250 likes | 978 Views
Adikku Sayang. Oh adikku sayang Ku nyanyikan lagu ini bagi mu Ku tak lupa apda ayah bonda ku Sayang ku, sayang ku. Mari adik mari abang Mari kita bergembira ria. Oh ayah bonda ku Kau membela hingga aku dewasa Ku nyanyikan lagu ini untuk mu Sayang ku, sayang ku. Anak rusa nani.
E N D
Adikku Sayang Oh adikku sayang Ku nyanyikan lagu ini bagi mu Ku tak lupa apda ayah bonda ku Sayang ku, sayang ku Mari adik mari abang Mari kita bergembira ria Oh ayah bonda ku Kau membela hingga aku dewasa Ku nyanyikan lagu ini untuk mu Sayang ku, sayang ku
Anak rusa nani Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa salah kami Lalu tidak tegur Anak rusa nani Baru pandai jalan Mari ikut kami Pergi tengok bulan
Bangun Tidur Bangun tidur ku terus mandi Tidak lupa menggosok gigi Habis mandi ku tolong ibu Membersihkan tempat tidurku
Buih Sabun Saya suka main buih sabun Gelembung bulat cantik berkilat Bila bertiup angin berkawan Terbang tinggi sampai ke awan. Sabun taruh air Kocak –locak jadi buih Ambil buluh tiup Buih sabun terbang sayup
Burung Jelatek Kenapa jelatek hinggap di jendela Aduh kasihan , kasihan Tak dapat terbng sayapnya luka Aduh kasihan, kasihan Mari ku tolong beri ubat Cepat baik kembali sihat
Burung Kakak tua Burung kakak tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tinggal dua Letchum, letchum, letchum Oh La la Burung kakak tua
Satu tangan Satu tangan bilangan lima Dua tangan bilangan sepuluh Nenekku tanam biji delima Apa sebab peria tumbuh
Enjit-enjit semut Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas (4 kali) Dualah tiga kucing berlari Manakan sama si kucing belang Dua tiga sudah ku cari Manakan sama oi oi adik seorang Pisanglah emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutanglah emas boleh dibayar Hutanglah budi oi oi dibawa mati
Indahnya awan negeriku Putih bagaikan perak Di puncak gunung biru Lemah lembut berserak Indahnya awan negeri ku Kuning merah warnanya Disuluh cahaya petang Cantik sungguh rupanya Menghibur hati yang bimbang
Katak Lompat Lompat si katak lompat Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi-pagi Rangkap Kalau adik malas lagi Malas bangun pagi La…la…la… Nanti kita rugi
Kebunku Lihat kebunku penuh dengan bunga Ada yang putih dan ada yang merah Setiap hari ku siram semua Mawar Melati semuanya indah
Kereta Lembu Kereta lembu dari Melaka Ditarik pula oleh lembu perkasa Kereta lembu rodanya dua Jalannya tak laju satu jam sebatu
Kucing Saya ada satu kucing Dilehernya ada loceng Pandai menari pusing-pusing Saya gelar ia Ching,Ching Ching, Ching, Ching saya panggil ia Kling, Kling, Kling berbunyi locengnya
Kudaku Saya ada kuda, dibuat oleh ayah Leher pakai tali, kuda pun mahu lari Oh kudaku garang Ekornya sangat panjang Kuda ayah buat dari pelepah pisang
Lagu tiga kupang Lagu tiga kupang Saku penuh padi Enam ekor burung Masak dalam kuali Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Makan roti gula Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Patuk batang hidung
Mendaki Gunung Naik, naik ke puncak gunung Tinggi, tinggi sekali Kiri kanan kulihat saja Banyak pohon cemara
Rasa sayang # Chorus Rasa sayang eh, rasa sayang, sayang eh Eh lihat nona jauh, rasa sayang sayang eh Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan # Chorus Dua tiga kucing berlari Mana sama Si Kucing Belang Dua tiga boleh ku cari Mana sama puan seorang # Chorus
Senjakala Asar sudah lepas, hari sudah petang Main sudah puas, mari kita pulang Senjakala, senjakala, mari kita pulang Malam sudah datang, siang sudah pergi Sekarang kita pulang, esok kita datang lagi Senjakala, senjakala, esok datang lagi
Suka ramai Belalang rama-rama hingga pohon rambai Mari sama-sama nyanyi suka ramai Kita suka rama-rama, macam –macam warna Berkawan sama-sama, terbang sini sana Rama-rama, sama-sama
Tepuk amai-amai Tepuk amai-amai Belalang kupu-kupu Tepuk biar ramai Emak upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak buat kerja
Timang tinggi-tinggi Timang tinggi-tinggi Samai cucur atap Belum tumbuh gigi Sudah pandai baca kitab
Waktu belajar Waktu belajar jangan main-main Guru tunjuk ajar jangan ingat lain Menulis melukis buat sampai habis Membaca mengira cuba sampai jaya
Waktu fajar Waktu fajar saya bangun Matahari pun timbul Kulihat berduyun-duyun Kawan-kawan berkumpul Sayang saya tidak bisa Bermain kumpul di situ Kerana engkau punya buatan-terbayangkan selalu
Air pasang pagi Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga. Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas.