: warna dasar yang serupa dengan warna darah - berani atau faham komunis
MAKNA ASOSIATIF • buaya: binatang berdarah dingin yang merangkak (reptilia), bertubuh besar dan berkaki keras, bernafas dengan paru-paru, dan hidup dalam air (sungai atau muara sungai). - Jahat atau kejahatan • Kerbau: binatang memamah rumput, yang biasanya diternak untuk diambil dagingnya, atau digunakan untuk membajak, rupanya seperti lembu, tanduknya panjang, suka berkubang, umumnya berbulu kelabu kehitaman - bebal, bodoh dan dungu • Makna asosiatif juga merangkumi makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, dan makna kolokatif • Makna konotatif bermaksud kata tertentu berasosiasi dengan nilai rasa terhadap kata itu, seperti kata babi, anjing, ramping…
MAKNA STILISTIK, AFEKTIF DAN KOLOKATIF • Makna stilistik bermaksud penggunaan kata berasaskan perbedaan sosial atau bidang kegiatan, seperti kata rumah, kediaman, tempat tinggal, pondok, istana, banglo, teratak, panti, gedung, pejabat, wisma, balai, dewan, bangunan, asrama, pangsapuri, iglu, dangau, cungkup, bumbung, khemah, reban, sarang, sangkar… • Makna afektif bermaksud perasaan penutur terhadap pendengar atau objek yang dibicarakan. Contoh: > Tutup mulut kamu! > Harap diam sebentar! • Makna kolokatif bermaksud ciri makna tertentu yang dimilki oleh kata daripada sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata itu sesuai dengan pasangan tertentu sahaja. Contoh: > Tampan untuk lelaki > Cantik untuk wanita
MAKNA KATA • Setiap kata mempunyai makna, iaitu makna leksikal, denotatif atau konseptual. Semua makna ini masih bersifat umum, kasar dan kurang tepat. Makna yang lebih tepat terjelma apabila kata itu berada dalam konteks situasinya. Misalnya kata membawa membawa: memegang atau mengangkat sesuatu sambil berjalan atau bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain • Apabila digunakan kata membawadalam konteksnya barulah jelas, apakah kata yang lebih tepat: membawa, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung, menjinjing, membimbit, menggendong, menggalas, menanggung, mengangkat, mengusung, menatang, memimpin, mengiringi, menemani, mengakibatkan, mendatangkan, menyebabkan, menghasilkan, melibatkan, memasukkan, menarik, menyeret…
MAKNA ISTILAH • Makna istilah ialah makna yang pasti, jelas, tidak meragukan walau dalam konteks apa pun. Istilah bersifat bebas konteks, dan digunakan dalam disiplin ilmu khusus. Misalnya makna kata khayal dalam bidang perubatan berbeda dengan makna khayal (leka, sangat asyik) dalam penggunaan biasa. Contoh lain: gagap: Kecacatan pertuturan, lazimnya disebabkan gangguan psikofisiologi. Bunyi konsonan diulang secara spasmodik, khusunya pada ujaran dini ergatif: Nama kasus tatabahasa untuk menandakan subjek KKJT epigram: Ungkapan atau kata ringkas, bernas dan tajam maksudnya, serta mengandung unsur bertentangan • Dalam perkembangan bahasa, terdapat istilah khusus yang digunakan sebagai kata umum, seperti kata teknologi, psikologi, virus, kalimat, gatra…
MAKNA IDIOM • Makna idiom ialah satuan ujaran yang maknanya tidak dapat diramal daripada makna unsurnya, sama ada secara ketatabahasaan atau leksikal • Secara ketatabahasaan, menjual kereta bermaksud penjual menerima wang, dan pembeli menerima kereta. Namun, bentuk menjual suara tidaklah bermakna penjual menerima wang, dan pembeli menerima suara, tetapi bermaksud orang yang menggunakan suaranya secara total untuk mendapatkan wang pembiayaan hidupnya sehari-hari • Contoh lain: membanting tulang, meja hijau(keadilan), sudah senja, masih dini, menanak nasi…
