260 likes | 529 Views
MINGGU 10. Klausa dan Ayat (ayat inti dan jenis ayat). HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: kriteria ayat klausa pola ayat inti jenis ayat. AYAT. Ayat mengandung kriteria yang berikut: * Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa.
E N D
MINGGU 10 Klausa dan Ayat (ayat inti dan jenis ayat)
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: • kriteria ayat • klausa • pola ayat inti • jenis ayat
AYAT • Ayat mengandung kriteria yang berikut: * Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. * Makna yang lengkap dan sempurna. * Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. * Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. * Intonasinya sempurna.
CONTOH AYAT • AYAT Pemuda itu beristerikan orang asing • KLAUSA Pemuda itu beristerikan orang asing • FRASA Pemuda itu beristerikan orang asing • KATA Pemuda itu beristeri akan orang asing • MORFEM Pemuda itu ber isteri akan orang asing
JENIS / RAGAM AYAT AYAT INTI / AYAT DASAR Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat gabungan, ayat aktif, ayat pasif AYAT TERBITAN
AYAT TERBITAN • Ayat terbitan diwujudkan melalui proses berikut: * Peluasan * Penggantian * Pengguguran * Penyusunan semula
KLAUSA / AYAT AYAT KLAUSA Ayat Tunggal Ayat Majmuk
KLAUSA / AYAT • Ayat tunggal satu klausa sahaja: * Yang merah itu mahasiswi * Dia menerima pujian * Budak ini amat sopan * Mahasiswa ini tersenyum * Mereka mengembala kambing • Ayat majmuk lebih daripada satu klausa • Orang itu mahasiswa tetapi orang ini penjual roti • Anak ini menangis walaupun sudah diberi susu • Mereka menjual kasut untuk memenuhi masa lapang
KLAUSA • Klausa ialah unut deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat. • Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat. • Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat. • Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat. • Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap.
KLAUSA BEBAS / KLAUSA TAK BEBAS • Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri untuk menjadi ayat yang lengkap, dan dilafazkan dengan intonasi yang sempurna. • Contoh klausa bebas susunan biasa dan susunan songsang: * Wajahnya cantik Cantik wajahnya * Warnanya biru Biru warnanya * Kamu kedekut Kedekut kamu * Beliau akan pergi Akan pergi beliau • Susunan kompleks: • Wajahnya cantik(KB) kerana dia menjaganya setiap hari (KTB) • Warnanya biru (KB) kerana terkena hujan setiap hari (KTB) • Beliau akan pergi (KB) kalau masa mengizinkan (KTB)
FUNGSI KLAUSA DALAM AYAT MAJMUK PANCANGAN • Subjek:Apa yang terjadimasih menjadi kenangan • Objek: Semua orang mengetahui bahawa tuduhan itu fitnah belaka • Pelengkap: Semua orang tahu bahawa isterinya orang Siam • Penerang: Saya mendapat khabar bahawa dia sudah berumah tangga • Keterangan: Mahasiswi itu menangis kerana terlalu gembira
GOLONGAN KLAUSA • Klausa Nama:klausa yang dapat menggantikan KN /FN dalam ayat bahawa, kata tanya, kata kerja. • Klausa adjektif: kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif. yang • Klausa keterangan: klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata/frasa keterangan masa, sebab musabab, akibat, syarat, tolak ansur, tujuan, perbandingan
KLAUSA NAMA: BAHAWA • Subjek: *Bahawa kenyataannya itu salahtidak dapat dinafikan lagi. *Bahawa beliau itu ulamasudah diketahui orang banyak. • Objek: *Mahasiswa itu mengetahui bahawa dia akan berjaya. *Saya melihat bahawa sedikit sekali mahasiswa yang datang kuliah pada hari ini. • Komplemen:*Pendapatnya ialah bahawa kegawatan ekonomi semakin hebat selepas SUKOM. *Ideanya ialah bahawa kita mesti berkorban demi negara tercinta.
KLAUSA NAMA: KATA KERJA • Subjek: *Bertanya ituakan menambahkan pengetahuan. *Membaca puisidapat meredakan kemarahan. • Objek: *Orang itu mencuba memasak nasi. • Komplemen: *Cita-citanya ialah menjadi peragawati. *kegemaran isterinya ialah mengail ikan.
KLAUSA SIFAT: YANG • Aminah seorang perawan yang berusia 20 tahun. • Mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan sekolah itutelah balik ke kampung. • Istana yang tersergam indahdi atas bukit Sebukur itu istana sultan Melaka. • Polis yang mati ditembak semalam ituberasal dari Sabah. • Amaran yang dikeluarkan oleh kerajaanmesti dipatuhi oleh semua rakyat. • Kehidupan yang penuh pancaroba iniperlu dihadapi dengan tabah.
KLAUSA KETERANGAN • MASA: *Dia terperanjat apabila isterinya muncul dengan tiba-tiba. *Tatkala rombongan itu tiba, hari sudah malam. • SEBAB: *Halimah sangat sedih kerana dia memperoleh ijazah kelas ketiga. *Oleh sebab gagal dalam kursus perkahwinan, dia menangguhkan majlis pernikahan. • AKIBAT: *Saudara tunggu di sini hingga saya kembali. *Dia bersorak sampai suaranya serak. • SYARAT: *Saya akan menjadi calon jika ada kesempatan. *Saya akan memancing, jika tidak hujan.
