410 likes | 727 Views
KULIAH 4. MODEL HUBUNGAN. Objektif:. Mencapai darjah kebebasan data Menangani masalah ketakselarasan data Menangani masalah lewahan data. Faedah:. Model hubungan berdasarkan hubungan logikal data: Melindungi pengguna d/p mengetahui struktur fizikal pd
E N D
KULIAH 4 MODEL HUBUNGAN
Objektif: • Mencapai darjah kebebasan data • Menangani masalah ketakselarasan data • Menangani masalah lewahan data
Faedah: Model hubungan berdasarkan hubungan logikal data: • Melindungi pengguna d/p mengetahui struktur fizikal pd • Membebaskan pengguna d/p pertimbangan storan fizikal pd • Model yang mudah
Struktur Data Hubungan 1)Jadual: struktur model pangkalan data menggunakan jadual • Hubungan ialah perwakilan perhubungan data dalam bentuk jadual yang terdiri daripada baris dan lajur. • Setiap entiti dan perhubungan boleh diwakil sebagai jadual di dalam pd. • Merupakan perwakilan logikal suatu hubungan
Peristilahan Atribut Rangkap Kekardinalan
2)Rangkap dan atribut • Setiap baris dalam jadual merupakan satu rekod • Setiap lajur mewakili satu nilai bagi satu atribut • Setiap baris dipanggil rangkap dan setiap lajur dipanggil atribut
3) Domain: • Ialah satu set nilai yang dibenarkan bagi suatu atribut • Setiap atribut mesti dipetakan ke atas satu set nilai dibenarkan • Semua nama merupakan data skalar atau atomik yang tidak boleh dipecahkan (contoh Air Keroh / bukan Air dan Keroh • Domain ditakrif di dalam kamus data menggunakan DDL
4) Darjah • Darjah suatu hubungan ialah bilangan atribut yang dikandunginya • Jenis hubungan : a)Hubungan unari b) Perduaan c) Pertigaan d) n-ary
5) Kekardinalan • Kekardinalan suatu hubungan ialah bilangan rangkap yang dikandungi • Bilangan rangkap berubah mengikut kedinamikan pd • Mencerminkan ketikaan suatu hubungan pada satu-satu masa
Hubungan Ternormal • Pangkalan data hubungan ialah satu himpunan hubungan-hubungan ternormal • Istilah setara:
Model Hubungan Pengatur cara Pengguna Hubungan Fail Jadual Rangkap Rekod Baris Atribut Bidang Lajur
Skima, Hubungan dan Ketikaan • Satu hubungan H yang ditakrif oleh satu skima S ialah satu set pemetaan d/p nama atribut kepada domainnya. • Setiap unsur dalam rangkap n terdiri d/p satu atribut beserta nilainya. • Contoh: {(NoPelajar:A3517, Nama: Shamim, Unit:33)}
Cadangan konvensi penamaan nama : • Semua nama ditulis dengan huruf besar atau huruf dicondongkan • Nama hubungan dan nama skima ditulis dengan huruf besar atau dimulai dgn huruf besar jika ditulis dengan huruf condong • Nama atribut ditulis dgn huruf kecil (jika huruf besar digunakan, ia hanya digunakan dipangkal perkataan
Sambungan… • Satu skima hubungan diwakili dengan menulis nama hubungan diikuti oleh nama-nama atribut di dlm kandungan. Jika perlu nama atribut akan diikuti dengan domainnya. Atribut kunci akan ditanda dengan garis bawah
Satu pd hubungan terdiri d/p beberapa hubungan • Skima bagi satu pd adalah himpunan skima hubungan-hubungan yang dikandunginya • Atribut yang bernama sama di dalam hubungan yang berbeza dibezakan dengan menggunakan nama terlayak • Nama terlayak ialah dengan menulis nama hubungan diikuti dengan noktah dan nama atribut.