MAKNA IDIOM • Bentuk idiom dapat dibahagikan kepada dua, iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh ialah idiom yang semua unsurnya terserap menjadi satu kesatuan makna • Idiom sebahagian ialah idiom yang salah satu unsurnya masih memiliki makna leksikalnya. Contoh: • Kertas putih: Kertas yang memuatkan keterangan rasmi secara jelas dan benar tentang sesuatu perkara / peristiwa • Daftar hitam: Daftar yang di dalamnya tersenarai nama orang yang disyaki melakukan kejahatan • Filem biru: Filem yang mengandung adegan lucah yang keterlaluan • Rumah panas: Rumah yang kerap berlaku bencana
MAKNA PERIBAHASA • Kelompok kata atau kalimat yang tetap susunannya dan biasanya mengiaskan maksud tertentu (pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan) • Ungkapan atau kalimat ringkas, padat, yang berisi perbandingan, perumpamaan, nasihat, prinsip hidup atau aturan tingkah laku • Intisari kebijaksanaan bangsa pengguna bahasa • Warisan budaya leluhur yang wajib dilestarikan
PEPATAH • Setiap pepatah mempunyai dua kerat atau dua patah. Kerat atau patah kedua merupakan gema bagi kerat atau patah pertama, iaitu wujud kesinambungan • Dari segi makna, pepatah ialah kiasan yang mencandrakan gejala atau kejadian untuk maksud pengajaran. Contoh: > Ada air, ada ikan > Angin berputar, ombak bersambung > Bagaimana rentak, begitulah tarinya > Hangus tiada berapi, karam tiada berair > Alah bisa, tegal biasa > Ada batang mati, ada cendawan tumbuh
BIDALAN • Bidalan lebih memberatkan teladan dan pengajaran. Bentuknya ada pendek dan ada panjang. Kerat dan patah dalam bidalan tidak seringkas pepatah, dan ada kalanya membawa kesan gema atau rentak • Oleh sebab bidalan lebih pada makna harfiahnya, maka bidalan lebih mudah difahami berbanding dengan pepatah. Contoh: > Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa sakit > Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali > Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar- dengar > Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih > Sayang emak sayang sahaja, sayang bapa menurut kata, sayang saudara sama berada
PERBILANGAN • Dari segi bentuk, perbilangan mempunyai dua baris, dan disebut seperti orang membilang, dan isinya seolah-olah menjadi pegangan hidup. Bahasanya berbentuk harfiah dan kiasan • Perbilangan banyak digunakan dalam adat perpatih. Contoh: > Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah > Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa > Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat > Merajuk kepada yang kasih, bermanja kepada yang sayang, meminta kepada yang ada, berkaul kepada yang keramat > Siapa menjala siapa terjun, siapa terhutang siapa membayar, siapa salah siapa bertimbang, siapa membunuh siapa kena bunuh
MAKNA PERIBAHASA • Peribahasa memiliki makna yang masih dapat dilacak daripada makna unsurnya kerana kewujudan asosiasi antara yang tersurat dengan yang tersirat. Contoh perumpamaan: > Seperti ilmu padi, kian berisi, kian merunduk > Seperti kacang lupa akan kulit > Seperti mentimun dengan durian > Seperti merak mengigal di hutan > Seperti penyapu diikat dengan benang sutera > Seperti tikus membaiki labu > Seperti golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku • Idiom dan peribahasa terdapat pada semua bahasa, terutama pada bahasa yang mempunyai tahap peradaban yang tinggi. Kedua-dua makna ini dapat ditelesuri dengan tuntas melalui kamus
