490 likes | 1.05k Views
Tajuk 2 KECEKAPAN, PASARAN DAN KERAJAAN. Kriteria kecekapan. Kecekapan adalah nilai nomatif. Ia digunakan untuk menilai kesan penggunaan sumber-sumber ke atas kebajikan individu. Secara amnya kecekapan bermakna mengeluarkan sesuatu dengan tenaga atau kos paling rendah
E N D
Kriteria kecekapan. • Kecekapan adalah nilai nomatif. • Ia digunakan untuk menilai kesan penggunaan sumber-sumber ke atas kebajikan individu.
Secara amnya kecekapan bermakna mengeluarkan sesuatu dengan tenaga atau kos paling rendah meminimakan pembaziran dalam penggunaan sumber.
Kriteria kecekapan ini telah dipenuhi bila sumber-sumber telah digunakan dalam satu tempuh, sehingga adalah mustahil untuk menambah kebajikan seorang, tanpa mengurangkan kebajikan orang lain.
Kriteria ini mula dikenalkan oleh seorang ahli ekonomi Itali bernama Pareto. Kriteria ini dipanggil keoptimalan Pareto ( Pareto Optimality).
Keoptimalan Pareto akan dicapai bila: 1. Pembaziran diminimakan dan oleh itu ada lebih sumber untuk pengeluaran, jadi lebih ramai yang akan mendapat faedah, sementara faedah asal yang dinikmati tidak berkurang. 2. Individu bebas membuat pertukaran sesama sendiri, sekiranya ia mendatangkan faedah kepada mereka. Keadaan optima dicapai bila tiada lagi pertukaran dapat dibuat tanpa merugikan seseorang.
Walau bagaimana pun, perkara kedua ini mendapat tentangan beberapa pihak Menurut mereka kerajaan perlu mengawasi petukaran ini kerana ada jenis-jenis pertukaran yang tidak baik kepada masyarakat keseluruhannya. Oleh itu terdapat undang-undang menghalang penjualan dadah, pelacuran dan seumpamanya.
Syarat marginal kecekapan Beberapa konsep penting: Jumlah faedah sosial (total social benefit = TSB) adalah jumlah kepuasan atau faedah yang didapati oleh seorang individu bila menggunakan sejumlah barang ekonomi dalam satu tempoh.
Faedah sosial marginal (marginal social benefit = MSB) tambahan faedah yang didapati dengan pertambahan satu unit barang ekonomi yang digunakan dalam satu tempoh. Jumlah kos sosial ( Total social cost = TSC) nilai kesemua sumber yang diperlukan untuk mengeluarkan sejumlah barang yang dikehendaki dalam satu tempoh.
Kos sosial marginal (Marginal social cost= MSC) jumlah wang paling minimum yang diperlukan bagi membayar tuan punya input-input yang diperlukan untuk mengeluarkan satu unit barang tambahan . Faedah marginal bersih (Marginal net benefit = MNB) perbezaan antara faedah sosial marginal dengan kos sosial marginal.
Dalam rajah 1, tingkat output yang cekap ialah di persilangan antara MSC dan MSB, dengan output 15 ribu buku roti sebulan, harga RM1.50 sebuku. Bila Q* roti dikeluarkan, perbezaan antara TSB dengan TCS adalah paling maksimum (Rajah 2). Kesimpulanya keadaan pengeluaran yang cekap dicapai bila MSB = MSC dan MNB = MSB – MSC = 0
Keadaan tidak cekap bila: 1. MSB > MSC bila MSB lebih dari MSC contohnya di Q1 = 10, Dilihat dengan mengagihkan sumber tambahan untuk mengeluarkan tambahan satu unit roti masih dapat menambah faedah Faedah bersih akan didapati jika menambah output dari 10 ke 15, dan faedah ini ditunjukkan oleh kawasan ABE.
2. MSC > MSB contohnya pada Q2 = 20, Dilihat dengan mengurangkan sumber pengeluaran , output akan dikurangkan dari 20 ke 15, dan masih boleh menambah faedah kepada masyarakat. Kedua-dua keadaan ini tidak cekap kerana masih boleh dibuat perubahan tingkat output dan perubahan ini mendatangkan faedah kepada seorang, tanpa memburukan keadaan orang lain.
Pasaran, harga dan syarat kecekapan. Jika diandaikan pasaran di dalam keadaan persaingan sempurna, ciri-ciri berikut perlu ada kesemua sumber pengeluaran kepunyaan persendirian kesemua urusniaga berlaku di pasaran, dan semua barang tidak dapat dibezakan,
Kuasa ekonomi dibahagikan samarata, oleh itu tiada pengguna atau penjual dapat menguasai tingkat harga. Maklumat adalah sempurna dan didapati secara percuma. Sumber-sumber adalah bebas bergerak dan boleh digunakan oleh semua .
Interaksi permintaan dan penawaran akan menghasilkan harga pasaran Pembeli dan penjual tidak dapat mempengaruhi harga ini,
Dipihak pembeli Semasa memutuskan berapa banyak akan dibeli, pembeli akan membandingkan Faedah persendirian marginal (Marginal private benefit = MPB) dengan harga pasaran. MPB ialah nilai ringgit tambahan yang diberikan kepada unit tambahan barang yang dibeli.
