1 / 33

Pasaran pengguna pasaran perniagaan

. PASARAN PENGGUNA. PASARAN PENGGUNA. Pasaran pengguna ini boleh juga kita sebut sebagai pasaran pengguna persendirian atau pengguna akhir. Maka dengan itu bolehlah kita katakan bahawa pasaran pengguna bermaksud orang perseorangan yang membuat pembelian bagi tujuan kegunaan peribadi. . CIRI-CI

more
Download Presentation

Pasaran pengguna pasaran perniagaan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. Pasaran pengguna & pasaran perniagaan VAU 602 ASAS PEMASARAN

    2. PASARAN PENGGUNA

    3. PASARAN PENGGUNA Pasaran pengguna ini boleh juga kita sebut sebagai pasaran pengguna persendirian atau pengguna akhir. Maka dengan itu bolehlah kita katakan bahawa pasaran pengguna bermaksud orang perseorangan yang membuat pembelian bagi tujuan kegunaan peribadi.

    4. CIRI-CIRI PASARAN PENGGUNA Kedudukan Geografi -Pemasar perlu tahu samada populasi di kawasan-kawasan ini meningkat atau sebaliknya. Ciri-ciri Demografi -Pemasar perlu peka tentang perubahan-perubahan dari segi umur, jantina, tahap pendidikan, kelas sosial, kaum dan kedudukan pengguna.

    5. PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN

    6. PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN 1. Tahap pertama : Pengiktirafan Keperluan Contoh: Andaikan selama ini kepala anda selalu pening dan anda pergi berjumpa doktor. Setelah pemeriksaan dibuat doktor mengatakan bahawa mata anda rabun, itulah punca kenapa kepala anda pening. Anda sudah mengenalpasti masalah anda, anda perlukan cermin mata atau kanta lekap untuk memastikan kepala anda tidak pening lagi.

    7. PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN 2. Tahap kedua : Pencarian Maklumat Langkah kedua ini memerlukan anda mencari maklumat, samada mahu menggunakan kanta lekap atau cermin mata. Anda boleh mendapatkan sumber samada dari kawan anda, keluarga atau anda pergi sendiri ke kedai-kedai cermin mata.

    8. PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN 3. Tahap ketiga : Penilaian Alternatif Pengguna memproses maklumat untuk mencapai pilihan jenama. Anda akan memikirkan banyak faktor seperti kepuasan dalam penggunaan, kos dan mungkin juga persepsi terhadap sesuatu jenama. Anda mungkin memikirkan untuk memakai kanta lekap jenama Acuvue kerana ia kerap disiarkan di kaca televisyen.

    9. 4. Tahap keempat : Keputusan Membeli Apabila pengguna membuat keputusan pembelian ini bermakna pengguna membeli berdasarkan jenama yang paling digemarinya. Dua faktor yang timbul di antara niat membeli dengan keputusan membeli : A. Sikap orang lain – contohnya pandangan orang terdekat dengan individu seperti suami atau isteri, B. Faktor situasi tidak dijangka- contohnya seorang pengguna yang mepunyai niat untuk membeli tetapi tiba-tiba mendapat jurujual yang tidak mesra atau tidak ada stok barang

    10. PROSES PEMBUATAN KEPUTUSAN 5. Tahap kelima : Kelakuan Selepas Membeli Setelah membeli pengguna mungkin akan mencapai kepuasan atau tidak mencapai kepuasan terhadap produk atau perkhidmatan yang telah dibelinya. Ia bergantung kepada perhubungan di antara jangkaan pengguna dengan prestasi sebenar produk yang dibeli.

    11. PASARAN PERNIAGAAN

    12. Pasaran perniagaan Pasaran perniagaan atau biasa disebut sebagai pasaran industri merupakan semua organisasi yang membeli produk dan perkhidmatan untuk digunakan dalam pengeluaran produk dan perkhidmatan baru atau untuk tujuan menjual semula atau menyewakannya pada kadar keuntungan.

    13. Contoh: syarikat pembinaan Gamuda yang menjalankan operasi pembinaan rumah dan bangunan yang memerlukan pasir, simen dan lain-lain peralatan mesin . Kemudiannya menjual bangunannya kepada syarikat perumahan seperti TTDI development , syarikat ini pula menjualkan rumah-rumah dan bangunan kepada pengguna.

    15. PROSES PEMBELIAN Tahap satu : Pengiktirafan Masalah Terhasil dari rangsangan luaran atau dalaman. Secara dalaman, syarikat mungkin mengambil keputusan untuk melancarkan produk baru yang memerlukan kepada bahan dan peralatan yang baru. Syarikat akan membeli jentera baru atau membeli alat ganti.

    16. PROSES PEMBELIAN Tahap dua : Huraian Keperluan Umum Menghuraikan ciri-ciri dan kuantiti item yang diperlukan.

    17. PROSES PEMBELIAN Tahap tiga: Spesifikasi Produk Organisasi pembelian menentukan ciri-ciri produk teknikal yang terbaik untuk item yang diperlukan, selalunya dengan bantuan sekumpulan jurutera analisis nilai. Analisis nilai ialah satu pendekatan ke arah pengurangan kos di mana setiap komponen dikenalpasti untuk menentukan samada ia boleh direkabentuk semula, dipiawaikan atau diolah semula dengan kaedah pengeluaran yang menjimatkan kos. Satu pasukan akan dibentuk bagi menentukan ciri-ciri produk yang baik dan membuat spesifikasinya.