RELASI MAKNA • Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang terdapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata, frasa, dan ayat • Relasi makna dapat menyatakan: > kesamaan makna > pertentangan makna > jangkauan makna > kegandaan makna > kelebihan makna • Relasi makna dapat dilihat dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, hiponim, ambiguiti dan pertindanan makna
SINONIM • Dua kata atau lebih yang mempunyai makna kognitif atau makna konsep yang sama atau hampir sama, yang juga merupakan implikasi dua hala. Contoh: pandai : pintar sudah : telah betul : benar mati : korban fall : autumn freedom : liberty wide : broad mati korban
SINONIM • Semua kata yang bersinonim tidak persis sama. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya: waktu: laksamana (dini) – komandan (kini) tempat: saya (di mana-mana) - beta (istana) formal: wang (rasmi) - duit (tidak rasmi) isteri (rasmi) - bini (tidak rasmi) sosial: saya (sesiapa sahaja) - aku (sebaya) laras:matahari (umum) - surya (sastera) • Perbedaannya jelas jika dilihat dari aspek makna dasar dan makna tambahan, nilai rasanya, kelaziman penggunaan dan penyebarannya
SINONIM • nilai rasa: Kata mati bersinonim dengan kata meninggal dunia, mangkat, gugur, wafat, mampus, tewas, korban… mangkat = mati untuk raja korban = orang, haiwan dsb yang menderita (mati) akibat sesuatu kejadian mampus = mati bahasa kasar gugur == mati dalam pertempuran • kelaziman penggunaan: kata besar bersinonim dengan kata raya, perdana, agung, raksasa… Kelaziman penggunaannya berbeda-beda. Contoh: jalan raya, alam raya, hari raya, hantu raya, purnama raya, rimba raya, bukannya jalan agung, hari perdana, hantu raksasa…
SINONIM • Penyebarannya: posisi yang mungkin sesuai dengan kata yang bersinonim itu. Misalnya kata menunggu dengan menanti, drebar dengan pemandu, penjara dengan jel. Contoh: > Ibu menunggu ayah di pasar (sesuai) > Ibu menanti ayah di pasar (sesuai) > Siapa yang akan menunggu barang ini (sesuai) > Siapa yang akan menanti barang ini (tidak sesuai) > pemandu bas / drebar bas (sesuai) > pemandu pelancong / drebar pelancong (tidak sesuai) > hatinya terpenjara / hatinya terjel (tidak sesuai)
SINONIM • Setiap kata mempunyai nuansa makna yang berbeda. Contoh: Kata melihat bersinonim dengan kata menonton, nampak, melirik, pandang, tengok, jenguk, tenung, renung, tilik, jegil, imbas, belek, perhati, tumpu, tatap, awasi, tinjau, intai, amati, teliti, kenyit, intip, jeling, kerling, teropong, menziarahi, melawat, menjenguk, mengunjungi, menghendap… * Setiap kata yang bersinonim dengan kata melihat itu mempunyai makna tambahan. Kata menghendap misalnya, bermakna merendahkan diri (membongkok dsb) atau menyembunyikan diri (menyorok) supaya tidak kelihatan (dengan maksud hendah mengintai, menangkap dsb)
SINONIM • Jarang ditemukan dua kata yang bersinonim mutlak. Kata yang bersinonim mungkin berasal daripada bahasa daerah, bahasa kebangsaan dan bahasa asing. Contohnya kukul (bahasa Jawa) bersinonim dengan jerawat (bahasa Melayu baku), diabetes bersinonim dengan penyakit kencing manis, telefon gengam bersinonim dengan handphone • Sinonim juga wujud dalam bentuk antara kata (frasa atau ayat) yang berbeda ragam bahasanya, dan antara kata yang berbeda nilai rasanya
