100 likes | 930 Views
Unit 3: -------------------- kemasyarakatan dan perpaduan. Masyarakat pelbagai kaum Faktor yang mendorong masalah perpaduan kaum Usaha ke arah membentuk integrasi nasional. KONSEP PERPADUAN & INTEGRASI.
E N D
Unit 3:--------------------kemasyarakatan dan perpaduan Masyarakat pelbagai kaum Faktor yang mendorong masalah perpaduan kaum Usaha ke arah membentuk integrasi nasional
KONSEP PERPADUAN & INTEGRASI • Perpaduan - keadaan di mana rakyat drp pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dlm keadaan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan dan Rukunegara • Integrasi – proses dinamik merapatkan masyarakat Malaysia untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri • Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat (KEMPADU) memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia • Objektif KEMPADU: - Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan • Misi dan visinya pula ialah untuk membantu kerajaan melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, berwawasan dan berdaya maju
JENIS-JENIS INTEGRASI 1. INTEGRASI WILAYAH • Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dan mundur 2. INTEGRASI EKONOMI • Usaha ke arah mengurangkan jurang ekonomi antara kaum/kumpulan etnik 3. INTEGRASI KEBUDAYAAN • Usaha membentuk kebudayaan kebangsaan –Kem.Kebudayaan 4. INTEGRASI SOSIAL • Usaha menyatupadukan masyarakat melalui program sosial sprt pendidikan, sukan, perumahan, kesihatan dll 5. INTEGRASI PENDIDIKAN • Mewujudkan sistem pendidikan bercorak kebangsaan/bersepadu 6. INTEGRASI POLITIK • Usaha menyatukan rakyat melalui politik dan pembahagian kuasa
MASALAH PERPADUAN KAUM DI M’SIA • Pemisahan tempat tinggal • Dasar Pecah Perintah British-memecahbelah kaum majoriti • Pengklasifikasian kaum mengikut fungsi ekonomi, petempatan dan pekerjaan • Segregasi kaum krn keterbatasan pergaulan, komunikasi dan interaksi • Psikologi-selamat tinggal dgn org yang dikenali • Kurang pemahaman tentang masyarakat lain di sekeliling • Sistem pendidikan • Kebebasan ibu bapa untuk memilih sistem pendidikan tanpa sebarang sekatan • Kurang pendedahan tentang identiti nasional • Pengasingan pendidikan mengikut kaum-masyarakat terpisah • Pendidikan berorientasikan negara asal masing-masing
Sambungan…. • Perbezaan tumpuan sektor ekonomi • Pengekalan aktiviti ekonomi mengikut kaum • Penglibatan ekonomi berbeza antara kaum mendorong keterbatasan kaum mengenali antara satu sama lain dan tidak memahami adat resam dan kebudayaan orang lain • Bersaing untuk kepentingan kaum sendiri bukannya untuk kepentingan bersama • Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza • Perbezaan fahaman dan perjuangan kaum menyebabkan perpecahan berlaku • Usaha pengekalan identiti kaum sendiri • Menyukarkan pemerintah mengaut sokongan rakyat • Sikap etnosentrisme membawa masalah perpaduan kaum yang berterusan
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DPend bertujuan mencapai matlamat negara melahirkan masyarakat yang bersatu melalui ko-kurikulum, bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama Memenuhi keperluan pembangunan dan mencapai integrasi nasional Tumpuan diberikan kepada peningkatan pendidikan luar bandar Peningkatan mutu pelajaran melalui ko-kurikulum dan pengenalan mata pelajaran baru selaras dengan perkembangan sains dan teknologi Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Pengenalan KBSR dan KBSM hasil daripada pengenalan Jawatankuasa Kabinet 1974-Dr.Mahathir USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI M’SIA
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Diperkenalkan sebagai usaha memupuk integrasi nasional Timbul hasil daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 3 prinsip utama: Kebudayaan kebangsaan haruslah berlandaskan kebudayaan penduduk pribumi Unsur kebudayaan lain yang dirasakan sesuai dan wajar boleh digabungkan ke dalam kebudayaan kebangsaan Islam akan menjadi unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan Objektif: Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan Memupuk dan memelihara keperibadian bangsa Memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan serta kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi Sambungan….
RUKUN NEGARA 1970 • Rukun Negara yang diisyhtiharkan pada 31 Ogos 1970 berikutan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 • Digubal oleh Majlis Perundingan Negara dalam menimbulkan semangat kekitaan dan identiti bersama di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia • Objektif: • Mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh masyarakat • Memelihara cara hidup yang demokratik • Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinimati bersama secara adil dan saksama • Membentuk masyarakat yang bersifat liberal • Membina masyarakat yang progresif dengan sains dan teknologi
Sambungan….. • PRINSIP UTAMA RUKUN NEGARA • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN