580 likes | 1.9k Views
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A. TATABAHASA. DEFINISI DAN BIDANG TATABAHASA. Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: Morfologi : kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. Sintaksis : kajian tentang pembentukan ayat. Morfologi.
E N D
MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN A TATABAHASA
DEFINISI DAN BIDANG TATABAHASA • Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: • Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan. • Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata.
struktur kata (morfem) Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Kata Tunggal Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Contoh: Itu Bakal ke.
Pengimbuhan (kata terbitan) kata dasar yang menerima imbuhan. Dikenali sbg kata terbitan. Contoh: berlari memasak
Pemajmukan ( kata majmuk) Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Contoh: Bumiputera air mata.
Penggandaan ( kata ganda) Kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh: kanak-kanak, rumah-rumah, Lelangit, Saudara-mara
kata nama Kata Nama Am • digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti • orang: ayah, polis, perempuan . • haiwan: ayam, itik, buaya . • benda: televisyen, komputer, bank . • tempat: stadium, jalan raya, pulau . Kata Nama Khas • Khusus digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa(nama manusia, binatang) dan yang tidak bernyawa (nama tempat, bangunan). • benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45 • orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long • binatang: Blacky, Pak Belang, • tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur
kata kerja • merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. • Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. • Kata kerja terbahagi kepada, • kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) • kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Kata Kerja Transitif -ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. -biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Transitif Pasif • mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. • menggunakan imbuhan • Men • men ...i • men ...kan • Memper • memper...i • memper...kan. • disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. • menggunakan imbuhan • di-.
Kata Kerja Tak Transitif- ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri sendiri - tidak memerlukan penyambut Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap memerlukan pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung (penyambut) tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
kata adjektif • dikenali sebagai kata sifat • menjadi inti dalam frasa adjektif • boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti • amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. • terbahagi kepada 9 subgolongan:
kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain. Terdapat 16 jenis kata tugas iaitu Kata________
Sintaksis Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
jenis frasa • Frasa endosentrik • ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. • FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik • Frasa eksosentrik • ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti
binaan frasa FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa endosentrik. Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama) frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya di sekolah . (Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran).
Klausa Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yg mengandungi subjek dan predikat. Klausa terbahagi kpd 2 jenis iaitu klausa bebas / ayat induk dan klausa tak bebas / klausa kecil.
klausa bebas • boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sbg ayat lengkap apabila diucapkan dgn intonasi yg sempurna. • Cth : kamu pandai saya akan hadir dia sedang bekerja kami sudah makan
klausa tak bebas • tidak dapat berdiri sendiri. • Cth : Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. (ayat induk) (ayat kecil) • Klausa tak bebas hanya dapat hadir sekiranya wujud ayat induk. • Klausa tak bebas yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis spt:- • Walaupun hari telah gelap. (salah) • Walaupun hari telah gelap, mereka tetap meneruskan pertandingan itu. (betul)
Definisi ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Binaan ayat(subjek dan Predikat) Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan dan mempunyai intonasi yang sempurna. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah. Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK),frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Pola ayat dasar • Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat yang lain. • ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. • Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. • Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. • Bahagian predikat pula diisi oleh 4jenis frasa:- • Frasa Nama (FN) • Frasa Kerja (FK) • Frasa Adjektif (FA) • Frasa Sendi Nama (FS).
contoh Dalam Pola 1-4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa.
ayat penyata • Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan, iaitu mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. • Juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. • Contoh : 1) Pemuda itu seorang jurutera. 2) Bunga Mawar itu sangat wangi. 3) Bangunan itu sangat tinggi. 4) Abdullah seorang doktor.
ayat tanya • Ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu hal. • Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis: • Ayat tanya tanpa kata tanya. • Ayat tanya dengan kata tanya. 1) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. > Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. > Menggunakan lambang tanda soal (?). > Contoh :1) Ayah masih bekerja? 2) Mereka sedang menonton televisyen? 3) Orang tua itu sakit?
Ayat perintah Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
ayat seruan • Ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan bertujuan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, sedih, sakit, geram dan sebagainya. • Menggunakan lambang tanda seru (!) yang diletakkan pada akhir ayat. • Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas. • Contoh : 1) Oh, Tuhanku! 2) Aduh, sakitnya! 3) Syabas, anda telah berjaya!
ayat aktif • Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) • Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. • Contoh : • Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat).
ayat pasif • Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). • Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. • Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. • Contoh : • i. Ikan itu dipancing oleh Ali. • ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) • iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
ayat tunggal • Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. • Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. • Contoh : • Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung.
ayat majmuk • Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal • Disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. • Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. • Contoh : • A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal) • B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) • C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
ayat majmuk campuran • Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. • Contoh: • Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas iaitu: 1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.