Sifat-sifat hubungan • Tiada rangkap berulang • Susunan rangkap tidak menjadi hal • Setiap atribut mempunyai nama yg berbeza • Susunan atribut tidak menjadi hal • Semua nilai atribut adalah atomik • Nilai suatu atribut yg sama mesti d/p domain yg sama • Setiap hubungan harus diberi nama yg berbeza
Kunci Kunci Raya • Ialah satu set yg terdiri d/p satu atau lebih atribut yg secara bersama-sama boleh mengecam secara unik satu rangkap dalam suatu hubungan • Contoh: a)NoStaf b) NoStaf dan Nama
Kunci Calon • Ialah kunci raya yang tidak mempunyai subset yang juga satu kunci raya • Satu kunci raya tidak semestinya satu kunci calon
Sekiranya H ialah satu angkubah hubungan, maka satu kunci calon K untuk H ialah satu subset bagi set atribut-atribut H yang mematuhi syarat seperti berikut: • i)sifat keunikan = tidak ada dua rangkap dalam H yang mempunyai nilai K yang sama ii) sifat tidak boleh dikecilkan lagi = K tidak mempunyai subset yang mempunyai sifat keunikan
Kunci Primer • Ialah kunci calon yang dipilih bagi mengecam secara unik rangkap-rangkap di dalam suatu hubungan • Pemilihan kunci calon yang sesuai sebagai kunci primer bergantung kepada semantik kunci tersebut dan kesesuaiannya dengan persekitaran penggunaan hubungan berkaitan
Sambungan… • Kunci pilihan ialah kunci calon yang tidak dipilih sebagai kunci primer • Kunci rencam ialah kunci yang terdiri d/p dua atau lebih atribut . • Kunci ringkas ialah kunci yang terdiri d/p atribut tunggal.
Kunci Asing • Ialah satu set yang terdiri d/p satu atau lebih atribut yang wujud di dalam suatu hubungan tetapi menjadi kunci calon dalam suatu hubungan lain • Penting untuk menentukan kewibawaan dua hubungan yang berkaitan yang dikenali sebagai kewibawaan rujukan • Setiap nilai kunci asing mestilah berpadanan dengan nilai kunci rencam sekiranya kunci calon yg berpadanan adalah juga satu kunci rencam;
Sambungan… • kunci asing itu merupakan kunci ringkas sekiranya kunci calon yang berpadanan adalah ringkas. • Komponen kunci asing mesti ditakrif atas domain yg sama seperi komponen kunci calon berpadanan • Nilai suatu kunci asing adalah mewakili satu rujukan kepada rangkap yang mengandungi kunci calon berpadanan
Sambungan… • Hubungan yang mengandungi kunci asing dikenali sebagai hubungan perujukan • Hubungan yg mengandungi kunci calon yg berpadanan adalah hubungan yg dirujuk dan dikenali sebagai hubungan rumah atau hubungan sasaran
Kunci Sekunder • Ialah satu atribut atau satu set atribut bukan kunci calon yg digunakan semata-mata untuk tujuan dapatan semula data
Kewibawaan Hubungan • Kewibawaan merujuk kepada kepercayaan, keaslian dan kuasa autoriti terhadap data • Kewibawaan dilakukan mengikut peraturan-peraturan kewibawaan • Peraturan kewibawaan berkait rapat dengan a. kekangan domain b. atribut nol c. Kewibawaan entiti d. Kewibawaan rujukan
Nol • Nol mewakili nilai atribut yang tidak diketahui pada ketika itu atau tidak berkaitan bagi rangkap berkenaan Kewibawaan entiti • Kewibawaan entiti menyatakan tiada komponen kunci primer dalam hubungan asas dibenarkan menjadi nol
Kewibawaan rujukan • Peraturan kewibawaan rujukan menyatakan sekiranya kunci asing wujud dalam satu hubungan maka nilainya mesti berpadanan dengan nilai kunci calon bagi suatu rangkap dalam hubungan sasaran atau jika tidak, nilainya mestilah keseluruhannya nol
Pandangan • Hubungan asas ialah satu hubungan yang mewakili satu entiti dalam skima konseptual yang rangkapnya disimpan secara fizikal dalam pangkalan data • Pandangan ialah satu hubungan maya yang rangkap-rangkapnya tidak disimpan secara fizikal dlm pd tetapi dijana hasil d/p satu atau lebih kendalian data hubungan ke atas jadual asas.