KLAUSA KETERANGAN • TOLAK ANSUR: *Dia tidak sombong walaupun dia kaya raya. *Pertandingan bola jaring akan diteruskan, biarpun cuaca buruk. • TUJUAN: *Fatimah masih ragu-ragu untuk menerima pinangan jejaka itu. *Yang manis usahlah cepat ditelan agar engkau selamat. • PERBANDINGAN: *Wajahnya kusut seperti janda baru bangun. *Orang itu lebih suka diam daripada bercakap seperti murai.
POLA AYAT INTI • Pola ayat intyi BM terbahagi kepada empat, iaitu: > FN + FN: *Binatang ini unta *Empat orang itu mahasiswa > FN + FSN:*Cerita ini tentang Hang Jebat *Kota itu di Turki > FN + FAdj: *Madu itu manis (seperti gula) *Orang ini kaya (dengan kemiskinan) > FN + FKJ: *Intan itu berkilauan (dengan indahnya) *Puteri kesayangannya menangis (dengan kuat) • FAdj dan FKJdapat diperluas dengan FSN
AYAT: NILAI KOMUNIKATIF / MAKNA • Ayat Penyata / Berita / Keterangan: penyataan (biasa dan pentakrifan), pengakuan / pengesahan, amaran, penggandaan. • Ayat tanya: pertanyaan tertutup, dan pertanyaan terbuka. • Ayat perintah: positif (suruhan, halus, (permintaan, silaan)); negatif (larangan, harapan, ajakan, penyerahan). • Ayat seruan: vokatif (panggilan biasa, doa), bukan vokatif. • Ayat emfatik
AYAT BERITA • Ayat berita dikenali juga dengan nama ayat penyata, ayat keteranganatau ayat deklaratif. • Tujuannya untuk membuat sesuatu penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal / perkara. • Dalam bentuk tulisan, ayat ini diakhiri dengan tanda titik, dan dalam bentuk lisan, ayat ini diakhiri dengan suara menurun. • Contoh ayat berita: * Anaknya pandai mengaji. * Sesiapa yang mengelat dalam peperiksaan akan diambil tindakan tegas. * Saya mengesahkan bahawa mahasiswa ini masih bujang.
AYAT TANYA • Ayat tanya dikenali juga dengan nama ayat interogatif, iaitu ayat yang dimaksudkan untuk menanya seseorang atau menanyakan sesuatu. • Ditandai oleh intonasi tanya dengan nada meninggi sedikit sebelum kesenyapan terakhir. • Lima cara untuk membentuk ayat tanya, iaitu: menambahkan kata apakah, membalikkan urutan kata, menggunakan kata bukan atau tidak, mengubah intonasi ayat, dan menggunakankata tanya. * Halimah isterinya? * Suaminya siapa? * Bukankah itu rumahnya?
AYAT PERINTAH • Dikenali dengan nama ayat arahan atau ayat imperatif, iaitu ayat untuk menyatakan perintah atau suruhan, larangan dan silaan. • Ayat perintah dapat berbentuk ayat tak transitif atau ayat transitif (aktif dan pasif). • Ayat FAdj yang menjadi predikat boleh juga wujud dalam bentuk ayat perintah bergantung pada jenis adjektifnya. • Ayat selain FAdj dan FKJ menjadi predikatnya tidak boleh wujud dalam bentuk ayat perintah. • Dalam tulisan, ayat perintah diakhiri dengan tanda seru (!), dan dalam lisan, diakhiri dengan nada yang menaik sedikit. > Tutup pintu itu! (suruhan) > Silalah istirahat dahulu!(silaan) > Usahlah merajuk!(larangan)
AYAT SERUAN • Dikenali juga dengan nama ayat interjektif, iaitu ayat yang mengungkapkan perasaan kagum, takut, marah, geram, sakit, suka, duka, terperanjat, dan sebagainya. • Diwujudkan daripada ayat berita yang predikatnya FAdj, dan juga ayat perintah. • Ditandai oleh intonasi seruan dengan tekanan keras dan disertai nada meninggi yang menurun sebelum kesenyapan. • Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) > Pak Lebai! > Bodoh! > Alangkan bebasnya pergaulan mereka!
AYAT EMFATIK • Ayat yang memberikan penegasan khusus pada subjek. Penegasan dibuat melalui dua cara, iaitu: > menambahkan partikel lah pada subjek > menambahkan kata hubung yang di belakang subjek • Penegasan pada subjek mewujudkan pergeseran makna, iaitu subjek itulah yang melakukan sesuatu bukan yang lain. Contoh: • Diamemulai perdebatan itu: Dialah yang memulai perdebatan itu • Mahasiswa generasi iniakan menunjangi wawasan: Mahasiswa generasi inilahyang akan menunjangi wawasan. • Kemasukan kata lah dan yangdalam ayat, menjadikan ayat itu bertukar kedudukan dan fungsi subjek dan predikat.
KESIMPULAN • Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap, terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan • Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti • Klausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas • Pola ayat inti terbahagi empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN + FSN • Dari segi nilai komunikatifnya, ayat terbahagi lima, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan ayat emfatik.