1.19k likes | 1.97k Views
TATABAHASA. ASPEK TATABAHASA. Morfologi ( pembentukan kata ) Sintaksis ( pembinaan ayat ) Semantik ( perihal makna ) Sebutan Intonasi Peribahasa Kesalahan Umum. MORFOLOGI. Pembentukan kata i. Pengimbuhan ii. Pemajmukan iii. Penggandaan Kata tunggal
E N D
ASPEK TATABAHASA Morfologi ( pembentukankata ) Sintaksis ( pembinaanayat ) Semantik ( perihalmakna ) Sebutan Intonasi Peribahasa KesalahanUmum
MORFOLOGI Pembentukan kata i. Pengimbuhan ii. Pemajmukan iii. Penggandaan Kata tunggal Kata terbitan Kata majmuk Kata ganda m.s 59-79
MORFOLOGI B. Penggolongan kata i. Kata nama ii. Kata kerja iii. Kata Adjektif iv. Kata Tugas m.s 83-94
i. Pembentukan Kata Kata Tunggal Satu suku kata ( yu, am, cat, stor, teks, skru, skrip ) Dua suku kata ( ibu, ais, ekor, ufti, umbut, bau, buih, bisu, pasung, sendi, sandar )
i. Pembentukan Kata iii. Tiga suku kata ( biola, kiamat, idea, belia, mentua, maruah, lengkuas, azali, isyarat, isteri, putera, penjuru, ikhtiar, amaun, riwayat, martabak, royalti, sempurna, kelompok ) Empat suku kata / lebih ( keluarga, sejahtera, sangkakala, sentiasa, selesema, kelemumur, sentimeter, singgahsana, nasional, universiti, cenderawasih, maharajalela )
i. Pembentukan Kata Akronim ( Pembentukan gabungan huruf awal dan /atau suku kata ) LTH, DBP, ATM – khas Tabika,ubahsuai, kugiran – am Bernama, Intan, Mara - khas
i. Pengimbuhan Kata Terbitan Awalan * kata nama Akhiran * kata kerja Apitan * kata adjektif Sisipan
i. Pengimbuhan Awalan kata nama: pelari, pembawa, pendatang, penggali, pengebom, pelajar, perasap, pesakit, ketua, juruukur, mahasiswa, tatabahasa, prasejarah, subkelas, suprakelas, ekawarna, dwifungsi
i. Pengimbuhan b. Awalan kata kerja: menyikat, membawa, mendaki, mengikut, mengetut, memperluas, berserta, berasa, belunjur, terjebak, diatur, diperoleh Awalan kata adjektif: terbesar, teringan, secantik
i. Pengimbuhan Akhiran kata nama: mainan, usahawan, seniman, seniwati, nasionalisme, hadirin, hadirat, ustazah Akhiran kata kerja: tinggikan, dekati
i. Pengimbuhan Apitan kata nama: pelaksanaan, pembinaan, pentakrifan, penggunaan, pengesahan, pesisiran, persalinan, pelajaran, kelainan b. Apitan kata kerja: memainkan, mendermakan, membaikkan, menggunakan, mengepinkan, beralaskan,berlanjutan, dibiarkan, melalui, mencurigai, membaharui, mengairi, diadili, diperlihatkan, diperingati, memperlihatkan, memperingati, kehujanan Apitan kata adjektif: kearaban
i. Pengimbuhan Sisipan kata nama: -el- kelengkeng, telunjuk, kelabut -er- keruping, seruling, serabut b. Sisipan kata adjektif: -el- kelebak, selerak, gelembung -er- serabut, gerigi -em- gemilang, semerbak, gemerlap -in- sinambung
ii. Pemajmukan Rangkaian kata bebas: gambar rajah, alat tulis, meja tulis Ketua Menteri, Naib Canselor b. Istilah khusus: lut sinar, atur cara, urus setia Maksud kiasan: kaki ayam, duit kopi, manis mulut
ii. Pemajmukan a. Kata yang telah mantap: antarabangsa setiausaha beritahu sukarela bumiputera tandatangan jawatankuasa suruhanjaya kakitangan tanggungjawab kerjasama warganegara olahraga pesuruhjaya matahari
ii. Pemajmukan Lazim dieja bercantum Kata nama: peribadi, peribahasa, hulubalang, dinihari, perikemanusiaan Kata adjektif: sukacita, dukacita Kata sendi nama: kepada, daripada Kata Hubung: apabila, manakala,padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal Kata tanya: bagaimana
ii. Pemajmukan Penggandaan i. alat-alat tulis, guru-guru besar ii. tandatangan-tandatangan, warganegara-warganegara Pengimbuhan i. Bercampur-aduk ii. menyatupadukan