ANTONIM • Kata yang menyatakan pertentangan makna atau kontras makna antara satu kata dengan satu kata yang lain • Lawan kata itu mestilah berupa kata. Misalnya kata teruna lawannya memang bukan teruna, tetapi bukan antonim kerana bukan teruna termasuk frasa. Antonim teruna ialah dara • Hubungan antara kata itu juga bersifat dua hala. Contoh: amanah - curang asli - tiruan bantah - setuju pasang - surut teruna - dara lelaki - perempuan jantan - betina tekunmalas
ANTONIM • Antonimdapatdibahagikankepadabeberapajenisberasaskansifattertentu > bersifatmutlak: batasantarasatudengan lain dapatditentukandenganjelas. hidup – mati, diam – bergerak, putera – puteri … > bersifatrelatif: batasantarasatudengan lain tidakdapatditentukandenganjelas. besar – kecil, jauh – dekat, tebal – nipis, panjang – pendek, tua – muda, berat – ringan … > bersifatrelasional: kewujudan yang satuperludisertaioleh yang lain. suami – isteri, membeli – menjual, guru – murid, ibu – anak > bersifathierarki: kedua-duasatuanujaran yang bertentanganituberadadalamsatugarishierarki. gram – kilogram • Dalamsesetengahbahasa, terdapatujaran yang memilikipasanganantonimlebihdaripadasatu. Keadaaninidinamakanantonimmajmuk. Contoh: jauh: dekat, hampir, rapat, sebelah, akrab, karib, samping, sanding, intim, damping… putih: hitam, merah, kuning, jingga…
ANTONIM • Antonim digunakan juga untuk oposisi makna dalam pasangan leksikal bertaraf, seperti panas dengan dingin. Dikatakan bertaraf kerana antara panas dengan dingin masih ada kata lain seperti hangat dan suam-suam kuku. Ayat saya tidak ingin mandi dengan air dingin tidak bermakna saya ingin mandi dengan air panas, mungkin saya ingin mandi dengan air hangat • Oposisi makna dalam pasangan leksikal yang tidak bertaraf, yang maknanya bertentangan dinamakan oposisi komplemen, seperti jantan dengan betina dan suami dengan isteri. Dalam ayat Gen seekor kucing jantan bermakna Gen bukan kucing betina, dan juga ayat Minah isteri Mamat bermakna Mamat suami Minah
POLISEM • Kata atau satuan ujaran yang mempunyai makna lebih daripada satu. Polisem bersumber daripada satu kata, dan maknanya masih berhubungan. Contoh: kepala: bahagian tubuh (manusia / binatang) dari leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga…) kepala: bahagian sesuatu yang di sebelah atas (hadapan atau hulu) kepala: ketua (pejabat, perkumpulan, tertubuhan), pemimpin negara, penghulu… kepala: otak, fikiran, akal kepala: orang (digunakan dalam perhitungan / perkiraan) • Makna pertama ialah makna sebenar. Makna lain ialah makna yang dikembangkan berasaskan salah satu komponen makna yang dimiliki oleh kata atau satuan ujaran itu
POLISEM • Contoh lain: > Orangitujatuhdaripokok (terpelanting) > Mahasiswaitujatuhdalampeperiksaanakhir (gagal) > Hargaciliapijatuhmerudung (merosot) > setelahkehujanan, iajatuhsakit (menjadi) > hariurayajatuhpadahariJumaat (bertepatan) • Maknapertamaialahmaknasebenar. Makna lain ialahmakna yang dikembangkanberasaskansalahsatukomponenmakna yang dimilikiolehkataatausatuanujaranitu
POLISEM • Kata seniman bermaksud orang yang menciptakan karya seni. Namun demikian, kata seniman ini dapat disempitkan lagi maknanya bergantung pada konteks. Contoh: (1) A Samad Said seorang seniman besar, pengunjung pameran terpana dengan karya seninya (2) Karya seniman itu dapat dilihat pada setiap pameran lukisan (3) Seniman ulung ikut ambil bahagian dalam persembahan orkestra di Istana Budaya kata seniman dalam ujaran (1) bermaksud sasterawan, seniman dalam ujaran (2) bermaksud pelukis, dan seniman dalam ujaran (3) bermaksud pemuzik. Kata seniman dalam (1), (2), dan (3) berbeda dalam hal makna rujukan. Oleh sebab acuan atau objek berada di luar bahasa, dan terikat dengan konteks, maka makna ini dinamakan juga makna konseptual
