550 likes | 2.23k Views
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN. PENGENALAN ASAL-USUL BAHASA MELAYU. Asal-usul Melayu. Catatan orang China menyatakan ia berasal daripada sebuah kerajaan Mo-lo-yue yang berpusat di Jambi, Sumatera. Catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
E N D
MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN PENGENALAN ASAL-USUL BAHASA MELAYU
Asal-usul Melayu Catatan orang China menyatakan ia berasal daripada sebuah kerajaan Mo-lo-yue yang berpusat di Jambi, Sumatera. Catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ‘Mlayu’ bermaksud berlari @ mengembara iaitu orang Indo-Melayu (Austronesia) dari Yunan.
Asal-usul Bangsa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan Pertama dikenali sebagai ‘Melayu Proto’ @ Zaman Batu Baru(2500 S.M) Kumpulan Kedua dikenali sebagai ‘Melayu Deutro’ @ Zaman Logam (1500 S.M)
Melayu Proto Keturunan Melayu Proto; - Orang Asli di Semenanjung Malaysia - Dayak di Sarawak - Batak di Sumatera Bilangannya agak kurang Mendiami kawasan gua dan tebing sungai Tidak mahir dalam ilmu pelayaran
Melayu Deutro Keturunan Melayu Deutro; - Orang Melayu di Malaysia Lebih bijak dan mahir daripada orang Melayu Proto Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Mendiami kawasan pantai dan lembah
Proses Penentuan Dasar Bahasa • Proses pemilihan • Berpegang pada satu lambang perpaduan,memelihara kepentingan kebangsaan, menunjukan identiti bangsa • Memaparkan sifat keunggulan
Perkembangan Bahasa Melayu Tiga tahap utama; Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu Kuno Bermula dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya Penuturnya di Semenanjung, Sumatera dan Kepulauan Riau. Menjadi lingua franca sebagai bahasa pentadbiran Banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit Terdapat pengaruh agama Hindu
Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting; - Zaman Kerajaan Melaka - Zaman Kerajaan Acheh - Zaman Kerajaan Johor-Riau Menggunakan bahasa Istana Ayatnya panjang dan berbelit-belit Banyak ayat songsang dan kata2 klasik
Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19 Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap permulaan zaman bahasa Melayu Moden Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar mejadikan B.Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Selepas Merdeka, bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan
Peranan Bahasa Melayu Bahasa Melayu mengalami perkembangan yang pesat Selepas merdeka, martabat bahasa Melayu dinaikkan sebagai bahasa kebangsaan Bahasa Melayu juga mendukung peranan sebagai bahasa perpaduan
Dasar Bahasa Dasar bahasa di Malaysia meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Proses penentuan bahasa melibatkan aspek perancangan bahasa secara berperingkat-peringkat Oleh sebab negara mempunyai pelbagai kaum, jadi kita memerlukan satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
Fungsi Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Bahasa Ilmu • Bahasa perpaduan • Bahasa Rasmi
Bahasa kebangsaan • Lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. • Alat perhubungan dan menghasilkan satu masyarakat yang mempunyai pandangan hidup. • Memupuk rakyat malaysia melalui penggunaan satu bahasa (terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955)
Bahasa Ilmu • Bahasa Melayu dikatakan sebagai bahasa akademik • Bahasa Ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. • bertujuan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam penggunaannya
Bahasa Perpaduan • Bahasa Lingua Franca • Berperanan sebagai alat perpaduan • Penerimaan bahasa Melayu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia.
Bahasa Rasmi • Bahasa yang diberikan status sedemikian secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah. • Sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara • Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara. • Tujuan: Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan.Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan
Kedudukan dan Taraf B.M Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Akta Bahasa Kebangsaan Akta Pendidikan Persoalan Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun, kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.Berikan pendapat anda.