iii. Penggandaan Penggandaan penuh pulau-pulau, pelatih-pelatih b. Penggandaan separa lelaki, berlari-lari, tolong-menolong Penggandaan berentak i. pengulangan vokal – kuih-muih ii. Pengulangan konsonan – gunung- ganang iii. Pengulangan bebas – anak-pinak
2. PENGGOLONGAN KATA Kata Nama ~ kata nama am ~ kata nama khas ~ kata ganti nama Kata Kerja ~ kata kerja tak transitif ~ kata kerja transitif C. Kata Adjektif
2. PENGGOLONGAN KATA Kata Tugas ~ kata hubung ~ kata nafi ~ kata seru ~ kata pemeri ~ kata tanya ~ kata sendi nama ~ kata perintah ~ kata pembenar ~ kata pangkal ayat ~ kata bilangan ~ kata bantu ~ kata arah ~ kata penguat ~ kata pembenda ~ kata penegas ~ kata penekan
KATA NAMA AM Sesuatu yang bernyawa: Manusia – guru, petani Haiwan - ikan, burung Tumbuh-tumbuhan – paku-pakis, kulat Sesuatu yang tidak bernyawa: Konkrit – duri, sekolah Abstrak – agama, senyuman
KATA NAMA KHAS Sesuatu yang bernyawa: Manusia – Ali Haiwan - Comel Tumbuh-tumbuhan – paku-pakis, kulat Sesuatu yang tidak bernyawa: Negeri – Perak, Negeri Sembilan Judul buku – Hujan Pagi Bangunan – Bangunan Berkembar Petronas Bandar – Ipoh
KATA GANTI DIRI SINGKAT kau – awal sahaja ku – awal dan akhir mu – akhir sahaja Nya – akhir sahaja Jangan tinggalkan daku seorang diri.(/) Daku pergi ke sekolah awal pagi lagi.(x)
KATA GANTI TANYA Kata ganti tanya – apa, mana, siapa, Kata keterangan tanya – bagaimana, bila, siapa, Kata bilangan tanya - berapa Adakah? BABAS BDM
KATA GANTI Kata Ganti Tempat: sana, sini, sini b. Kata Ganti Tunjuk: ini,itu, Tugasnya: i. penanda kata nama ii. predikat – Inilah buku saya. iii. subjek – Ini buku saya iv. penentu belakang – Dia tinggal di rumah ini. Kata Ganti Tak Tentu apa-apa, mana-mana, siapa-siapa (sesiapa), masing-masing, seseorang, sesuatu,
KATA KERJA Kata kerja berimbuhan – beradu, berguguran, memperalat b. Kata kerja tanpa imbuhan: i. Kata kerja asal – tidur, ambil, pikul, ii. Kata kerja dasar terikat / bebas – alir, baca iii. Kata kerja haus – makan, minum,minta, mohon Golongan kata kerja: i. Kata kerja tak transitif ii. Kata kerja transitif
KATA KERJA Kata kerja tak transitif: i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap -Adik saya masih tidur. ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap (kata adjektif, frasa sendi nama, kata nama) - Lukanya beransur baik. b. Kata kerja transitif: i. Kata kerja transitif aktif – imbuhan meN-…(kan/i) dan ter- ii. Kata kerja transitif pasif – imbuhan ter- i. Saya telah menjawab surat itu. ii. Surat itu telah saya jawab. iii. Saya terpijak tangannya iv. Buku itu terkarang oleh Za’ba.
KATA ADJEKTIF Jenis kata adjektif: i. Sifatan / keadaan – baik, lemah ii. Warna – merah, ungu iii. Ukuran – panjang, rendah iv. Bentuk – leper, lekuk v. Waktu – baharu, lewat vi. Jarak – hampir, nyaris vii. Cara – jelas, selalu viii.perasaan – rindu, ragu ix. Pancaindera – sedap, cantik, lunak, harum, halus
KATA HUBUNG Kata Hubung Gabungan: ( menghubungkan dua klausa / lebih yang sama tara sifatnya ) - dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian Kata Hubung Pancangan: i. k.h.p. relatif – yang ii. k.h.p. komplemen – bahawa, untuk iii. k.h.p. keterangan – kerana, sekiranya, andai kata, walaupun, …
KATA HUBUNG Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. Budak yang sedang membaca itu adik saya. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja.
KATA SERU aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, wahai, aduhai i. Syabas, engkau telah menang! ii. Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara.