Pandangan bersifat dinamik • Memberi kebenaran kpd pengguna untuk memandang dan mencapai data dlm bentuk yg dikehendaki • Menyediakan mekanisma keselamatan anjal dgn menghalang sebahagian d/p pd d/p dipandang oleh pengguna yg tidak berkenaan • Menyediakan mekanisma untuk menghurai atau mencantum hubungan asas bagi memudahkan kendalian data hubungan
Ciri-ciri DBMS Hubungan • Terdapat 12 kriteria yg dibahagi kpd 5 kumpulan mengikut fungsi: • Peraturan asas Rule 0 dan 12 • Peraturan struktural Rule 1 dan 6 • Peraturan kewibawaan Rule 3 dan 10 • Peraturan pengolahan data Rule 2,4,5 & 7 • Peraturan kebebasan data Rule 8.9 dan 11
Memetakan Gambar rajah E-R kepada model hubungan: • Kedua-dua model ER dan model hubungan merupakan perwakilan niskala dan logikal
Perwakilan Jadual bagi Entiti, Set Entiti dan Atribut: • Memetakan set entiti kpd model hubungan dibuat dengan • set entiti yang diwakili oleh segi empat ditukarkan kepada hubungan yg diwakili oleh jadual dgn nama set entiti menjadi nama hubungan • Set atribut diwakili dgn elip ditukar kpd lajur dgn nama atribut menjadi nama lajur • Setiap ketikaan entiti dlm set entiti ditukarkan kpd satu rangkap dlm jadual
Kebersandaran pencam ialah kes kebersandaran kewujudan di mana entiti lemah tidak mempunyai kunci primernya sendiri • Kebersandaran rujukan ialah kes di mana kebersandaran kewujudan di mana entiti lemah mempunyai kunci primernya sendiri
Contoh: PENSYARAH (NoStaf, Nama, NamaJab) HARTA(NoHArta, Jenis, Nilai, NoStaf) • - contoh diatas kes kebersandaran rujukan dan bukan kes kebersandaran pencam kerana HARTA nenpunyai kunci primer sendiri. • -NoStaf menjadi kunci asing dalam hubungan HARTA
Atribut Berbilang Nilai: • Atribut berbilang nilai B boleh dipetakan kepada satu jadual J dengan lajur LB dan LK. • LB adalah berpadanan dengan atribut berbilang nilai B dan LK berpadanan dgn atribut • Kunci primer bagi set entiti atau set perhubungan yg memiliki B TELEFON (NoTel,NoPel)
Perwakilan Jadual bagi Set • Set perhubungan dlm model ER boleh dipetakan • Perhubungan kunci primer set-set entiti bertindak sebagai kunci asing • atribut-atribut pemerihalan bagi set perhubungan tersebut • Contoh: DAFTAR(NoPel,KodKursus, Tarikh)
Perhubungan 1:1, 1:M, M:N • Konsep kunci asing digunakan untuk menunjukkan perkaitan di antara kedua-dua set entiti yg berkenaan tanpa perlu memetakan kepada jadual
Dua cara perwakilan jadual bagi pengkhususan / penghuraian • Petakan semua set entiti kpd jadual. Mulakan dengan petakan set entiti superkelas kpd jadual. Kemudian bagi setiap set entiti subkelas petakan kpd satu jadual dgn satu lajur untuk setiap atribut dan ditambah satu lajur yg berpadanan dengan kunci primer bagi set entiti superkelas • Contoh: PELAJAR (NoPel, Nama,TLAhir) PELTINGGI(NoPel, Penyelia,Ttesis) PELPERTAMA(NoPel, Tahun, Status)
b. Hanya petakan set entiti subkelas kpd jadual. Set entiti superkelas tidak dipetakan. Setiap set entiti subkelas dipetakan kpd satu jadual dgn satu lajur utk setiap atributnya dan ditambah satu lajur lagi bagi setiap atribut warisan Contoh: PELTINGGI(NoPel,Nama,TLAhirPenyelia,TTesis) PELPERTAMA(NoPel,Nama,Tlahir,Tahun,Status)
Perwakilan Jadual bagi Penyatuan: • Contoh: PELAJAR(NoPelajar,Nama,Alamat) PROJEK(NoProjek,Nama,Peruntukan) BUAT(NoPelajar,NoProjek,TarikhMula) PENYELIA(NoStaf,Nama,Jabatan) SELIA(NoStaf,NoPelajar,NoProjek,Gred)