330 likes | 609 Views
KEMAHIRAN INSANIAH NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME HHHC9401 (PERBENTANGAN AKHIR). NAMA PROGRAM : MUTIARA ASPIRASI TEMA : ‘’ASPIRASI PENCETUS MOBILITI SISWA’’ KOD : DN 00906/2013 JAWATAN : AJK SUKAN DAN KESELAMATAN TARIKH MULA PERANCANGAN : 3 DISEMBER 2013
E N D
KEMAHIRAN INSANIAH NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME HHHC9401 (PERBENTANGAN AKHIR)
NAMA PROGRAM : MUTIARA ASPIRASI TEMA : ‘’ASPIRASI PENCETUS MOBILITI SISWA’’ KOD : DN 00906/2013 JAWATAN : AJK SUKAN DAN KESELAMATAN TARIKH MULA PERANCANGAN : 3 DISEMBER 2013 TARIKH PROGRAM : 13-15 DISEMBER 2013 TARIKH AKHIR PELAKSANAAN (post-mortem) : 17 DISEMBER 2013
DEFINISI • Nilai adalah sesuatu perkara yang baik yang meninggalkan kesan baik kepada si pelaku atau orang sekelilingnya. • Etika sesuatu penilaian di mana ia bertindak sebagai kayu ukur penilaian moral atau standard. • Etika memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan bersosial.
OBJEKTIF • Objektif kemahiran insaniah HHHC 9401 ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang tinggi di samping menepati etika dalam segenap aspek kehidupan. • Nilai dan etika merupakan komponen penting dalam seseorang individu bagi menjadikan dia seorang yang profesional dan cemerlang.
PERANCANGAN • Sebagai proses permulaan, kami membuat perancangan di mana kami telah mengadakan beberapa kali pertemuan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan program. • Sebagai ahli jawatankuasa sukan dan keselamatan, kami dipertanggungjawabkan bagi mengawal keselamatan semasa program berlangsung ( 3 hari 2 malam) .
PERANCANGAN • Selain itu, kami juga diberi amanah bagi mengendalikan aktiviti sukan dan permainan. • Sebagai contoh, kami dikehendaki mengendali aktiviti senamrobik dan menyediakan aktiviti sukan rakyat. • Dalam masa yang sama, kami memikirkan etika pemakaian yang sesuai dalam aktiviti yang bakal dijalankan.
PERANCANGAN • Dalam proses perancangan, kami mengadakan tiga kali perjumpaan. • Kami membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh diselitkan dalam permainan sukan rakyat mengikut kesesuaian tempat dan masa. • Hasilnya, kami memilih aktiviti baling selipar, boling kelapa, tiga kaki dan belon air.
PERANCANGAN • Pemilihan aktiviti berkenaan sukan rakyat dipilih mengikut aspek yang positif, di mana kami memikirkan apakah motif permainan itu diadakan dan apakah impak positif yang dapat diambil oleh ahli peserta melalui aktiviti tersebut. • Boling kelapa = peserta perlu mengaplikasinilai konsentrasi • Tiga kaki = peserta perlu mempraktiknilai pemikiran kreatif bagi menyelesaikan masalah • Belon air = peserta perlu mengaplikasisikap bekerjasamaantara ahli kumpulan
PERANCANGAN • Dalam proses perancangan (semasa aktiviti mesyuarat) , kami masih mengaplikasinilai-nilai yang beretika. • Sebagai contoh, sebelum mesyuarat dimulakan, pengerusi (saya) memberi salam dan ucapan alu-aluan kepada ahli majlis mesyuarat.
PERANCANGAN • Pada ucapan alu-aluan juga, saya memberi ucapan alu-aluan kepada excotertinggi dalam seketeriat kami sebagai tanda penghormatan kepada individu yang lebih berjawatan. • Walaupun exco yang dilantik itu adalah sebaya atau mungkin lebih muda, namun nilai menghormatiitu perlu ada bagi memastikan keberkesanan tugas. • Etika ini adalah sangat penting sebagai tanda profesionalismeseorang anak buah kepada orang atasannya dalam pekerjaan.
PERANCANGAN • Nilai yang boleh diperoleh dalam proses pengendalian majlis mesyuarat ini ialah nilai saling menghormati dan menghargai. • Tamsilnya, ucapan ‘’Assalamualaikum’’ diberikan kepada ahli mesyuarat yang beragama Islam manakala ucapan sejahtera diberikan kepada ahli mesyuarat yang bukan Islam.
PERANCANGAN • Keberkesanan etika boleh diperlihat di sini adalah terbukti apabila ahli mesyuarat yang walaupun terdiri daripada berlainan agama tidak rasa didiskriminasi, sebaliknya rasa keadilan sama rata itu diberi kepada mereka. • Konsep etika di sini memainkan peranan penting dalam memastikan ahli mesyuarat rasa dihargai, seterusnya memastikan mereka dapat memberi komitmen penuh dalam perbincangan.
PERANCANGAN • Semasa perbincangan bagi slot permainan sukan rakyat, saya dan rakan-rakan mengaplikasinilai pemikiran kreatif dan kritis, di mana kami perlu memikirkan kaedah yang terbaik dan sistematik untuk mengira dan mengaudit markah para peserta kelak (pada hari pelaksanaan program) sekali gus menetapkan siapa menang dan siapa kalah.