    18. PROSES PEMBELIAN Tahap empat: Carian Pembekal Apabila telah mengenal pasti spesifikasi produk yang diperlukan, pihak organisasi akan mencari mana-mana pembekal yang menawarkan item yang dikehendaki.

    19. PROSES PEMBELIAN Tahap lima: Permintaan Cadangan Pada tahap ini pembeli akan menjemput pembekal yang berkelayakan untuk menghantar cadangan. Pembekal pula akan menghantaar katalog atau seorang jurujual sahaja. Tetapi, apabila item atau produk adalah kompleks atau mahal, pembeli akan memerlukan cadangan yang ditulis dengan lengkap atau persembahan formal daripada setiap pembekal yang berpotensi.

    20. PROSES PEMBELIAN Tahap enam : Pemilihan Pembekal Proses pemilihan pembekal ini akan melibatkan ahli-ahli pusat pembelian meneliti serta menyemak cadangan dan memilih seorang atau beberapa orang pembekal. Antara faktor yang mempengaruhi pemilihan pembekal adalah kualiti produk perkhidmatan, penghantaran tepat pada masa, kelakuan korporat yang beretika, komunikasi yang jujur dan harga yang kompetitif.

    21. PROSES PEMBELIAN Tahap tujuh : Spesifikasi Rutin-Pesanan Pembeli membuat pesanan kepada pembekal terpilih, menyenaraikan spesifikasi teknikal, kuantiti yang diperlukan, masa penghantaran yang dijangka, polisi pemulangan dan waranti.

    22. PROSES PEMBELIAN Tahap lapan : Penyemakan Semula Prestasi Pembeli akan menilai semula pembekalnya samada meneruskan urusan dengan pembekal itu, membuat pengubahsuaian atau menggugurkan mereka terus.

    23. CORAK PEMBELIAN Gelagat pembelian pasaran perniagaan ini ternyata berbeza dengan pasaran pengguna. Antara perbezaan corak pembelian antara pasaran pengguna dan pasaran perniagaan adalah dari sudut :

    24. CORAK PEMBELIAN 1. Pembelian Secara Terus   ¤ Organisasi yang membeli biasanya akan membeli terus dari pihak pengeluar tanpa melalui sebarang orang tengah.   ¤ Ini sering berlaku sekiranya pembelian tersebut melibatkan kuantiti yang besar serta bakal pembeli memerlukan perkhidmatan berbentuk teknikal selepas pembelian dibuat.

    25. CORAK PEMBELIAN Pemasaran untuk pengguna organisasi harus mengambil kira integrasi peranan yang dimainkan oleh setiap pengeluar, pembekal, pengedar dan pengguna dalam memasarkan sesuatu produk.   ¤ Oleh itu, jalinan hubungan yang berbentuk jangka panjang dan berkekalan amat dipentingkan.

    26. CORAK PEMBELIAN Kekerapan Pembelian   ¤ Pengguna organisasi jarang membuat pembelian berbanding pengguna persendirian.   ¤ Barangan besar hanya dibeli sekali setahun manakala barangan kecil hanya dibeli mengikut keperluan.   ¤

    27. CORAK PEMBELIAN Kekerapan Pembelian Ini memberikan cabaran kepada pembekal kerana mereka harus kerap menghubungi dan menghantar agen penjual mereka untuk mengetahui samada pengguna organisasi memerlukan produk atau tidak.

    28. CORAK PEMBELIAN Jangka Waktu Rundingan   ¤ Jangka waktu rundingan yang dibuat oleh pembeli organisasi biasanya mengambil masa yang panjang kerana pembelian melibatkan pembabitan lebih daripada satu pakar pembelian.

    29. CORAK PEMBELIAN Pembentukan Kerjasama   ¤ Pembentukan kerjasama yang melibatkan pembelian oleh sesuatu organisasi pembeli dengan syarat organisasi penjual juga membeli sesuatu dari organisasi pembeli. (*untuk organisasi tertentu sahaja)

    30. CORAK PEMBELIAN Khidmat Yang Diinginkan   ¤ Khidmat adalah pendorong utama dalam pembelian yang dilakukan oleh pembeli organisasi.   ¤ Hanya perkhidmatan yang cemerlang dapat membezakan sesuatu pembekal dengan pesaingnya. Ini kerana pengguna organisasi mempunyai banyak pilihan dalam membeli sesuatu produk.

    31. CORAK PEMBELIAN Bekalan Yang Konsisten   ¤ Barangan yang dibekalkan perlu konsisten kerana pengguna organisasi biasanya inginkan pembekalan produk yang konsisten dari segi kualiti dan kuantitinya.   ¤ Penggunaan produk yang tidak berkualiti akan menjejaskan operasi pengguna organisasi.   ¤

    32. CORAK PEMBELIAN Bekalan Yang Konsisten    ¤ Kuantiti produk yang kurang atau melebihi apa yang diperlukan juga boleh menimbulkan masalah.

    33. CORAK PEMBELIAN Penyewaan   ¤ Menyewa memberikan pembeli organisasi faedah-faedah dari segi modal di samping pengguna organisasi tidak perlu bimbang jika berlaku kerosakan kerana ini adalah tanggungjawab organisasi yang menyewakan produk tersebut.  

    34. CORAK PEMBELIAN Penyewaan Menyewa tidak memerlukan peruntukan yang tinggi kerana pembayaran dibuat secara bulanan, tahunan dan sebagainya.

More Related