130 likes | 261 Views
Kegiatan Pos-Peperiksaan 2008: SURAT BERITA TWSS. Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Teck Whye. Surat Berita TWSS.
E N D
Kegiatan Pos-Peperiksaan 2008:SURAT BERITA TWSS Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Teck Whye
Surat Berita TWSS • Sempena selesainya peperiksaan akhir semester 2008, para pelajar perlu memanfaatkan masa luang semasa pelajaran Bahasa Melayu untuk menghasilkan bahan bagi Surat Berita (‘Newsletter’) • Surat Berita ini merupakan kompilasi hasil kreatif pelajar • Surat Berita ini diharapkan dapat diterbitkan (sama ada dalam bentuk cetak ataupun elektronik) tahun hadapan, pada bulan Januari dan Mac.
Surat Berita TWSS • Tajuk surat berita ini akan ditentukan oleh sidang penerbitan • Para pelajar dipersilakan memberikan saranan tajuk yang sesuai bagi surat berita ini Contoh: Tinta Teck Whye
Objektif Kegiatan • Hasil kreatif para pelajar dapat ditonjolkan dan dikongsi bersama pelajar-pelajar yang lain • Setiap pelajar dapat menyumbangkan idea, bahan dan tenaga dalam menghasilkan surat berita ini • Surat Berita ini diharapkan dapat menjadi wadah komunikasi dan interaksi di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar TWSS
Projek Surat Berita TWSS • Setiap pelajar TWSS dikehendaki menyumbangkan SATU daripada bentuk penulisan berikut: • Cerpen • Laporan mengenai kegiatan yang dianjurkan di sekolah tahun ini • Esei (bukan cereka) • Pantun • Sajak • Syair • Teka-teki (sekurang-kurangnya 10)/ kisah jenaka • Komik (memenuhi 1 mukasurat saiz A4) (Bentuk lain boleh diterima jika bersesuaian)
Bahasa Penulisan/ Karya • Kesemua bahan penulisan WAJIB menggunakan BAHASA MELAYU BAKU • Tema-tema yang digunakan perlu memaparkan sifat positif dan bersesuaian dengan pembaca remaja (contoh: kekeluargaan, persahabatan, semangat kesukan dsbg)
Penghantaran • Di akhir pembentangan ini, para pelajar dikehendaki menentukan bentuk penulisan yang akan dihasilkan • Guru akan mencatatkan pada senarai nama pilihan yang ditetapkan • Sumbangan lebih daripada 1 bahan amat dialu-alukan!
Penghantaran: Butiran Lanjut • Para pelajar akan menggunakan waktu subjek BM untuk melengkapkan bahan • Tempoh yang diberikan: 1 minggu mulai Rabu, 15hb. Oktober hingga Rabu, 22hb. Oktober • Bahan yang telah dilengkapkan akan dikumpulkan oleh guru BM masing-masing selewat-lewatnya pada pelajaran terakhir minggu tersebut.
Penghantaran: Butiran lanjut • Sumbangan pelajar harus ditaipkan (kecuali komik) • Salinan dokumen (soft copy) harus diberikan kepada guru masing-masing dalam bentuk cd/thumbdrive/e-mel
Jawatan kosong bagi Jabatan Pengarang • Para pelajar yang berminat menganggotai jabatan pengarang boleh menghubungi guru BM masing-masing • Jawatan yang diperlukan: - ketua penyunting/editor (1 jawatan kosong) - pereka kreatif (2 jawatan kosong) - penyunting (4 jawatan kosong)
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cikgu Fadelinah melalui lelaman http://rantaibahasa.wordpress.com (Tinggalkan sebarang soalan dalam bahagian ‘Comment’)