PELAKSANAAN • Pada 13 Disember 2013, kami memulakan gerak kerja kami sesampai sahaja di lokasi program. • Setiap ahli jawatankuasa diberi amanah memegang peti kecemasan (First-Aid-Kit) secara bergilir, berpandukan jadual yang telah diberi (selama 3 hari 2 malam) . • Di sini, saya dapat mempelajari nilai kebertanggungjawaban dan amanah dalam melaksanakan tugas.
PELAKSANAAN • Sikap amanah dan tanggungjawab sangat penting, khasnya kepada individu yang digelar pelajar seperti saya. • Sikap dan nilai amanah dan tanggungjawab dapat menjadikan saya seorang pelajar UKM yang cemerlang, dan nilai ini boleh saya praktikkan dalam dunia kerjaya kelak.
PELAKSANAAN • Pada keesokan harinya, kami meneruskan gerak kerja selaku AJK sukan bagi aktiviti senamrobik, di mana kami memutuskan untuk menggunakan tema ‘senamrobik 1 Malaysia’ sebagai rujukan. • Dalam aktiviti ini, nilai yang dapat saya utarakan adalah nilai kesungguhan dan kesepaduandalam menyampaikan sesuatu.
PERLAKSANAAN • Tamsilannya, saya dan ahli jawatankuasa sukan dan keselamatan yang lain beratur di hadapan bagi mengetuai senamrobik. • Di sini, kesepaduan gerakan itu penting bagi memastikan pemerhati / pengikut yang berada di bawah dapat menangkap dan mengikut setiap gerakan senamrobik yang ditunjukkan. • Sebaliknya, jika pihak kami gagal menyampaikan gerakan secara bersepadu, maka peserta akan mengalami kekeliruan dan rasa seronok dalam melakukan aktiviti senaman itu gagal dicapai.
PELAKSANAAN • Nilai kesungguhan itu dapat disemai semasa proses saya dan sahabat-sahabat berlatih bersungguh-sungguh (proses latihan ini berlaku dalam proses perancangan, iaitu sebelum program dilaksanakan) agar dapat menghafal setiap gerakan dalam ‘senamrobik 1 Malaysia’ dan menyampaikan persembahan dengan baik. • Jika nilai kesungguhan dan kesepaduan tidak diaplikasi, maka kami gagal menjalankan amanah dengan profesional dan efisien.
PELAKSANAAN • Pada sebelah petang pula, slot sukan rakyat dilangsungkan. • Dalam kategori ini, saya memainkan peranan sebagai penjaga ‘checkpoint’ bagi permainan sukan rakyat yang diberi nama ‘tiga kaki’ . • Semasa proses pelaksanaan slot ini, saya sebagai pengadil permainan perlu menitikberatkan nilai keadilan, amanah dan jujur dalam pengiraan markah setiap kumpulan.
PELAKSANAAN • Nilai jujur dan amanah dapat mengelakkan individu daripada sikap berat sebelah. • Sekiranya seorang pemimpin gagal mengamalkan sikap jujur dan amanah, maka sistem pentadbiran sesebuah organisasi itu gagal terlaksana dengan baik dan mudah goyah. • Di samping itu, seseorang pengadil juga perlu mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi. • Dalam situasi ini, peserta yang terlibat dalam permainan ini mungkin terdiri daripada rakan saya sendiri. Namun atas dasar profesionalime, saya tidak mengabaikan nilai keadilan dan memberi kumpulan sahabat saya itu menang, sebaliknya nilai jujur perlu diutamakan.
Antara bukti dalam proses perancangan, di mana kami membuat perbincangan semula mengenai slot permainan ‘sukan rakyat’..
Nilai kesungguhan dan kesepaduan diaplikasi ketika mengendalikan aktiviti senamrobik..
Gerakan yang sepadu antara ahli kumpulan bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan baik..
Pengadil mengaplikasinilai pemikiran kritis dalam merencana syarat dan gerakan permainan dan menjelaskan etika dalam permainan..
Pengadil memainkan peranannya dalam mengira markah sekali gus mengamalkan etika sebagai seorang pengadil, iaitu jujur dan profesional..
Nilai dan sikap positif yang dapat saya perolehi melalui amanah ini ialah… • Sikap konsentrasi • Sikap saling menghormati • Sikap profesionalisme • Sikap jujur • Sikap adil • Nilai tanggungjawab • Nilai pemikiran kreatif dan kritis • Nilai bekerjasama • Nilai amanah • Nilai kesepaduan • Nilai kesungguhan
Etika yang diaplikasikan dalam program ini ialah… • Etika pemakaian • Etika berinteraksi dengan orang atasan • Etika bercakap dalam mesyuarat • Etika sebagai seorang pengadil
Melalui program ini, pelbagai etika dan nilai yang baik yang dapat dipelajari, dan ini boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. • Sebagai seorang pelajar, hidup beretika dan mepunyai nilai yang positif adalah sangat penting bagi membantu untuk mencapai kecemerlangan yang berpanjangan.