1 / 26

UNIT 9

UNIT 9. Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis). Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis). Prof. Madya Dr. Jegak Uli. Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:.

ura
Download Presentation

UNIT 9

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. UNIT 9 Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis)

  2. Pengurusan Halangan Perubahan dan Analisis Tekanan Lapangan (Force Field Analysis) Prof. Madya Dr. Jegak Uli

  3. Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat: • Menerangkan model analisis tekanan lapangan Kurt Lewin. • Mengenal pasti tekanan memacu dan tekanan menahan. • Menganalisis satu perubahan dengan menggunakan Model analisis tekanan lapangan Kurt Lewin atau teknik tulang ikan Ishikawa.

  4. Pengenalan • Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. • Menurut model Lewin, dalam satu keadaan terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain.

  5. Tekanan memacu (driving forces) • Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu (driving forces) akan menganjak kearah perubahan. • Tekanan ini membantu (facilitate) usaha perubahan.

  6. Tekanan menahan (restraining forces) • Sementara itu, tekanan menahan (restraining forces) akan menarik daripada arah perubahan tersebut. • Tekanan ini pula akan menghindar (restrain) perubahan dari berlaku.

  7. Akibat tekanan-tekanan tersebut satu keadaan seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai. • Model Analisis Tekanan Lapangan bertujuan untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai.

  8. Model Kurt Lewin • Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti beliau yang pada asasnya dapat ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan beliau. • Fungsi personaliti ini pula digandingkan dengan suasana atau persekitaran beliau.

  9. Persekitaran tersebut mempunyai pelbagai tekanan yang bertindak ke atas individu tersebut. • Dengan ini, tingkahlaku seseorangdapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu tersebut dan keperluan beliau untuk berubah.

  10. Sungguhpun demikian menurut Lewin, tekanan-tekanan keatas individu tersebut bukan merupakan satu tekanan secara realiti dan berbentuk fizikal, tetapi lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan.

  11. Sebagai contoh, kita akan melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau. • Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti. • Sekiranya, pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua tersebut, maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan.

  12. Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua. • Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. • Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut.

  13. Lain-lain tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan. • Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan kita untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan tekanan menahan. • Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya.

  14. Secara mudah model Kurt Lewin dalam hal ini dapat di gambarkan seperti berikut:

  15. Dalam membawa perubahan, model Kurt Lewin juga berguna bagi kita mengenalpasti pelbagai tekanan yang dapat membantu kita mencapai satu keadaan yang baru. • Di samping itu kita dapat kenalpasti jugatekanan-tekanan yang menghalang. • Dengan mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini.

  16. Keadaan ini dapat digambarkan dalam rajah berikut:

  17. TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA • Teknik tulang ikan (fish bone diagram or cause and effect diagram) dibentuk oleh Kaoru Ishikawa sebagai satu alat menganalisis masalah bagi kumpulan mutu kerja dalam pengurusan kualiti menyeluruh (Total Quality Management). • Gambarajah yang berbentuk tulang ikan ini merupakan carta aliran sistem yang pada umumnya menunjukkan kemungkinan sebab-sebab dan akibat tindakan-tindakan sesuatu kumpulan atau organisasi. • Dalam menggunakan teknik ini, sesuatu akibat dikesan kembali melalui kemungkinan-kemungkinan sebabnya.

  18. TEKNIK TULANG IKAN ISHIKAWA

  19. Langkah-langkah Teknik Tulang Ikan Ishikawa • Langkah-langkah yang diambil semasa menggunakan teknik ini ialah; • Mengenalpasti sesuatu akibat atau kesan yang hendak dianalisis; • Mengenalpasti punca-punca utama yang memungkinkan wujudnya kesan tersebut; • Mengenalpasti masalah khusus secara terperinci mengikut setiap punca utama; • Mencatatkanmasalah khusus pada gambarajah bagi membolehkan masalah-masalah tersebut dibincangkan dan diterangkan. Kaedah perbincangan kumpulan boleh digunakan dalam mengenalpasti punca dan masalah.

  20. Mengenalpasti punca-punca utama & masalah khusus

  21. Sebagai garispanduan, gambarajah berikut boleh digunakan untuk meneliti masalah yang dihadapi oleh organisasi. • Umpamanya, organisasi yang menghadapi masalah produk yang berkualiti rendah boleh meneliti dari aspek bahan (material) yang digunakan, tenaga kerja (manpower), kaedah pengeluaran (method), mesin pemprosesan (machine), pengurusan pengeluaran (management) dan persekitaran kerja (milieu) – the 6M’s

  22. Setiap aspek tersebut juga boleh dipecahkan dengan lebih terperinci bagi menentukan perkara atau masalah yang menyumbang terhadap kualiti barangan rendah. • Contohnya, mesin yang usang dan selalu rosak, kekurangan mesin serta lain masalah berkaitan mesin boleh dinyatakan sebagai penyumbang kepada masalah.

  23. Hasil perbincangan dan penelitian mungkin dapat diilustrasikan menurut gambarajah berikut:

  24. Kesimpulan • Analisis Tekanan Lapangan Lewin dan Teknik Tulang Ikan Ishikawa merupakan dua alatan yang boleh digunakan untuk menganalisi perubahan. • Kedua dua alatan tersebut membolehkan masalah perubahan dikenalpasti, dinyatakan dan dianalisis supaya tindakan wajar dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan. • Dengan menggunakan alatan tersebut pengurus serta pekerja dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

  25. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related