Keadaan paling cekap bila tingkat harga pasaran sama dengan nilai barang itu kepada pengguna (MPB) Dan keadaan adalah P = MPB = MSB, jika penggunaan barang berkenaan hanya memberi faedah kepada pembeli itu sahaja.
Di pihak pengeluar Kos persendirian marginal (Marginal private cost = MPC) adalah kos tambahan yang ditanggung oleh firma bila mengeluarkan satu unit tambahan output. Pengeluar akan memaksimumkan keuntungan bila: P = MPC = MSC MPC sama dengan MSC apabila semua kos melepas telah dimasukkan semasa mengira kos persendirian.
Dalam pasaran persaingan sempurna pembeli dan penjual akan memaksimakan kepuasan dan keuntungan masing-masing. Interaksi dipasaran akan menghasilkan keseimbangan bila: P = MPB = MSB = MPC = MSC Dalam contoh di atas, bila harga P = RM1.5 dan kuantiti 15 , pasaran dikatakan cekap.
Keadaan-keadaan bila interaksi pasaran gagal mencapai kecekapan Kuasa monopoli. Sebuah firma mempunyai kuasa monopoli bia ia dapat mengenakan harga lebih tinggi dan kuantiti kurang dari keadaan yang cekap .
Monopoli akan menyamakan MR dengan MPC = MSC dan akan mengeluarkan Qm pada harga Pm. Di tingkat output Qm MSB > MSCm, Tingkat output boleh ditingkatkan lagi sehingga ke Q*. Bila ada monopoli, kehilangan kecekapan (kehilangan faedah bersih) sebanyak kawasan ABE berlaku.
Kecekapan hanya berlaku bila dasar kerajaan memaksa monopoli ini mengeluarkan Q* dengan harga lebih rendah. Tindakan ini mendapat sokongan dari ahli ekonomi nomatif, kerana ia dapat menentukan kecekapan dicapai.
Keluk penawaran asal ialah S = MPC = MSC Cukai jualan (T) ke atas barang X akan mempengaruhi penawarannya. Keluk penawaran akan beralih ke atas, menjadi S1 = MPC + T > MSC Harga akan naik dari 5 ke 6, dan kuantiti kurang dari 4 ke 3
Didapati kehilangan kecekapan sebanyak kawasan BEE’ Oleh iu semasa menilai sesuatu program kerajaan yang dibiayai melalui cukai, perlu dicampurkan juga kehilangan kecekapan ini, sebagai kos program tersebut.
Kecekapan di pasaran dicapai bila harga RM5, dan kuantiti dijualbeli Q1 Jika kerajaan ingin membantu pengeluar (petani), ia boleh menetapkan tingkat harga lebih tinggi dari RM5, misalnya RM6. Harga yang lebih tinggi ini akan menggalakkan pengeluaran kepada Q2 Tetapi pada tingkat Q2, pengguna sanggup membayar hanya RM4.
Pengeluaran Q2 adalah tidak cekap kerana D > S atau MSB > MSC Kerajaan akan menanggung perbezaan harga ini, Jumlah subsidi yang dibayar ialah RM2 x Q2.
Kegagalan Pasaran: Alasan menyokong aktiviti kerajaanDi dalam keadaan sebenar, ada masa pasaran gagal menyediakan barangan dan perkhidmatan mengikut hukum permintaan dan penawaran. Keadaan ini termasuklah: apabila ada kuasa monopoli, melibatkan barang awam.
Apabila ada kesan luaran, Kegagalan mengagihkan pendapatan dengan ‘adil’. Kegagalan pasaran untuk mencapai kestabilan di dalam gunatenaga dan harga.
Keadilan lawan kecekapan. • Ramai berpendapat , semasa menilai sesuatu program, tidak cukup dengan melihat kriteria kecekapan sahaja, perlu juga dilihat kriteria keadailan. • Masalah semasa menggunakan kriteria keadilah timbul kerana orang yang berbeza mempunyai penilaian berbeza mengenai apa yang adil.
Ahli ekonomi menghadkan kajian yang melibatkan keadilan kepada persoalan-persoalan berkaitan kesan beberapa pilihan dasar ke atas kesejahteraan rakyat.
Keluk Kemungkinan Utititi (Utiliti-Possibility Curve) Keluk ini memberi pilihan antara peringkat kecekapan dengan perubahan pengagihan kebajikan. Di atas keluk ini ditunjukan tingkat utititi maksimum yang dapat dicapai oleh individu dalam masyarakat itu
Keluk ini juga akan bergantung kepada jumlah sumber yang ada serta tingkat teknologi. Kombinasi yang cekap antara kebajikan dua individu A dan B ditunjukkan oleh rajah di bawah.
Titik-titik E1, E2 dan E3 adalah cekap. Titik Z adalah titik diluar capaian. Titik X adalah tidak cekap kerana, kebajikan seseorang masih boleh diperbaiki tanpa menjejaskan kebajikan orang lain. Peralihan dari X ke E1 atau ke E2 selalunya tidak mendapat bantahan dari A atau B, kerana kebajikan asal individu tidak terjejas
Bantahan selalunya berlaku jika ada pihak yang tidak jelas dengan kesan sesuatu projek kepada mereka. Pealihan dari X ke E3 akan mendapat tentangan dari A, kerana jelas ianya akan menambah kebajikan B, tetapi kebajikan A akan dikurangkan.