KATA TANYA KATA PERINTAH i. Harga barang itu berapa? ii. Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri? Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap i. Jangan buang sampah di sini.
KATA PEMBENAR KATA PANGKAL AYAT ya, benar, betul, i. Ya, dialah orangnya. hatta, maka, kalakian, sebermula, shahadan i. Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
KATA PENGUAT i. kata penguat hadapan terlalu, paling, agak, ~ Sungai itu agak dalam. ii. kata penguat belakang sekali, benar, nian, - Lambat benar bas itu tiba. iii. kata penguat bebas amat, sangat, sungguh, ~ Dia terbeli baju yang besar sangat.
KATA PENEGAS KATA NAFI • bukan – frasa nama, frasa sendi nama, • Projek itu bukan usaha saya. • tidak – frasa kerja, frasa adjektif • b. Saya tidak akan datang lagi. • c. Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah • orangnya. i. -kah, -lah, -tah, ii. juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang, a. Apatah daya kita. b. Hujan hanya turun pada musim dingin sahaja.
KATA PEMERI i. ialah – (persamaan/ekuatif) hadir di hadapan frasa nama a. Bangunan yang tertinggi di negara kita ialah Bangunan Berkembar Petronas. ii. adalah – (huraian/kualitatif) frasa sendi nama, frasa adjektif a. Percakapannya adalah benar belaka.
KATA PENEKAN KATA PEMBENDA menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama a. Lajunya ialah 120 km sejam. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. a. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
KATA BANTU i. Kata bantu aspek:(masa) telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum, ~ Ahmad akan ke sana esok. ii. Kata bantu ragam ( ragam perasaan ) hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, ~ Kita boleh bertolak ke Ipoh esok.
KATA SENDI NAMA i. di – hala, arah, tempat, ~ Ibunya bekerja di sekolah itu. ii. ke, dari, – tempat, arah, masa, ~ Penyelam itu terjun ke dalam sungai. ~ Pegawai itu dari Pejabat Pelajaran Daerah iii.daripada – punca, asal kejadian, perbezaan, ~ Cara berfikirnya lain daripada yang lain. iv. Kepada – sasaran, pecahan, perubahan keadaan, ~ Suhu badannya meningkat kepada 39 darjah celsius. v. pada – keterangan waktu, ada …, tempat perbuatan, ~ Wang itu ada pada ibu. ~ Tuliskan nama pada kertas ini.
KATA SENDI NAMA vi.Untuk / bagi – kegunaan sesuatu untuk – bahagian yang ditentukan ~ Kereta itu untuk / bagi kegunaan pejabat sahaja. ~ Hadiah itu untukmu. vii. demi – tujuan, penegas, ~ Rakyat Malaysia mesti bersatu padu demi kestabilan negara. ~ Buku itu disusun satu demi satu. viii. tentang – rujukan umum, ~ Mereka berbincang tentang masalah negara. ix. Seperti, bagai, umpama, laksana – perbandingan ~ Hatinya [seperti, bagai,umpama,laksana] batu. x. dengan – bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai, perbandingan serupa, ~ Ayah pergi ke pekan dengan ibu. ~ Berita itu diterimanya dengan perasaan sukacita. ~ Ani melukis potret itu dengan cat air. ~ Adakah sama akar dengan rotan?
KATA SENDI NAMA xi.sejak – penanda waktu ~ Mereka berjaga-jaga sejak subuh lagi vii. terhadap – rujukan penyambut yang tentu, ~ Jangan bersikap biadap terhadap orang tua. xii. akan – mengikuti kata adjektif emosi ~ Wanita itu amat rindu akan anaknya. xiii. oleh – pembuat dalam ayat pasif, maksud sebab, ~ Kuih itu dibeli olehnya. ~ Ia mati [oleh (sebab)/lantaran] senjatanya sendiri. xiv. Hingga / sampai – had masa, waktu, tempat ~ Mereka mengaji [hingga/sampai] dinihari. xv. dalam / antara – ~ Dalam hal ini, kita semua setuju. ~ Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu sudah ditandatangani semalam.
KATA BILANGAN i. k.b. tentu ii. k.b.tak tentu segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit, iii. k.b.himpunan beratus-ratus, ketiga-tiga, beribu-ribu, berabad-abad, iv. k.b.pisahan masing-masing, tiap-tiap, v. k.b.pecahan setengah, sepertiga, separuh, vi. k.b.tingkat kedua, ketiga,
KATA ARAH i. Hala dan jurusan atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara, keliling a. Kita jangan berjalan di hadapan orang tua.