HIPONIM • Hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain, iaitu makna spesifik dalam makna generik • Umpamanya kata mawarialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglahbunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, tahi ayam, cempaka, melur, raya, kasturi, ros, anggerik, tulip, melati, dahlia, kenanga… • Contoh lain: Ikan ialah hiponim bagi tenggiri, tongkol, bawal, kembung, kelah, bilis, belanak, buntal, parang, tambang, merah, emas, kelisa, kelisi, gelama, paus, duri…
HOMONIM • Homonim bermaksud ungkapan yang bentuknya sama dengan ungkapan lain, tetapi maknanya berbeda • Kata yang ditulis sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homograf, dan kata yang dilafazkan sama tetapi maknanya berbeda dinamakan homofon • Dalam kamus, kata berhomonim (homograf) wujud sebagai lema (entri) yang terpisah. Contohnya kata lawa, wujud sebagai tiga lema, iaitu: (1) lawa: cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak (2) lawa: galang atau palang (pada perahu dll) (3) lawa: sombong
HOMONIM • Contoh lain: pacar : inai raga : bakul yang diperbuat daripada bilah pacar : kekasih raga: badan bisa : racun raga: berlagak, sombong bisa : sanggup, dapat bandar : pelabuhan bandar : kota perdagangan bandar : parit bandar : pemegang wang dalam perjudian bang: azan bang: singkatan kata abang nya: Yang di sana itu kekasihnya (KGND) ingin berkahwin, tetapi kekasihnya belum ada (orang tertentu)
HOMONIM • Contoh homofon: > masa : waktu massa : jumlah besar yang menjadi satu kesatuan > sangsi : ragu-ragu, bimbang sanksi : tindakan hukum > bank : lembaga kewangan bang : abang bang : azan > tang : alat untuk menyepit tank : kenderaan tempur
AMBIGUITI • Ambiguiti atauketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua makna. Kegandaan makna ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeda. Contoh: • Buku sejarah baru (Buku sejarah itu baru / Buku itu berisi sejarah zaman baru) • Orang malas lalu di sana (Jarang ada orang yang mahu lalu di sana / Orang malas sahaja lalu di sana) • Menteri baru kahwin (Menteri yang baru dilantik itu kahwin / Menteri yang sudah lama jadi menteri, tetapi kahwinnya baru)
PERTINDANAN MAKNA • Pertindanan makna bermaksud berlebih-lebihan penggunaan unsur segmental dalam suatu bentuk ujaran • Contoh: > Burung ditembak oleh Halim > Burung ditembak Halim • Kata olehdalam ayat di atas dianggap yang berlebih-lebihan dan mubazir, kerana kata olehitu sebenarnya tidak perlu • Contoh lain: > Perawan ini memakai baju berwarna merah > Perawan ini berbaju merah > Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak > Dia membelah kayu dengan kapak
KESIMPULAN • Semantik ialah kajian tentang teori referensi dan teori makna • Rujukan ialah benda, konsep atau perlakuan yang dirujuk dan lambang merujuk bentuk tulisan yang mewakili perkataan yang diujarkan • Jenis makna dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu makna leksikal, makna ketatabahasaan dan makna konteks • Bidang makna yang lain termasuklah makna rujukan dan makna bukan rujukan, makna denotatif dan makna konotatif, makna kontekstual, makna asosiatif, makna stilistik, afektif dan kolokatif, makna istilah, makna idiom, dan makna peribahasa • Relasi makna dapat dirincikan dari aspek sinonim, antonim, polisem, hiponim, homonim, ambiguiti dan pertindanan makna
KATA BIJAK PANDAI FIKIRAN IALAH PELOPOR, FIKIRAN IALAH PEMIMPIN, DAN FIKIRAN IALAH PEMBENTUK